Bercuti Tiga Hari Dua Malam Di Mercure Beach Penang
Assalamualaikum WBT
BERCUTI ke Pulau Pinang kali ini, kami memilih menginap di Mercure Beach Penang, Tanjung Bungah. Gambar ni diambil masa check-out, update guna handphone, malas nak susun semula. Jadi kita buat caption ikut gambar jer la senang 😆
Banyak kali dah datang sini sejak ia mula dibuka dulu dengan nama Four Points By Sheraton. Suka duduk sini sebab dekat dengan bandar dan di tepi laut pula
Tiber gambar sarapan hari kedua ni pulak yang masuk dulu. Ramai guest terkesima bila nampak gelas yang Sk tatang ni. Pak Inche pun minta buatkan juga. Staf cafe pun terkejut tengok, hahah. Kombinasi berries dan original yogurt bersama buah-buahan dalam gelas yang Sk buat sendiri. Sebenarnya dulu di kafe ni, mereka letak yogurt dalam botol-botol kecik kali ni depa boh semua dalam mangkuk besar kita ceduk sendiri. Sk ceduk masuk dalam gelas untuk jus
Hari kedua ada Kuey Teow Goreng. Cili jeruk tu macam tumpah gula
Ni pun sarapan hari kedua, Penne Pasta ala marinara, omelete, ratatuille, hash brown dan sosej ayam serta jus oren
Ni sarapan hari pertama. Malas nak bangun banyak kali, kita kahwinkan terus nasi lemak dengan bihun goreng putih
Sarapan hari pertama, hidangan pertama. Omelete, penne pasta ala carbonara, tomato with cheese, salad, sosej, chicken ham, kacang panggang dan buah-buahan serta cafe latte
Bila Pak Inche ajak ke Penang, Sk minta nak duduk hotel ni. Pak Inche request bilik seaview kena tambah RM50 agaknya pasal cuti sekolah, kan. Dulu-dulu kalau ada kekosongan boleh dapat tanpa dikenakan bayaran tambahan
Mula terkejut jugak kenapa tak ada mineral water, rupanya sekarang dah upgrade ada air 3M. Tapi tak disediakan gelas, cuma ada mug untuk coffee and tea
Pemandangan dari dalam bilik kami di aras dua
Katil bersaiz raja, nak terguling 10x pun boleh
Suka tengok deco sempena hari natal kat tiang ni, kreatif
Patutnya, gambar ni la yang keluar dulu, agaknya salah klik, kena klik last sekali kot, huhuhu
Now.. tengah lipat kain baju kat rumah, hahahahaha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2022/12/bercuti-tiga-hari-dua-malam-di-mercure.html