Berbanding Menyertai Pn Laluan Kj Untuk Jadi Pm Lebih Cerah Jika Masuk Dap






Walaupun Khairy Jamaluddin atau KJ, menurut Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hasan bakal menyertai PN, tetapi kenyataan Ong Kian Ming bahawa bekas Menteri Kesihatan itu sepatutnya memilih DAP kerana parti itu memerlukan calon Perdana Menteri – wowww – ini adalah umpama tawaran yang cukup menarik kepada beliau.


Bekas Ahli Parlimen Bangi itu berkata, KJ sesuai untuk bersama DAP.


“DAP memerlukan calon Perdana Menteri,” tambahnya.


Dianggap sebagai calon Perdana Menteri masa depan sejak memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO lagi, namun selepas dipecat daripada UMNO baru-baru ini, masa depannya dilihat jadi tidak menentu.


Yang pasti, peluang untuk KJ mengejar kerusi Perdana Menteri melalui UMNO sudah semakin menjauh untuk dicapainya.


Ia terutamanya kerana Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang memecat beliau kini kian mengukuh kedudukannya dalam parti itu.


Zahid Hamidi dilihat berpotensi untuk kekal menerajui UMNO dua atau tiga penggal lagi, tidak kira sama ada parti itu kian baik atau merudum prestasinya dalam PRU-PRU mendatang.


Selagi Zahid Hamidi menerajui UMNO, usahlah KJ bermimpi untuk kembali kepada parti itu semula.


Demi mengejar cita-citanya, KJ tiada pilihan lain selain perlu mencari parti baru sebagai wadah meneruskan perjuangannya.


Tetapi, semua parti lain boleh dikata sudah ada “senarai menunggu” calon Perdana Menteri masing-masingnya.


Bersatu, selain Mahiaddin Md Yasin, parti itu sudah ada Hamzah Zainuddin dan Azmin Ali yang dikira berpotensi menjadi Perdana Menteri.


Pas pula, di samping Hadi Awang dan Tuan Ibrahim Tuan Man, mereka juga ada Takiyuddin dan Ahmad Samsuri Mokhtar yang sedang bersinar sebagai bintang masa depan.


Begitu juga dengan PKR, selain Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri semasa, pelapis seperti Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution dan Nurul Izzah adalah calon “senarai menunggu” yang layak menjadi Perdana Menteri.


Katalah beliau memilih menyertai PN, KJ harus bersaing dengan nama-nama yang lebih kukuh daripada Bersatu dan Pas untuk mengejar cita-citanya menjadi Perdana Mentteri.


Hanya DAP, walaupun ada beberapa pemimpin Melayu di dalamnya yang menjadi Ahli Parlimen, malangnya tiada seorang pun ternampak berwibawa serta ada ketokohan untuk ditonjolkan sebagai Perdana Menteri.


Bererti, jika masuk DAP, KJ adalah calon tunggal parti itu bagi jawatan Perdana Menteri bersama jumlah Ahli Parlimen parti itu ketika ini adalah kedua terbanyak selepas Pas.


Maka, menyertai DAP lebih memberi peluang yang cerah kepada KJ untuk menggapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.


Tambahan lagi, berbanding parti lain yang mungkin mengalami turun naik jumlah kerusi Parlimen mengikut pergolakan politik semasa, DAP boleh dikata stabil dengan kemampuan memenangi sekitar 40 hingga 50 kerusi Parlimen di kawasan bandar.


Malah, jika KJ menyertai DAP dan ditonjolkan sebagai calon Perdana Menteri, lebih ramai Melayu akan berminat kepada parti itu dan menantu Tun Abdullah Badawi itu barangkali akhirnya mampu mencipta sejarah menukar DAP menjadi sebuah parti berbilang kaum yang sebenar-benarnya. – ShahbudinHusin 02/05/2023.


https://shahbudindotcom.net/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/05/berbanding-menyertai-pn-laluan-kj-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketibaan Pelancong China Ke Thailand Lebih Rendah Berbanding Sasaran

Ketibaan Pelancong China Ke Thailand Lebih Rendah Berbanding Sasaran

papar berkaitan - pada 25/4/2023 - jumlah : 232 hits
JUMLAH pelawat China yang mengunjungi Thailand dalam empat bulan pertama tahun ini dilihat lebih rendah berbanding jangkaan dan ini mungkin boleh menjejaskan sasaran yang ditetapkan iaitu sebanyak lima juta ketibaan Presiden Persatuan Ejen ...
Dap Ph Akan Lebih Rugi Dalam Pakatan Dengan Umno Kata Penganalisis

Dap Ph Akan Lebih Rugi Dalam Pakatan Dengan Umno Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 21/4/2023 - jumlah : 191 hits
Nur Jazlan berkata demikian sebagai menjawab dakwaan Naib Pengerusi DAP Perak Abdul Aziz Bari bahawa sokongan Melayu telah beralih daripada Umno kepada Perikatan Nasional DAP dan Pakatan Harapan akan lebih rugi dalam pakatan mereka bersama ...
Gbp Usd Adakah Bank Of England Akan Pergi Lebih Jauh Berbanding Fed Dan Ecb

Gbp Usd Adakah Bank Of England Akan Pergi Lebih Jauh Berbanding Fed Dan Ecb

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 209 hits
Jangan percaya kata kata percayakan tindakan Gabenor Bank of England Andrew Bailey membayangkan kesilapan penilaian pasaran berhubung pengetatan lanjut dasar monetari manakala Ketua ekonomi Huw Pill bercakap tentang keperluan untuk berhemat...
Kian Ming Kj Patut Masuk Dap Parti Perlu Calon Pm

Kian Ming Kj Patut Masuk Dap Parti Perlu Calon Pm

papar berkaitan - pada 2/5/2023 - jumlah : 153 hits
Malaysiakini Bekas pemimpin Umno yang dipecat Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan patut menyertai DAP kata wakil rakyat DAP Ong Kian Ming Anggota parlimen Bangi berkata parti mereka memerlukan calon perdana menteri Kamu berdua sesuai kata ...
Anna Jobling Teringin Nak Masuk Miss Universe Netizen Kata Jangan Perasan Muka You Bersepah Dekat Uk

Anna Jobling Teringin Nak Masuk Miss Universe Netizen Kata Jangan Perasan Muka You Bersepah Dekat Uk

papar berkaitan - pada 27/4/2023 - jumlah : 172 hits
Pelakon Anna Jobling tidak menolak peluang sekiranya dia dipilih untuk menyertai pertandingan ratu cantik Miss Malaysia dan mewakili negara ke peringkat Miss Universe Bukan itu sahaja Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abd...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi