Berapa Lama Kita Tengok Hp Setiap Hari Berbanding Muka Pasangan Kita Ini Yang Buat Kita Menjauh


Kalau zaman dahulu, ketika makan isteri layankan suami. Ketika bersembang berdua, mata saling menatap wajah pasangan. Jauh sungguh dengan zaman sekarang, biarpun duduk dekat-dekat tetapi mata menatap skrin handphone. Walaupun bersembang berdua, tapi jari sibuk skrol media sosial di handphone. Walaupun dekat, sebenarnya kita berjauhan dengan pasangan kita.
Begitulah perkongsian seorang suami romantik, Muhammad Hassan, melalui penulisannya di Facebook. Turut berkongsi tentang cara-cara merapatkan hubungan kekeluargaan, lelaki ini mengatakan jika isteri stres maka anak-anak juga akan tertekan. Sebab itulah kita didedahkan dengan masalah mental dalam kalangan kanak-kanak dewasa ini.
Artikel Menarik: [Suami Isteri Bertengkar Depan Anak & Saling Memaki. Anak Membesar Suka Membuli]

Untungkan orang tak sihat. Balik dari oustation makan terhidang atas meja,sup sayur,ikan kerisi kegemaran saya.
Baru je nak makan tiba tiba wife cakap jangan makan dulu. Meh sini jari tu nak potong kuku.
Ya Allah. Rupanya kuku saya dah macam pontianak. Malu weh bila kuku panjang kena tegur kat wife. Patutlah wife pandang semacam je sebelum makan.
Time makan tu,wife layankan apa yang saya nak makan. part ini saya mula sebak. teringat mak layan ayah dulu. mak tengok je ayah makan,ayah ajak makan pun mak tak makan,nak bagi suami dia betul betul kenyang,barulah mak makan.
Orang dulu bonding mereka kuat. Betul betul mereka layan pasangan. Bila bercakap beri tumpuan,ada interaksi antara mereka. Bersembang,senyum,sedang makan tu sempat lagi bermanja,siap bersuapan lagi.
Zaman ini waktu makan still lagi mengadap screen. Main HP,makan depan TV. Tangan sumbat nasi,tapi mata kat screen. Sedangkan waktu makan itu adalah masanya untuk kita bercakap dengan keluarga. So please ubah semua itu.
Zaman sekarang,15 minit itu sangat berharga jika kita betul betul beri tumpuan kepada keluarga berbanding 24 jam dirumah tetapi banyak masa dengan gadget,depan tv.
Akhirnya hubungan jadi toksik. Bercakap pun dalam hal hal penting sahaja. Paling teruknya bercakap sebab gaduh. Buka mulut je gaduh,tutup mulut tapi mata depan tv,layan gadget. Anak anak layan game,layan kehidupan mereka sendiri.
Tiada lagi senyuman,gelak tawa,riuh rendah dalam rumah. Sedangkan kita perlu setiap hari bercakap dengan positif,ada rasa simpati terhadap pasangan dan keluarga,ada masa nak bergurau dengan isteri dan anak anak.
Apabila isteri stres,anak anak akan dibesarkan dalam suasana stres. Maka anak anak akan kesunyian. Sebab itu tidak pelik jika ada kanak kanak juga mengalami masalah mental.

Artikel Menarik: [Abaikan Solat Punca Suami Isteri Tidak Kekal. Siapa Yang Jaga Solat Rumah Tangga Dia Kukuh]
Hari ini,perlunya masa emosi untuk keluarga. 1 jam itu betul betul fokus melayani keluarga. Tiada HP,tiada TV,tiada urusan kerja. Bagi attention kepada pasangan. Dengar cerita mereka,dengar rasa hati mereka,banyakkan buat sentuhan kepada mereka,selalu beri senyuman atau flying kiss kepada pasangan.

Peluk erat isteri,paling kurang kena peluk pasangan 5 kali sehari,ya 5 kali,tak percaya buatlah. Layan isteri dengan baik. Nabi Muhammad s.a.w seorang pemimpin dunia,namun Nabi s.a.w akan jadi seorang suami apabila bersama dengan isteri isteri baginda.
Potong kuku pasangan beri bonding yang sangat kuat,rindu sangat sangat moment ini. Disitu ada sentuhan,sentuhan sampai ke hati. Tatap wajah pasangan,renung dalam mata dia,rupanya ada seribu bahasa kasih sayang dan cinta. Dari situlah hati akan tenang melihat pasangan.
Artikel Menarik: [Rezeki Suami Isteri Semuanya Tumpang Rezeki Anak. Anak Gembira, Itu Pun Satu Doa!]

Rupanya nak isteri itu tenang,suami wajib bina bonding terhadap pasangan. I love u,i miss u, usap jari,pegang bahu ini adalah ucapan dan perbuatan yang sangat mahal yang kadang kadang kita terlepas pandang.
Bina cinta,bina bahagia insyaallah ketenangan itu akan datang.
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
Benar, inilah yang berlaku sekarang dalam masyarakat kita. Handphone satu keperluan tetapi tidak perlu diutamakan melebihi keluarga. Untuk membesarkan anak-anak, sebaiknya ibu ayah tunjuklah contoh yang baik, jangan sesekali bertegang urat di hadapan mereka. Ia bukan sahaja akan menjadi toksik dalam hubungan suami isteri tetapi juga ketika proses tumbesaran anak-anak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

The post Berapa Lama Kita Tengok HP Setiap Hari Berbanding Muka Pasangan Kita? Ini Yang Buat Kita ‘Menjauh’ appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/berapa-lama-kita-tengok-hp-setiap-hari-berbanding-muka-pasangan-kita-ini-yang-buat-kita-menjauh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Kahwin Je Automatik Muka Nampak Seiras Dengan Pasangan Tak Sangka Ini Sebabnya

Bila Kahwin Je Automatik Muka Nampak Seiras Dengan Pasangan Tak Sangka Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 263 hits
Bila dah jadi suami isteri hari hari duduk bersama lama lama wajah kita pun akan seiras dengan pasangan Nampak macam adik beradik sedangkan suami isteri Kata orang pasangan yang mempunyai wajah seakan sama itu lebih serasi dan rumah tanggan...
Google Doodle Menyambut Hari Kelahiran Dr Wu Lien Teh Pencipta Topeng Muka Untuk Tujuan Perubatan

Google Doodle Menyambut Hari Kelahiran Dr Wu Lien Teh Pencipta Topeng Muka Untuk Tujuan Perubatan

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 230 hits
Akibat wabak COVID 19 yang sedang membelenggu dunia penggunaan topeng muka telahpun meningkat ke tahap yang mendadak sejak awal tahun lepas Google Malaysia hari ini menyambut hari kelahiran Dr Wu Lien teh dengan sebuah Google Doodle untuk s...
Ada Yang Sekejap Ada Yang Lama Sakit Baru Bersalin Dugaan Sebelum Tengok Muka Anak Tersayang

Ada Yang Sekejap Ada Yang Lama Sakit Baru Bersalin Dugaan Sebelum Tengok Muka Anak Tersayang

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 358 hits
Ketika tarikh melahirkan semakin hampir sudah tentu si ibu merasa risau Tambah pula apabila sudah ada terasa tanda tanda untuk bersalin Simptom mahu bersalin adalah berbeza untuk setiap wanita Ada yang cepat dan ada juga yang mengambil masa...
Cara Kami Luahkan Perasaan Dini Schatzmann Dan Janna Nick Kongsi Ayat Petikan Setiap Hari

Cara Kami Luahkan Perasaan Dini Schatzmann Dan Janna Nick Kongsi Ayat Petikan Setiap Hari

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 247 hits
Siapa sahaja tak kenal dengan pasangan merpati sejoli dalam dunia seni tempatan iaitu Janna Nick dan Dini Schatzmann Sentiasa menyokong antara satu sama lain walaupun ketika badai melanda hubungan mereka nyata mendapat sokongan peminat BACA...
Setiap Hari Hannah Menangis Nak Berbaik Dengan Ibu Kandung

Setiap Hari Hannah Menangis Nak Berbaik Dengan Ibu Kandung

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 313 hits
Sejak semalam ramai dikejutkan dengan dakwaan ibu kepada pelakon jelita Hannah Delisha iaitu Noor Ashikin Ahmad dikatakan tidak merestui perkahwinan anaknya itu Terbaru ibu mentuanya Mariana Yati mendedahkan hubungan Hannah dengan ibu kandu...
Tips Disiplinkan Diri Minum Air Mencukupi Setiap Hari

Tips Disiplinkan Diri Minum Air Mencukupi Setiap Hari

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 522 hits
Assalamualaikum wbt Tips Disiplinkan Diri Minum Air Mencukupi Setiap Hari Terasa kekusaman diri kini Dengan kulit keringnye Tumit pecah lah Bagai bagai kejadian pada diri telah berlaku hehe Bunyik cam tragik jerk kan Sies wehh rasa diri aku...
Video Terlupa Tulis Nama Mak Atas Kek Muka Mak Sedih Anak2 Lupa Tarikh Hari Lahir

Video Terlupa Tulis Nama Mak Atas Kek Muka Mak Sedih Anak2 Lupa Tarikh Hari Lahir

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 300 hits
Kasih ibu membawa ke syurga kasih ayah kekal selamanya Begitulah besarnya kasih dan sayang kedua ibu bapa kepada anak anaknya Jika ketika kita masih kecil ibu dan ayah menatang anak anak bagai minyak yang penuh dan melimpahi anak anak denga...
Hari Jadi Che Li Yang Dah Lama Lepas

Hari Jadi Che Li Yang Dah Lama Lepas

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 192 hits
Assalamualaikum LUPA masukkan dalam blog raikan hari jadi adik ipar Sk dua bulan lepas haha Birthday nya sebelum lagi tapi baru nak masuk blog hari ni kekekek One happy family haaa tahun ni Zulaikha dah masuk sekolah budak yang suka pot pet...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian