Peradaban Islam 8477



Etika Membaca al-Quran
Imam an-Nawawi rahimahullahu’anhu menjelaskan tentang etika yang dituntut ketika membaca al-Quran dan hukum-hukumnya di dalam kitabnya yang berjudul at-Tibyan. Sedangkan di sini dicantumkan perkara-perkara yang penting sahaja iaitu seperti berikut:

Ikhlas
Bersikap ikhlas dalam membaca al-Quran dan mengadakan munajat kepada Allah.

Bersihkan mulut
Membersihkan mulutnya atau menggosok gigi dengan kayu siwak atau yang sejenis dengannya.

Suci
Ketika membaca, hendaklah berada dalam keadaan suci daripada hadas kecil dan besar.

Larangan
Diharamkan mereka yang dalam keadaan berjunub/wanita yang haid untuk membaca al-Quran kecuali jika ayat tersebut merupakan zikir-zikir.

Tayamum
Jika seseorang yang sedang berjunub / wanita yang haid hendak bersuci tetapi tidak menjumpai air, maka hendaklah mereka bertayamum.

Tempat bersih
Pembaca al-Quran disarankan supaya membaca al-Quran di tempat yang bersih dan disarankan membacanya di masjid.

Menghadap kiblat
Pembaca al-Quran disarankan ketika membacanya hendaklah mengadap kiblat, tenang dan merendahkan kedudukan kepala.

Beristiadza
Jika hendak memuliakan lagi, maka ketika membaca al-Quran disarankan agar dimulakan dengan beristiadza terlebih dahulu.

Khusyuk
Apabila hendak mula membaca al-Quran maka hendaklah terlebih dahulu menumpukan keinginannya untuk khusyuk dalam membaca.

Sewajarnya seseorang yang hendak membaca al-Quran dapat merasakan perasaan takut kepada Allah sesuai dengan sabda Nabi SAW yang bererti

“Sesungguhnya manusia yang paling baik suaranya ketika membaca al-Quran, adalah jika kamu mendengarnya membaca, kamu menyangka bahawa dia takut kepada Allah.” (Ibn Majah,hadith ke 1339,juz 1, hal 425; dinyatakan sahih oleh al-Albani dalam kitab Sahih Ibn Majah, hadith ke 1101, juz 1, hal 2254).

Caranya adalah dengan memperhatikan kandungan al-Quran, baik amarannya, perjanjian dan persetujuannya. Jika kesedihan dan tangisan belum dapat dirasakan, maka tangisilah ke atas kekerasan hatinya kerana perkara itu merupakan bencana yang paling besar.

Orang yang hendak membaca al-Quran itu hendaklah melafazkan bacaannya dengan tartil (perlahan-lahan).

Ini kerana para ulama telah bersepakat atas saranan untuk membaca dengan tartil berdasarkan firman Allah Subhanahuwataala yang berikut ini yang bermaksud:

“Dan bacalah al-Quran dengan perlahan-lahan (tartil)”(Surah al-Muzammil:4)

Bacaan yang dilakukan dengan tartil itu sangat mengagumkan (sedap didengar) dan pengaruhnya pada hati lebih mendalam daripada membacanya secara cepat atau terburu-terburu.

Disarankan juga ketika membaca, apabila mendapati ayat yang mengandungi ungkapan rahmat maka hendaklah meminta kurnia.

Jika mendapati ayat yang mengandungi akan seksanya, maka dia hendaklah meminta perlindungan daripada keburukan di dunia dan seksa akhirat. Apabila mendapat bacaan ayat yang mensucikan Allah Subhanahuwataala maka hendaklah dia mensucikanNya dengan berkata Maha Suci Allah atau betapa besar keagungannya atau lafaz lain yang semakna dengannya.

Hendaklah dia memuliakan dan membesarkan (kedudukan) al-Quran dengan tidak bermain-main ketika membacanya baik dengan tertawa, membuat pergaduhan, bertengkar atau bersenda gurau.

Hal ini berdasarkan pada firman Allah Subhanahuwataala berikut ini yang bermaksud:

”Dan apabila dibacakan (kepadamu) al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kami mendapat rahmat.’ (surah al-A’raf:204)

Tidak dibenarkan membaca al-Quran selain menggunakan bahasa al-Quran, baik bahasa yang digunakan itu baik atau tidak baik pada ketika menunaikan solat atau di luar solat.

Tidak dibenarkan membaca al-Quran selain dengan cara bacaan yang tujuh yang sangat mutawatir dan dilarang membacanya dengan bacaan yang diluar ketentuan.

Apabila seseorang membaca al-Quran dengan salah satu cara bacaan yang mutawatir, maka hendaknya dia menyempurnakan bacaannya dengan cara itu selagi dia tidak berpindah kepada ayat yang lain.

Share:
Rahmat Rahman
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1269066553236376&set=a.521244958018543&type=3&theater
ASSALAMU'ALAIKUM...

Diriwayatkan daripada Hazrat Ibnu Salman bahawa salah seorang daripada sahabat Rasulullah menceritakan, "Apabila kami telah mendapat kemenangan dalam peperangan Khaibar, orang ramai mengeluarkan harta rampasan perang masing-masing yang terdiri daripada barang-barang dan orang tawanan lalu mereka mula berjual-beli antara satu sama lain . Seorang datang memberitahu Rasulullah, "Wahai Rasulullah, tidak seorangpun di lembah ini yang mendapat keuntungan seperti keuntungan yang saya perolehi hari ini ." Rasulullah bertanya, "Wah, berapa banyakkah keuntungannya ?" Dia menjawab,"Saya terus menjual dan membeli sehingga saya mendapat keuntungan sebanyak tiga ratus uqiyah perak ." Baginda bersabda, "Saya akan memberitahu kamu perkara yang lebih menguntungkan yang akan diperoleh oleh seseorang ." Dia bertanya, "Apakah itu wahai Rasulullah ?" Jawab Baginda, "Dua rakaat solah sunat selepas solah (fardu) ." (HR Iman Abu Daud)

KETERANGAN

Satu uqiyah perak adalah empat puluh dirham . Manakala satu dirham bersamaan lebih kurang satu ringgit tujuh puluh sen (RM 1.70) . Mengikut perkiraan itu kesemuanya berjumlah dua puluh ribu empat ratus ringgit (RM 20,400.00).

Sebaliknya mengikut sabdaan Rasulullah keuntungan tersebut bukanlah satu keuntungan yang besar . Keuntungan yang sebenar ialah keuntungan yang kekal dan tidak akan habis selama-lamanya .

Sekiranya iman kita benar-benar sampai ke tahap yang tinggi sehingga wang sebanyak dua puluh ribu empat ratus ringgit itu tidak bernilai berbanding dengan dua rakaat solah maka kehidupan kita pasti akan bahagia . Sebenarnya solah begitu bernilai .Oleh sebab itulah Rasulullah menyatakan bahawa penyejuk mata Baginda adalah dalam bersolah .

Dalam wasiat Baginda yang terakhir ketika hampir-hampir wafat, Baginda memerintahkan kita supaya mengambil berat tentang solah (Kanzul 'Ummal) .

Wasiat tersebut telah diriwayatkan dalam banyak hadith . Hazrat Ummi Salamah r.anha berkata ketika Baginda hampir wafat lidah Baginda yang mulia tidak dapat lagi mengeluarkan kata-kata dengan sempurna.

Dalam keadaan sebegitu pun Baginda masih bersungguh-sungguh menekankan tentang solah dan menyuruh menunaikan hak-hak hamba sahaya .

Begitu juga telah diriwayatkan oleh Hazrat Ali bahawa perkataan terakhir Baginda ialah perintah mengambil berat tentang solah dan takutkan Allah dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan hamba sahaya (Jami ul Saghir)

Sekali Baginda telah mengutus satu jemaah tentera ke Najd . Mereka pulang dengan begitu cepat serta membawa harta rampasan yang banyak . Orang ramai sangat hairan kerana dalam masa yang begitu singkat mereka kembali dengan harta rampasan dan kejayaan yang besar .

Lalu Rasulullah bersabda, "Inginkah kamu mengetahui tentang segolongan manusia yang memperoleh keuntungan yang lebih banyak daripada harta benda itu dalam masa yang lebih singkat ?

Mereka itu ialah orang yang mengerjakan solah subuh dengan berjemaah, kemudian duduk hingga terbit matahari, lalu mengerjakan dua rakaat solah sunat isyraq (waktunya lebih kurang dua puluh minit selepas terbit matahari) . Mereka ini ialah orang yang memperoleh keuntungan yang sangat banyak dalam masa yang sangat singkat .

Hazrat Shaqiq Balkhi rah. seorang ahli sufi dan wali Allah yang masyhur berkata, "Kami mencari lima perkara dan menemui perkara-perkara itu melalui lima amalan,

1. Keberkatan rezeki didapati melalui solah dhuha .

2. Cahaya di dalam kubur didapati melalui solah tahajud .

3. Jawapan terhadap soalan Munkar dan Nakir didapati melalui membaca al-Quran .

4. Mudah melintasi titian sirat didapati melalui berpuasa dan bersedekah .

5. Mendapat naungan dibawah Arasy Ilahi melalui mengingati Allah dalam keadaan bersunyi diri."

Penekanan dan penerangan tentang solah dan kelebihan solah terdapat dalam banyak kitab hadith . Sangat sukar untuk dicatatkan keseluruhan perkara itu . Sebagai usaha untuk mendapat keberkatan, di bawah ini ditulis mafhum beberapa hadith Baginda .

1. Solah merupakan perintah Allah yang pertama ke atas umatku dan solahlah yang pertama akan dihisab pada hari kiamat .

2. Takutilah Allah tentang solah . Takutilah Allah tentang solah . Takutilah Allah tentang solah .

3. Solah adalah pemisah antara seseorang yang beriman dengan syirik.

4. Solah ialah tanda Islam . Seseorang yang bersolah dengan khushuk serta memelihara waktu solah dan perkara-perkara yang disunatkan dalam solah adalah seorang mukmin .

5. Tidak ada amalan yang difardukan oleh Allah lebih afdal daripada iman dan solah . Sekiranya terdapat amalan-amalan yang lebih afdal daripada solah, nescaya Allah akan memerintahkan para malaikat untuk melakukan amalan-amalan itu . Oleh itu, sepanjang siang dan malam ada malaikat yang rukuk dan ada yang sujud .

6. Solah adalah tiang agama .

7. Solah menghitamkan muka syaitan .

8. Solah adalah nur bagi orang mukmin .

9. Solah adalah sebaik-baik jihad .

10. Apabila seorang mulai megerjakan solah, Allah menumpukan sepenuh perhatian kepadanya . Apabila dia selesai bersolah Allah akan mengalihkan perhatian daripada .

11. Apabila bala turun dari langit maka mereka yang memakmurkan masjid terselamat daripada bala itu .

12. Kalaulah seseorang dimasukkan ke dalam neraka kerana sesuatu sebab, api neraka tidak akan membakar bahagian anggota sujud .

13. Allah telah mengharamkan api neraka daripada menyentuh anggota sujud .

14. Amalan yang paling disukai oleh Allah ialah solah yang ditunaikan pada awal waktu .

15. Keadaan manusia yang paling disukai oleh Allah ialah ketika melihat seseorang itu sujud dan dahinya menyentuh ke tanah .

16. Seseorang itu sangat hampir dengan Allah ketika dia dalam keadaan sujud .

17. Solah adalah anak kunci syurga .

18. Apabila seseorang berdiri untuk mengerjakan solah maka terbukalah pintu-pintu syurga dan tabir antara dia dengan Allah disingkap, selagi dia tidak melakukan perkara-perkara yang makruh.

19. Seseorang yang bersolah adalah seperti dia sedang mengetuk pintu Raja segala raja dan pada kebiasaannya apabila pintu diketuk berterusan maka pastilah pintu itu akan dibuka .

20. Kedudukan solah dalam agama adalah seumpama kedudukan kepala pada badan .

21. Solah adalah cahaya bagi hati . Sesiapa yang ingin jadikan hatinya bercahaya maka usahakanlah melalui bersolah .

22 . Seseorang yang mengambil wuduk dengan sempurna lalu menunaikan dua atau empat rakaat solah fardu atau sunat dengan khusyuk dan khudu lalu memohon keampunan daripada Allah terhadap dosanya maka Allah akan mengampuninya.

23. Bahagian bumi yang di atasnya terdapat manusia yang mengingati Allah dengan menunaikan solah, bahagian itu berbangga ke atas bahagian bumi yang lain .

24. Seseorang yang menunaikan dua rakaat solah lalu memohon sebarang hajat daripada Allah maka permohonannya itu akan diperkenankan sama ada pada ketika itu juga atau dilambatkan sedikit kerana sesuatu maslahat (sesuatu manafaat dan kebaikan) .

25. Sesiapa yang mengerjakan solah dua rakaat bersendirian dan tiada siapa yang melihatnya kecuali Allah serta malaikat-malaikatNya maka dia mendapat jaminan kelepasan daripada api neraka .

26. Sesuatu doa akan dimakbulkan oleh Allah selepas seorang itu menunaikan setiap solah fardunya .

27. Seseorang yang mengambil berat terhadap solah lima waktu dengan menyempurnakan rukuk, sujud, wuduk dan lain-lain dengan sempurna maka pasti dia akan memasuki syurga dan neraka diharamkan ke atasnya .

28. Selagi seseorang Islam mengambil berat dalam menunaikan solah lima waktu maka selagi itulah syaitan akan takut kepadanya . Apabila dia mencuaikan solah maka syaitan menjadi berani dan bersungguh-sungguh untuk menyelewengkannya .

29. Amalan yang paling baik ialah mendirikan solah pada awal waktunya .

30. Solah adalah persembahan orang yang bertakwa kepada Allah .

31. Solah yang paling disukai oleh Allah ialah solah yang dikerjakan pada awal waktu .

32. Mereka yang pergi mengerjakan solah pada waktu subuh membawa bendera iman . Sementara mereka yang ke pasar (tanpa bersolah subuh) membawa bendera syaitan .

33. Pahala empat rakaat solah sunat sebelum zuhur sama seperti pahala empat rakaat solah tahajud .

34. Empat rakaat solah sunat sebelum zuhur, sama dengan empat rakaat solah tahajud .

35. Apabila seseorang berdiri untuk mengerjakan solah maka rahmat Allah tertumpu kepadanya .

36. Solah yang paling afdal ialah solah pada tengah malam, tetapi sangat sedikit orang yang mengerjakan .

37. Jibril a.s. datang menemui saya lalu berkata, "Wahai Muhammad, walau berapa lama tuan hidup, satu hari nanti tuan akan mati . Cintailah sesiapa yang tuan suka, satu hari tuan akan berpisah dengannya . Sebarang amalan yang tuan buat (baik atau buruk) tuan pasti mendapat balasannya . Tidak syak lagi bahawa ketinggian dan kemuliaan seorang mukmin adalah dalam solah tahajud dan penghormatannya adalah dalam bersifat (istighna) yakni tidak mengharapkan sesuatu daripada manusia .

38. Solah dua rakaat pada akhir malam adalah lebih bernilai daripada seluruh harta benda dunia . Kalaulah tidak kerana dikhuatiri menyusahkan ummatku nescaya aku mewajibkannya .

39. Hendaklah kamu mengerjakan solah tahajud, kerana solah ini adalah amalan orang soleh dan jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah . Solah tahajud menghalang kita daripada melakukan dosa, penghapus dosa dan menambahkan kesihatan badan .

40. Allah berfirman, "Hai anak Adam, jangan kamu malas daripada mengerjakan solah empat pada permulaan hari nescaya Aku akan menyelesaikan masalah-masalah kamu sepanjang hari itu ."

Galakan dan kelebihan solah telah banyak disebutkan dalam kitab-kitab hadith . Adalah memadai dengan empat puluh hadith ini kerana sekiranya seseorang menghafalkan hadith-hadith ini nescaya dia akan mendapat kelebihan menghafal empat puluh hadith .

Sebenarnya solah adalah satu anugerah yang besar daripada Allah . Hanya mereka yang benar-benar mengecapi nikmat bersolah sahaja yang dapat menghargainya . Oleh sebab itulah Rasulullah menyatakan bahawa solah adalah penyejuk mata Baginda . Baginda menghabiskan sebahagian besar malam hari dengan bersolah kerana menikmati kelazatan bersolah .

Oleh kerana itulah, Baginda mewasiatkan tentang solah secara khusus dan menegaskan supaya mengambil berat terhadap solah ketika Baginda hampir wafat. Diriwayatkan dalam banyak hadith bahawa Baginda bersabda, "Takutilah Allah dalam perkara solah) .

Hazrat 'Abdullah bin Mas'ud telah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, "Daripada segala amalan, solahlah yang paling aku kasihi." Seorang sahabat berkata,"Pada suatu malam saya berjalan berhampiran dengan masjid Nabi . Pada ketika itu Rasulullah sedang mengerjakan solah . Saya pun berkeinginan untuk bersolah di belakang Baginda lalu saya pun menyertainya .

Rasulullah sedang membaca surah al-Baqarah . Saya fikir pada ayat yang keseratus Rasulullah akan rukuk . Saya berfikir barangkali Rasulullah akan rukuk setelah selesai membaca ayat yang kedua ratus tetapi setelah sampai ke ayat dua ratus juga Baginda tidak rukuk . Saya menyangka Rasulullah akan rukuk setelah selesai membaca surah itu tetapi setelah selesai surah tersebut, Baginda membaca beberapa kali . (Allahumma-Lakal-Hamd) dan mulai membaca surah Ali-'Imran .

Saya berfikir dan mengagak di akhir surah ini pasti Rasulullah akan rukuk. Setelah selesai membaca surah Baginda menyebut pula (Allahumma-Lakal-Hamd) tiga kali dan mulai membaca surah al-Maidah . Setelah selesai membaca surah itu barulah Baginda rukuk.

Dalam rukuk Baginda berkali-kali membaca, (Subhana-Rabbiyal-'azim) dan membaca zikir dan doa yang lain yang saya tidak dapat memahaminya .

Begitulah juga dalam sujud Baginda berkali-kali membaca, (Subhana-Rabbiyal-'ala) dan juga membaca zikir dan doa yang lain . Pada rakaat yang kedua Rasulullah mulai membaca surah al-An'am . Saya tidak mampu lagi untuk meneruskan solah bersama Baginda dan terpaksa beredar."

Baginda telah membaca lebih kurang lima juzuk al-Quran dalam rakaat yang pertama sahaja . Tambahan pula, ayat-ayat tersebut dibaca satu persatu dengan tajwid, tenang, dan tartil .

Dalam keadaan begini, bayangkanlah betapa panjangnya setiap satu rakaat solah itu . Inilah sebabnya kaki Baginda menjadi bengkak . Sesungguhnya apabila kelazatan sesuatu perkara telah masuk ke dalam hati seseorang maka dia tidak lagi berasa kesusahan dan kepayahan dalam mengerjakan perkara itu .

Hazrat Abu Ishaq Subaihi rah. adalah seorang muhaddith yang masyhur . Beliau telah meninggal dunia ketika berusia seratus tahun . Beliau sentiasa meluahkan perasaan sedih kerana keseronokan dalam mengerjakan solah semakin luput lantaran keuzuran kesihatannya dan usianya yang semakin lanjut .

Dalam dua rakaat beliau hanya mampu membaca dua surah iaitu surah al-Baqarah dan Ali-'Imran . Dua surah inipun sudah merangkumi hampir empat juzuk al-Quran .

Hazrat Muhammad bin Sammak rah. berkata; "Jiran saya di Kufah mempunyai seorang anak lelaki yang sentiasa berpuasa pada siang hari dan mendirikan solah sepanjang malam serta membaca syair cinta terhadap Allah .
Badannya menjadi kurus kering sehingga hanya tulang dan kulit sahaja yang tinggal .
Ayahnya mendesak saya agar menasihati anaknya itu .

Satu ketika semasa saya sedang duduk dipintu rumah saya tiba-tiba dia lalu di hadapan saya . Saya telah memanggilnya dan diapun datang sambil memberi salam dan terus duduk . Anak muda itu telah bersuara sebelum sempat saya mengeluarkan sebarang kata-kata, "Barangkali pakcik berniat untuk menasihati saya supaya mengurangkan amal ibadat saya .

Pakcik, saya dan beberapa orang anak muda di kariah ini telah membuat keputusan bahawa kami ingin melihat siapakah antara kami yang akan berusaha lebih dalam beribadat . Mereka telah berusaha bersungguh-sungguh sehingga sampai seruan kembali ke rahmatullah .

Mereka semua telah kembali ke rahmatullah dengan penuh riang dan gembira . Kini tinggallah saya seorang sahaja . Kemungkinan amalan saya ini dipamerkan kepada mereka dua kali sehari . Apakah yang mereka akan kata sekiranya mendapati ada kekurangan dalam amalan saya ?

Pakcik, teman-teman saya telah benar-benar berusaha keras dalam mengerjakan amal ibadat." Anak muda itu telah menceritakan usaha-usaha dan mujahadah teman-temannya sehingga menyebabkan saya kagum mendengar ceritanya itu . Kemudian anak muda itu pun bangun dan berlalu pergi . Pada hari yang ketiga kami telah mendengar bahawa dia juga telah meninggal dunia." (Nuzhah)

Pada zaman yang penuh dengan kerosakkan ini masih juga terdapat di kalangan hamba-hamba Allah yang menghabiskan sebahagian besar malam mereka dengan mendirikan solah, sementara pada siang hari pula sibuk dengan urusan agama, seperti berdakwah dan mengajar ilmu agama .

Maulana Abdul Wahid Lahori rah. adalah seorang murid kepada Hazrat Mujaddid Al-Fathani rah. Suatu hari beliau berkata,"Apakah tidak ada solah dalam syurga kelak ?" Seorang bertanya, "Mengapa pula perlu ada solah dalam syurga ? Syurga adalah tempat menerima balasan amalan bukan tempat untuk beramal." Beliau pun mengeluh panjang dan mulai menangis seraya berkata, "Bagaimana daku boleh menikmati kehidupan dalam syurga tanpa solah .

Oleh kerana terdapat manusia yang sebeginilah maka dunia ini terus kekal . Sebenarnya inilah manusia yang telah mengambil sepenuh manfaat daripada kehidupan di dunia ini . Tidak mustahil sekiranya hamba yang daif ini juga dikurniakan dengan kesibukan beramal ibadat menerusi kerahiman Allah Yang Maha Luas dan dengan berkat mereka yang telah bersungguh-sungguh dalam melaksanakan perintah-perintah Allah.

Bahagian ini diakhiri dengan kisah yang sungguh menarik yang dipetik daripada kitab 'Munabbihat' yang ditulis oleh Hazrat Hafiz Ibnu Hajar rah.

Dalam satu majlis semasa bersama-sama dengan para sahabat, Rasulullah bersabda, "Allah menjadikan hatiku menyukai tiga perkara di dunia ini, wangi-wangian, wanita dan solah yang menjadi penyejuk mata ku."

Hazrat Abu Bakar berkata,"Segala yang disabda oleh tuan itu benar . Saya juga menyukai tiga perkara, melihat wajah Rasulullah, harta-bendaku dibelanjakan untuk Rasulullah dan anak perempuanku dinikahkan dengan Rasulullah".

Kata Hazrat 'Umar, "Benar, wahai Abu Bakar saya juga menyukai tiga perkara, iaitu amr bil ma'aruf (menyuruh berbuat baik), nahi'anil mungkar (mencegah kemungkaran) dan memakai pakaian yang usang ."

Hazrat 'Uthman berkata,"Segala yang kamu kata itu benar, wahai 'Umar saya juga menyukai tiga perkara iaitu perkara iaitu memberi makanan kepada orang yang lapar, memberi pakaian kepada orang yang tidak berpakaian dan membaca al-Quran ."

Kata Hazrat Ali, "Segala yang dikatakan oleh kamu itu benar wahai 'Uthman, Saya juga menyukai tiga perkara melayani tetamu, berpuasa pada hari yang panas dan memancung kepala musuh ."

Pada ketika itu Hazrat Jibril a.s. muncul lalu berkata,"Saya dihantar oleh Allah supaya memberitahu kamu perkara yang akan saya suka jika saya seorang manusia."

Baginda berkata, "Beritahulah," Jibril a.s. berkata,"Memimpin orang yang sesat, mengasihi orang miskin yang soleh dan membantu orang miskin yang mempunyai ramai anak ."

Hazrat Jibril a.s. berkata lagi,"Allah menyukai tiga perkara daripada hambaNya iaitu menggunakan keupayaan diri dan harta pada jalan Allah, menangis kerana kesal atas dosa semasa bertaubat dan bersabar sesama ditimpa kesempitan ."

Terdapat dalam kitab 'Zadul Ma'ad' yang ditulis oleh Hafiz Ibnu Qayyim rah. bahawa solah mendatangkan rezeki, memelihara kesihatan, menjauhkan penyakit, mencekalkan hati, menyerikan dan mencantikkan wajah, menenangkan jiwa, mencergaskan anggota badan, menghilangkan kemalasan, membuka pintu hati, menjadi santapan rohani, menerangkan hati, memelihara nikmat kurniaan Allah, menghindarkan diri daripada azab Allah, menjauhkan syaitan dan menjadikan diri hampir kepada Allah

Kesimpulannya, solah memainkan peranan yang penting dalam memelihara kesihatan rohani dan jasmani . Solah juga memainkan peranan yang penting untuk menjauhkan kemudaratan dan membawa manfaat di dunia dan di akhirat.

WALLAHU A'LAM

Sumber:
Rahmat Rahman
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1272808342862197&set=a.521244958018543&type=3&theater
Rahmat Rahman
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1272853279524370&set=a.521244958018543&type=3&theater
DOSA PAHALA SUAMI, ISTERI DAN MADU

SOALAN : Suami saya berkahwin lagi satu tanpa pengetahuan saya. Hanya selepas dua tahun, saya dapat tahu. Saya sama sekali tidak rela. Selama ini saya menumpahkan kasih sayang, berkorban untuknya dan keluarga tetapi dia mengkhianatinya. Saya sentiasa mengawasinya dan tidak membenarkannya ke rumah isteri muda dan dia tidak pernah tidur di rumah isteri muda.

Saya pernah menemui bomoh untuk mengatasi masalah ini dan saya dapati suami saya takut dengan saya. Adakah suami saya berdosa kerana tidak tidur di rumah isteri mudanya? Untuk pengetahuan ustaz, saya baru balik daripada menunaikan umrah.
.

JAWAPAN:

Allah s.w.t menyuruh agar seorang lelaki itu berkahwin dengan perempuan yang baik-baik, dua, tiga atau empat orang isteri. Sekiranya seorang lelaki itu takut atau bimbang tidak berupaya bersikap adil, Allah menyuruh agar mengahwini seorang perempuan sahaja.

Maksud adil di sini iaitu kepada lelaki yang diharuskan berkahwin itu adalah adil menyediakan nafkah, penyediaan makan minum isteri atau isteri-isteri yang dikahwini, anak-anak yang bakal dilahirkan, menyediakan pakaian, tempat tinggal, termasuk giliran bertemu, pergi ke rumah isteri-isteri yang dikahwini.

Disyaratkan sedemikian rupa kerana keadilan zahiriah itu adalah sesuatu yang dapat dilakukan oleh manusia biasa. Namun keadilan yang berkaitan dengan kasih sayang, cinta dan seumpamanya adalah di luar keupayaan manusia untuk berlaku adil ataupun saksama.

Jelasnya Islam mengharuskan seorang lelaki itu berkahwin lebih daripada seorang perempuan yang diistilahkan sebagai poligami. Keharusan yang diberi oleh syariat adalah keharusan bersyarat, iaitu adil seperti yang dijelaskan.

Biarpun kebanyakan orang, iaitu orang Islam memahami juga menyedari keharusan tersebut, tetapi kebanyakan isteri tidak rela dimadu atau lebih jelas tidak rela suaminya berkahwin lagi kerana:

1) Ia adalah tabiat semula jadi manusia.

2) Sebahagian daripadanya tidak faham atau tidak menghayati bahawa keharusan bagi lelaki berkahwin lebih daripada satu itu adalah ketentuan Allah.

3) Kebanyakan lelaki atau suami tidak berupaya menunaikan tanggungjawab terhadap isteri-isteri yang telah dinikahi, terutamanya yang berkaitan dengan giliran, pemberian nafkah, tempat kediaman, persekolahan anak-anak dan sebagainya. Hal demikian terlalu membimbangkan para isteri yang dimadukan atau bakal dimadukan.

Keadaan atau latar belakang seperti ini menjadi seumpama gawat apabila jabatan-jabatan agama yang diberi tanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir hal-hal yang berkaitan dengan kekeluargaan, gagal untuk bertindak, mengatasi masalah yang timbul akibat ketidakadilan suami yang mempunyai isteri lebih daripada satu tadi, terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan nafkah.

Fenomena ini berlaku akibat daripada sebab-sebab yang saling berkait, kekurangan kakitangan, kekurangan pengalaman atau latihan, tidak mempunyai visi yang jelas dan sebagainya. Fenomena seumpama ini secara tidak langsung menggalakkan lelaki seumpama ini bertindak sewenang-wenangnya tanpa ada hukuman yang jelas, lepas daripada tanggungjawab dan sebagainya menyebabkan pelbagai masalah dihadapi oleh isteri-isteri yang teraniaya.

Mereka tidak takutkan balasan Allah. Mereka telah melakukan sesuatu yang diharuskan, tetapi melanggar syarat-syarat yang ditetapkan terhadap keharusan tersebut.

Keharusan ini adalah keharusan bersyarat. Kerana itu apabila syarat tersebut tidak dipenuhi, maka keharusan tersebut tidak ada padanya. Kerana itu, lelaki atau suami yang bertindak sedemikian, telah melakukan dosa. Atas pengalaman yang banyak berlaku dalam masyarakat seperti inilah maka kaum wanita terlalu takut untuk dimadukan.

Poligami adalah keharusan yang ditetapkan oleh Allah kerana tidak adanya jalan keluar, selain daripada berpoligami atau berkahwin lagi. Seorang isteri contohnya, yang tua, uzur atau sakit yang tidak berupaya melayani kehendak batin suaminya, adalah wajar baginya merelakan suaminya yang masih mempunyai nafsu dan mempunyai sifat adil untuk berkahwin lagi.

Dalam keadaan tertentu, contohnya selepas berlaku peperangan, bencana alam menyebabkan bilangan perempuan banyak, tidak mendapat pembelaan atau perlindungan, adalah wajar bagi kaum lelaki melindungi mereka, termasuk anak-anak yang terbiar. Caranya ialah dengan mengahwininya.

Sesetengah lelaki mempunyai nafsu yang kuat berbanding dengan lelaki biasa, menyebabkan isteri yang sedia ada tidak berupaya melayani nafsu suaminya. Dalam keadaan seperti ini lelaki berkenaan layak untuk berkahwin lagi dengan syarat sifat adil itu ada pada dirinya.

Sekiranya lelaki berkenaan tidak dibenarkan berkahwin lagi, padahal nafsunya selalu membara, berkemungkinan dia akan melakukan perzinaan dengan perempuan simpanan, dengan teman-teman atau melanggani pelacur-pelacur. Kerana itu adalah wajar dan dapat diterima akal sekiranya lelaki atau suami seperti ini dibenarkan berkahwin lagi dengan syarat yang jelas.

Contoh-contoh di atas hanya merupakan sebahagian daripada fenomena yang mengharuskan seorang suami itu berkahwin lagi. Bagi orang yang seumpama ini jalan keluar tidak ada kecuali dengan berkahwin lagi satu.

Seorang lelaki yang terdorong untuk berkahwin lagi, tetapi disekat atau ditahan, dia akan terus bertindak untuk melaksanakan hasrat yang sentiasa membara, kalau keizinan isteri itu diwajibkan, berkemungkinan dia akan mencuri cap jari isteri ketika tidur, memujuk, menguliti lalu si isteri menurunkan tandatangan tanpa menyedari borang yang ditandatangani ialah tanda keizinan berkahwin lagi.

Jelasnya mewajibkan seorang isteri bagi seorang suami melalui pernikahan itu adalah tidak praktikal, biarpun berpoligami itu bukan merupakan satu idaman kebanyakan lelaki. Biar dalam keadaan apa sekalipun, sekiranya seorang suami itu dihalang berpoligami, si suami akan menganggap bahawa isterinya merupakan penghalang untuk berkahwin lagi. Dengan demikian kasih sayang itu akan terhakis daripada pasangan ini dan dia berkemungkinan akan mencari jalan keluar yang menyalahi undang-undang.

Di Malaysia perkara ini berlaku hingga sekarang. Amalan nikah lari di sempadan yang jelasnya menimbulkan pelbagai masalah, terutamanya kepada pasangan perempuan terus-menerus berlaku. Ada pula yang berkahwin menggunakan wali bapa, abang kandung dan sebagainya tanpa merujuk ke pejabat agama atau didaftarkan menurut lazimnya. Kahwin di sempadan menjadi seumpama satu kemelut yang tidak berpenghujung yang dibiarkan sehingga sekarang ini, kerana perkahwinan di sempadan itu menjadi seumpama satu eskapisme.

Tidak kira di mana perkahwinan itu dilakukan, dengan izin isteri atau tidak, atau hanya diizinkan oleh Mahkamah Syariah, apabila dia cukup syarat-syaratnya maka sahlah pernikahan tersebut. Dengan demikian, isteri yang baru dinikahi itu adalah menjadi isteri kepada lelaki yang telah sedia mempunyai isteri, seorang, dua orang atau tiga orang.

Dalam keadaan seperti ini, perempuan yang baru dinikahi itu adalah isteri yang sah. Sebagai isteri, dia mempunyai hak di sisi undang-undang, hak nafkah, perlindungan kediaman, pakaian dan sebagainya termasuk gilirannya.

Dalam situasi seperti ini, kedudukan isteri-isteri adalah sama, tidak kira sama ada dia isteri tua atau muda, isteri ketiga atau keempat. Dan apabila hak tersebut tidak dapat dinikmati oleh mana-mana pihak akibat daripada pihak yang satu lagi atau lebih jelas diperkatakan bahawa isteri muda itu tidak mendapat gilirannya kerana puan sentiasa mengawasi pergerakan si suami puan, hakikatnya telah melakukan kezaliman, menyekat hak yang sewajarnya dimiliki oleh madu puan.

Rasulullah pernah bertanya kepada sahabat-sahabat tentang orang yang dianggap bankrap. Di antara sahabat menjawab menyatakan orang yang bankrap itu ialah mereka yang tidak mempunyai wang dan harta.

Baginda menjelaskan pendapat itu tidak tepat. Orang yang bankrap itu ialah mereka yang pada hari kiamat kelak dibangkitkan oleh Allah berhimpun di padang mahsyar.

Bersama mereka ialah pahala hasil daripada ibadah sembahyang, pahala zakat, pahala puasa dan sebagainya. Ketika diadakan timbang tara atau hisab akan datang mereka yang menuntut, iaitu mereka yang dizalimi ketika hidup di dunia.

Akan datang menuntut di hadapan Allah mereka yang kena maki cela, yang kena bunuh, kena umpat dan sebagainya. Allah akan menyempurnakan segala tuntutan mereka dengan mengambil pahala kebajikan yang dilakukan di dunia kepada mereka yang menuntut. Tuntutan ini adalah umum. Allah Maha Adil lagi Maha Mengetahui.

Mengenai kes puan, sekiranya madu puan tidak puas hati atau tidak reda terhadap tindak- tanduk puan di dunia, dia akan menuntut haknya, iaitu hak giliran suami yang puan tahan dan sentiasa intai-intai. Lalu sebahagian daripada pahala puan itu diberikan kepada madu puan yang puan zalimi tadi.

Sekiranya kezaliman yang dilakukan oleh seseorang itu banyak, maka banyaklah mereka yang menuntut. Apabila pahala milik orang yang kena tuntut itu habis, padahal tuntutan masih berlaku akibat kezaliman yang dilakukan banyak, maka Allah akan mengambil dosa orang yang menuntut tadi dan dipertanggungjawabkan ke atas orang yang kena tuntut lalu akhirnya orang ini dimasukkan ke dalam neraka jahanam.

Inilah sebenar-benar orang yang bankrap, padahal ketika mula berada di padang mahsyar, dia mempunyai pahala, lalu akhirnya dia dicampakkan ke dalam neraka.

Orang yang banyak melakukan dosa ketika hidup, tidak ubah seperti orang yang banyak hutang. Untuk melangsaikan hutang, sesetengah orang terpaksa bekerja keras, apabila dapat wang, wang itu digunakan untuk membayar hutang yang ditanggung, tidak kira hutang yang baru atau hutang lapuk.

Semakin banyak seseorang itu melakukan dosa, maka semakin banyaklah dia perlu menghapuskan dosanya, iaitu dengan memperbanyakkan kebajikan. Untuk menjadi penghuni syurga, pahala yang dimiliki oleh seseorang itu perlu mengatasi dosa atau kejahatan yang dilakukan. Tidak ada gunanya seseorang itu memperbanyakkan amal ibadah atau kebajikan, tetapi dalam masa yang sama dia melakukan dosa yang lebih banyak daripada pahala yang dicari melalui ibadah tadi.

Orang yang bijak ialah mereka yang melakukan ibadah sederhana dan dalam masa yang sama mengurangkan dosa, namun mereka yang pintar ialah orang yang berupaya memperbanyakkan ibadah dan dalam masa yang sama mengurangkan kegiatan yang menyebabkan tanggungan dosa.

Menemui bomoh atau melibatkan ilmu penunduk seperti puan lakukan, menjadikan suami takut atau tunduk kepada isterinya ini menyebabkan rumah tangga akan menjadi kelam-kabut seumpama tidak terkawal.

Suami puan berdosa kerana zalim kepada isteri mudanya. Puan berdosa kerana menjadi punca utama suami melakukan dosa. Perbuatan puan menundukkan suami, menyebabkan suami takut itu diistilahkan sebagai “tiwalah”.

Amalan tiwalah menyebabkan syirik. Demikian keterangan hadis yang perlu difahami untuk dijadikan pedoman mereka yang terlibat dengan amalan seperti ini.
Subhanallah, Inilah Mukjizat Al-Quran tentang Penciptaan Berpasangan

Seorang saintis Paul Dirac, mencari fakta bahawa material diciptakan secara berpasangan. Dari penemuannya itu, dia dianugerahkan Hadiah Nobel dalam bidang fizik pada tahun 1933.

Penemuan yang dikenali sebagai "parité" itu menyatakan bahawa materi berpasangan dengan lawan jenisnya: anti-bahan. Anti-bahan memiliki sifat-sifat yang bertentangan dengan materi. Misalnya, berbeza dengan materi, elektron anti-bahan bercas positif, dan protonnya bermuatan negatif. Fakta ini dinyatakan dalam sebuah sumber ilmiah seperti berikut:

"... Setiap zarah mempunyai anti-zarah dengan muatan yang berlawanan dan hubungan ketidakpastian mengatakan kepada kita bahawa penciptaan berpasangan dan pemusnahan berpasangan terjadi di dalam vakum di setiap saat, di setiap tempat."

Fakta ilmiah ini telah diungkapkan Al-Quran sejak abad ke-7 M. Simak surah Ya Sin [36] ayat 36: "Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang mereka tidak ketahui." (QS 36:36)

Menurut Harun Yahya, meskipun gagasan tentang "pasangan" umumnya bermakna laki-laki dan perempuan, atau jantan dan betina, ungkapan "maupun dari apa yang mereka tidak ketahui" dalam ayat di atas mempunyai liputan yang lebih luas. Kini, liputan makna lain dari ayat tersebut telah terungkap.

Subhanallah, sungguh Maha Benar Firman Allah SWT.

Rahmat Rahman
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1272880679521630&set=a.521244958018543&type=3&theater



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2018/10/peradaban-islam-8477.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Temu Bual Bersama Isteri Allahyarham Saleem Di Tanah Perkuburan Islam Cheras Perdana Selepas Majlis Pengebumian

Video Temu Bual Bersama Isteri Allahyarham Saleem Di Tanah Perkuburan Islam Cheras Perdana Selepas Majlis Pengebumian

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 759 hits
Arwah Saleem happy go lucky SAYA sempat melawatnya semalam Sebagai kawan lama firasat saya memang merasa hayat Saleem tidak akan lama Akhirnya 6 30 pagi ini saya dikhabarkan dengan panggilan daripada isterinya Juriah memberitahu berita sedi...
Sri Mulyani Instrumen Keuangan Islam Efektif Kurangi Kemiskinan Dan Ketidaksetaraan

Sri Mulyani Instrumen Keuangan Islam Efektif Kurangi Kemiskinan Dan Ketidaksetaraan

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 255 hits
Untuk menjawab tantangan global industri keuangan Islam menawarkan peluang besar dalam mencapai sasaran pembangunan berkelanjutan Hal ini tentu relevan dengan program yang tiga tahun lalu dicanangkan Bank Dunia yakni Sustainable Development...
Islam Bangsa Politik Indonesia 8402

Islam Bangsa Politik Indonesia 8402

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 259 hits
Islam Bangsa Politik Indonesia Juga tidak lekang dari serangan dakyah dan doktrin yahudi laknatullah yang sememangnya cemburu Umat Islam bersatu padu Ojo mandek ojo ngedok negakno Syiar Islam Usah alfa dan lalai Untuk beroleh keberkatan dan...
Tanpa Mengira Agama Hormati Hukum Islam Mufti

Tanpa Mengira Agama Hormati Hukum Islam Mufti

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 299 hits
HARUSSANI Tidak boleh dibenarkan adanya pesta arak kerana di dalam perlembagaan menyatakan Islam agama persekutuan negara Gambar failSHAH ALAM Semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama mesti menghormati Islam kerana ia agama bagi persekutua...
Rukun Iman Ada 6 Dan 5 Rukun Islam 8433

Rukun Iman Ada 6 Dan 5 Rukun Islam 8433

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 823 hits
Allah berfirman yang bermaksud Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya 6 Rukun Iman dan 5 Rukun Islam Beserta Penjelasan dan Gambarnya May 3 2018 Rukun Iman dan Rukun Islam merupakan salah satu pilar penting dalam ajaran agama i...
Bicara Rukun Islam Dan Rukun Iman 8435

Bicara Rukun Islam Dan Rukun Iman 8435

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 323 hits
Apa itu Rukun Islam 06 OCT Segala Puji bagi Allah Tuhan Yang Maha Bijaksana Semalam saya telah menonton sebuah video online iaitu tentang nilai masa di sisi Ulama Yang telah disampaikan oleh Dr Abdul Basit Jika anda mahu melihat video teseb...
Post Truth Cubaan Musuh Sekat Islam

Post Truth Cubaan Musuh Sekat Islam

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 225 hits
DARI Kristianisasi kepada Sekularisasi Awal era Kolonialisme Barat mula menyedari bahawa Islam tidak dapat dihapuskan melalui senjata dan peperangan fizikal Bahkan semakin kuat Islam diserang semakin kuat roh jihad membara dalam diri umat I...
Video Meremang Bulu Roma Mendengar Ceramah Pemimpin Islam Kota Palu Pasca Tsunami

Video Meremang Bulu Roma Mendengar Ceramah Pemimpin Islam Kota Palu Pasca Tsunami

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 407 hits
Hapuskan maksiat kembalilah kepada IslamPerhimpunan penduduk Palu mengenangkan kejadian gempabumi tsunami yg baru melanda Dengar apa kata pemimpin Islam ini Meremang bulu romaPerhimpunan penduduk Palu mengenangkan kejadian gempabumi tsunami...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner