Berdengkur Boleh Menyebabkan Kematian Tak


“Krohh, krohhh, krohhhh….”Bunyi inilah yang sering menemani waktu tidur Hani yang dihasilkan oleh suaminya yang tidur di sebelahnya. Bukanlah tidak pernah menegur mengenai bunyi dengkurannya yang kuat sehingga membuatkan Hani terjaga, tetapi Hani juga tidak mengetahui apa yang boleh dilakukan untuk membantu suaminya menghentikan dengkuran tersebut. Mahu atau tidak, terpaksalah menerimanya setiap malam.Kami pasti, ramai di antara kita yang juga mempunyai masalah yang sama seperti suami Hani ini. Ada yang berdengkur secara jarang-jarang, tetapi juga ada yang berdengkur hampir setiap malam. Adakah anda tahu apakah yang menyebabkan dengkuran dan adakah dengkuran boleh menyebabkan kematian? Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hal ini, anda boleh teruskan pembacaan anda melalui penulisan di bawah ini.Bagaimanakah dengkuran terhasil?
Imej from Google.
Berdengkur adalah sejenis bunyi serak atau keras yang berlaku ketika udara mengalir melalui tisu relaks di leher anda, lalu menyebabkan tisu tersebut bergetar ketika anda bernafas. Hampir semua individu mengalami masalah berdengkur ini, tetapi bagi sesetengah individu ia boleh menjadi satu masalah yang kronik. Kadangkala dengkuran juga boleh menunjukkan keadaan kesihatan yang serius. Dengkuran dan apnea tidur obstruktif (OSA)Dengkuran seringkali dikaitkan dengan satu gangguan tidur yang disebut sebagai apnea tidur obstruktif atau OSA. Bukan semua individu yang berdengkur memiliki OSA, tetapi sekiranya dengkuran yang berlaku diikuti dengan simptom-simptom tersebut, anda mungkin perlu berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan bagi menentukan sekiranya anda memiliki OSA atau tidak. Simptom-simptom tersebut adalah:Pernafasan terhenti semasa tidurRasa mengantuk yang berlebihan di siang hariKesukaran untuk memberikan tumpuanSakit kepala pada waktu pagiSakit tekak ketika bangun daripada tidurTidur yang tidak selesaTercungap-cungap atau tersedak ketika tidurTekanan darah tinggiSakid dada pada waktu malamBunyi dengkuran yang amat kuatDalam kalangan kanak-kanak, berlaku masalah berkaitan kelakuan, perhatian yang kurang baik dan juga prestasi yang kurang memberangsangkan di sekolahOSA sering dicirikan melalui dengkuran yang kuat dan diikuti dengan tempoh senyap apabila berhenti bernafas atau hampir berhenti. Individu yang mempunyai OSA biasanya mengalami pemberhentian seketika apabila bernafas secara perlahan atau berhenti bernafas sekurang-kurangnya sebanyak lima kali bagi setiap jam waktu tidur.Adakah dengkuran boleh menyebabkan kematian?Dengkuran secara umumnya tidak menyebabkan kematian. Walau bagaimanapun, jika ia melibatkan atau berkaitan dengan OSA, anda mungkin berisiko untuk mengalami kematian. Persatuan Apnea Tidur Amerika Syarikat menganggarkan sekitar 38,000 individu di Amerika Syarikat meninggal dunia setiap tahun akibat daripada penyakit jantung dengan apnea tidur sebagai faktor komplikasi. Individu yang mempunyai apnea tidur atau OSA memiliki kesukaran untuk bernafas atau berhenti bernafas dalam tempoh yang pendek setelah tidur. Walau bagaimanapun, ia sering tidak didiagnosis. Berpandukan Persatuan Jantung Amerika, 1 dalam setiap 5 individu dewasa mempunyai apnea tidur pada tahap yang tertentu dan ia lebih kerap berlaku dalam kalangan lelaki berbanding wanita. Kanak-kanak juga tidak terkecuali untuk mempunyai apnea tidur ini.Untuk pengetahuan anda, apnea tidur boleh membawa kepada komplikasi yang lebih serius jika tidak dirawat. Ia boleh memburukkan beberapa keadaan kesihatan yang mengancam nyawa, seperti:Tekanan darah tinggiStrokKematian jantung secara tiba-tibaAsmaCOPDDiabetes mellitusBahaya apnea tidur tanpa mendapatkan rawatanApnea tidur menyebabkan hypoxia, iaitu tahap oksigen yang rendah dalam tubuh. Apabila keadaan hypoxia ini berlaku, tubuh anda akan menjadi stres dan memberi reaksi dengan respon tindak balas tekanan akut. Ini kemudiannya menjadikan jantung anda berdegup dengan lebih laju dan menyempitkan arteri anda. Antara kesannya termasuklah:Tekanan darah yang lebih tinggiKadar degupan jantung yang lebih tinggiJumlah aliran darah yang meningkatLebih banyak berlakunya keradangan dan stresKesan-kesan yang berlaku ini akan meningkatkan risiko masalah-masalah kardiovaskular. Kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Respiratory and Critical Care Medicine pada tahun 2010 menemui, seseorang individu yang mempunyai apnea tidur berpotensi mempunyai peningkatan risiko untuk mengalami strok sehingga dua atau tiga kali ganda. Kajian yang dilakukan pada tahun 2007 oleh Yale School of Medicine pula menyatakan bahawa, apnea tidur boleh meningkatkan risiko untuk mendapat serangan jantung atau kematian sehingga 30 peratus dalam tempoh empat atau lima tahun. Manakala kajian yang dijalankan pada tahun 2013 yang diterbitkan dalam Journal of the American College of Cardiology menyatakan, individu yang mempunyai apnea tidur mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami kematian akibat komplikasi berkaitan jantung. Kajian tersebut juga mendapati bahawa apnea tidur juga boleh meningkatkan risiko kematian jantung secara tiba-tiba. Anda akan lebih berisiko jika mempunyai ciri-ciri seperti berikut:Berumur lebih daripada 60 tahunMempunyai 20 atau lebih episod apnea dalam setiap jam tidur andaMempunyai tahap oksigen darah yang kurang daripada 78% semasa anda tidurAdakah terdapat cara untuk saya mengurangkan bunyi dengkuran?Untuk mengurangkan atau merawat dengkuran anda, doktor mungkin akan menyarankan perubahan gaya hidup terlebih dahulu seperti menurunkan berat badan, mengelakkan pengambilan alkohol ketika waktu tidur, merawat hidung yang tersumbat, mengelakkan kekurangan tidur dan elakkan daripada tidur menelentang.Jika dengkuran yang berlaku bersama-sama dengan OSA, doktor mungkin akan mencadangkan perkara-perkara berikut:Peralatan mulut (oral appliance)Peralatan mulut adalah sejenis alat yang diletakkan pada mulut yang membantu memperbaiki posisi rahang, lidah dan selaput lembut untuk memastikan laluan udara terbukaTekanan laluan udara positif berterusan (CPAP)Kaedah ini melibatkan pemakaian topeng pada hidung atau mulut semasa anda tidur. Topeng ini mengarahkan udara bertekanan dari pam kecil di tepi katil ke saluran udara anda untuk memastikan ia dibuka semasa anda tidurPembedahan saluran udara atasTerdapat beberapa prosedur yang bertujuan untuk membuka saluran udara atas dan mencegah penyempitan yang ketara semasa tidur melalui pelbagai teknikKesimpulanJelas sekali bahawa dengkuran semasa tidur bukanlah satu perkara yang perlu dirisaukan melainkan jika anda mempunyai OSA. Bagaimana untuk mengetahui jika anda memiliki OSA atau tidak? Jika anda mendapati diri anda mengalami simptom-simptom seperti yang dinyatakan di atas, segeralah berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan, mendapatkan kepastian mengenai keadaan semasa anda dan seterusnya mendapat rawatan yang berkaitan. Sekurang-kurangnya, pasangan anda tidak lagi terganggu semasa tidur setelah dengkuran anda dirawat.

Info dipetik daripada : Hello doctorSENYUM SAJA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nonasani.com/2020/01/berdengkur-boleh-menyebabkan-kematian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Dikira Bunuh Diri Apabila Melanggar Peraturan Jalan Raya Sehingga Menyebabkan Kematian

Adakah Dikira Bunuh Diri Apabila Melanggar Peraturan Jalan Raya Sehingga Menyebabkan Kematian

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 256 hits
SOALAN Apakah jatuh hukum bunuh diri sekiranya dengan sengaja melanggar peraturan jalan raya sehingga menyebabkan kematian apabila kemalangan JAWAPAN Secara asasnya peraturan jalan raya dilaksanakan bertepatan dengan Maqasid Syar iyyah khus...
Berdengkur Boleh Bawa Maut Ketahui Bahaya Dengkur

Berdengkur Boleh Bawa Maut Ketahui Bahaya Dengkur

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 358 hits
Berdengkur Boleh Bawa Maut Ketahui Bahaya Dengkur Dengkur dah sering berlaku pada sesiapa saja malah suami sis sendiri mempunyai masalah tidur berdengkur Tapi dengkuran suami tidaklah berlaku setiap hari melainkan pada hari di mana dia pena...
Cium Dahi Pipi Isteri Boleh Hilangkan Penat Dan Bahagiakan Isteri

Cium Dahi Pipi Isteri Boleh Hilangkan Penat Dan Bahagiakan Isteri

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 396 hits
10 cara bahagiakan isteri anda Beri pujian kepada isteriJangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur Dengar pendapa...
Didik Anak Kena Adil Tak Boleh Yang Besar Je Mengalah Risau Dengki Sesama Sendiri

Didik Anak Kena Adil Tak Boleh Yang Besar Je Mengalah Risau Dengki Sesama Sendiri

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 308 hits
Sikap ibu ayah membeza bezakan anak ditakuti boleh menjadi punca mereka jadi dengki satu sama lain Didik lebih dari seorang anak jangan sampai ibu ayah membeza bezakan mereka tanpa sedar Sikap tersebut kalau dibiarkan boleh menjadi punca ke...
Tapi Saya Tak Boleh Mengandung 11 Tahun Menanti Pasangan Ini Menangis Lepas Isteri Disahkan Hamil

Tapi Saya Tak Boleh Mengandung 11 Tahun Menanti Pasangan Ini Menangis Lepas Isteri Disahkan Hamil

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 378 hits
Setiappasangan yang berkahwin mesti mengimpikan untuk memiliki cahaya mata Walaubagaimanapun tidak semua bernasib baik untuk mendapat peluang merasai pengalaman mengandung dan melahirkan zuriat sendiri Apa yang menyedihkan lagi adalah apabi...
Betul Ke Sauna Boleh Membakar Lemak

Betul Ke Sauna Boleh Membakar Lemak

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 291 hits
Betul ke Sauna Boleh Membakar Lemak Sebenarnya Sauna tidak efektif dalam membakar lemak Apa yang terjadi adalah air dalam badan akan hilang akibat berpeluh kerana terdedah dengan suhu tinggi Memang berat badan turun tetapi ia kerana kehilan...
Jenis Jenis Cendawan Yang Boleh Di Makan

Jenis Jenis Cendawan Yang Boleh Di Makan

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 1018 hits
Ramai di antara kita gemar makan masakan dari cendawan atau ada setengah tempat panggil kulat Kalau di kampung kampung lain jenis cendawan yang biasa kita temui dan di masak untuk menu masakan tradisional tapi kalau di bandar ni lebih kepad...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization