Berapa Modal Mulakan Penternakan Kambing
Modal Mulakan Penternakan Kambing Di Malaysia? Berapa Modal Penternakan Kambing? Ini antara perosalan bagi mereka yang nak menjadi penternak kambing yang Berjaya. Semua aspek-aspek yang wajib diambil berat dan semestinya perlu menguasai ilmu dan kemahiran tentang kambing
Bagi anda yang ingin memasuki bidang penternakan kambing ini pasti tertanya-tanya modal menternak kambing
Berapa modalnya?
Adakah memerlukan modal yang besar dalam penternakan ini? Jika kita lihat dimana-mana, penternak kambing ini agak kurang. Penternakan juga adalah satu perniagaan. Selain dijual dalam negara, daging kambing juga di eksport ke luar negara dengan harga yang agak tinggi
Agak-agak anda berapa modal untuk memulakan penternakan kambing ini? 1,000, 10,000 atau 50,000? Kos yang perlu difikirkan untuk penternakan ini adalah beli kambing, kos membina kandang kambing, makanan kambing, ubat-ubatan kambing, alatan memerah susu (jika untuk kambing tenusu), tempat pembiakan dan sebagainya
Sebelum anda mula, seeloknya kaji beberapa perkara penting ini terlebih dahulu.
Harga Kambing
Harga kambing biasanya ditentukan oleh baka kambing. Perbezaan ketara adalah dari segi baka tempatan atau luar negara.
Contohnya; Harga Kambing Boer yang berasal daripada Afrika Selatan yang harga pasarannya mencecah RM2000 hingga RM4000 untuk sepasang induk kambing.
Anggaran harga kambing tempatan atau kambing di Malaysia adalah..
Berat 10-15 KG >>> RM 330.00Berat 16-20 KG >>> RM 440.00Berat 21-30 KG >>> RM 660.00Berat 31-40 KG >>> RM 880.00
Untuk mula menternak, anda perlukan 2 hingga 5 ekor kambing betina dan seekor kambing jantan. Boleh dimasukkan dalam kandang yang sama
Modal Buat Kandang Kambing
Kos membuat kandang kambing bergantung kepada keluasan dan berapa kambing yang ingin diternak. Belih banyak kambing, lebih besar kandang perlu dibina.
Namun, jika anda baru nak bermula, dengan kos serendah RM1000 hingga RM2000 sudah cukup dengan hanya beberapa ekor kambing
Kos Makanan Kambing
Makanan kambing adalah seperti rumput, dedak, atau daun. Semua ini boleh ditanam atau dibeli. Garam jilat juga diperlukan untuk kambing. Anggaran untuk makanan sahaja adalah lebih kurang RM600 sebulan (bergantung kepada berapa banyak kambing)
Kos Ubat-Ubatan Kambing
Mungkin dalam RM200, megikut keadaan dan keperluan kambing
Perkongsian Panduan Menternak Kambing
Jika anda baru bercadang memulakan penternakan kambing, dan sedang mencari bahan bacaan atau kursus penternakan kambing..kami syorkan anda dapatkan Ebook Panduan Lengkap Menternak Kambing hasil penulisan Saudara Mohamed Farid Sulaiman.
Di dalam ebook ini saya menunjukkan kepada anda tentang..
Bagaimana mencari sumber modal bagi projek penternakan andaTips pemilihan baka kambing untuk memulakan projek penternakan andaBagaimana membina kandang dengan kos yang rendahBagaimana menyediakan bekalan makanan yang mencukupi dengan kos yang rendah untuk ternakan andaBagaimana memerah susu kambing dengan betulBagaimana menyambut kelahiran kambingGejala-gejala atau penyakit-penyakit yang selalu dihidapi oleh kambing dan bagaimana cara merawatnya, sertaBagaimana memasarkan ternakan kambing anda
Apakah Isi Kandungan Ebook Ini?
Untuk memuaskan hati anda, saya akan tunjukkan "Isi Kandungan" ebook ini kepada anda beserta penerangan ringkas mengenai apa yang akan anda pelajari
ISI KANDUNGAN
1. Kenapa Kambing?
Menceritakan tentang 6 kelebihan penternakan kambing serta memberikan anda tempat-tempat sumber rujukan untuk anda memulakan pernternakan kambing
2. Modal & Sumber Kewangan
Terdapat 4 cara yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan sumber kewangan, dan sedikit penerangan mengenai sistem penternakan
3. Kandang Kambing
Menerangkan dengan terperinci 10 perkara yang penting tentang kandang siap beserta gambarajah. Serta beberapa tips bagaimana anda boleh berjimat di dalam membina kandang
4. Makanan Kambing
Kepentingan makanan untuk menghasilkan kambing yang bermutu dan memenuhi ciri-ciri 3G (bukan talian 3G yer!) . Menceritakan tentang 4 jenis makanan yang boleh anda jadikan makanan kambing. Penrengan secara bergambar langkah-demi-langkah penanaman rumput untuk kambing serta tips ringkas untuk menjimatkan kos makanan
5. Baka Kambing
Menceritakan tentang 5 jenis baka kambing yang boleh anda pilih disamping menerangkan dengan terperinci tentang kaedah-kaedah yang digunakan untuk memilih kambing yang ingin dijadikan baka
6. Pembiakan Kambing
Penerangan secara terperinci tentang tempoh biang, tempoh bunting serta proses melahirkan anak. Turut diterangkan tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas kelahiran anak dan bagaimana menguruskan anak kambing yang baru lahir
7. Masalah Kambing
Senarai penyakit-penyakit kambing serta cara bagaimana merawatinya
8. Teknik Memerah Susu
Penerangan secara bergambar bagaimana memerah susu kambing dengan betul. Seronok & puas beb dapat perah susu kambing nie
9. Pengurusan Kambing
Jadual harian di dalam menguruskan penternakan kambing
10. Pemasaran
Menyenaraikan 8 kaedah dan saluran yang boleh anda gunakan di dalam memasarkan hasil penternakan kambing anda
Dapatkan ebook Rahsia Kambing ini disini – Klik Sini
Anda mungkin salah seorang usahawan yang terpampang diakhbar ini...
Semoga membantu!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.rujukanniaga.com/2018/09/berapa-modal-mulakan-penternakan-kambing.html