Berat Badan Bayi Turun Lepas Hari Ke 10 Itu Normal Tapi Sangat Mustahak Untuk Dipantau Selalu


“Berapa berat baby masa lahir ya?” Itulah antara soalan  popular untuk diajukan ketika melawat bayi baru lahir atau setiap kali berbual tentang perihal bayi.
Isu berat badan bayi juga ada kala menimbulkan kebimbangan apabila ia tidak selari dengan perkembangannya. Berat badan bayi bukannya merujuk semata-mata berapa berat bayi tu semata-mata, ia adalah penanda aras perkembangan dan tumbesaran bayi. Setiap perkembangan bayi mesti mengikut aliran carta kesihatan yang betul.

BERAT BADAN IDEAL BAYI  Berat badan bayi yang baru dilahirkan berbeza antara 2.5 hingga 4.5kg. Ukuran berat bayi boleh ditentukan berdasarkan faktor genetik, kesihatan ibu dan pemakanan ibu sepanjang kehamilan.
Berat bayi bergantung kepada beratnya semasa dilahirkan. Menjelang umur lima hingga  enam bulan, kebanyakan bayi akan mencapai berat badan dua kali ganda daripada berat badan ketika dilahirkan. Makanan amat penting untuk pertumbuhan bayi. Bagi enam bulan pertama bayi amat bergantung kepada susu ibu. Ketika ini berat bayi akan meningkat.
Namun bagi bayi yang mempunyai masalah kesihatan seperti masalah penghadaman, cirit birit berterusan, muntah akan menjejaskan perkembangan bayi. Bayi perlu mendapatkan pemeriksaan lanjut daripada doktor.

BERAT MENURUN SELEPAS 10 HINGGA 14 HARI ITU NORMAL Apabila anda menyedari bahawa berat bayi menurun, jangan panik! Ia perkara biasa bagi bayi selepas dilahirkan. Biasanya selepas 10 hingga 14 hari, berat bayi akan menurun antara 10% hingga 20% daripada berat badan asal. Dapatkan pemantauan kesihatan bayi untuk mengesan sebarang ciri abnormal jika berat badannya semakin menurun!
Sebelum lahir, bayi mendapat bekalan nutrien melalui plasenta secara tetap, tetapi selepas dilahirkan bayi mendapat sumber makanan melalui penyusuan susu ibunya. Selepas dua minggu berat bayi akan mula bertambah disebabkan oleh penyusuan susu ibu.
Tetapi jika berat bayi masih berkurangan iaitu tidak mengikut carta kesihatan yang betul, ia mungkin disebabkan kesihatan bayi dan tidak mendapat susu ibu yang cukup. Oleh itu, ibu perlu mendapatkan maklumat mengenai penyusuan susu ibu yang betul seperti pelekapan dan tempoh penyusuan sehingga bayi kenyang (pemberian susu foremilk dan hindmilk kepada bayi).

IBU BESAR BERMAKNA BAYI JUGA BESAR? Ibu yang mempunyai saiz badan yang besar maka bayinya juga besar atau ibu mempunyai saiz badan kecil? fakta ini tidak benar! Namun, jika berlaku, ia mungkin disebabkan oleh faktor genetik, bayi yang dilahirkan adalah sihat. Ada juga yang disebabkan oleh masalah kesihatan seperti rahim, uri, pemakanan dan penyakit yang dihidapi oleh ibu semasa hamil.
Misalnya kencing manis tidak terkawal semasa hamil akan mengakibatkan bayi dilahirkan bersaiz besar dan badannya mengalami masalah kurang gula. Masalah lain pula ialah bayi yang dilahirkan mungkin tidak aktif dan mudah mendapat sawan.
BERAT BADAN BAYI DIREKODKAN Bayi akan ditimbang selepas dilahirkan dan berat badannya akan direkodkan dan perkembangannya dicatitkan setiap bulan walaupun ketika anda masih berpantang. Malah ia diteruskan semasa anda mendapatkan suntikan imunisasi anak di klinik. Maklumat tumbesaran bayi akan dicatatkan dalam rekod kesihatan bermula setelah bayi dilahirkan.
BAYI BESAR MASA LAHIR! Jika bayi anda dilahirkan bersaiz besar, ia tidak perlu dirisaukan asalkan beratnya dalam lingkungan kesihatan. Jika berlaku peningkatan yang tinggi sehingga keluar daripada had paras yang sepatutnya, doktor atau jururawat akan bertanya mengenai jumlah penyusuan bayi, berapa kali bayi kencing dan berapa lama dia tidur.

BAYI KURANG BERAT BADAN, APA MAMA PERLU BUAT? Ia tidak menjadi masalah asalkan berat bayi masih lingkungan carta kesihatan. Tetapi jika berat bayi telah turun ke paras yang rendah pihak doktor akan membuat pemeriksaan lanjut.
Bayi pramatang selalunya dilahirkan kurang berat badan dan tidak boleh dibandingkan dengan bayi yang dilahirkan cukup bulan. Bayi pra matang mempunyai carta perkembangan khas sendiri.
Selalunya bayi pramatang  mempunyai jadual penyusuan untuk menaikkan berat badannya. Ini kerana bayi pra matang ini kerap tidur dan tidak akan bangun untuk menyusu. Oleh itu, bayi pra matang diberi susu khas untuk meningkatkan berat badannya. berbanding permintaan penyusuan bayiz
Kembar selalunya dilahirkan dengan berat badan yang berbeza. Jadi setiap mereka mempunyai carta dan perkembangan masing-masing.
PANTAU BERAT BADAN ANAK Biasanya, perkembangan bayi akan dicatat dalam carta kesihatan pertumbuhan bayi. Carta ini dijadikan rujukan dan panduan untuk mengetahui sama ada bayi mengalami pertumbuhan yang normal atau tidak.
Pastikan anda melakukan pemeriksaan rutin perkembangan kesihatan bayi untuk mengetahui perubahan-perubahan yang terjadi setiap bulan.Carta ini akan dapat membantu jika timbul sebarang masalah kesihatan kepada anak anda. Melalui carta kesihatan bayi akan menunjukkan berat badan idea pada setiap bulan dan pertumbuhan tinggi dan ukuran lilitan kepalannya.
Menurut carta pertumbuhan kesihatan, berat badan bayi yang sihat akan menunjukkan peningkatan pada setiap pertambahan usianya. Rujuk jadual berikut bagi berat tinggi badan bayi ideal dan lingkaran kepala menurut WHO (World Health Organization) bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan.
The post Berat Badan Bayi Turun Lepas Hari Ke-10 Itu Normal. Tapi Sangat Mustahak Untuk Dipantau Selalu! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/berat-badan-bayi-turun-lepas-hari-ke-10-itu-normal-tapi-sangat-mustahak-untuk-dipantau-selalu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berat Badan Susah Turun Selalu Letih Sakit Kepala Tandanya Ibu Stres Suami Tolonglah Faham

Berat Badan Susah Turun Selalu Letih Sakit Kepala Tandanya Ibu Stres Suami Tolonglah Faham

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 340 hits
Isteri yang ada masalah berat badan susah naik atau turun berkemungkinan besar ada masalah stres yang kronik Sebab stres yang kronik boleh ganggu sistem hormon dalam badan Badan akan mengalami masalah hormon tak seimbang Kalau nak tahu horm...
Bayi Suka Hisap Jari Itu Normal Tapi Kalau Umur 3 Tahun Ke Atas Masih Hisap Jari Beberapa Masalah Akan Berlaku

Bayi Suka Hisap Jari Itu Normal Tapi Kalau Umur 3 Tahun Ke Atas Masih Hisap Jari Beberapa Masalah Akan Berlaku

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 403 hits
Bayi dan kanak kanak kecil suka hisap jari atau apa saja objek yang diletakkan di bibir Ini adalah refleks semula jadi dan akan berterusan beberapa bulan selepas dilahirkan Jadi menghisap jari adalah normal bagi bayi yang baru dilahirkan da...
Ya Diri Aku Gemuk Dan Pemalas Itu Yg Mak Selalu Panggil Aku Tapi Mereka Tak Pernah Tahu Apa Yg Aku Buat Selama Ni

Ya Diri Aku Gemuk Dan Pemalas Itu Yg Mak Selalu Panggil Aku Tapi Mereka Tak Pernah Tahu Apa Yg Aku Buat Selama Ni

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 922 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua Terima kasih jika cerita Aku ini disiarkan Cerita ni Tak best pun Beribu ribu Kali Aku fikir sebelum menulis Last last Aku decided untuk menulis juga Malas nak cerita lebih2 tentang diri Ak...
Takut Potong Kuku Bayi Sebab Jari Kecil Sangat Nak Mudah Buat Lepas Mandi

Takut Potong Kuku Bayi Sebab Jari Kecil Sangat Nak Mudah Buat Lepas Mandi

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 371 hits
Bagi yang baru pertama kali bergelar ibu tentu agak kekok hendak mengendalikan pemotongan kuku bayi yang sangat kecil dan comel Bimbang pula jika tersalah potong boleh melukakan jari dan kulitnya yang halus dan lembut Semasa melakukan penja...
Dua Kalimat Ringan Tapi Sangat Dicintai Allah Dan Berat Pada Timbangan Rileks Media

Dua Kalimat Ringan Tapi Sangat Dicintai Allah Dan Berat Pada Timbangan Rileks Media

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 805 hits
Subhaanallaahi Wa Bihamdihi Subhaanallaahil Adzim Maha Suci Allah dan segala puji untuk Nya Maha Suci Allah Yang Maha Agung Dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu ia berkata Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda Dua kalimat yang ring...
6 Sebab Susah Nak Turun Berat Badan

6 Sebab Susah Nak Turun Berat Badan

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 2183 hits
Saja post sebagai membawang kat diri sendiri Sebab Susah la nak buat semua tu sekarang ni Rasa Mak mak ada anak kecik ramai ni Terpaksa lupakan dulu niat ni ke camne Sebab nak dapatkan tidur dan juga senaman yang konsisten tu Macam mencabar...
Turun Berat Badan Sebanyak 138 Kg Lihat Apa Yang Menjadi Motivasi Wanita Ini

Turun Berat Badan Sebanyak 138 Kg Lihat Apa Yang Menjadi Motivasi Wanita Ini

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 318 hits
2032 SHARES Setiap wanita pastinya mengimpikan berat badan yang ideal tetapi untuk menurunkan berat badan bukanlah satu proses yang mudah kerana ia memerlukan kesungguhan dan tekad daripada individu itu sendiri Ramai yang tewas di tengah ja...
Bahaya Mandikan Bayi Dengan Air Sejuk Boleh Turunkan Suhu Badan Mengejut 6 Perkara Ini Juga Mustahak

Bahaya Mandikan Bayi Dengan Air Sejuk Boleh Turunkan Suhu Badan Mengejut 6 Perkara Ini Juga Mustahak

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 534 hits
Kenapa tidak boleh mandikan bayi dengan air sejuk Ramai ibu bapa lakukan 6 kesilapan ini semasa memandikan bayi Ramai yang bagi alasan kekok nak mandikan bayi yang baru lahir Terlalu kecil takut nak pegang bimbang terlepas terjatuh dan maca...
4 Februari Diperingati Sebagai Hari Kanker Sedunia Ketahui 8 Jenis Kanker Yang Rentan Hampiri Bayi Hingga Remaja

4 Februari Diperingati Sebagai Hari Kanker Sedunia Ketahui 8 Jenis Kanker Yang Rentan Hampiri Bayi Hingga Remaja

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 240 hits
Beda dari orang dewasa ternyata ini lo penyebab dan jenis kanker yang diderita anak Jangan takut cari tahu kamu wajib waspada bahkan sejak anak belum ada Tenang gambar gambar dalam artikel berikut ini aman kok
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord