Bercuti Di Rangkaian Hotel Hospitality 360 Group Puas Hati Cipta Momen Bahagia Bersama


Masih merancang destinasi percutian yang best untuk bawa anak-anak bercuti? Jom tengok rangkaian hotel di bawah Hospitality 360 Group. Nak dekat-dekat boleh ke Kuala Lumpur atau Kuantan. Nak jauh sikit pergila ke Pulau Langkawi atau Johor Bahru. Yang pasti setiap satu hotel di bawah rangkaian Hospitality 360 ini semuanya cantik-cantik dan lengkap kemudahan seperti kolam renang, restoran mewah, gimnasium dan banyak lagi. Pastinya memberi keselesaan kepada seisi keluarga!
RAMADA SUITES BY WYNDHAM KUALA LUMPUR CITY CENTRE
Kedudukannya di Bukit Bintang, Kuala Lumpur menjadikan Ramada Suites by Wyndham Kuala Lumpur City Centre penginapan yang tepat untuk meneroka keindahan Ibu Negara.

Hotel bandar bertaraf 4 bintang ini menyediakan keseimbangan yang sempurna untuk mereka yang melancong untuk urusan perniagaan atau untuk beriadah. Suite-suite di Ramada Suites by Wyndham KLCC mengabungkan antara ketenangan dan kemewahan moden. Nikmati kemudahan seperti Wi-Fi percuma, katil bersaiz King, HDTV dan pemandangan yang menakjubkan dari balkoni peribadi di setiap bilik.

Tambah pula dengan kemudahan lengkap termasuk kolam infiniti yang pastinya mengujakan si kecil. Restoran terbaharu di hotel ini adalah Blu Apron. Monster Shakes merupakan kegemaran kanak-kanak apabila makan di sini! Selain itu, menu lain yang menjadi pilihan ramai jika menjamu selera di sini adalah seperti Eggs Benedict, Toffee Creme Brulee, Pan Fried Red Snapper, Australian Lamb Rack dan banyak lagi!

Anda sekeluarga boleh makan di restoran ini seawal jam 7.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam. Pastikan anda sudah mendapat dua dos suntikan vaksin dan tamat tempoh 14 hari untuk makan di sini okay?
RAMADA BY WYNDHAM LANGKAWI MARINA
Jika anda mencari kelainan dalam percutian kali ini, apa kata papa mama berlibur di Hotel Ramada by Wyndham yang terletak di Pulau Langkawi. Sesuai bagi yang inginkan ketenangan dan lari dari kesibukan kota.  Lengkap dengan kemudahan untuk seisi keluarga dan terletak berdekatan dengan tarikan utama di pulau peranginan tersebut.

Di hotel ini, terdapat 10 kategori bilik yang boleh papa mama pilih. Paling popular adalah bilik dengan pemandangan laut yang mempunyai balkoni peribadi. Selesa dan sesuai sangat kalau nak wefie satu keluarga. Memang cantik! Malas nak keluar makan jauh-jauh, anda sekeluarga boleh menjamu selera di dua restoran di hotel ini iaitu Charlie’s atau Barbosa.

Berada di destinasi percutian terbaik dengan kolam renang terbuka dan kolam renang kanak-kanak, spa, karaoke dan gim tentu sekali menjadi pilihan papa mama. Tak lengkap rasanya kalau ke Langkawi tanpa melawat ke tempat bersejarah dan popular. Lokasi hotel ini terletak dekat tempat bersejarah dan pulau membolehkan anda meneroka pulau dengan mudah kemudian ke tempat yang indah seperti Pantai Cenang.

Nak bawa anak-anak ke tempat menarik dengan hanya berjalan kaki pun boleh. Paling dekat adalah dermaga nelayan atau Royal Langkawi Yacht Club yang hanya satu minit perjalanan. Punyalah dekat! Nak membeli-belah di Jetty Point, hanya enam minit berjalan kaki. Lebih best, anda boleh berjalan kaki selama enam minit sahaja untuk ke Perniagaan Haji Ismail Group. Dataran Lang pula hanya sembilan minit berjalan kaki.
Kalau nak memandu pula, tempat menarik yang berhampiran adalah seperti Splash Out Langkawi, Underwater World Langkawi, Pantai Tanjung Rhu. Dengan pemanduan selama 45 minit, dah boleh sampai ke Langkawi Sky Bridge.
SHAHZAN HOTEL KUANTAN
Jika papa mama memilih untuk berlibur di sebelah pantai timur, papa mama boleh memilih Shahzan Hotel yang terletak di bandaraya Kuantan. Hotel ini terletak di lokasi yang cukup strategik di tengah-tengah bandaraya Kuantan memberikan kelebihan kepada pengunjung untuk menikmati keindahan ibu negeri Pahang.

Papa mama tak perlu risau kerana di sini terdapat 152 bilik. Setiap bilik mempunyai kemudahan seperti TV skrin rata, internet Wi-Fi percuma, penghawa dingin, sejadah dan banyak lagi. Sama ada anda melancong atas urusan perniagaan atau membawa keluarga, bilik moden yang disediakan sangat sesuai untuk bersantai dan relax.

Bagi pasangan yang mempunyai anak, bilik Deluxe dan Junior Suite yang sangat sesuai untuk anda sekeluarga. Makan sampai kenyang di Puteri Teja! Di sini, hidangan signature mereka adalah stimbot Yong Tau Foo yang sedap dan mempunyai pelbagai pilihan. Pasti puas hati bila makan satu famili.
Hotel ini juga lengkap dengan kemudahan kolam renang buat si kecil mandi-manda dan suasana yang selesa. Sambil mandi manda, papa mama sekeluarga dapat menikmati pemandangan bandaraya Kuantan seperti Masjid Negeri Sultan Ahmad dan juga Menara Kuantan 188 kedua tertinggi di Malaysia.

Antara kemudahan lain yang disediakan seperti cigar divan, bilik mesyuarat, surau, dan tempat letak kereta di lokasi, serta perkhidmatan seperti penerimaan tetamu 24 jam. Sama ada anda melancong untuk perniagaan atau percutian, anda akan berasa seperti di rumah semasa anda tinggal di sini.
TRINIDAD SUITES PUTERI HARBOUR
Bagi papa mama yang gemarkan pemandangan mewah dan exclusive boleh bawa keluarga anda ke selatan tanah air dan menginap di Trinidad Suites Puteri Harbour. Dengan deretan kapal-kapal mewah seperti di luar negara pasti memukau mata anda!

Menggabungkan keselesaan dan gaya elegan, penginapan anda di Trinidad Suites Puteri Harbour bersama keluarga pasti sesuatu yang memorable. Berdekatan dengan tarikan utama di Puteri Harbour, kemudahan yang terdapat di sini ideal buat percutian keluarga atau ketika bekerja.

Terletak di atas bangunan dan menampilkan pemandangan alam semula jadi yang menakjubkan, kolam infiniti adalah tempat yang sesuai dan pasti anak-anak teruja untuk menikmati pemandangan sambil berenang.

Seronoknya apabila menginap di hotel ini adalah kerana ia tidak jauh dari tempat-tempat menarik di Johor Bahru. Untuk ke LEGOLAND®️ Malaysia Resort, hanya mengambil masa lapan minit sahaja! Begitu juga kalua papa mama mahu bawa anak-anak ke Kota Iskandar dan Dataran Mahkota yang cuma lima minit perjalanan.
Untuk ke Terminal Feri Antarabangsa Puteri harbour pula mengambil masa enam minit. Mahu ke Mall of Medini pun tak jauh, hanya tujuh minit perjalanan. Tidak lama, hanya 13 minit perjalanan ke Horizon Hills Golf & Country Club. Sekiranya anda tidak mahu memandu, boleh naik flight saja. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai hanya 20 minit dari hotel ini
Pilihan tempat percutian yang tepat akan meninggalkan memori yang sukar untuk papa mama sekeluarga lupakan!
Untuk maklumat lanjut papa mama boleh layari laman sesawang rangkaian hotel ini di: https://www.shahzanhotels.com/
https://www.trinidadputeriharbour.com/
https://www.ramadaklcc.com/
https://www.ramadalangkawimarina.com/
Hospitality 360 Group merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 untuk anugerah Hotel Impian Pilihan Pa&Ma. Mahu tahu senarai penuh jenama-jenama lain yang turut terpilih tahun ini? Jom, tengok di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
The post Bercuti di Rangkaian Hotel Hospitality 360 Group. Puas Hati, Cipta Momen Bahagia Bersama! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bercuti-di-rangkaian-hotel-hospitality-360-group-puas-hati-cipta-momen-bahagia-bersama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bajet 2022 Doktor Kontrak Ancam Mogok Kedua Tak Puas Hati Pengumuman Kerajaan

Bajet 2022 Doktor Kontrak Ancam Mogok Kedua Tak Puas Hati Pengumuman Kerajaan

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 234 hits
November 2 2021 Jurucakap Hartal Doktor Kontrak Dr Mustapha Kamal berkata mendakwa dipergunakan kerajaan ketika pandemik PETALING JAYA Kerajaan diberi tempoh sebulan untuk menangani isu berbangkit berhubung pelantikan ke jawatan tetap memba...
Pas Puas Hati Agihan Kerusi Prn Melaka

Pas Puas Hati Agihan Kerusi Prn Melaka

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 276 hits
Oleh Zatul Iffah Zolkiply dan Baharom Bakar Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika sidang media pada Muktamar Tahunan PAS ke 67 di Kuala Terengganu Foto Ghazali Kori BH KUALA TERENGGANU PAS berpuas hati dengan pengagi...
Zahid Masih Tak Puas Hati Pas Pilih Bersatu Bukan Umno

Zahid Masih Tak Puas Hati Pas Pilih Bersatu Bukan Umno

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 296 hits
agendaily com7 11 2021Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kelihatan masih tidak puas hati kerana PAS memilih bekerjasama dengan Bersatu berbanding UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka Sudah lima hari PAS menyatakan parti ...
Walaun Tak Puas Hati Pada Pimpinan Pas Hantar Memorandum

Walaun Tak Puas Hati Pada Pimpinan Pas Hantar Memorandum

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 161 hits
Ibarat anak tak tahu ayah dia kawen dua Ayah main dua kolam Ayah tinggalkan bini tua asyik berkepit dengan bini muda kahkahkah
Kucing Pun Boleh Faham Bila Orang Kata Dia Gemvk Si Bulus Tak Puas Hati Budak Ej3k Dirinya

Kucing Pun Boleh Faham Bila Orang Kata Dia Gemvk Si Bulus Tak Puas Hati Budak Ej3k Dirinya

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 216 hits
Selalunya isu gemvk ini adalah isu sensitif bagi sesetengah orang lebih2 lagi bagi orang perempuan Disebabkan isu gemvk ini adalah isu sensitif jadi memang ramai orang yang tidak akan berani untuk mengatakan diri sesiapa gemvk kerana mungki...
Resipi Biskut Mazola Guna 1kg Gandum Memang Puas Hati Sedap Cair Dalam Mulut

Resipi Biskut Mazola Guna 1kg Gandum Memang Puas Hati Sedap Cair Dalam Mulut

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 269 hits
Biskut Mazola adalah salah satu biskut yang popular bukan sahaja pada hari perayaan malah ada dijual sebagai kudap kudapan Mana tidaknya nak buat biskut ni sangat mudah Jom ikuti resipi yang dikongsi Resepi Biskut Mazola Bahan bahan Tepung ...
Kalau Ikutkan Hati Tak Puas Hati Juga Mereka Hanya Dipenjara 18 Tahun Sahaja Bapa Arwah Zulfarhan

Kalau Ikutkan Hati Tak Puas Hati Juga Mereka Hanya Dipenjara 18 Tahun Sahaja Bapa Arwah Zulfarhan

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 238 hits
Kalau ikutkan hati tak puas hati juga mereka hanya dipenjara 18 tahun sahaja Bapa arwah ZulfarhanHukuman penjara 18 tahun dijatuhkan terhadap enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia setelah didapati bersalah atas pertuduhan me...
Mca Tak Puas Hati Dbkl Tetap Laksanakan Larangan Jual Arak

Mca Tak Puas Hati Dbkl Tetap Laksanakan Larangan Jual Arak

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 176 hits
Dakwa tindakan terkebelakang rosakkan imej KL sebagai bandar kosmopolitan Sumber foto MCA KUALA LUMPUR Parti berasaskan kaum MCA menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pengumuman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang meneruskan larangan penju...
Sos Thai Pelbagai Guna Buat Sendiri Guna Resipi Ni Memang Puas Hati

Sos Thai Pelbagai Guna Buat Sendiri Guna Resipi Ni Memang Puas Hati

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 230 hits
Thai adalah salah satu penyedap masakan dan juga bahan wajib ada di rumah kita Segala makanan bergoreng memang sedap kalau dicicah dengan sos ni Sebotol kecil harganya dalam RM3 RM5 lebih bergantung pada jenama Kalau sekali guna pun dah 1 2...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Ukraine Approaching Total Collapse

Police Probe Chaos Incident Outside Mosque In Penang

Budaya Pot Luck Jimat Kos Makanan Lebih Banyak Pilihan

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally