Bercuti Di Satun Dan Koh Lipe
Pertengahan March 2023 saya dan tiga teman merancang bercuti ke Satun dan Koh Lipe. Kami berkumpul di Stesen Keretapi Padang Besar dan dari sana kami menaiki kereta sewa ke Wang Kelian. Pintu sempadan Wang Kelian Malaysia - Thailand sunyi sepi dan proces memasuki negara jiran di sini lancar. Setelah memasuki sempadan Negara Thailand, kami singgah makan di deretan gerai makan di Wang Kelian bahagian Thailand. Jual beli di pintu sempadan Negara Thailand meriah tidak seperti di bahagian Malaysia yang masih tidak beroperasi sejak covid melanda dunia. Selesai makan kami mencari kenderaan ke bandar Satun. Terdapat banyak kenderaan sewa dan di sini kami mula tawar menawar dengan pemandu kereta sewa. Setelah bersetuju dengan tambang, kami berangkat ke bandar Satun sekitar 50 kilometer dari Wang Kelian. Sampai di bandar Satun kami singgah minum sementara mencari kenderaan ke Tanyongpo untuk menginap malam ini di Satun Sea Balcony. Tanyongpo atau dalam Bahasa Melayu Tanjung Pauh merupakan perkampungan nelayan muslim dan kebanyakan mereka fasih berbahasa Melayu.
Petang itu setelah check-in, kami bersiar dan makan di kedai makan kampung nelayan ini. Penduduk di sini ramah menyapa kami dalam bahasa melayu. Kami menyaksikan matahari terbenam di jeti yang terdapat di kampung ini.
Pagi esoknya kami menyaksikan matahari terbit dari beranda penginapan kami sementara pihak penginapan menyediakan sarapan
Hari kedua setelah check-out kami merakam gambar kenangan di Satun Sea Balcony sebelum menaiki sangthaew yang kami naiki semalam ke bandar Satun dan seterusnya mengambil van ke Jety Pak Bara
Perjalanan dari bandar Satun ke Jetty Pak Bara mengambil masa sekitar sejam menaiki van dengan tambang TB900 sebuah. Dari Jety Pak Bara kami menaiki bot ke Koh Lipe
Air jernih berkaca menyambut kami ketika bot menghampiri pantai di Jeti Koh Lipe
Kami bercuti tiga hari dua malam di pulau yang dikelilingi pasir putih dan air laut yang jernih ini. Kami menginap di bahagian Sunrise Beach Koh Lipe. Pulau Lipe bersaiz kecil, pelancong boleh berjalan kaki ke mana sahaja namun terdapat teksi motosikal dan teksi bot jika kurang kemampuan untuk menerokai pulau dengan tenaga sendiri. Petang itu setelah check-in dan berehat, kami bersiar di Sunrise Beach dan mencari pakage snorkling keesokan harinya. Setelah itu kami ke Bulow Casa di Sunset Beach untuk berehat sambil menyaksikan matahari terbenam
Malam itu sebelum pulang kami menjamu selera dahulu. Terdapat banyak kedai makan muslim di Koh Lipe dan tidak sukar mencari kedai yang boleh bertutur dalam Bahasa Melayu di sini. Setelah makan kami memanjakan diri dengan mengunjungi rumah urut. Malam di Koh Lipe sungguh meriah dengan berbagai aktiviti hiburan dan aktiviti jual beli, tambahan pula pulau ini bersaiz kecil dan disibukkan lagi dengan lambakan pelancong
Hari ketiga setelah sarapan, kami memulakan aktiviti di Koh Lipe. Setelah menempah privert trip untuk aktiviti hari ini, kami meminta pemandu bot yang fasih berbahasa Melayu ke Pulau Adang dahulu untuk hiking. Koh Lipe termasuk dalam Taman Negara Tarutao. Untuk ke Koh Lipe dan pulau-pulau yang termasuk di dalam lingkungan Tarutao National Marine Park, setiap orang pengunjung dikehendaki membayar permit TB200 semasa menaiki fery ke kepulauan ini dari tanah besar
Kami mula mendaki jalur Chado Cliff di Koh Adang ini sekitar jam 10:35 pagi dan sampai di view point 1 sekitar 15 minit mendaki. Kami singgah sebentar di view point 1 ini untuk berehat dan merakam gambar.
Kemudian kami meneruskan pendakian ke view point 2. Trek terbuka dan cuaca agak panas. Kami sampai di view point 2 sekitar 15 minit kemudian. Pemandangan dari view point 2 juga memaparkan lokasi yang sama dengan view point 1, namun ia kelihatan lebih cantik kerana dilihat dari aras yang lebih tinggi
Trek Chado Cliff di Pulau Adang mengambil masa sekitar 45 minit hingga sejam mendaki. Trek jelas, agak menegak, berbatuan dan terbuka. Jika mendaki ke sini disyorkan di waktu awal pagi kerana waktu tengahari jalur ini agak panas. Terdapat tiga view point yang berjarak sekitar 15 minit setiap satu. Pemandangan di setiap view point mempamerkan Koh Lipe dengan wajah yang mempesonakan. Jalur berakhir di view point 3.
Setelah turun kami dibawa untuk snorkling, aktiviti wajib jika bercuti ke pulau. Kami mengambil pakage privert trip, merangkumi lima buah pulau termasuk makan tengahari kecuali hiking di Pulau Adang. Disebabkan ini privert trip, kami rangkulkan sekali hiking ke trail Chado Cliff ini sekali
Karang di Pulau Adang ini cantik, air laut jernih dan cetek. Kami snorkling sekitar 30 minit di sini dan kemudian ke Koh Rawi untuk berehat dan makan tengahari
Setelah makan dan berehat di Pulau Rawi yang pantainya berpasir halus putih ini, kami meneruskan perjalanan ke koh Yang untuk snorkeling. Karang di sini juga cantik, air laut jernih dan cetek
Setelah puas snorkling di Koh Yang, kami kemudian bergerak ke Koh Hinngam, pulau unik yang tidak berpantai. Kebiasaan sebuah pulau akan dikelilingi pantai, namun Pulau Hinngam sangat istimewa kerana pulau ini di kelilingi batu hitam yang cantik
Setelah merakam gambar dan berehat sekitar 30 minit di Koh Hinngam, kami dibawa ke Koh Jabang untuk snorkeling. Disebabkan kami telah puas snorkling dan keletihan, kami cuma mengambil gambar batu pintu gerbang di Pulau Jabang dan meneruskan perjalanan pulang ke Koh lipe
Dalam perjalanan pulang ke Koh Lipe, kami yang keletihan dijamu pemandangan air laut jernih berkaca yang mengelilingi pulau-pulau kecil di Taman Negara Marine Torutuo ini.
Kami akhiri aktiviti snorkeling hari itu sekitar jam 15:00 petang. Kemudian kami balik ke penginapan dan berehat. Di sebelah petang pula kami keluar untuk mencari cenderahati dan makan malam
Hari ketiga selepas sarapan kami berangkat pulang menaiki ferry jam 11:20 pagi dan sampai di Jeti Pak Bara sekitar jam 12:40 tengahari. Kami berangkat pulang dengan van sewa yang kami naiki semasa datang kemarin dan terus menuju ke sempadan Wang Kelian. Di pertengahan jalan kami singgah di dataran Pak Bara untuk merakam gambar.
Kami sampai di Wang Kelian sejam kemudian. Di pintu keluar Wang Kelian kami singgah minum dan membeli sedikit buah tangan dan kemudian kami memasuki Malaysia. Dari pintu keluar Wang Kelian kami menaiki kenderaan yang kami sewa semasa datang dan terus menuju ke Stesen Keretapi Padang Besar untuk pulang
Contack:1. Kereta sewa di Padang Besar- Wan +601756228962.Van Satun - Deen +66 8973311833. Sangthaew Satun- Abang Yan +66 6373724214. Satun Sea Balcony: Azara +66 892992773
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://jalankegunung.blogspot.com/2023/04/bercuti-di-satun-dan-koh-lipe.html