Berbaloi Ke Beli Philip Steam Iron Generator Ni


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Berbaloi ke beli Philip Steam Iron Generator ni? | Delima mak-mak bila ramai anak mula bersekolah. Dua tahun dilanda pandemik... Mak-mak boleh dikatakan menarik nafas lega sebab tak perlu nak kelam kabut iron baju. Macam tu lah MF rasa bila anak PDPR... 
Alhamdulillah... Sekarang dah menuju fasa endemik... Kita dah mula hidup dengan virus covid... Dah tahu nak handle macam mana bila dijangkiti virus ni... 
Kehidupan kembali kepada sedia kala... Kelam kabut uruskan anak setiap hari... Begitulah... 
Dan disebabkan tak nak kelam kabut terutama bab nak selesaikan bab baju sekolah yang tak bergosok... MF akhirnya melabur untuk beli juga Steam Iron. 
Pernah guna 3 jenis iron berbezaSebelum MF beli steam iron generator ni... Puas juga MF selidik dan belek termasuk belek duit di bank... Bukan apa... Jenis mf ni . Kalau barang sendiri bukan main berkira... Kalau barang untuk anak-anak terutama bab makan laju je .. memang tipikal mak-mak kot kan .. 😁😁😁
Sebenarnya, dulu tak fikir pun beli iron memang lepas kahwin guna je iron suami MF... Suami MF tentera kan dulu... So, dia guna iron jenis berat tu... Sebab nak buat side tepi seluar dan baju uniform dia tu... 
Bertahun guna iron tu... Dari zaman dia mula-mula masuk askar... Hingga anak 3 guna iron tu... Dah lebih 13 tahun juga lah .. 
Bila iron tu dah rosak, kalut juga nak beli iron apa .. masa tu dah mula trend steam iron ni. 
Tapi teknologi tak berapa nak meluas time tu kan... Jadi, steam iron ni tak berapa nak canggih tapi ada. MF masih ragu-ragu nak guna iron steam jenis generator tu. Sebab banyak reviewed kata mudah rosak kan. 
Jadi, suami MF cuma beli steam iron jenis biasa... Jenama Tefal... Tak perlu laras suhu... 
Seronok guna iron tu... Cepat masa menggosok cuma kena rajin tambah air untuk steam dia lah..

Hampir 2 tahun guna... Steam iron tu bermasalah pula... Tak keluar dia punya steam. Itulah... Guna steam iron ni kena cermat kan... Manja terlebih... Disebabkan MF kadang terlupa nak keluarkan air lebihan steam tu... Buatkan steam dia rosak. 
Pening kepala la pula bila iron rosak. 
So, lepas belek-belek, MF cuba pula steam iron portable jenama Panasonic ... Yakin dengan jenama ni yang jenis tahan lasak. 


Memang comel.... Ringan sangat dan bebas iron tanpa wayar... Cuma itulah... Tak cepat juga sebab nak tunggu dia cas panas tu semula kan . Dalam beberapa saat tu kan... 
Tapi tujuan MF beli iron tu sebab nak suruh anak MF iron baju dia sendiri... Sebab iron tu ringan kan... Cuma kekurangan dia.. tetap kena laras suhu .. 
Lepas beberapa bulan MF beli lagi iron baru... Kecil, ringan jenama Philips.. saja nak try jenama ni... Seronok guna .... Sebab ringan dan mudah nak gosok... Cepat panas... Cuma nak selamat dari terbakar kat kain kena lah spray air dulu sebelum iron. 
Hujung tahun lepas... Mula terfikir... Kesemua anak akan bersekolah... Jenuh juga kalau nak guna iron ni.. memang cepat panas... Tapi nak kena spray manual tu leceh... 
Beli Philip Steam Iron Generator di Lazada

Jadi selepas MF survey di Shopee dan Lazada... MF akhirnya beli juga Steam Iron Generator jenama Philips... 
Lepas survey semua jenis model... MF beli yang mampu milik .. tak perlu nak bayar bulan-bulan... Tapi berbaloi... Sebab baca reviewed... 
Lepas tiga empat kali belek... MF beli je lah yang warna biru ni... Harga dia masa tu RM659 kalau tak silap MF lah.... 
Tapi MF beli kat Lazada sebab guna diskaun dan voucher dari lazada dapat harga 400 lebih je... Alhamdulillah... 
Lepas order, seminggu sampai ke rumah... Sebabnya, tempat courier tu kena tutup sebab ada drive ke kakitangan dia kena Covid-19... Takpelah sabar menunggu ... Dan akhirnya selamat sampai ke tangan MF dengan selamat. Alhamdulillah... 
Memula sampai tu rasa excited nak cuba... Belajar semua cara nak guna dan cara nak jaga

Rupanya sekarang ni, iron ni dah canggih teknologi dia. 
Bila iron kotor dia boleh detect dan kita boleh cuci secara automatik. Mudah sangat .. 
Terus lah cuba iron baju sekolah anak-anak... Alhamdulillah... Senang sangat... Tak perlu dah nak spray air... Dan iron sebelah je cukup dah... Jimat masa. Berbaloi sangat beli steam iron Philips ni. 
Bagusnya Philips ni keluarkan iron pelbagai model dengan pelbagai harga... Jadi, belilah mana yang kita mampu... 
Pada MF... Iron yang MF beli ni dah cukup mudah dah .. walaupun tank tak besar... Tapi cukup iron seminggu baju sekolah anak-anak termasuk baju mak dia dengan sekali isi air tu. Berbaloi sangat. 
Cara jaga steam iron

Ini yang buatkan MF fikir lama sebelum nak guna steam iron. Susah ke... Leceh ke kan... Tapi kalau tak try tak tau kan... 
Jadi, lepas beli steam iron jenama Philips ni .. MF rasa tak susah mana... Asalkan... Rajin cuci air dia. 
Kalau selalu guna .. selalulah buat aktiviti cleansing dia... Dengan menekan butang "Calc" tu dua saat .. nanti dia cuci automatik je dalam 2 minit... 
Kalau jarang-jarang guna 2 bulan sekali... Kalau selalu guna 1 sebulan sekali... Tak perlu tunggu sampai naik warning pun ok. Lagi bagus kan... 
Kalau balik kampung, MF akan kosongkan tank air dia... Biarkan dia sejat dan kering betul-betul... Letak dan tutup iron tu dengan kain. Untuk elak habuk... 
DIY Papan Iron Lekat kat Dinding

Lepas ada iron Philips ni... Terus lah suruh suami buat papan seterika lekat terus ke dinding. 
Pakej mf beli iron ni dapat free iron board... Besar, cuma kaki dia kurang kukuh kalau letak tank iron tu sekali... Kang anak rempuh... Jatuh... 
MF beli siap² besi untuk breket L tu dan bila ada masa terluang, terus suami MF DIY kan papan seterika lekat di dinding tu... Nampak lagi kemas .. dan jimat ruang. 
Suami ada buat video tutorial juga... Korang boleh la tengok tutorialnya kat YouTube ni:


Alhamdulillah... Dah tak fikir bab iron baju lepas ada steam iron Philips ni. Rasa senang dah. 
Sekarang pun MF iron baju pagi, sebelum pergi sekolah. Kalau bangun pukul 6 pun masih sempat nak iron baju tudung semua. Sebab sekejap je . 
Alhamdulillah... Terima kasih atas kurniaan Mu. 
Jadi, korang yang masih dok survey steam iron mampu milik tu, beli je... Memang berbaloi steam iron Philips ni. 

Hah! Dan untuk pengetahuan korang, harga steam iron Philips jenis mf beli ni... Dah naik harga ke RM724. Lepas tengok harga, rasa syukur sangat dah beli dulu... Memang tak sangka boleh naik harga macam tu punya banyak... 
Harga Steam Iron Philips yang MF beli... Banyak betul beza harganya

Alhamdulillah..
Itulah perkongsian MF dan reviewed mf pasal steam iron Philips... Moga bermanfaat... 
Disclaimer: Maaf guna perkataan "Iron" dan percampuran bahasa dalam entry ni .. tapi penggunaan perkataan "Iron" lebih sinonim dalam bahasa pertuturan kita sehari-hari kan.... Harap dimaafkan ye cikgu bahasa,.. 😁😁😁Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdz.com/2022/08/berbaloi-ke-beli-philip-steam-iron.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertama Kali Beli Dan Pakai Tudung Bawal Minaz Hijab

Pertama Kali Beli Dan Pakai Tudung Bawal Minaz Hijab

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 254 hits
Pertama Kali Beli dan Pakai Tudung Bawal Minaz Hijab Kisah bulan Mei 2022 Nampak akak tempat kerja aku kak Sal namanya pakai tudung bawal Minaz ni Dia memang suka tudung Ariani Bokitta Minaz dan seangkatan dengannya Eh macam lawa Selama ni ...
Terima Kasih Rakyat Malaysia Dana Rm500k Beli Ubat Qarziba Adam Hadid Dah Cukup

Terima Kasih Rakyat Malaysia Dana Rm500k Beli Ubat Qarziba Adam Hadid Dah Cukup

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 224 hits
Rakyat Malaysia sangat prihatin dan pemurah Itu yang boleh digambarkan setelah dana RM500 000 diperlukan oleh adik Adam Hadid 3 untuk membiayai kos pembelian ubat Qarziba kini dah mencukupi Pada 1 Ogos lalu keluarga Adam Hadid membuka pelua...
Anda Mungkin Boleh Beli Siri Amd Ryzen 7000 Selepas 15 September

Anda Mungkin Boleh Beli Siri Amd Ryzen 7000 Selepas 15 September

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 901 hits
Berdasarkan perkara yang telah disahkan AMD mereka akan melancarkan AMD Ryzen 7000 pada bulan September ini AMD akan mengadakan satu acara pengumuman pada hujung Ogos ini yang akan memperlihatk kepada umum berkaitan produk produk yang merek...
Family Camping Journey Pertama Kali Beli Barang Camping Kat Decathlon Damansara

Family Camping Journey Pertama Kali Beli Barang Camping Kat Decathlon Damansara

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 646 hits
Assalamualaikum Kita stop dulu review review barang nie Untuk tahun 2022 ini catatan pertama kami untuk memulakan family camping Sebelum ini Fiza dah share barang barang dan keperluan asas dalam camping terutamanya apabila kita bercamping d...
Beli Dan Makan Kuih Keria Antarabangsa Limbongan Melaka

Beli Dan Makan Kuih Keria Antarabangsa Limbongan Melaka

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 278 hits
Beli dan Makan Kuih Keria Antarabangsa Limbongan Melaka Hai Ini cerita haritu masa teman member amek barang adik dia kat U area Melaka Akhirnya dapat aku jejakkan kaki ke sini Walaupun aku study Melaka bertahun tahun kuih keria sini tak per...
Cara Buat Susu Pekat Manis Homemade Mudah Macam Beli Di Kedai

Cara Buat Susu Pekat Manis Homemade Mudah Macam Beli Di Kedai

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 317 hits
Susu pekat manis adalah antara salah satu bahan pemanis yang banyak digunakan dalam masakan dan juga minuman harian Aneka kek manisan kopi susu Teh Tarik semua menggunakan pemanis ini Setin harganya boleh tahan juga Jadi apa kata kita buat ...
Cukai Jualan 10 Beli Barang Import Rm500 Ke Bawah Mulai 2023

Cukai Jualan 10 Beli Barang Import Rm500 Ke Bawah Mulai 2023

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 422 hits
Tahukah anda bermula 1 Januari 2023 setiap pembelian barangan RM500 ke bawah secara dalam talian dengan peniaga luar negara akan dikenakan cukai jualan 10 Ini bermaksud semua pembelian dalam talian yang dibawa masuk dari luar negara atau be...
Beli Rumah Atau Sewa Rumah Mana Yang Lebih Baik

Beli Rumah Atau Sewa Rumah Mana Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 339 hits
Memiliki rumah sendiri merupakan impian bagi semua orang Walau bagaimanapun memutuskan sama ada untuk membeli atau menyewa ialah keputusan utama yang mempengaruhi keadaan kewangan gaya hidup dan matlamat peribadi kita sendiri Pilihan yang k...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik