Berbuka Bak Di Itali Dengan Mangiiare


Adakah anda sudah bosan asyik makan ayam percik, kambing golek, nasi briyani dan sebagainya untuk berbuka? Adakah anda inginkan kelainan ataupun pengalaman berbuka yang berbeza?
Jika jawapan anda untuk kedua-dua soalan di atas ialah ‘Ya’, anda sedang membaca artikel yang betul kerana kami ada lokasi baru berbuka untuk anda cuba.

Mangiiare Dine & Bar Terletak di Lorong Kurau, Bangsar, Mangiiare Dine & Bar merupakan restoran Itali yang baru sahaja dibuka 3 bulan lalu. Dengan dekorasi ringkas beserta alunan muzik klasik Itali, anda pasti akan terasa bagai dibawa ke Milan atau Rom.
Walau bagaimanapun, kami perlu menyatakan bahawa restoran ini merupakan restoran berstatus ‘pork-free’ kerana terdapat minuman beralkohol yang disediakan di restoran tersebut.
Namun begitu, pembaca beragama Islam kami tidak perlu berasa khuatir ataupun was-was kerana kesemua bahan makanan yang disediakan didapati daripada pembekal yang mempunyai status halal yang diiktiraf dan tiada alkohol yang digunakan dalam penyediaan makanan. Tambahan pula, cef eksekutif Mangiiare merupakan cef Melayu yang beragama Islam dengan pengalaman lebih dari 20 tahun dalam masakan Itali.
Okey, sekarang anda boleh buang rasa bimbang itu jauh-jauh dan lihat apakah yang menanti anda di Mangiiare.

Bagai Berbuka di Itali Setelah tiga hari berbuka dengan nasi dan lauk-pauk yang sama, Mangiiare memberikan kelainan dalam pengalaman berbuka menerusi hidangan-hidangan klasik Itali yang mungkin anda tidak pernah cuba sebelum ini.
Oleh itu, Mangiiare menawarkan tiga set makanan yang terdiri daripada hidangan-hidangan laris dan popular di restoran ini untuk anda nikmati. Kesemua hidangan dalam setiap set memang difikir dengan teliti agar anda tidak berasa terlalu senak atau kenyang. Maklumlah, apabila berbuka, memang cepat untuk rasa kenyang.
Nak tahu apakah juadah bagi setiap set dan pilihan kami, bacalah di bawah.

Set A Set A – RM 40.00 ++
Pembuka Selera – Caesar Salad
Sajian Utama – Linguine Telur Asin Ketam Tempura
Pencuci Mulut – Panna Cotta
Bagi kami, set A merupakan set pengenalan kepada golongan yang tidak pernah mencuba hidangan itali yang klasik sebelum ini. Sebagai pembuka selera, anda akan menikmati Caesar salad yang mengandungi kruton, telur rebus, salad Rom, bakon ayam belanda rangup, parutan keju Parmesan dan kuah salad bilis yang sedikit masam. Memang satu hidangan yang ringan dan membuatkan anda bersedia untuk hidangan seterusnya.
Untuk hidangan utama, sajian pasta linguine disediakan. Namun begitu, cef Mangiiare telah memberikan sedikit sentuhan Timur dengan menyediakan bes telur asin dan ketam tempura dengan sedikit taburan daun kari serta cili padi sebagai hiasan. Gabungan rasa pasta ini begitu seimbang hinggakan anda tidak akan berasa muak.
Untuk pencuci mulut, set ini diakhiri dengan hidangan panna cotta iaitu kastard manis yang dipekatkan menggunakan gelatin. Dalam set ini, panna cotta yang disediakan adalah berperisa vanila. Untuk menonjolkan lagi rasa vanila tersebut, titisan coulis oren ditambah. Konsistensi panna cotta itu sendiri cukup ringan dan halus.

Set B Set B – RM 50 ++
Pembuka Selera – Parmigiana Terung
Hidangan Utama – Ayam Panggang
Pencuci Mulut – Kek Lava Coklat Hitam Putih Hidangan set B, pada pendapat kami adalah sedikit mewah dari segi rasa dan tekstur. Bermula dengan parmigiana terung, walaupun saiz hidangan tidak begitu besar, tetapi setiap suapan terung dengan rasa masam sos tomato dan lemak keju Parmesan memang cukup serasi.
Untuk hidangan utama, anda akan menikmati ayam yang dipanggang sempurna. Kulit ayam di luar rangup dan berwarna keemasan sementara isi ayam masih berjus dan lembap. Rasa ayam panggang ini cukup terserlah dengan kuah jus yang disediakan menggunakan lelehan minyak ayam yang terkumpul semasa dipanggang. Sajian ini disertakan bersama kentang bakar dan brokoli.
Sebagai penutup set B, anda dihidangkan kek coklat lava. Pada pendapat kami, kek ini merupakan antara kek lava yang paling enak pernah kami cuba. Rasa coklat hitam dan putih langsung tidak membuatkan anda mual ataupun rasa jelak. Kek ini sememangnya satu hidangan yang wajib dicuba oleh pencinta coklat.

Set C Set C – RM 60 ++
Pembuka Selera – Sup Makanan Laut Pedas
Hidangan Utama – Paha Biri Panggang
Pencuci Mulut – Mangiiare Tiramisu
Akhir sekali ialah Set C. Secara keseluruhan, sajian set C tidak seberat set B tetapi lebih mengenyangkan. Set ini bermula dengan hidangan sup makanan laut pedas. Sup ini mempunyai konsistensi yang pekat seperti stu dan tidak terlalu pedas seperti yang dijangkakan. Namun begitu, penyelamat sajian ini ialah roti yang disajikan bersama sup ini. Rasa sup yang masam manis terserlah dengan hirisan roti baguette yang disapu ringkas mentega bawang putih. Rasa makanan laut yang direneh ke dalam sup ini cukup terserlah. Satu sahaj aduan kami. Roti tidak cukup.
Sebagai hidangan utama, anda disajikan paha biri panggang yang dimasak sempurna. Daging biri ini begitu lembut sehinggakan anda tidak perlukan pisau untuk memotongnya! Dengan setiap suapan, isi daging akan mencair dengan begitu sahaja. Sajian ini disajikan dengan kentang putar halus yang begitu berlemak. Gabungan kedua-dua elemen ini pasti akan membuatkan anda bertambah-tambah selera.
pencuci mulut ini. Hal ini demikian kerana ‘bekas’ yang memegang hidangan tiramisu ini diperbuat daripada tuile yang dibentuk seperti sebuah mangkuk kecil. Memang kreatif. Rasa kopi espresso yang dituang ke atas biscotti dan krim ringan di atas cukup ‘kaw’. Jika anda rasa mengantuk kerana terlalu kenyang, kami jamin hidangan ini akan membuatkan anda berasa segar-bugar!
Kunjungi Mangiiare dan Dapatkan 10% Diskaun! JIka anda berasa teruja untuk ke Mangiiare, jangan lupa untuk memaklumkan pelayan kod ‘Butterkicap’ untuk dapatkan potongan 10%. Lebih baik lagi, anda tunjukkan sahaja artikel ini kepada pelayan atau semasa membuat pembayaran.

Untuk membuat tempahan atau pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi 03-2856 0427 atau layari laman web Mangiiare Dine & Bar.
The post Berbuka Bak Di Itali Dengan Mangiiare appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/bisnes-makan/berbuka-bak-di-itali-dengan-mangiiare

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Jimat Masa Memasak Untuk Berbuka

Tips Jimat Masa Memasak Untuk Berbuka

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 495 hits
Tips Jimat Masa Memasak Untuk Berbuka Hari pertama berpuasa Tapi percaya tak orang perempuan dah fikir juadah seminggu sebelum tu lagi Haha Memang bulan puasa kita kurang makan Tapi tetap kena makan Dan bulan puasa ni kita kena cari menu ya...
Berbuka Puasa Dengan Roti Jala Lembut Sedap Dan Kari Kaki Ayam

Berbuka Puasa Dengan Roti Jala Lembut Sedap Dan Kari Kaki Ayam

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 1193 hits
Berbuka Puasa Dengan Roti Jala Lembut Sedap Dan Kari Kaki Ayam Kalau anda tak pernah lagi makan kari kaki ayam mehlah cuba Saya pun dulu tak suka tapi sejak makan roti jala dengan kuah kari kaki ayam sedap rupanya Lepas tu kaki ayam masak s...
Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Negeri Selangor 2019

Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Negeri Selangor 2019

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 448 hits
JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1440H 2019M BAGI SELURUH NEGERI SELANGOR Mama perasan ramai yang masuk blog Ni hari ini kerana nak melihat Waktu Berbuka Puasa bagi Negeri Selangor Kasihan pula data yang mama Ada cuma tahun lepas ...
Simple Je Menu Berbuka Sa Ramadhan Pertama

Simple Je Menu Berbuka Sa Ramadhan Pertama

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 479 hits
Hi korang Alhamdulillah semalam SA berjaya mengharungi moment puasa pertama dengan jayanya syukur ke hadrat allah s w t sebak rasa rasa hati semalam sebab berjaya puasa SA menjangkakan yang SA bakal kecundang sebab SA menghidap gastrik Tapi...
Perjalanan Terakhir Tak Sempat Berbuka Dengan Keluarga Anggota Tldm Maut Parah Di Kepala

Perjalanan Terakhir Tak Sempat Berbuka Dengan Keluarga Anggota Tldm Maut Parah Di Kepala

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 445 hits
Perjalanan Terakhir Tak sempat berbuka dengan keluarga anggota TLDM maut parah di kepala Setiap kali tiba bulan Ramadan waktu berbuka puasa bersama keluarga paling dinantikan setelah masing masing sibuk dengan tugasan seharian Namun ajal me...
Lagi Baik Ke Bazar Ramadan Selepas Berbuka Mungkin Dapat Free Betul Ke

Lagi Baik Ke Bazar Ramadan Selepas Berbuka Mungkin Dapat Free Betul Ke

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 484 hits
Lagi baik ke bazar Ramadan selepas berbuka mungkin dapat free Betul Ke RATA RATA rakyat Malaysia memang suka makan
Menu Bersahur Atau Berbuka Puasa Resepi Sup Telur

Menu Bersahur Atau Berbuka Puasa Resepi Sup Telur

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 1756 hits
Menu Bersahur Atau Berbuka Puasa Resepi Sup Telur Salam Ramadan buat semua masuk bulan Ramadan ni memang ramailah yang pening dok pikir nak masak apa untuk bersahur mahu pun berbuka puasa nanti Okey aku share satu resepi yang mudah dan cepa...
Hukum Menjemput Non Muslim Berbuka Puasa

Hukum Menjemput Non Muslim Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 446 hits
Non Muslim adalah sebahagian daripada ummah siyasiyyah yang membentuk satu kerangka bagi sebuah ummah disamping adanya Muslim sebagai ummah diniyyah Konsep ini telah dibentuk oleh Rasulullah SAW melalui Sahifah Madinah yang dibentangkannya ...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Senarai Cawangan Bank Simpanan Nasional Di Negeri Kelantan

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Bufet Ramadan 2025 Citarasa Sedunia Di Ve Hotel Residence

Resep Thailand Milk Bun Viral Sajian Berbuka Puasa Yang Bikin Ketagihan

Masak Ayam Berlado Cili Merah Kesukaan Anak Anakku

Kes Buang Bayi Wanita Berusia 29 Tahun Direman

Doorgift Kenduri Dapat Numee Gardenia

Iftar 2025 Dengan Buffet Murah Iftar Citarasa Nusantara Fbi Bayu Event Hall Jb