Berfikir Secara Minda Terbuka



Belajarlah berfikir secara minda terbuka. Minda yang terbuka dapat membezakan antara betul dan salah, mencipta kemajuan dan bergerak ke arah lebih baik. Dengan cara itu juga mampu membudayakan pemikiran yang kritis. Hidup masyarakat hari ini mesti lebih baik berbanding generasi sebelum ini. Justeru, kita perlu lebih bijak mencipta sesuatu yang lebih memberi kebaikan.

Orang yang berminda kecil sebenarnya kurang menggunakan minda. Dia lebih kerap melakukan perkara rutin dan menerima apa sahaja apa yang dikatakan orang lain. Mereka tidak mahu berfikir lebih daripada itu dengan alasan tidak mahu ‘penat’ berfikir. Biarlah orang lain fikirkan. Mereka lebih suka menjadi pak turut dan rela melepaskan peluang yang terhidang di hadapan mata.   

Umumnya semua orang mahu menikmati kehidupan lebih baik, meneroka bakat dan potensi diri. Tetapi, disebabkan mengamalkan cara berfikir yang negatif, menyebabkan banyak sempadan diri wujud. Kita sendiri mengatakan ini tidak boleh dan itu tidak mungkin sedangkan belum mencubanya lagi. Sikap itu umpama kita takutkan hantu sedangkan sebenarnya hantu yang dimaksudkan tidak wujud.     

Banyak orang yang gagal kerana berada dalam zon selesa, tidak mahu merasai susah dan sakit untuk menebus kejayaan. Mereka berserah kepada takdir sebelum berusaha. Maka, kegagalan itulah sebenarnya takdir yang mereka tentukan sendiri. Kelompok manusia seperti ini sebenar tidak menyedari bahawa diri mereka sudah gagal sebelum kegaglan sebenar berlaku. 

Setiap kegagalan yang diderita perlu difikirkan punca dan sebabnya, apakah kesilapan dilakukan sehingga kita terlepas daripada mendapat apa yang menjadi cita-cita dan impian kita. Sesungguhnya kesilapan masa lalu adalah pengalaman berharga untuk masa depan.

Setiap orang yang waras pasti sentiasa memiliki dua perasaan berbeza dalam hatinya iaitu bahagia atau tertekan. Hakikatnya manusia dapat mengawal perasaan yang terbuku di hati dengan strategi reda dan berfikir positif dalam apa juga keadaan dialami.

Perancangan dan pelan tindakan menjadi agenda yang menghiasi hari orang berjaya. Kegagalan masa lalu dijadikan pengajaran, begitu juga bencana dan musibah yang menimpa menjadi api pembakar semangat untuk lebih cekal dan ghairah menghadapi kehidupan yang semakin mencabar.

Sebenarnya berfikir dan bertindak secara bijak untuk berjaya lebih mudah, berbanding merancang untuk berjaya tetapi melalui cara yang salah. Mereka yang memilih berjaya atau mendapat apa yang dihajati secara salah perlu merancang sesuatu yang sukar dan tidak disukai oleh pesaing lain. Mereka dicemuh dan dibenci oleh orang lain dengan apa yang dilakukan. 

Contohnya, remaja yang malas tetapi ingin dipuji terpaksa melakukan kerja membodek, mengapu dan seumpamanya. Lakonan berlagak rajin dan baik dilakukan di hadapan orang, sedangkan sifat sebaliknya dilakukan pada masa lain. Apa yang dilakukan itu menimbulkan konflik dalam diri dan mewujudkan kedaan sukar apa terpaksa melakukan secara terpaksa. Mereka mengamalkan konsep  ‘nak jadi malas mesti kreatif’.

Mengapa mesti kreatif kepada perkara buruk seperti malas, menipu dan sebagainya? Adalah lebih baik kita kreatif untuk melakukan kebaikan. Perkara baik bukan saja menyukakan orang lain, tetapi sebenarnya lebih penting lagi diri kita sendiri merasa puas dan bahagia. Kita tidak perlu menyembunyikan kebaikan yang dilakukan, walaupun bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk. 

Kita boleh melakukan perkara baik dengan selesa dan tidak perlu takut kepada sesiapa untuk melakukannya. Kalaupun ada sedikit halangan mungkin timbul daripada pesaing atau mereka yang ada sifat dengki. Tetapi keadaan ini tidak memberi banyak tekanan. 

Jika wujud persaingan, jadikan ia sebagai motivasi untuk melakukan lebih baik. Sesuatu yang bertujuan untuk kebaikan sebenarnya untuk dikongsi bersama orang lain. Jadi, sesiapa pun yang berjaya melakukan perkara baik itu adalah mewakili semua pihak yang turut berusaha ke arah itu.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lokmanismail.blogspot.com/2020/01/vkn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Isu Peralihan Kuasa Pm Secara Terbuka Hanya Untung Pihak Lawan Lim Guan Eng

Terkini Isu Peralihan Kuasa Pm Secara Terbuka Hanya Untung Pihak Lawan Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 357 hits
PUTRAJAYA Soal peralihan kuasa Perdana Menteri yang dibicarakan secara terbuka ketika ini hanya menguntungkan pihak lawan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berpendapat isu sepatutnya dibincangkan secara dalaman walaupun Pakatan Harapan meng...
Indonesia Nilai Tidak Ada Indikasi Perang Terbuka Iran Lawan Amerika Serikat

Indonesia Nilai Tidak Ada Indikasi Perang Terbuka Iran Lawan Amerika Serikat

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 225 hits
Mengamati situasi terkini di kawasan tersebut Kementerian Luar Negeri RI menilai tak ada indikasi perang terbuka Iran lawan AS di kawasan tersebut Sejak konflik kedua negara memanas banyak pihak memprediksi akan memicu Perang Dunia III
Ketua Dprd Sebut Fit And Proper Test Cawagub Dki Terbuka Untuk Publik

Ketua Dprd Sebut Fit And Proper Test Cawagub Dki Terbuka Untuk Publik

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 193 hits
Tiap paripurna juga terbuka untuk umum masyarakat bisa melihat layak apa enggak jadi wagub itu saja ungkapnya
Nasdem Setuju Pemilihan Wagub Dki Secara Voting Terbuka

Nasdem Setuju Pemilihan Wagub Dki Secara Voting Terbuka

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 257 hits
Namun dia berpesan agar keduanya mampu menyelesaikan problematika di Ibukota jika salah satunya menjadi Wagub DKI Terutama masalah macet dan banjir
Dr M Saya Tidak Berdendam Dengan Mereka K Jaan Ph Terbuka Jalin Kerjasama

Dr M Saya Tidak Berdendam Dengan Mereka K Jaan Ph Terbuka Jalin Kerjasama

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 249 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan kerajaan Pakatan Harapan sentiasa terbuka bagi membentuk sebarang kerjasama dengan mana mana pihak Ini termasuk kerjasama dengan Pas jika ia memberi manfaat kepada negara Loading Tun Mahat...
Hindari Politik Uang Alasan Psi Seleksi Terbuka Bacalon Pilwakot Tangsel

Hindari Politik Uang Alasan Psi Seleksi Terbuka Bacalon Pilwakot Tangsel

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 267 hits
Partai Solidaritas Indonesia hari ini menggelar seleksi terbuka untuk menjaring bakal calon Wali Kota dan Wakil Wali Kota Tangerang Selatan Metode konvensi ini sebagai solusi menghindari ongkos politik yang besar dan politik uang
Jangan Kecewa Kerana Kejayaan Masih Terbuka

Jangan Kecewa Kerana Kejayaan Masih Terbuka

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 332 hits
Bismillah Imej dari Pengajar infoBaru baru ini keputusan SPM telah pun diumumkan Yang mendapat keputusan cemerlang tu berasa sangat gembira Ibu dan Ayah turut berasa bangga dengan kejayaan anak mereka yang mendapat keputusan cemerlang Lain ...
Psi Desak Dua Cawagub Dki Riza Dan Nurmansjah Diuji Secara Terbuka

Psi Desak Dua Cawagub Dki Riza Dan Nurmansjah Diuji Secara Terbuka

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 256 hits
Partai Gerindra dan PKS mengusulkan dua nama yakni Nurmansjah Lubis dari PKS dan Ahmad Riza Patria dari Gerindra sebagai Cawagub DKI Ketua Fraksi PSI Idris Ahmad menyatakan kedua cawagub harus menjalani fit and proper test secara terbuka
Produk Ilmu Hitam Yang Terlarang Dijual Dalam Talian Secara Terbuka

Produk Ilmu Hitam Yang Terlarang Dijual Dalam Talian Secara Terbuka

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 239 hits
Sebut sahaja minyak dagu dan minyak pelaris pastinya anda tahu akan fungsinya bukan Sebagai seorang yang beragama Islam anda mesti tahu ia satu perbuatan khurafat dan boleh mengakibatkan akidah terpesong Terbaharu kecoh di media sosial apab...
11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Speed Read The New Speed Triple 1200 Rx And More

Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Quartet Songzhuang Z Museum By Team Bldg Weaving Culture Into Architecture

Six Highways 25 Main Roads In Klang Valley To Be Closed For Asean Summit

The Trucks Haven T Changed What I Learned From Growing Up In Army Quarters

Investors Affected By Unauthorised Trades Won T Incur Losses Says Bursa

Revisited Kimchi Jjigae And Mayak Egg Recipe

What Did Trump Really Do About India During His Term Let S Break It Down