Bercuti Di Arena Sepang Resort Johor


Bercuti di Arena Sepang Resort, Johor|| Throwback kisah percutian aku bulan Jun yang lalu. Haa..alang alang September nanti ada cuti sekolah kan.. Kemana you all plan bercuti??
Nah, Nona share salah satu tempat yang boleh dan sesuai untuk bercuti. Rasanya ramai je tahu tempat ni.. Aku yang baru nak jejak..hehe.. Arena Sepang Resort namanya. Masih dalam Johor je tempatnya dan betul betul sebelah Lotus Desaru Beach Resort. 
Alhamdulillah, sekian lama tak join holiday beramai ramai dengan rakan sekerja sejak musim Covid. Syukur sangat cuaca elok haritu dari siang sampai malam dan keesokan harinya. Barulah lega sikit nak beraktiviti.. 
Ok, panas lit lit masa sampai... Kawasannya bersih..Taklah nampak tin air bersepah sepah, toilet tak cuci atau plastik sampah berterbangan. Okay je.. Bab view pulak, tidak secantik Pulau Tioman lah tapi sedang sedang, just nice untuk tenang tenang melihat laut. Ciptaan Allah yang aku suka..And best sebab  besok paginya dapat tengok sunrise. Hehe.. 
Rindu bau laut! Angin sepoi sepoi gitu, pokok rimbun rimbun.. Pijak pasir pantai.. Best perasaan tuh. 
Kat sini ada laut, swimming pool, tempat barbeque, tempat memasak, pondok dan bangku depan bilik. Senang sebab tempat barbeque bebetul depan bilik kami.. Nampak tak berhadapan tiang tu, ada satu tempat bakar barbeque.. 
Lepastu sebelah kerusi meja tu pun ada disediakan ruang kosong. Tinggal kita kena bawak barang lain untuk masak masak kat situ. Nice!!! Aku sebilik dengan Marlissa. Geng single.. Hahaa 
Gambar kedua tu adalah ruang dalam Mawar Chalet. Maaflah sebab dah letak segala barang, baru ada mood nak amek gambo oi. Water heater, kerusi rehat, aircond dan televisyen ada dalam bilik ni. Oh ya, peti ais takda tau. 
RM180/NIGHT: WEEKEND & HOLIDAYS
RM150/NIGHT: WEEKDAYS
1 QUEEN BED + 1 SINGLE BED
Info dari Pihak Arena Sepang ☝️
Untuk jumlah yang lebih ramai daripada tiga atau empat orang dewasa, boleh pilih Melor, Melati atau Seroja Challet ya. 
📌 Harga bilik sudah termasuk dengan kemudahan luar seperti kolam, tempat BBQ, tapak untuk sukaneka dan tapak letak kereta sampai dalam 😊
📌 Deposit RM50 time ambil kunci untuk check in 
Kitaorang memang tak ada ambil pakej makan minum yang lain. Segala makanan dan minuman petang sampai besoknya tu kitaorang sediakan sendiri ye. Time nihlah baru aku kenal kenal dengan family masing masing, bersemuka anak beranak, bercerita topik lain selain pasal kerja, borak borak sambil membakor, memasak dan makan minum! 
Enjoy! Ada antara kami memang tak kenal antara satu sama lain sebab lakinya je kerja tempat kerja aku tapi bininya tak.. so aktiviti camni sebenarnya baguslah untuk kenal kenal dan cipta kemesraan antara satu sama lain. Gituh! Bergelak, bergambar dan berbual sama.. Idoklah krik krik aje ~

Sebahagian tulang belakang dalam percutian kalini. 
Petang masa semua dah sampai dan check in, kitaorang duduk berkumpul depan bilik.. Ada yang bawak beberapa jenis makanan. Duduklah makan minum situ. Aku bawak keropok lekor mentah..Abang Azni jadi tukang goreng..hehe.. Tempatnya agak tinggi untuk orang pendek cam i...Hahaa.. Padahal takut minyak memercik kann 😂 Dan mujur ada heater dalam bilik, sekejap sekejap buat air panas.. Bolehlah mengopi ker.. mengeteh ker....  
Sambil ada yang masak atau makan petang, kalau rasa nak ke laut, dipersilakan. Anak anak lah suka betul, mandi laut dan kolam yang ada.. Bergambar dan bervideo! Enjoy habis! 


Waktu membakar start pada 6.30 petang 👍
Ada ikan bakar, ayam, sosej, udang buttermilk pun ada woi... Haha.. 
Plan pada malamtu selain BBQ, just upacara tukar hadiah je sebenarnya yang mereka ramai ramai tahu dalam group but then salah seorang ahli, Jue namanya.. Dia PM tepi dan plan nak buat surprise birthday untuk husband dia yang mana one of pekerja kat tempat kami bekerja jugak.. 🤩
Lepastu, tahu pulak dari abang Azni bahawa haritu adalah wedding anniversary beliau and wife nanti.. Dia saja ler bagitahu..Aku suruh buat surprise bagi bunga dia tak mau.. Haha.. Aku cakap, kalau gitu tak buat pape ler..datang cuti cuti biasa je.. 
Jeng, jeng, jeng... tambah plan ler. Lepas beli kek birthday, kami beli sekali lah kek anniversary. Terkejutz memasing ada surprise!! 

Semoga mereka terus bahagia, sihat dan ceria bersama insan tersayang. Bila ye Nona nak dapat suapan mesra macam mereka.. Hoho! 

Yay! Banyaknya hadiah saya! 
Inilah semua hadiah untuk aktiviti pertukaran hadiah. Ada tudung, tupperware, karpet dan banyak lagi ler! Syiokk! Oh ya, malamtu aku jadi emcee sebab aku ler yang bawak microphone siap leh kuar lagu tuh... Bahahaha. 
Selain surprise dan makan makan,  kami buat Tik Tok jugak tau.. Anak anak muda dan mak bapak join buat video. Aku ada post kat page Tik Tok haritu.. Malamtu kami ditemani bunga api yang dibakar penghuni bilik lain dari team lain. Maybe ada stok sebab baru je lepas raya Aidilfitri masa tu. 
Selesai semua aktiviti makan dan mengemas, kami singgah ke tepi pantai kejap, ada ler cahaya samar samar... Seronok si Aydan, anak kak Ina main pasir memalam.. Hahaa.. Aku pun suka tengok bintang.. Pijak pasir pantai memalam... Nice! 
Lepastu sambung borak pasal jodoh dengan yang lain pulak.. Al maklumlah, yang single masatu cuma i ngan Marlissa je.. Masing masing cerita pengalaman itu ini.. Hahaa.. Enjoy lah sampai kul 12 malam ui! 
Besoknya pulak, bangun awal untuk tengok sunrise! Dan sama sama buat breakfast. Awal semua bangun penuh semangat! Hehe! 

Sunrise! Favourite view! 



Sedapnya semuaaa! I love it lah! Nona buat apa?? Buat air je.. Hahaahaha.. 
Bila dah kenyang, terjun kolam pulak sebab semalamnya tak rendam.. Saiz kolam not bad, luas jugak cuma tak terlalu besar lah. Kolam kanak kanak ada dua.. Seperti dalam gambar di bawah. 

Habis mandi manda, tup tup tengok ada barang dah dikemas. Tapi still ada lagi tinggal air dan makanan sikit... So i sambung lagi mencekik....Aaaaa.. cuti ngan mak mak kan... Laju jer settle 😂

Syukur sangat dapat holiday sama sama dorang 😃
Okaylah, sebelum pulang, jangan lupa singgah office  dalam gambar di bawah untuk pemulangan kunci. 

Overall, semua okay dan selamat. Cuma toilet bilik kami tu lock digantikan dengan tali 😅 Okaylah, boleh jugak kunci pintu... Hehe.. Alhamdulillah ❤️ Settle semuanya, harap dapat peluang untuk bercuti sama lagi akan datang.  Korang kalau nak datang bercuti, bolehlah contact nombor yang tertera ye. 
Office Hour: 10.00 am-12 noon2pm-5.30pm
Lunch Hour:12.00 noon- 2pm
Contact Number:0197229103 (IFFAH)0197892135 (WAHAB)






Notakaki: Singgah tengok buaya pulak lepas tengok laut 😂 Next entri cerita ehh! 






SENYUM SAJA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nonasani.com/2022/08/bercuti-di-arena-sepang-resort-johor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bercuti Dan Menginap Di The Haven All Suite Resort Ipoh Perak

Bercuti Dan Menginap Di The Haven All Suite Resort Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 362 hits
BERCUTI DAN MENGINAP DI THE HAVEN ALL SUITE RESORT IPOH Raya Aidiladha tahun ini masih turn daddy iaitu di Taiping Perak Selepas beraya di Taiping Perak Seperti biasa kami akan terus holidays bercuti Alang alang dah berjalan sekali tu kan K...
Rm 160 Million Sunway Hotel Big Box Poised To Open In An Extraordinary Natural Biosphere In Johor

Rm 160 Million Sunway Hotel Big Box Poised To Open In An Extraordinary Natural Biosphere In Johor

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 243 hits
Sunway announces launch of latest RM160 million hotel in phases starting from October 1 2021 The 284 room Sunway Hotel Big Box is enveloped in a pristine 1 800 acre natural playground Strategically situated on Singapore s northern border of...
Ramai Netizen Bingung Dan Pelik Lihat Gadis Ini Makan Laksa Johor Pakai Tangan

Ramai Netizen Bingung Dan Pelik Lihat Gadis Ini Makan Laksa Johor Pakai Tangan

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 229 hits
Makan menggunakan tangan adalah sesuatu yang normal di Malaysia walaupun di Malaysia ini majoriti kedai kedai makan dan restoran ada menyediakan sudu dan garfu Tetapi tidak menjadi satu kesalahan jika ada yang mahu menggunakan tangan semasa...
Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik

Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 265 hits
Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik Nasi Arab Restoran Zaituna Johor Bahru Memang Terbaik Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys Baru baru ini MOMI ke Johor Bahru bersama rakan rakan Blogger MOKA Dik Bee Bebelan Cik Min ...
Bumbung Palang Melayang Masuk Rumah Johor Jaya Dilanda Ribut Banjir Kilat

Bumbung Palang Melayang Masuk Rumah Johor Jaya Dilanda Ribut Banjir Kilat

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 191 hits
Penduduk di kawasan itu menyifatkan kejadian ini antara yang terburuk yang dialami mereka dalam tempoh lebih 20 tahun menginap di rumah pangsa itu Foto Astro AWANIJOHOR BAHRU Ribut hujan lebat berserta angin kencang lebih 30 minit menyebabk...
Jjcm Muar Pontian Dan Johor Bahru Part 1

Jjcm Muar Pontian Dan Johor Bahru Part 1

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 221 hits
Setelah menamatkan catatan percutian kami ke United Kingdom iaitu England dan Scotland di saya ingin memulakan perjalanan JJCM kami ke Muar Pontian dan Johor Bahru yang sangat menarik Tujuan asal adalah untuk ke Johor Bahru bagi menghadiri ...
Khairy Two New Johor Hospitals To Help Ease Congestion

Khairy Two New Johor Hospitals To Help Ease Congestion

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 122 hits
The construction of two new hospitals in Pasir Gudang and Kempas in Johor is expected to help ease congestion especially in the state s two main hospitals namely Sultanah Aminah Hospital and Sultan Ismail Hospital Health Minister Khairy Jam...
Ex Johor State Exco 2 Others Freed Of Rm35m Corruption Money Laundering Charges

Ex Johor State Exco 2 Others Freed Of Rm35m Corruption Money Laundering Charges

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 172 hits
This is the second time Abdul Latif Bandi and two others have been freed of the corruption charges JOHOR BAHRU The sessions court here has acquitted former state exco Abdul Latif Bandi and two others on charges of corruption and money laund...
Dapat Juga Ke Maqan Food Fest 2022 Di Angsana Johor Bahru

Dapat Juga Ke Maqan Food Fest 2022 Di Angsana Johor Bahru

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 302 hits
DAPAT JUGA KE MAQAN FOOD FEST 2022 DI ANGSANA JOHOR BAHRU Kali pertama datang dengan suzie hujan lebat dan tak banyak tempat yang boleh diterjah Hari ahadnya pula umi bawa adik umi si Fatin tu Nasib baiklah dia tak kerja dan cuaca pun agak ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih