Sos Thai Pelbagai Guna Buat Sendiri Guna Resipi Ni Memang Puas Hati
Sos Thai adalah salah satu penyedap masakan dan juga bahan wajib ada di rumah kita. Segala makanan bergoreng memang sedap kalau dicicah dengan sos ni. Sebotol kecil, harganya dalam RM3-RM5 lebih bergantung pada jenama. Kalau sekali guna pun dah 1/2 botol. Sekejap je habis kan. Khas untuk puan-puan yang nak jimat, resipi Sos Thai homemade perkongsian saudari Rozmaliza Omar ni anda boleh cuba.
RESEPI SOS THAI HOMEMADE SEDAP & PELBAGAI GUNA
BAHAN-BAHAN (semua anggaran.boleh ubah ikut cita rasa):
450ml air
500gm gula – beli online disini
250ml cuka – beli online disini
1 sudu teh garam – beli online disini
1 sudu makan tepung jagung – beli online disini
3 akar daun ketumbar
Daun ketumbar – dihiris kasar
BAHAN KISAR:
250gm cili padi merah (anggaran pedas)
125gm cili besar
5 biji tomato ranum
1 labu bawang putih – beli online disini
1 tangkai daun ketumbar
CARA MEMASAK:
1.Satukan bahan-bahan kisar kemudian kisar dengan sedikit air. Namun harus diingat, jangan kisar terlalu lumat.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan masuk gula, cuka, garam dan akar ketumbar.
3. Masak sampai mendidih dan sentiasa dikacau.
4. Akhir sekali masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.
5. Masak hingga sos sederhana pekat. Tutup api.
6. Taburkan hirisan daun ketumbar.
7. Sejukkan sos terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam botol.
Kredit resipi & foto: Rozmaliza Omar
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Masak Siakap Kengsom Sedap. Cuba Resipi Ni Tak ‘Try’ Lain Dah
Perap Dulu Guna Pes 3 Bahan Ni, Baru Sotong Bakar Rasa Kebih Sedap
Sedap & Puas Makan. Begini Cara Masak Kuah Oden Ala Family Mart
Mudah Masak Pisang Goreng. Tepung Rangup Krup Krap Memang Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
The post Sos Thai Pelbagai Guna. Buat Sendiri Guna Resipi Ni Memang Puas Hati appeared first on RASA.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/11/sos-thai-pelbagai-guna-buat-sendiri.html