Berbanding Pas Bn Lebih Layak Dikekalkan Mentadbir Pahang Tengku Azlan Atau Berilah Peluang Ph Mentadbir


 



Sasaran yang turut menjadi keutamaan Pas dalam PRU15 kali ini ialah untuk mencapai matlamat buat kali pertama dapat menawan negeri Pahang daripada BN.
Bagi tujuan itu, Pas telah menamakan Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air sebagai calon Menteri Besar jika mereka berjaya menawan negeri tersebut.
Beliau akan bertanding di Dun Cheka dalam bahagian Lipis bagi memenuhi cita-cita itu.
Dengan meletakkan pemimpin nombor dua parti itu, Tuan Ibrahim sebagai calon Menteri Besar Pahang, ia adalah tanda keseriusan Pas yang tidak disangsikan lagi dalam memburu hasrat tersebut.
Namun demikian, bagi bekas Ahli Parlimen Jerantut dan bekas Timbalan Menteri Pengangkutan, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, dalam konteks negeri Pahang, pemerintahan BN wajar dikekalkan lagi berbanding membuat pertukaran kepada parti lain.
Kata beliau, BN pimpinan Menteri Besar, Wan Rosdy Wan Ismail telah menunjukkan prestasi yang amat membanggakan dalam mentadbir negeri sejak lima tahun lalu.
“Beliau seorang yang tidak terlalu berpolitik, sebaliknya menumpukan banyak usaha dan perhatiannya untuk membangunkan negeri dan memajukan sektor ekonomi,” ujar beliau.
Untuk itu, jelasnya, hasil pendapatan negeri telah bertambah setiap tahun dengan RM847 juta pada 2019, RM850 juta pada 2020, RM866 juta pada 2021 dan RM1.037 bilion pada tahun 2022.
Bagi kemasukan pelaburan asing ke Pahang pula, tambah Tengku Azlan, ia turut meningkat dengan RM6.7 bilion pada 2020, RM10.5 bilion pada 2021 dan RM20.5 bilion pada 2022.
“Di waktu yang sama, Ease of Doing Business Index telah meletakkan negeri Pahang sebagai antara negeri terbaik dari segi penawaran fasiliti dan pemudahcara pelabur bagi tahun 2022,” katanya lagi.
Selain itu, menurut Tengku Azlan lagi, dalam tempoh empat tahun lalu, kerajaan negeri Pahang yang dipimpin oleh Wan Rosdy juga berjaya mengurangkan hutangnya daripada RM3.31 bilion kepada RM952.21 juta.
“Tidakkah semua itu pencapaian yang membanggakan?”, tambahnya.
Seterusnya, menurut beliau, hasil negeri turut berjaya ditambah dengan keputusan menyemak semula cukai tanah dan balak yang tidak pernah dinaikkan sejak lebih 31 tahun yang lalu.
“Semua yang dilakukan beliau itu telah berjaya menambahkan kantung kewangan kerajaan negeri.
“Sebab itu, penyaluran bantuan dan program kebajikan kepada rakyat menerusi Bantuan Prihatin Pahang dan Program Kebanggaan Pahang dapat diberi dalam kadar yang stabil iaitu RM31.3 juta bagi tahun 2021 dan RM29.91 juta bagi tahun 2022,” jelas beliau.
Sehubungan itu, Tengku Azlan penuh yakin, pentadbiran BN di Pahang sedang berada di landasan yang betul untuk melakukan yang lebih baik lagi bagi tahun-tahun mendatang jika terus diberi peluang.
“Sebaliknya jika bertukar kerajaan negeri, semua itu akan tergendala, bahkan pentadbiran baru nanti tentu saja memerlukan masa untuk memahami dan menyesuaikan diri dengan selok belok yang tidak pernah mereka lalui sebelum ini.
“Akhirnya yang akan rugi ialah rakyat itu sendiri,” katanya sambil berharap rakyat Pahang menggunakan kewarasan dan kebijaksanaan mereka di hari mengundi pada 19 November nanti. – ShahbudinHusin 15/11/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/11/berbanding-pas-bn-lebih-layak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru15 Lebih Seminggu Tempoh Kempen Peluang Masih Lagi Seimbang Di Pahang

Pru15 Lebih Seminggu Tempoh Kempen Peluang Masih Lagi Seimbang Di Pahang

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 153 hits
KUANTAN Selepas berakhir pusingan pertama kempen pilihan raya umum ke 15 di Pahang kedudukan semasa dilihat masih seimbang bagi semua parti bertanding Walau pun Barisan Nasional Pahang menampilkan hampir 70 peratus muka baru untuk pilihan r...
Pemimpin Pas Ini Mohon Maaf Selepas Menerakakan Sesiapa Yang Mengundi Bn Atau Ph

Pemimpin Pas Ini Mohon Maaf Selepas Menerakakan Sesiapa Yang Mengundi Bn Atau Ph

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 106 hits
Undi BN PH masuk neraka pemimpin PAS mohon maafFMT ReportersKetua Pemuda PAS Sik Shahiful Nasir mengakui kenyataan dibuatnya menyinggung ramai pihak PETALING JAYA Seorang pemimpin PAS memohon maaf susulan memberi amaran kepada pengundi akan...
Ask What Pas Did For The Country Rara Tells Pahang Voters

Ask What Pas Did For The Country Rara Tells Pahang Voters

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 196 hits
Young Syefura Othman is in a five cornered fight for Bentong Among her rivals are former MCA president Liow Tiong Lai and the former Bentong MP Wong Tack now seeking re election as an independent PETALING JAYA Voters should question what ov...
Tfc Layak Ke Suku Akhir Piala Malaysia Menang Agregat 9 3 Ke Atas Sri Pahang

Tfc Layak Ke Suku Akhir Piala Malaysia Menang Agregat 9 3 Ke Atas Sri Pahang

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 181 hits
KUALA TERENGGANU Terengganu FC melangkah bergaya ke peringkat suku akhir Piala Malaysia selepas menang dengan agregat 9 3 menumpaskan Sri Pahang FC pada aksi pusingan 16 pasukan Dalam perlawanan timbal balik yang berlangsung dalam keadaan h...
Ingatan Buat Razman Pas Jangan Tabur Fitnah Melampau Atau Makan Saman Amanah Perak

Ingatan Buat Razman Pas Jangan Tabur Fitnah Melampau Atau Makan Saman Amanah Perak

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 181 hits
Calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke 15 tidak sepatutnya menabur fitnah sesuka hati untuk mendapatkan undi sehingga memecah belahkan perpaduan kaum Pengerusi AMANAH Negeri Perak Datuk Asmuni Awi kesal dengan sikap calon PN Pas N...
Dia Ingat Parti Masuk Syurga Atau Neraka Ini Bapak Dia Punya Anwar Selar Pemimpin Pas Berpolitik Mempergunakan Agama

Dia Ingat Parti Masuk Syurga Atau Neraka Ini Bapak Dia Punya Anwar Selar Pemimpin Pas Berpolitik Mempergunakan Agama

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 144 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyelar kenyataan Ketua Pas Perak yang disifatkan sebagai bodoh dan bangang malah bercakap tidak serupa bikin Ketika berucap ceramah Mega PH di Gombak malam tadi Anwar turut menepis dakwaan pihak lawan kononnya j...
Pentadbiran Negara Akan Lebih Stabil Jika Ditadbir Oleh Pas Nik Abduh

Pentadbiran Negara Akan Lebih Stabil Jika Ditadbir Oleh Pas Nik Abduh

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 224 hits
Pas mengandaikan pentadbiran negara akan menjadi lebih stabil sekiranya parti bertunjangkan agama Islam itu menjadi sebahagian daripada kerajaan selepas PRU15 Bekas Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata Pas yang sela...
Pas Bayar Lebih Rm2 Juta Sejak 2016 Akibat Kalah Saman Fitnah Ini Senarai 16 Fitnah Yang Dikeluarkan Pas

Pas Bayar Lebih Rm2 Juta Sejak 2016 Akibat Kalah Saman Fitnah Ini Senarai 16 Fitnah Yang Dikeluarkan Pas

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 164 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONDalam tempoh enam tahun sejak 2016 hingga kini Pas menunjukkan prestasi agak buruk apabila sudah lebih 10 kali parti Islam itu terbukti memfitnah parti lawan dan kalah saman fitnah dalam pengadilan di mahkamah Pampasan...
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Opening Young People S Eyes To Workers Rights

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats

Penyokong Diseru Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pemilik Sabah Fc

Bila Duit Nak Masuk

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Rahsia Katil Homestay Bonda Banda Hilir Melaka

Kembali Menulis

Lagu Popular Thailand Tahun 2024

Starting Somewhere

Ktm Kenalkan 4 Model Motosikal Duke Sempena Ulangtahun Ke 30

Sambutan Ulang Tahun Ke 30 Dan Pelancaran 4 Model Motosikal Ktm Duke