Berbuka Puasa Dengan Santapan Bersama Di Restoran Grandmama S Ramadan Ini
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu kalau Maha update tempat buka puasa mesti bufet style kan. Apa kata kali ini kita relax-relax je dan semua makanan tu datang pada kita. Tak perlu nak berbaris panjang menunggu untuk mengambil makanan. Kali hanya tunjuk dan pilih sahaja set yang ada dan duduk sambil main handphone menunggu makanan sampai
Bila tiba Azan bergema terus boleh buka dan makan seronokkan. Kalau korang nak rasa pengalaman berbuka puasa macam ni apa kata datang terus ker Restoran Grandmama's. Tahun ini restoran yang telah lebih 8 tahun dalam bidang F&B ni menyajikan juadah berbuka puasa dengan konsep 'Santapan Bersama'.
Maknanya korang boleh pilih set makanan yang cukup untuk satu keluarga atau juga sesuai untuk satu kumpulan yang besar 2 hingga 10 orang makan. Kat restoran ini mereka memperkenalkan empat set pilihan dari harga serendah RM78.00++ sehinggalah ke harga RM438.00++. Harga ni bukan korang bayar seorang kata makan bersama jadi tong-tong lah bayaran. Melainkan kalau korang ada niat nak bersedekah di bulan mulia ini belanja kawan-kawan sekali-sekala apa salahnyakan
SET B - RM168.00++
Hari tu Maha dah cuba dua daripada empat set mereka ini. Maha cuba hari tu adalah Set B yang boleh makan untuk 4-5 orang dengan harga RM168.00++. Apa yang korang boleh dapat dalam set ini sangat banyak dan dijamin kenyang.
SET B- Kerabu Mangga & Betik Muda- Fish Head Curry Hot Pot- Lamb Shank Gulai Kawah- Crispy Butter Prawns- Ayam Masak Merah Ala Kampung- Stir-Fried Mixed Vegetables
SET C - RM288.00++
Manakala satu lagi adalah Set C yang boleh dinikmati untuk 6-8 orang dengan harga RM288.00++. Apa jenis makanan yang korang akan dapat dalam set ini
SET C- Kerabu Mangga & Betik Muda- Seafood Curry Hot Pot- Grandmama's Ikan Cencaru Sumbat Sambal- Sambal Petai Prawns- Ayam Masak Merah Ala Kampung- Golden Crispy Chicken with Black Bean Ginger Sauce- Braised Egg Beancurd with Minced Meat- Paku with Sambal Belacan
Semu set ini akan datang dengan nasi untuk berapa orang yang makan juga ada sekali dengan buah Kurma dan juga kuih muih tradisional untuk membuka selera. Korang rasa banyak tak lauk pauk ni semua cukup tak untuk berbuka. Bagi Maha sangat cukup dan mengenyangkan sangat
Grandmama's Ikan Cencaru Sumbat Sambal (RM23.00++)
Lamb Shank Gulai Kawah (RM39.00++)
Seabass Masak Tempoyak (RM78.00++)
Tapi kalau masih tak cukup korang boleh tambah lauk lagi kerana mereka ada sediakan Ala-Carte menu. Senarai menu ala-carte yang ditawarkan kali ini pun lain daripada lain.
- Kerabu Mangga & Betik Muda (RM12.00++)- Grandmama's Ikan Cencaru Sumbat Sambal (RM23.00++)- Ayam Masak Merah Ala Kampung (RM29.00++)- Golden Crispy Chicken with Black Bean Ginger Sauce (RM29.00++)- Lamb Shank Gulai Kawah (RM39.00++)- Crispy Butter Prawns (RM45.00++)- Seabass Masak Tempoyak (RM78.00++)
Kalau korang tanya daripada banyak-banyak masakan yang mereka tawarkan kali ini paling Maha suka adalah Ikan Cencaru Sumbat Sambal. Ikan yang segar dan besar serta boleh makan habis sampai ketulang kalau Mahalah. Kemudian yang Lamb Shank sangat lembut dan juga terasa kuah gulai kawahnya. Seabass tu Ikan Siakap Masak Tempoyak memang tak pedas dan juga rasa kuah tempoyak just nice
Kerabu Mangga & Betik Muda (RM12.00++)
Golden Crispy Chicken with Black Bean Ginger Sauce (RM29.00++)
Ayam Masak Merah Ala Kampung (RM29.00++)Crispy Butter Prawns (RM45.00++)
Boleh kata semua menu mereka kali ini kena dengan selera Malaysia kita dan juga semua orang boleh nikmati. Konsep menarik dan juga harga yang bagi Maha sangat petatutan memang korang makan akan bertambah kerana dapat makan bersa keluarga atau kawan-kawan lebih meriah
Set untuk buka puasa di Restoran Grandmama's ini akan bermula pada 6 Mei hingga 4 Jun 2019. Cuma yang set macam Maha makan ni ada di restoran Pavilion KL dan juga Intermark Mall sahaja. Kalau restoran di Genting Higlands dan juga KLIA mereka sediakan individu set seperti dalam gambar bawah ni.
Jadi macam mana pilihan ditangan korang nak berbuka dengan style bufet atau style set macam ni lebih relax dan selesa. Sebelum terlambat Maha nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog Maha dan juga yang mengenali diri ini. Moga puasa tahun ini lebih bermakna dan juga menginsafi diri kita untuk jadi lebih baik. Selamat menjamu selera dan selamat berpuasa semua
Tempahan dan juga pertanyaan boleh hubungi : Laman web : http://www.grandmamas.com.myFacebook : https://www.facebook.com/grandmamas.com.myInstagram : https://www.instagram.com/grandmamasmsia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2019/05/berbuka-puasa-dengan-santapan-bersama-restoran-grandmamas-ramadan.html