Berbanding Ph Mahathir Perlu Lebih Bekerjasama Dengan Ph




Tindakan Tun Mahathir Mohamad mencadangkan dirinya sendiri sebagai calon Perdana Menteri PH Plus dan dalam masa yang sama menganggap Anwar Ibrahim tidak boleh diterima untuk jawatan tersebut kerana mengetuai parti yang berbilang kaum, hakikat ini lebih menyerlahkan keinginan Pengerusi Bersatu terpecat itu untuk menghalang kemaraan Presiden PKR mengambil alih kedudukan ketua kerajaan daripada Muhyiddin Yassin.Ini juga menunjukkan kemungkinan yang lebih tinggi untuk Tun Mahathir memungkiri sekali lagi janji peralihan kuasa kepada Anwar, meskipun berjanji hanya mahu menjadi Perdana Menteri selama enam bulan saja.Belum pun permintaannya untuk memegang jawatan Perdana Menteri buat kali ketiga dipersetujui serta berjaya menjadi kenyataan, Tun Mahathir sudah secara berterus-terang mengatakan Anwar tidak boleh diterima untuk menerajui negara.Logiknya, sudah tentulah setelah beroleh kuasa nanti, dalil-dalil enggan menyerahkan kuasa itu menjadi lebih dahsyat lagi didendangkannya.Selain Anwar menjawab bahawa selepas enam bulan nanti di mana ketika peralihan yang dijanjikan itu berlaku beliau masih lagi Presiden PKR, sebuah parti berbilang kaum, Tun Mahathir sewaktu mengucapkan perkara itu seolah-olah lupa hakikat kedudukan dirinya sendiri.Jika Anwar yang menerajui parti berbilang kaum dianggapnya tidak layak, adakah dirinya yang tidak berparti itu lebih layak menjadi Perdana Menteri?Kiranya begitu juga, bagaimana pula dengan logo PKR yang digunakan untuk bertanding dalam PRU14 lalu, termasuk oleh Tun Mahathir, tetapi masih diberi sokongan oleh pengundi?Dalam hal ini, jika PH mahu menganggap Tun Mahathir sebagai kawan yang mesti diberikan kerjasama sebagaimana yang ditekankan oleh Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, jauh lebih mustahak daripada itu ialah Tun Mahathir mesti lebih dulu menganggap PH yang diterajui oleh Anwar juga sebagai kawan yang perlu beliau bekerjasama dengannya.Tetapi, adakah tingkah laku Tun Mahathir memperlihatkan yang beliau menganggap PH sebagai kawannya?Kalau PH saja yang mahu menganggap Tun Mahathir sebagai kawan, namun beliau pula melihat keberadaannya bersama PH hanya sebagai peluang melakukan khianat dan dendam, sebenarnya hanya membuang masa saia meneruskan hubungan dengannya.PH sebagai sebuah gabungan yang stabil berbanding Tun Mahathir yang tidak berparti serta partinya sendiri, Bersatu sudah jadi Berdua, mesti jelas dalam membawa jati diri serta hala tuju perjuangannya.Tidak harus ada pihak dalam PH jadi lemah, mudah terpedaya dan seolah-olah mahu menjemput pengkhianatan secara sengaja buat kesekian kalinya.Tidakkah kita lupa bagaimana sebelum ini Tun Mahathir memperlekeh janji manifesto, mempermain-mainkan tempoh peralihan kuasa dan meletak jawatan tanpa berunding dengan PH?Bak kata pepatah, janganlah sudah terhantuk dua tiga kali pun tapi masih juga tak reti-reti menjaga dahi.Meskipun PH atau sesiapa saja daripada gabungan itu boleh menarik sokongan terhadap Tun Mahathir agar kerajaan terbubar dan PRU baru diadakan jika janji kepada Anwar dimungkiri sekali lagi seperti yang cuba diyakinkan oleh Anthony Loke, nasi ketika itu telah menjadi bubur dan niat Tun Mahathir untuk menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri dengan sendirinya sudah pun tercapai.Pasti selepas itu, Tun Mahathir akan tersenyum puas, bukan saja kerana berjaya menghalang Anwar, tetapi sekali lagi dapat memperbodoh-bodohkan PH.Pada waktu ini, makanya mengajak PH untuk bekerjasama, berbaik, berkawan dan memberi peluang sekali lagi kepada Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri adalah kerja sia-sia, membuang masa dan hanya menjadikan PH ditertawakan oleh sejarah.Langkah yang betul ialah Tun Mahathir mesti diajak untuk bekerjasama, berkawan dan berbaik dengan PH serta menerima Anwar sebagai calon Perdana Menteri tanpa sebarang keraguan.Jika Tun dikatakan sebagai orang yang boleh mencukupkan nombor bagi mengembalikan mandat rakyat kepada PH, beliau mesti berusaha melakukannya dengan keupayaan yang serupa biar pun bukan dirinya sebagai calon Perdana Menteri.Itu barulah dinamakan ada kejujuran dan keikhlasan, bukan hanya sedia mencukupkan nombor jika dirinya saja dinamakan sebagai Perdana Menteri.Janganlah lupa dengan kedudukan PKR yang ada 38 nombor dan PH yang mempunyai 91 Ahli Parlimen.Lagi pun, selain mengambil balik kerajaan adalah mustahak bagi PH demi maruah mandat rakyat yang telah diperolehi, lebih penting bagi Tun Mahathir adalah mengambil semula Bersatu yang drampas Muhyiddin daripadanya.Tanpa PH menjadi kerajaan semula dalam waktu terdekat ini, Bersatu akan terus berada dalam genggaman Muhyiddin dan mungkin akan terhapus pendaftarannya tidak lama lagi melalui penggabungannya dengan UMNO.Berbeza dengan Anwar dan PH, di samping kedudukannya lebih kukuh dan boleh mengharungi masa depan dengan asas reformasi yang diperjuangkannya bersama DAP dan Amanah, Tun Mahathir mungkin akan mengakhiri kehidupan ini dalam sengsara dan duka lara jika Bersatu gagal diperolehinya semula.Untuk mencapai semua tujuan itu, jika benar Tun Mahathir tiada niat dalam hati untuk khianat dan menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri, pilihan yang terpuji baginya ialah mengalah dan bersama-sama PH menggembleng tenaga mengambil semula kerajaan.Kepada pemimpin-pemimpin PH pula, berhentilah merasionalkan perlunya kita bekerjasama dengan Tun Mahathir, sebaliknya cubalah rasionalkan Tun Mahathir bahawa beliau jauh lebih perlu memberikan kerjasamanya kepada PH. (Shahbudindotcom 19/06/2020)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/berbanding-ph-mahathir-perlu-lebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berbanding Gandingan Mahathir Anwar Rakyat Lebih Terima Gandingan Anwar Mukriz

Berbanding Gandingan Mahathir Anwar Rakyat Lebih Terima Gandingan Anwar Mukriz

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 252 hits
Apa yang semua orang fahami sekarang ini ada dua gandingan calon PM dan TPM untuk ditonjolkan dalam usaha menjadikan PH sebagai kerajaan semula Pertama calon PM ialah Tun Mahathir Mohamad dan TPM adalah Anwar Ibrahim Kedua calon PM adalah A...
Selamatkan Rakyat Lebih Penting Berbanding Sasaran Defisit Tengku Zafrul

Selamatkan Rakyat Lebih Penting Berbanding Sasaran Defisit Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 620 hits
Tengku Zafrul Abdul Aziz KUALA LUMPUR Defisit fiskal negara dijangka meningkat kepada enam peratus tahun ini dengan pelaksanaan Pelan Jana Kuasa Ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri Jumaat lalu Bagaimanapun menurut Menteri Kewangan Tengku...
Berbanding Tun M Anwar Gandingan Anwar Mukhriz Lebih Mengujakan Untuk Diterima

Berbanding Tun M Anwar Gandingan Anwar Mukhriz Lebih Mengujakan Untuk Diterima

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 391 hits
Shahbudin Husin Apa yang semua orang fahami sekarang ini ada dua gandingan calon PM dan TPM untuk ditonjolkan dalam usaha menjadikan PH sebagai kerajaan semula Pertama calon PM ialah Tun Mahathir Mohamad dan TPM adalah Anwar Ibrahim Kedua c...
Skor Penanda Aras Kad Grafik Nvidia Geforce Rtx 3000 Tertiris Jauh Lebih Berkuasa Berbanding Rtx 2080 Ti

Skor Penanda Aras Kad Grafik Nvidia Geforce Rtx 3000 Tertiris Jauh Lebih Berkuasa Berbanding Rtx 2080 Ti

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 285 hits
NVIDIA dijangka mengumumkan siri kad grafik terbaru mereka yang berdasarkan cip pemprosesan grafik Amprere tidak lama lagi Malah terdapat beberapa laman yang melaporkan NVIDIA akan memperkenalkan kad grafik baru Baru baru ini sebuah kad gra...
Oppo Kelaurkan A11k Yang Lebih Murah Berbanding Model Sebelum Ini

Oppo Kelaurkan A11k Yang Lebih Murah Berbanding Model Sebelum Ini

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 306 hits
Oppo baru jer mengeluarkan smartphone terbaru mereka iaitu Oppo A11k dengan harga yang dikatakan lebih murah berbanding sebelum ini Tapi dah harga makin murah mestilah ada yang mereka kurangkan sikit betul tak Kalini mereka kurangkan sikit ...
Anak Perempuan Yang Rapat Dengan Ayahnya Lebih Tinggi Iq Berbanding Anak Perempuan Yang Tak Rapat Dengan Ayah

Anak Perempuan Yang Rapat Dengan Ayahnya Lebih Tinggi Iq Berbanding Anak Perempuan Yang Tak Rapat Dengan Ayah

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 594 hits
Bapa merupakan pusat kesejahteraan emosi anak anak bapa juga adalah penjaga dan guru disiplin yang berkebolehan Kajian menunjukkan bahawa jika ayah anak anda penyayang menyokong dan terlibat dia dapat memberi sumbangan besar kepada perkemba...
Rentasan 700 Panas Tun Mahathir Akui Tidak Akan Bekerjasama Dengan Keadilan

Rentasan 700 Panas Tun Mahathir Akui Tidak Akan Bekerjasama Dengan Keadilan

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 322 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 7001 MASIHKAH ADA JALAN MENANG MENANG 2 AMANAH KOMITED KUKUHKAN GABUNGAN PAKATAN HARAPAN 3 BERAPA BILANGAN PEKERJA ASING YANG SEBENARNYA 4 KERAJAAN PERLU TEGAS BANTERAS WARGA ASING BERNIAGA
Hiburan Sering Kongsi Foto Dengan Suami Netizen Puji Penampilan Tasha Shila Lebih Sopan Berbanding Dulu

Hiburan Sering Kongsi Foto Dengan Suami Netizen Puji Penampilan Tasha Shila Lebih Sopan Berbanding Dulu

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 346 hits
Peminat yang mengikuti perkembangan artis cantik Tasha Shila pastinya mengetahui kini beliau sudah pun berbahagia bersama suami tercinta Sering memuat naik foto bersama suami kebahagiaan jelas terpancar di raut wajah Tasha kini yang pastiny...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba