Bercuti Bukan Urusan Rasmi Passport Mahiaddin Tak Patut Dilepaskan




Menurut laporan media, pihak pendakwa raya akan mengemukakan bantahan terhadap permohonan Pengerusi PN, Mahiaddin Md Yasin untuk mendapatkan pasportnya secara kekal bagi melakukan perjalanan ke luar negara.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Asma Ahmad memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, mereka memerlukan lebih masa untuk menjawab permohonan Mahiaddin itu.

 

“Notis permohonan telah disampaikan kepada kami pada 17 Oktober lalu dan kami akan membantah permohonan tersebut.

“Kami memohon dua minggu (untuk memfailkan afidavit pendakwaan sebagai jawapan),” kata Nor Asma kepada hakim perbicaraan, Azura Alwi.

 

Azura kemudiannya menjadualkan semula perbicaraan awal yang ditetapkan hari ini mengenai permohonan Mahiaddin itu kepada 23 November depan.

Hakim juga kemudian mengarahkan pihak pendakwaan memfailkan afidavit mereka sebelum atau pada 8 November, sementara sebarang jawapan oleh pasukan peguam bela Muhyiddin mesti diserahkan sebelum atau pada 17 November.

Pasport Mahiaddin sebelum ini diserahkan kepada mahkamah jenayah sebagai sebahagian daripada syarat jaminan RM2 juta dalam kes pengubahan wang haramnya yang sedang dibicarakan terhadapnya.

Minggu lalu, bekas Perdana Menteri itu memfailkan permohonan pelepasan kekal pasportnya dengan mengemukakan pelbagai alasan antaranya ingin membawa keluarga bercuti di London.

Dalam afidavit sokongan yang difailkan bersama permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mahiaddin berkata, beliau memerlukan dokumen itu untuk pemeriksaan kesihatannya di Singapura.

“Sudah menjadi tradisi saya akan membawa keluarga bercuti selama sebulan setiap tahun.

“Tahun ini juga tidak terkecuali.

“Percutian ini penting kerana ia membolehkan saya meluangkan masa bersama keluarga memandangkan tahun ini amat menekan saya dan keluarga,” ujar beliau dalam hujahnya.

 

Perlu atau tidak sebenarnya passport beliau dilepaskan?

Dalam kes Mahiaddin ini, terdapat dua sebab mengapa beliau ingin memohon passportnya dikembalikan – pertama, untuk pemeriksaan kesihatan di Singapura dan kedua, untuk bercuti ke London selama sebulan bersama keluarganya.

 

Sebagaimana kenyataan pihak pendakwa raya bahawa mereka akan membantah permohonan Mahiaddin itu, setepatnya itulah langkah paling wajar sekali dilakukan.

Ini kerana bercuti bukanlah urusan atau tugas rasmi dan ia boleh ditangguhkan sehingga keadaan mengizinkan.

Dalam kes Mahiaddin yang ada perbicaraan di mahkamah dan passportnya diserahkan kepada mahkamah, eloklah beliau bercuti saja di dalam negara.

Kalau tujuannya untuk berkumpul sesama keluarga, boleh saja melakukannya di banyak tempat percutian yang menarik di Malaysia ini.

Tak perlu ke luar negara pun.

Mahiaddin hanya perlu diserahkan passportnya untuk beliau menjalani rawatan perubatan di Singapura dan kemudian hendaklah diserahkan semula kepada mahkamah.

Bukan apa, kalau untuk bercuti pun diberikan passportnya, bimbang nanti ia menjadi duluan di mana semua orang yang ada kes mahkamah akan berbuat hal yang sama.

Tetapi, sebagaimana banyak kes lain, membenarkan Mahiaddin memiliki passportnya secara kekal adalah tidak munasabah sama sekali.

Hanya orang bebas dan tiada kes mahkamah bebas menyimpan passportnya sendiri. – ShahbudinHusin 25/10/2023.

 

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/10/bercuti-bukan-urusan-rasmi-passport.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Applies To Court For Unconditional Release Of Passport

Muhyiddin Applies To Court For Unconditional Release Of Passport

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 223 hits
The sessions court will hear Muhyiddin Yassin s application for the release of his passport on Oct 23 KUALA LUMPUR Former prime minister Muhyiddin Yassin who is still facing three money laundering charges involving about RM200 million has f...
Yoursay No Good Reason For Release Of Muhyiddin S Passport

Yoursay No Good Reason For Release Of Muhyiddin S Passport

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 208 hits
YOURSAY Unless he is going overseas to bring home his fugitive son in law OCT Former prime minister Muhyiddin Yassin s reason for permanently releasing his passport is frivolous and an abuse of court The reason given is that every year he t...
Sudah Dua Ahli Parlimen Bersatu Sokong Anwar Semua Ini Salah Mahiaddin

Sudah Dua Ahli Parlimen Bersatu Sokong Anwar Semua Ini Salah Mahiaddin

papar berkaitan - pada 31/10/2023 - jumlah : 257 hits
Shahbudin HusinHanya kira kira dua minggu selepas Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnan Abdul Khalid daripada Bersatu mengumumkan sokongan kepada kepimpinan Anwar Ibrahim pada 12 Oktober lalu kini seorang lagi wakil rakyat parti i...
T14b07 20 Orang Utan Dilepaskan Ke Hutan Lindungan Kalimantan Tengah

T14b07 20 Orang Utan Dilepaskan Ke Hutan Lindungan Kalimantan Tengah

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 415 hits
menerima khabar gembira mengenai pelepasan 20 ekor Orang Utan di mana 7 ekor daripadanya jantan ke dalam sebuah hutan lindungan Bukit Batikap di Kalimantan TengahPembebasan ini dilakukan oleh Yayasan Kesinambungan Orang Utan Borneo Orang Ut...
Sprm Mohon Mahkamah Peroleh Dokumen Peguam Mahiaddin

Sprm Mohon Mahkamah Peroleh Dokumen Peguam Mahiaddin

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 250 hits
HarapanDaily comK PRAGALATHSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah membuat permohonan mahkamah untuk memperoleh dokumen daripada dua peguam yang disyaki menerima rasuah dan pulangan dari aktiviti haram di dalam penyelesaian di antara k...
Hukum Penggunaan Vape Kenyataan Rasmi Jakim

Hukum Penggunaan Vape Kenyataan Rasmi Jakim

papar berkaitan - pada 21/10/2023 - jumlah : 197 hits
Vape seringkali dipopularkan sebagai alternatif yang lebih baik berbanding rokok namun apakah sebenarnya hukum penggunaan vape dalam Islam Segelintir pihak mendakwa menghisap vape atau rokok elektronik kononnya lebih selamat kerana hanya me...
Psm Vows To Defend Workers After Lawyer Threatens To Sue Over Coconuts

Lain Kali Sensitif Sikit Awak Tu Ada Pengaruh Pempengaruh Mohon Maaf Dakwa Ada Plot Twist Dalam Kes Zara Qairina

Korang Ingat Netizen Bodoh Ke

Lirik Lagu Malaysia Madani Rakyat Disantuni Dato Sri Siti Nurhaliza

Berpolitik Jangan Sampai Meruntuhkan Negara Harus Ada Pertimbangan

Hiburan Baru Nikah 3 Bulan Suami Tergamak Jual Isteri Di Michat Servis Harga Rm44 Sehingga Rm98

Hiburan Saya Jatuh Dan Terluka Dulu Kini Nur Fazura Titip Pesanan Buat Peminat

Pembelian Pesawat Boeing Bukan Pembaziran Tapi Strategi Kurangkan Tarif Tengku Zafrul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi I 2025 2026

Panduan Semakan Wang Yang Tidak Dituntut Online

El Paso Wrongful Death Lawyer Seeking Justice For Your Loved One

Empat Pekerja Maut Jatuh Dalam Lubang Pembetung Ketika Pemeriksaan Paip Kumbahan

Buasir Otak Tv Buah Apa Boleh Kunci Pagar Be Like

Lenggong Saksi Letusan Gunung Berapi Dahsyat Dalam Sejarah Manusia Moden