Berhenti Kerja Demi Jaga Anak Hidap Kanser Otot


Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Itulah nasib pasangan suami isteri yang terpaksa berhenti kerja demi menjaga anak tunggal mereka selepas disahkan menghidapi kanser otot setahun lepas.
Pasangan Shahrul Asyraf Sharuddin,31, dan isterinya Syamimi Athirah Sanusi, 28, kedua-duanya berhenti kerja sejak sebulan lepas demi memastikan anak perempuan mereka berusia empat tahun Saffiya Aisyah dirawat dengan baik.
Shahrul Asyraf terpaksa meninggalkan kerja di restoran makan segera manakala isterinya berhenti daripada bekerja di sebuah kilang di Batu Kawan, Pulau Pinang kerana terpaksa berulang-alik ke Hospital Pulau Pinang untuk menjalani rawatan kemoterapi.
Selain itu, anak kesayangan mereka juga perlu mengambil ujian darah dua kali sehari di klinik berhampiran di sini dan kekangan masa memaksa mereka memutuskan untuk berhenti kerja.
“Anak saya disahkan menghidap kanser otot ketika berumur tiga tahun dan telah menjalani satu pembedahan membuang ketumbuhan sebesar bola golf pada paha sebelah kanan namun terdapat lagi ketumbuhan lain di pangkal paha.
“Sejak Ogos lepas, Safiyya Aisyah terpaksa menjalani rawatan kemoterapi sebanyak tiga kali dalam sebulan di Hospital Pulau Pinang,” katanya ketika ditemui di rumahnya selepas menerima kunjungan Persatuan Kanak-Kanak Kanser Wilayah Utara (FOCCAN) dan Sahabat Parlimen Bagan Serai di Kampong Parit Haji Husin dekat sini, hari ini.
Untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga, Syamimi Athirah kini menjual kuih dan nasi lemak di Pasar Awam Bagan Serai dengan pendapatan bersih RM50 sehari yang digunakan untuk perbelanjaan harian, kos rawatan termasuk lampin pakai buang dan susu khas untuk anaknya.
Sementara itu, Pengerusi FOCCAN, Maznah Taiyib berkata pihaknya memberikan bantuan awal seperti wang tunai dan peralatan seperti susu khas dan lampin pakai buang kepada keluarga berkenaan.
Katanya, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, setiap bulan FOCCAN menerima laporan mengenai peningkatan jumlah pesakit kira-kira 20 pesakit berbanding 15 sebelum ini dan menjadikan jumlah pesakit kanser di wilayah utara sebanyak 450 orang sehingga kini.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh menghubungi talian 011-36029498 dan 013-9028029 atau memberi sumbangan terus ke akaun Maybank Shahrul Asyraf di nombor 1582 4852 1779. BERNAMA
Mitos Durian Belanda Sebagai Ubat Kanser

The post Berhenti kerja demi jaga anak hidap kanser otot appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/28/berhenti-kerja-demi-jaga-anak-hidap-kanser-otot/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berhenti Kerja Nak Jaga Mentua Bisnes Katering Wanita Ini Makin Sukses

Berhenti Kerja Nak Jaga Mentua Bisnes Katering Wanita Ini Makin Sukses

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 244 hits
Membuat keputusan untuk berhenti kerja bukan satu keputusan yang mudah Ramai yang membuat keputusan meletak jawatan selepas berbulan bulan memikirkan buruk baiknya Begitu jugalah dengan wanita ini Rosnieza Zainal atau mesra dipanggil Eja me...
Baratur Panjang Demi Kerja Netizen Sebak Lihat Usaha Anak Muda Datang Interview

Baratur Panjang Demi Kerja Netizen Sebak Lihat Usaha Anak Muda Datang Interview

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 261 hits
Sejak semalam satu video berkenaan orang ramai beratur panjang di hadapan IKM Manjung telah menjadi bualan warganet Mana tidaknya mereka semua yang berbaju formal telah beratur dibawah terik matahari bagi menghadiri temuduga untuk jawatan d...
Tebang Pohon Jati Yang Ditanam Sendiri Demi Bangun Rumah Anak 3 Petani Ditangkap Polisi Dan Disidang

Tebang Pohon Jati Yang Ditanam Sendiri Demi Bangun Rumah Anak 3 Petani Ditangkap Polisi Dan Disidang

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 368 hits
Tiga orang petani ditangkap polisi dan disidang lantaran menebang pohon jati Tiga petani itu berasal dari Ale Sewo Kelurahan Bila Kecamatan Lalabata Kabupaten Soppeng Mereka adalah Natu bin Takka Ario Permadi bin Natu dan Sabang bin Beduu y...
Demi Melihat Anak Berjaya Ibu Redah Perjalanan 50km Tunggang Motor Untuk Daftar Anak Masuk Ke Universiti

Demi Melihat Anak Berjaya Ibu Redah Perjalanan 50km Tunggang Motor Untuk Daftar Anak Masuk Ke Universiti

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 381 hits
145 total views 145 views today Kasih ibu membawa ke syurga Kerana mahukan yang terbaik untuk anaknya seorang ibu berusia 53 tahun sanggup meredah perjalanan sejauh kira kira 50 kilometer menaiki motosikal untuk mendaftarkan anaknya ke univ...
Kalau Orang Kenal Lagu Saja Pun Tak Apa Asalkan Saya Ada Kerja Nak Sara Anak Bini Daqmie Muncul Dengan Sabda Kekasih

Kalau Orang Kenal Lagu Saja Pun Tak Apa Asalkan Saya Ada Kerja Nak Sara Anak Bini Daqmie Muncul Dengan Sabda Kekasih

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 358 hits
Penyanyi yang sinonim dengan lagu lagu berunsur ketuhanan dan nasihat Daqmie atau Azmee Abdul Manap tidak kecil hati lagu lebih dikenali berbanding dirinya Daqmie sebelum ini sukses dengan lagu Tangis Sebatang Tamar yang mencecah lebih 2 4j...
Hiburan Demi Keselamatan Anak Nina Iskandar Tangguh Untuk Aktif Berlakon

Hiburan Demi Keselamatan Anak Nina Iskandar Tangguh Untuk Aktif Berlakon

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 462 hits
Menyatakan dirinya masih belum bersara daripada industri lakonan yang diceburinya sejak tahun 2011 pelakon jelita yang berasal dari Brunei Ninan Iskandar akui beliau terpaksa menunda perancangan untuk kembali aktif berlakon kerana pandemik ...
Basuhlah Pinggan Tu Itu Kan Kerja Orang Perempuan Anak Suami Buat Isteri Macam Orang Gaji

Basuhlah Pinggan Tu Itu Kan Kerja Orang Perempuan Anak Suami Buat Isteri Macam Orang Gaji

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 506 hits
Sudah menjadi kebiasaan sesetengah keluarga membiarkan segala tugasan rumah dilakukan oleh si isteri seorang diri Sudahnya isteri terpaksa menyelesaikan semua tugasan itu tanpa merungut kerana jika membebel sekalipun pasti ada yang kata itu...
Cek Fakta Tidak Benar Foto Ayah Bawa Anak Seberangi Sungai Demi Bisa Pinjam Hp

Cek Fakta Tidak Benar Foto Ayah Bawa Anak Seberangi Sungai Demi Bisa Pinjam Hp

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 285 hits
Foto dan judul berita yang dibuat DETIKINFO XYZ Karna Tak Punya HP Seorang Ayah Ini Sebrangkan Anak Nya di Sungai Agar Bisa Pinjam Hp Temen Nya Untuk Sekolah Online adalah tidak benar Faktanya foto tersebut diambil di Vietnam saat seorang p...
Tak Larat Jaga Lelaki Cuba Bunuh Anak Oku

Tak Larat Jaga Lelaki Cuba Bunuh Anak Oku

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 488 hits
Lelaki berusia 48 tahun ditahan selepas disyaki cuba membunuh anaknya berusia 13 tahun yang juga orang kurang upaya Menurut Japan Today yang memetik laporan Sankei Shimbun kejadian berlaku jam 9 15 pagi pada Jumaat di kediaman mereka di Mib...
A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin

Ibu Neelofa Dedah Hidap Kanser Anak Anak Amp Suami Menangis Dapat Tahu