Bercuti Tanpa Risau Dengan Traveloka Saleabration Hakuna Matta Ta Deals Pada 11 Mac Ini
Minggu lepas telah berlangsung MATTA Fair di Kuala Terengganu pada 28 Februari dan berakhir pada 2 Mac 2019. Jadi apabila suami ajak saya cuci mata sambil survey tawaran menarik di sana, terus saya jawab "Jom!" dengan tidak bertangguh kerana tahun ini kami masih belum bercuti kemana-mana lagi
Dalam minda saya sibuk merencana lokasi pilihan untuk tahun ini. Sibuk juga membayangkan dapat sambar voucher hotel dengan harga jimat seperti sebelum ini di MATTA Fair. Tapi mungkin tiada rezeki saya untuk pergi kerana suami kepenatan lalu tertidur. Esok dan lusanya pula suami kerja overtime, jadi tidak berkesempatan pula hendak pergi ke MATTA Fair. Hurm..
Tapi saya tidak kisah pun. Meskipun tidak dapat berjimat di MATTA Fair, saya tahu satu tempat yang boleh saya berjimat jika ingin bercuti. Memang setiap tahun sebelum kami bercuti ke mana-mana, satu aplikasi ini kami akan tuju dahulu untuk membuat perbandingan harga dan menempah bilik hotel. Aplikasi apa? Tentulah Traveloka.
Kenapa Traveloka Pilihan Kami Sebelum Bercuti?
Kenapa saya dan suami memilih Traveloka? Sebab utama adalah kerana ia merupakan satu-satunya apps yang kami temui bersifat honest pricing. Semua harga yang dipaparkan merupakan harga bersih tanpa tersembunyi sebarang cas tambahan. Jika dibuat perbandingan harga dengan aplikasi lain, harga di Traveloka adalah lebih tinggi namun tunggu dulu, kos yang anda lihat di apps lain itu belum termasuk tambahan tax ye.
Setelah ditambah jumlah tax, kebiasaannya kami dapati harga di apps Traveloka adalah lebih murah berbanding di aplikasi yang lain. Di apps Traveloka, saya tidak perlu membuat tambahan jumlah tax kerana jumlah yang dipaparkan adalah nilai bersih yang perlu dibayar. Selain itu, Traveloka juga sering tawarkan promosi kod voucher kepada pelanggannya. Kod ini boleh ditebus semasa membuat tempahan online bagi melayakkan mereka mendapat harga yang lebih jimat.
Selain mempunyai features untuk tempahan hotel dan penerbangan, aplikasi Traveloka juga mempunyai features tambahan baharu seperti aktiviti yang boleh dilakukan, tempahan tiket bas, train atau shuttle, sewaan kereta, tayangan movie dan pelbagai lagi. Pengguna boleh membuat pilihan tempahan hotel dan penerbangan sekaligus merancang aktiviti yang ingin dilakukan serta membuat tempahan hanya dengan menggunakan satu aplikasi iaitu Traveloka! Mudah bukan?
Tawaran diskaun dan harga juga dikemaskini setiap hari bagi membolehkan pengguna mendapat tempahan percutian pada harga terbaik. Sebab itulah kami suka menggunakan apps Traveloka kerana ia lebih convenience dan sudah tentu lebih menjimatkan.
Pengalaman Berjimat dengan Traveloka
Pada November tahun lalu, kami telah bercuti di Perak sebagai memenuhi undangan membuat review bagi sebuah rumah penginapan. Pada malam kedua, kami terpaksa menempah bilik hotel memandangkan penginapan bagi sesi review hanya disediakan untuk semalaman sahaja. Disebabkan aktiviti berakhir agak lewat malam dan kami masih belum menempah biilik hotel, jadi kami merancang untuk membuat tempahan secara walk-in sahaja di hotel berdekatan.
Suami saya walk-in ke lobi hotel untuk bertanyakan harga terlebih dahulu manakala saya pula menjaga anak-anak di dalam kereta sambil menggodek aplikasi Traveloka untuk melihat harga bilik di hotel tersebut. Apabila suami kembali, katanya harga semalaman adalah RM190++. Eh, rasanya saya tengok di apps Traveloka baru RM140++. Nasib baik suami masih belum membuat tempahan, jadi kami menggunakan apps Traveloka untuk menempah bilik. Kami sempat juga menebus kod voucher promosi bagi mendapatkan potongan harga sebanyak RM10 lagi.
Jadi, daripada harga semalaman RM190++ untuk walk-in, kami jimat sebanyak hampir RM60++ dengan menggunakan apps Traveloka! Sebab itulah kami sentiasa akan membuat perbandingan harga di Traveloka terlebih dahulu kerana selain harga yang lebih murah, promosi kod voucher juga amat membantu kami mendapatkan harga yang super jimat.
Traveloka Saleabration - Hakuna Matta-Ta Deals
Sebagai surirumah yang bergantung hidup dengan pendapatan oleh hanya seorang ketua keluarga, jadi tugas merancang perbelanjaan sambil berjimat terletak di bahu saya sebagai isteri. Dan apa yang golongan mak-mak suka tentulah diskaun, promosi dan voucher! Disebabkan kami sekeluarga gemar bercuti, jadi menjadi kelaziman untuk menunggu kedatangan event MATTA Fair yang dianjurkan di negeri kami demi mendapatkan tawaran harga menarik seperti mana yang golongan mak-mak gemari :D
Tetapi kini saya mempunyai pilihan baru selain MATTA Fair 2019 kerana dengar cerita Traveloka Saleabration akan tiba tidak lama lagi dengan pelbagai tawaran harga yang menarik. Apa yang mengujakan, tawaran diskaunnya adalah lebih kurang sama seperti diskaun di MATTA Fair Promo! Jika sebelum ini, kami tertunggu-tunggu kedatangan MATTA Fair untuk dapatkan harga promosi dan diskaun bagi percutian, nampak gayanya selepas ini kami boleh mula survey promosi harga jimat di Traveloka Saleabration pulalah.
Bila Traveloka Saleabration akan diadakan? Berita baik untuk kami yang telah terlepas peluang untuk pergi ke MATTA Fair minggu lepas kerana pada minggu hadapan iaitu pada 11 Mac 2019, Traveloka Saleabration akan berlangsung! Yeay! Hanya tinggal 4 hari lagi sebelum Traveloka Saleabration bermula.
Bersesuaian dengan tagline Traveloka Saleabration itu sendiri iaitu Hakuna Matta-Ta Deals yang menggabungkan perkataan hakuna matata dan MATTA Fair, saya pasti harga pada kali ini tentu tidak perlu risau (hakuna matata) kerana tawaran harga yang ditawarkan pasti pada harga jimat dengan promosi dan diskaun seperti di MATTA Fair. Tidak sabar pula menantikan tiba tarikh bermulanya Traveloka Saleabration kerana lokasi percutian tahun ini telah pun kami pilih. Di mana? Rahsia..
Jadi jangan lupa untuk buka aplikasi Traveloka pada 11 Mac 2019 nanti untuk lihat tawaran menarik yang disediakan buat anda kaki jalan. Yang pasti terdapat potongan harga dan promosi yang boleh disambar. Untuk buat tempahan dan mendapatkan makluman lebih lanjut, layari sahaja laman web https://www.traveloka.com/en-my/promotion/saleabration.
Kali ini saya pasti tidak akan terlepas peluang lagi kerana alarm telah saya setkan, anda bagaimana
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nurzariniismail.com/2019/03/bercuti-tanpa-risau-dengan-traveloka-saleabration-hakuna-matta-ta-11-mac-ini.html