Berfikir Hendak Ke Mana Di Kota Kinabalu
Berfikir Hendak ke Mana di Kota Kinabalu
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semuanya
Azan di Kota Kinabalu telah berlalu baru sahaja tadi. Solat wajib subuh kena tunaikan, berdoa dan mohon pada Allah apa juga kebaikan dan merahmati kita walau di mana keberadaan. InshaAllah.
Dan sesungguhnya Allah itu tidak tidur dan tidak leka seperti manusia hambaNya melainkan Dia sentiasa mendengar dan dekat dengan kita yang ingat sungguh-sungguh pada Allah yang esa.Berbicara dalam blog ini, terbit dalam hati " HENDAK KE MANA YA DI KOTA KINABALU, SABAH " Untuk julung kalinya Etuza sekeluarga memijak kota raya yang sibuk seperti Kota Kinabalu ini. Jika dahulu Etuza boleh sesat di Bandaraya Kota Kinabalu, jalan raya yang ada erro ( anak panah) pun Etuza boleh sesat ke tempat lain terutama waktu malam. Apabila sering ke Kota Kinabalu, rasa tidak tahu lagi hendak ke mana? Pelik rasanya pertanyaan sendiri ini. Jawab sendiri kan.Lucu pula.
Kemahuan hendak mengambil banyak gambar kala ke Kota Kinabalu memang membuak, sebab terlalu banyak tempat yang menarik di sini. Dalam bandaraya Kota Kinabalu ini ambil gambar-gambar bangunan pun boleh, ambil menu-menu makanan lazat bila ke restoran mengalas perut, bisa saja itu. Tetapi Etuza rasa nak sesuatu yang beza, lain gambar hebat luar biasa. Hahaha tak tahu nak ke mana lagi di Kota Kinabalu Sabah ini. Wal hal banyak lagi tempat lain yang belum dilihat di lawati. Baiklah jawapan Etuza ialah " TANYA ANAK-ANAK KEMANA MEREKA NAK BAWA ETUZA" Masa nilah mereka kan dah dewasa, ha boleh lah bawa Etuza ke mana mereka nak. Jiwa mereka lagi riang dan mahukan kelainan apabila melancong.( Melancong dalam Negeri saja)
Bangunan Tang Dynasti Di Tepi Jalan Sepanggar. Disebalik Bangunanini ada sebuah restoran milik Pak Arab. Teringin lagi nak makan nasi Arab..
Dekat sini juga ada Restoran Orang Melayu yang service bagus, juadah pun lazatHari tu anak bawa pergi makan dekat sini..restoran tersoroktapi wow ramai orang datang..wal hal kawasan ini agak tersorok.
Kenangan kami dua minggu lalu kami ke Kota Kinabalu, anak Onn Call pergi lah dia kerja di Hospital Queen Kota Kinabalu. Kesian juga tak semena - mena kena Call ada kes kecemasan..Berduaan ja lah ibubapa ini..Menarik tau di Rumah Sarang Semut ini di Tuaran, Sabah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://madey09.blogspot.com/2019/01/berfikir-hendak-ke-mana-di-kota-kinabalu.html