Adakah Dikira Bunuh Diri Apabila Melanggar Peraturan Jalan Raya Sehingga Menyebabkan Kematian



SOALAN:
Apakah jatuh hukum bunuh diri sekiranya dengan sengaja melanggar peraturan jalan raya sehingga menyebabkan kematian apabila kemalangan?

JAWAPAN:
Secara asasnya, peraturan jalan raya dilaksanakan bertepatan dengan Maqasid Syar’iyyah, khususnya dalam menjaga nyawa (hifz al-nafs) dan menjaga harta (hifz al-mal). Penguatkuasaan undang-undang jalan raya adalah untuk menjamin kemaslahatan pengguna-pengguna jalan raya. Maka, hukum mematuhi peraturan jalan raya adalah wajib.

Hal ini juga berkait dengan kewajipan mentaati pemerintah kerana mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pemerintah adalah wajib selagi mana ia tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah. Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.” (Surah al-Nisaa’: 59)

Oleh itu, seseorang itu dianggap berdosa sekiranya memandu dalam keadaan yang merbahaya sehingga boleh menyebabkan kemudharatan kepada diri sendiri atau orang awam yang lain.

Jenayah Membunuh Diri adalah Haram

Firman Allah SWT:

وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ
“Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar.” (Surah al-Israa’: 33)

Jelas dinyatakan dalam Surah al-Israa’ secara umum bahawa membunuh tanpa alasan yang benar adalah haram, dan ini juga termasuk dengan perbuatan membunuh diri sendiri. Malah, orang yang membunuh diri diberikan ancaman azab di akhirat.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Rasululah SAW bersabda:

مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَتَوَجَّأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا، وَمَنْ شَرِبَ سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا، وَمَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ يَتَرَدَّى فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا
“Sesiapa yang membunuh diri dengan besi, maka di neraka jahanam nanti besi itu selalu di tangannya, dia menusuk-nusukkannya ke perutnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan meminum racun, maka di neraka jahanam nanti ia akan terus meminumnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka di neraka jahanam nanti, ia akan menjatuhkan (dirinya) selama-lamanya.” (Sahih Muslim no. 109)

Imam al-Nawawi menyatakan bahawa orang yang membunuh dirinya dengan sesuatu, maka dia akan diazab seperti mana dia membunuh dirinya di dalam neraka, dan dia tidak akan masuk ke syurga melainkan dirinya Muslim. [Rujuk: al-Minhaj 2/118]

Terdapat tiga bahagian membunuh diri dari sudut niat pelaku iaitu:

1. Membunuh diri dengan sengaja (القتل عمدا): Melakukan sesuatu perbuatan yang boleh membunuh dirinya dengan niat membunuh diri, seperti mengambil racun.

2. Membunuh diri dengan separa/hampir sengaja (القتل شبه العمد): Melakukan sesuatu perbuatan tanpa niat membunuh dengan mengunakan alat yang kebiasaannya tidak membunuh tetapi menyebabkan kematian, seperti memukul badan dengan kayu yang kecil.

3. Membunuh diri dengan tidak sengaja (القتل خطأ): Tidak berniat melakukan perbuatan yang boleh membunuh diri atau pembunuhan yang tersilap, seperti termasuk perangkap sendiri.

[Rujuk: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 6/282 dan 32/327-328]

Majoriti fuqaha’ (Hanafiyah, Syafi’eyah, Hanabilah) berpendapat bahawa tidak dianggap sesuatu pembunuhan dilakukan dengan sengaja kecuali pembunuh berniat untuk membunuh atau menggunakan alat atau senjata yang boleh membunuh. Hal ini kerana niat merupakan sesuatu yang tersembunyi, maka ia boleh diketahui dengan qarinah yang zahir, contohnya dengan melihat alatan atau cara yang digunakan sebagai miqyas kepada niatnya.

Seperti yang sedia maklum bahawa pembunuh akan menggunakan alatan yang sesuai untuk membunuh seperti pisau. Maka, sekiranya alatan atau cara yang digunakan ialah sesuatu yang kebiasaannya tidak membunuh seperti memukul atau menggunakan batu yang kecil namun menyebabkan kematian, pembunuhan itu dianggap pembunuhan hampir sengaja. [Rujuk: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh 7/5658]

Kesimpulan

Tuntasnya, untuk membezakan sama ada pembunuhan itu sengaja, hampir sengaja atau tidak sengaja adalah berdasarkan niat seseorang apabila melakukan perbuatan tersebut, kemudian dilihat jenis alat atau cara yang digunakan sehingga menyebabkan pembunuhan.

Berbalik kepada soalan, kami simpulkan beberapa perkara:

1. Melanggar peraturan jalan raya dengan apa-apa alasan adalah berdosa kerana telah membuka ruang kepada sebarang mafsadah yang bakal berlaku.

2. Sekiranya seseorang dengan sengaja meletakkan dirinya di tengah jalan raya atau memandu dalam keadaan yang berbahaya dengan tujuan membunuh diri atau membahayakan dirinya sehingga menyebabkan kematian, maka dia dianggap membunuh diri.

3. Dan sekiranya seseorang itu tidak mematuhi peraturan jalan raya seperti melebihi had laju, dan tiada niat untuk membunuh diri kerana merasakan keadaan masih selamat dan terkawal, maka dia tidak dianggap membunuh diri sekiranya berlaku kematian. Hal ini bertepatan dengan kaedah:

الأمور بمقاصدها
“Setiap perkara dan perbuatan itu dinilai berdasarkan niat.”

Oleh itu, sebagai seorang Muslim, kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan janganlah meletakkan diri kita dan orang sekeliling di dalam sebarang kebinasaan. Firman Allah SWT:

وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوا
“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan; dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu.” (Surah al-Baqarah: 195)

Semoga Allah SWT sentiasa memberikan kita kebaikan dalam urusan kehidupan kita. Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/12/adakah-dikira-bunuh-diri-apabila.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mati Dihempap Lelaki Bunuh Diri

Mati Dihempap Lelaki Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 337 hits
BEIJING Dua remaja perempuan maut dihempap seorang lelaki yang terjun dari bangunan tinggi untuk membunuh diri kata polis Dalam kejadian di Shapingba Chongqing pada Selasa lalu itu dua remaja malang berkenaan dikenali sebagai Zhang 17 dan H...
Mahu Saman Tapi Siti Sarah Bimbang Netizen Bunuh Diri

Mahu Saman Tapi Siti Sarah Bimbang Netizen Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 470 hits
Baru baru ini Siti Sarah meluahkan rasa kesal dan kecewa apabila ada segelintir pihak yang masih menghina bentuk hidungnya Bukan kali pertama bentuk The post appeared first on
Tanjungbungah Remaja 15 Tahun Ancam Bunuh Diri Berjaya Diselamatkan Bomba

Tanjungbungah Remaja 15 Tahun Ancam Bunuh Diri Berjaya Diselamatkan Bomba

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 395 hits
Percubaan seorang remaja lelaki untuk terjun dari sebuah kondominium di Tanjung Bungah digagalkan pagi tadi oleh Pihak Bomba Bagan Jermal remaja lelaki berkenaan dianggarkan dalam lingkungan 15 tahun berstatus warganegara British yang diper...
Jadi Korban Human Trafficking Warga Sumsel Stres Dan Coba Bunuh Diri

Jadi Korban Human Trafficking Warga Sumsel Stres Dan Coba Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 167 hits
Sugianto bin Suyono menjadi korban human trafficking atau penjualan manusia ke Malaysia Dia mengalami stres berat dan mencoba bunuh diri setelah kabur dari tempatnya bekerja
Prank Bunuh Diri Aida Saskia Tidak Bisakah Kita Bercanda Yang Wajar Wajar Saja

Prank Bunuh Diri Aida Saskia Tidak Bisakah Kita Bercanda Yang Wajar Wajar Saja

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 228 hits
Di luar sana banyak yang benar benar bertarung dengan hasrat ingin mati Menjadikan bunuh diri sebagai prank jelas menyakiti
Bom Bunuh Diri Meledak Dekat Pangkalan Udara As Di Afghanistan

Bom Bunuh Diri Meledak Dekat Pangkalan Udara As Di Afghanistan

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 255 hits
Pasukan Koalisi NATO di Afghanistan Resolute Support menyatakan tidak ada korban jiwa namun pangkalan medis yang sedang dibangun untuk penduduk setempat rusak parah
Bunuh Diri Kerana Isteri Boros

Bunuh Diri Kerana Isteri Boros

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 264 hits
BANGALORE Seorang lelaki di India membunuh diri kerana tidak tahan dengan sikap isterinya yang terlalu boros berbelanja Agensi ANI melaporkan lelaki itu yang dikenali sebagai Srinad bekerja di sebuah syarikat di sini dan isterinya turut bek...
Kepala Anggota Bomba Ditendangnya Bangla Mental Buat Hal Panjat Papan Tanda Nak Bunuh Diri

Kepala Anggota Bomba Ditendangnya Bangla Mental Buat Hal Panjat Papan Tanda Nak Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 650 hits
The ReporterSeorang lelaki warga asing menggemparkan warga kota apabila dia memanjat tiang papan tanda jalan untuk membunuh diri Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1 15 tengah hari hari ini di Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur suspek yang ...
Pengacara Ungkap Pemeriksaan Psikologi Vina Garut Ada Kecenderungan Bunuh Diri

Pengacara Ungkap Pemeriksaan Psikologi Vina Garut Ada Kecenderungan Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 172 hits
Kondisi tersebut menurut Asri akan diperparah saat persidangan memasuki agenda mendengarkan keterangan dari saksi mahkota karena akan teringat kembali dengan kejadian yang dialaminya
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba