Bergembiralah Najib Lambat Laun Ke Penjara Juga




Semenjak 9 Mei 2018, hidup Najib Razak tidak lagi seindah seperti semasa sembilan tahun menjadi perdana menteri Malaysia.

BN pimpinannya buat kali pertama dalam sejarah kalah dalam pilihan raya umum.

Dunia memerhatikan segala skandal yang ditutupnya ketika berkuasa terbongkar. Rumahnya digeledah polis. Ratusan juta ringgit ditemui dan pelbagai barang kemas miliknya dan isteri dirampas polis.


Loading...
Semua ini tidak pernah disangka Najib akan berlaku kepada dirinya. Maklumlah, Najib lahir daripada keluarga bangsawan.

Ayahnya, Abdul Razak Hussein merupakan perdana menteri kedua selain orang kuat Istana Pahang.

Selepas hilang kuasa, setiap hari media melaporkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan Najib yang ditutup ketika beliau berkuasa.

Media arus perdana yang sebelum ini dikawal BN merasa bebas sebebas-bebasnya.

Semuanya sudah boleh dilaporkan berbanding ketika zaman Najib menjadi perdana menteri.

Ketika Najib menjadi perdana menteri, wartawan dimasukkan ke dalam lokap. Portal atas talian disekat dan ditutup. Permit akhbar digantung.

Hari ini di zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) Najib bernasib baik kerana media tidak lagi dikawal kerajaan.

Maka Najib masih lagi mendapat liputan. Disebabkan itu Najib memperkuatkan pasukan media sosialnya.

Tentera upahan

Sebaik sahaja selepas kalah PRU14, akaun bank Najib dibekukan. Maka Najib tidak dapat bergerak. Akaun banknya disiasat sama ada berkait dengan 1MDB atau tidak.

Akan tetapi pada Julai, kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohamad tidak lagi membekukannya selepas mendapati ia tidak berkaitan dengan 1MDB.

Sebaik sahaja akaunnya tidak dibekukan, maka Najib pun menyusun pasukan sibernya.

Salah seorang ahli Majlis Tertinggi Umno ditugaskan untuk menggepalainya.

Jutaan ringgit dihabiskan untuk menguatkan pasukan sibernya yang terdiri daripada antaranya wartawan-wartawan yang bertugas dengan pelbagai agensi media.

Malahan ada wartawan daripada portal media yang kerjanya hanya menulis berita Najib dan mengikut segala aktiviti bekas perdana menteri itu.

Maka tidak hairanlah dalam satu hari, akaun Facebook Najib akan mempunyai empat lima posting menghentam kerajaan PH.

Semuanya akan mendapat liputan media kerana kerajaan hari ini tidak mempunyai dasar untuk mengawal media.

Ini semua menjadi hiburan baru kepada Najib. Pada masa sama, pasukan peguamnya terus menerus cuba untuk menangguhkan perbicaraan rasuah dihadapinya.

Disebabkan itu kerajaan pimpinan Dr Mahathir bakal menubuhkan mahkamah khas untuk menguruskan kes-kes berkaitan dengan rasuah.

Perdana menteri berkata penubuhan mahkamah itu nanti tidak akan menjejaskan mahkamah biasa.

“Ini cadangan baharu kerana kita perlu menentukan kes-kes rasuah diberi masa oleh mahkamah khusus yang tertumpu semata-mata kepada kes rasuah.

“Ia memerlukan undang-undang kerana ia akan mengubah ciri-ciri asas mahkamah, jadi perlu ada kesungguhan untuk melawan rasuah.

“Kerajaan dalam proses akhir penilaian cadangan ini dan akan diwujudkan secepat yang mungkin,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) baru-baru ini.

Selagi bebas, bergembiralah Najib dengan pasukan media sosialnya. Lambat laun beliau akan ke penjara juga.


AMIN ISKANDAR berkicau menggunakan akaun Twitter @aminiskandar. Tulisan beliau merupakan pandangan peribadi atas kapasiti sebagai seorang penulis dan tidak ada kena mengena dengan sebarang jawatan yang “mungkin” beliau pegang. Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian kami di Malaysian Update.
Sumber: Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/03/bergembiralah-najib-lambat-laun-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Bergembiralah Sebelum Masuk Penjara

Najib Bergembiralah Sebelum Masuk Penjara

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 552 hits
Amin Iskandar Semenjak 9 Mei 2018 hidup Najib Razak tidak lagi seindah seperti semasa sembilan tahun menjadi perdana menteri Malaysia BN pimpinannya buat kali pertama dalam sejarah kalah dalam pilihan raya umum Dunia memerhatikan segala ska...
Saya Tak Kata Suruh Tangkap Penjara Najib Mohamad Hasan

Saya Tak Kata Suruh Tangkap Penjara Najib Mohamad Hasan

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 360 hits
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat menjelaskan beliau tidak pernah meminta bekas perdana menteri Najib Razak dipenjarakan susulan skandal 1MDB Mohamad Hasan berkata laporan setengah media seolah olah be...
Kes Src Mahkamah Hanya Terima Satu Permohonan Najib

Kes Src Mahkamah Hanya Terima Satu Permohonan Najib

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 462 hits
Tiga lagi termasuk permohonan untuk perintah larangan perbincangan awam berkenaan perbicaraan itu ditolak panel tiga hakim
Tanpa Dijangka Najib Buat Kerja Ini

Tanpa Dijangka Najib Buat Kerja Ini

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 371 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak didakwa mendapatkan khidmat pakar komunikasi Republikan tahun lalu kata satu badan pemerhati terhadap pengaruh wang dalam politik Amerika Syarikat Merujuk rekod daftar Akta Pendaftaran Ejen Asing laporan Ce...
Kes Src Hanya Satu Dari Empat Rayuan Najib Diterima Mahkamah Rayuan

Kes Src Hanya Satu Dari Empat Rayuan Najib Diterima Mahkamah Rayuan

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 362 hits
Datuk Seri Najib Razak dilihat meninggalkan Mahkamah Tinggi Putrajaya 21 Mac 2019 Foto oleh Miera Zulyana Projek MMPUTRAJAYA Mahkamah Rayuan hari ini menolak tiga daripada empat rayuan yang dikemukakan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib...
Src Case Court Allows Only One Of Najib S Four Appeals

Src Case Court Allows Only One Of Najib S Four Appeals

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 380 hits
The Court of Appeal today dismissed three of former prime minister Najib Abdul Razak s four applications related to his SRC International Sdn Bhd corruption trial The only appeal the court allowed was Najib s application for the Attorney Ge...
Indeks Kebahagiaan Jatuh Sebab Najib Bukan Sebab Kerajaan Pakatan Harapan Kata Khalid Samad Viralhancing

Indeks Kebahagiaan Jatuh Sebab Najib Bukan Sebab Kerajaan Pakatan Harapan Kata Khalid Samad Viralhancing

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 496 hits
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad mengulas kenyataan bekas perdana menteri Najib Razak yang berkata kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebahagiaan Dunia 2019 Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu merosot teruk kerana rakyat ditipu kerajaan P...
Mahkamah Perbicaraan Kes Src International Najib Ditangguh

Mahkamah Perbicaraan Kes Src International Najib Ditangguh

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 370 hits
PUTRAJAYA Perbicaraan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan pertuduhan jenayah membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta belum dapat diteruskan Ini ekoran keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan...
Najib Jho Low Bayar Berjuta Untuk Baiki Imej Mereka Dedah Badan Pemikir

Najib Jho Low Bayar Berjuta Untuk Baiki Imej Mereka Dedah Badan Pemikir

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 328 hits
Ahli perniagaan yang dikehendaki pihak berkuasa Low Taek Jho KUALA LUMPUR Ahli perniagaan yang dikehendaki pihak berkuasa Low Taek Jho melantik beberapa firma perhubungan awam peguam dan ejen untuk meningkatkan imejnya berikutan skandal 1MD...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun

Nasi Kerabu

Masa Yang Korang Tunggu Dah Tiba Syasya Rizal Bakal Umum Sesuatu Yang Besar Tidak Lama Lagi

Patutkah Kami Terima Keadaan Begini Atuk Mengadu Penat Jaga 4 Orang Cucu Hanya Terima Rm400 Sebulan

Serangan Terhadap Iran Apa Yang Berlaku Setakat Ini

Find Your Unique Selling Point