Bercuti Ke Johor Bahru Pertimbangkan Untuk Mengginap Di Holiday Inn Jbcc Janjikan Percutian Best Seisi Keluarga
Pada anda yang dah plan nak bercuti ke Johor Bahru, tapi tak tahu nak menginap di mana, apa kata check in di Holiday Inn Johor Bahru City Center (JBCC)? Hotel antarabangsa mesra keluarga empat bintang ini menawarkan harga berpatutan untuk keseronokan seisi keluarga.
Bagi yang berkeluarga, bilik selesa dengan fasiliti lengkap antara yang menjadi pilihan kan? Lagipun sekarang dah boleh bawa anak bercuti. Sebagai ibu bapa masa inilah nak berikan kegembiraan pada anak-anak setelah sekian lama duduk di rumah.
Lokasi strategik, tawaran menarik
Buat yang belum tahu mengenai di Holiday Inn JBCC, hotel ini terletak di tengah-tengah pusat bandar Johor Bahru, dengan jarak 30 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.
Apa yang menariknya, hotel ini menyediakan akses mudah ke beberapa tarikan utama di Johor Bahru. Daripada pusat membeli-belah dan hiburan terbaik di bandar, termasuk Skyscape JB, Istana Bukit Serene & Bazaar Karat.
Bukan itu saja, bestnya di Holiday Inn JBCC ini ia menawarkan Program KIDS STAY & EAT FREE bagi kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah. Jadi sememangnya salah satu pilihan tepat untuk penginapan anda sekeluarga. Berbaloi sangat!
Bilik selesa, lengkap dengan kemudahan
Mempunyai 335 bilik yang lengkap dengan kemudahan untuk keselesaan seisi keluarga mahupun ketika perlu bekerja, anda boleh memilih ikut kesesuaian bajet anda. Antara jenis bilik yang disediakan untuk pilihan tetamu adalah Deluxe Room, Family Studio, Suite, Studio Suite dan Premier Suite.
Antara kemudahan yang disediakan adalah Wi-fi percuma, kolam renang, pusat kecergasan 24 jam, pusat perniagaan 24 jam, restoran dan bar/ruang istirahat serta beberapa fasiliti lain lagi.
Di samping kemudahan yang selesa, keceriaan menginap di sini juga adalah anda dapat menikmati hidangan enak makanan tempatan yang sentiasa menjadi pilihan dengan konsep dapur terbuka mesra keluarga di Dine @ EIGHT.
Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang https://www.holidayinn.com/johorbahru atau hubungi 07-207 8888
The post Bercuti ke Johor Bahru? Pertimbangkan Untuk Mengginap di Holiday Inn JBCC, Janjikan Percutian Best Seisi Keluarga! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/bercuti-ke-johor-bahru-pertimbangkan-untuk-mengginap-di-holiday-inn-jbcc-janjikan-percutian-best-seisi-keluarga/