Berat Hanya 338gm Lahir 4 Bulan Awal Bayi Paling Pramatang Di Dunia Sambut Hari Lahir Pertama


Kelahiran bayi pramatang sememangnya banyak ujiannya. Bermacam rawatan terpaksa dilalui demi memastikan bayi stabil dan dalam keadaan yang baik. Pun begitu, bayi paling pramatang di dunia mampu berjuang untuk dirinya sendiri selepas menyambut kelahiran pertamanya pada Jun lalu.
Richard Scott William Hutchinson, bayi kelahiran Amerika Syarikat yang lahir 131 hari lebih awal iaitu kira-kira empat bulan awal sebelum dilahirkan mengatasi rintangan untuk terus sihat dan menyambut hari lahir pertamanya pada 5 Jun lalu.

Malah bayi comel itu juga turut diiktiraf Guinness World Records sebagai bayi paling pramatang yang masih hidup selepas berumur setahun.
Memetik satu laporan dari Newsweek, Richard sepatutnya lahir pada 13 Oktober 2020 tetapi ibunya, Beth Hutchinson mengalami komplikasi kesihatan dan bersalin empat bulan lebih awal daripada yang sepatutnya.

Berat hanya 338gm
Bukan kekuatan yang sedikit bahkan dengan hanya seberat 338gm sahaja ketika dilahirkan, Richard terus bertahan dari hari ke hari.
Ketika itu, saiz Richard benar-benar kecil sehinggakan muat dalam tapak tangan ibu bapanya.
Malah doktor-doktor di di Hospital Kanak-Kanak Minnesota di Minneapolis juga tidak meletakkan sebarang harapan yang tinggi untuknya kekal bertahan di ketika itu.

“Apabila Rick dan Beth menerima kaunseling, mereka diberitahu bahawa kebarangkalian Richard dapat terus hidup adalah 0 peratus,” kata doktor yang merawat bayi tersebut, Stacy Kern kepada Guinness World Records.
Bangga dengan Richard
Ibu ayah mana yang tidak bangga melihat kekuatan dan perjuangan anak kecilnya. Di sebalik semua itu, Richard menyambut hari lahir pertama di rumah bersama keluarganya awal bulan lalu.
“Kami terkejut tetapi gembira. Kami berkongsi kisah Richard untuk meningkatkan kesedaran tentang kelahiran pramatang,” kata Beth kepada Guinness.
Setelah enam bulan berada di Unit Rawatan Rapi Neonatal, Richard dibenarkan meninggalkan hospital.

“Siapa sangka bayi lelaki sihat ini dahulunya begitu lemah dan terpaksa bertarung nyawa untuk hidup.
” Bayi ini muat dalam tapak tangan saya dan kulitnya begitu nipis sehinggkan saya dapat melihat setiap tulang rusuk dan salur darah di dalam tubuhnya.
“Saya amat bangga dengan Richard,” kata Kern. – Agensi
Menarik: Bimbang Anak Ada Masalah Delay, Mak Ayah Jangan Lupa Semak Check List Perkembangan Anak Ni, Penting

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sumber: AGENSI & Kosmo Online
The post Berat Hanya 338gm, Lahir 4 Bulan Awal, Bayi Paling Pramatang Di Dunia Sambut Hari Lahir Pertama! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/berat-hanya-338gm-lahir-4-bulan-awal-bayi-paling-pramatang-di-dunia-sambut-hari-lahir-pertama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terima Kasih Allah Berkat Doa Semua Elyana Syukur Dapat Sambut Hari Lahir Ke 34

Terima Kasih Allah Berkat Doa Semua Elyana Syukur Dapat Sambut Hari Lahir Ke 34

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 323 hits
Kagum melihat semangat ibu kepada dua anak Elyana 34 yang sentiasa kuat walaupun kini sedang bertarung nyawa melawan penyakit kanser limfoma tahap empat Namun raut wajahnya tidak sedikitpun mempamerkan penderitaan yang dihadapi Timbul kekag...
Hiburan Mohon Doa Saya Dan Keluarga Sihat Elyana Sambut Hari Lahir Secara Sederhana

Hiburan Mohon Doa Saya Dan Keluarga Sihat Elyana Sambut Hari Lahir Secara Sederhana

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 341 hits
Penyanyi Elyana berkongsi sebuah hantaran gambar di akaun Instagramnya dimana dia sedang meraikan ulang tahun kelahiran yang ke 34 tahun pada hari ini AdvertisementMenerusi hantaran foto tersebut telihat Elyana sedang bergambar sambil memeg...
Gelar Diri Ibu Paling Kedekut Di Dunia Sanggup Gosok Gigi Guna Salji Sebab Tak Mahu Bayar Bil Air

Gelar Diri Ibu Paling Kedekut Di Dunia Sanggup Gosok Gigi Guna Salji Sebab Tak Mahu Bayar Bil Air

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 303 hits
Gelar Diri Ibu Paling Kedekut Di Dunia Sanggup Gosok Gigi Guna Salji Sebab Tak Mahu Bayar Bil Air BECKY Guiles menggelarkan dirinya sebagai ibu paling jimat di dunia Seorang isteri di Amerika Syarikat mengaku sikap kedekutnya seperti membas...
Pemprov Dki Tindak 202 Perusahaan Selama 6 Hari Ppkm Darurat Paling Banyak Di Jakpus

Pemprov Dki Tindak 202 Perusahaan Selama 6 Hari Ppkm Darurat Paling Banyak Di Jakpus

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 259 hits
202 perusahaan yang ditindak tersebut dilakukan penutupan sementara dengan rincian sebanyak 187 perusahaan ditutup karena adanya kasus Covid 19
Kaya Hanya Untuk 4 Hari

Kaya Hanya Untuk 4 Hari

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 262 hits
Kaya hanya untuk 4 hari Baton Rouge Seorang wanita di Louisiana menjadi bilionair segera apabila wang berjumlah AS 50 bilion dimasukkan secara tidak sengaja di dalam akaunnya Ini menjadikan isteri kepada Darren James sebagai individu ke 25 ...
Ini Senarai 5 Putera Yang Paling Kacak Dalam Dunia Perempuan Memang Cair Tengok

Ini Senarai 5 Putera Yang Paling Kacak Dalam Dunia Perempuan Memang Cair Tengok

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 285 hits
Kamu nak berkahwin dengan anak raja Tak salah pun kalau mahu berangan Bila bercakap soal putera raja ramai yang sudah boleh bayangkan betapa sempurnanya mereka
Hari Pertama Pkpd Di Selangor Mama Melawat Taman Buaya Rekreasi Melaka

Hari Pertama Pkpd Di Selangor Mama Melawat Taman Buaya Rekreasi Melaka

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 390 hits
Hari Pertama PKPD di Selangor Mama Melawat Taman Buaya Rekreasi Melaka Tu dia adakah tajuk akan mengundang kontroversi Disebabkan macam dah lama tak travel mama dah mula rindu nak pergi ke tempat tempat favourite kami Nak tengok sunset tepi...
Carta Top 10 Ebook Paling Laris Klikjer Bulan April 2021

Carta Top 10 Ebook Paling Laris Klikjer Bulan April 2021

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 309 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Alhamdulillah Kita dah masuk ke 10 hari terakhir bulan ramadhan Pada waktu waktu begini memang ramai yang sibuk memburu Memburu baju raya kuih raya duit raya Dan tidak ketinggalan juga memburu malam laila...
Pertama Kali Dakap Bayi Lelaki Menitis Air Mata Anak Bertuah Ini Hampir Keluar Ikut Tingkap

Pertama Kali Dakap Bayi Lelaki Menitis Air Mata Anak Bertuah Ini Hampir Keluar Ikut Tingkap

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 315 hits
Sekian lama menanti akhirnya Allah memakbulkan doa Yatt Hamzah dan suami untuk menimang cahaya mata lelaki pertama yang merupakan anak keenamnya pada Sabtu lalu selepas pernah mengalami keguguran September tahun lalu Menerusi perkongsian te...
Bufet Ramadan Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Rasa Nusantara Buffet Dinner

Resepi Kek Lapis Batek Pelangi

Travelperk Collects 200m Boosting Its Valuation To 2 7b

Sempena Tahun Baharu Lunar Maafkanlah Razman Pemimpin Pkr Beritahu Hannah

Wanita Yang Kematiannya Disambut Oleh Para Malaikat

Lirik Lagu Cari Kawan Queen Virgo Benzooloo

Beli G Shock Kat Dataran Pahlawan

Govt Merges 3 Cabinet Committees On Health Into One


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Uncle Mike And His Boys Ring In The Tung Tung Chiang

What Is There To Do During Chinese New Year In Malaysia

Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2025

Queen Virgo Benzooloo Cari Kawan Chord

Nowseeheart Ku Harap Cinta Chord