Berani Juga Orang Orang Sekeliling Muhyiddin Ni





Kenapa aku kata berani?.. sebabnya menurut laporan dari FMT, orang-orang di sekeliling Perdana Menteri telah memberi ingatan kepada Perdana Menteri tentang kemarahan rakyat yang semakin meningkat terhadap Kerajaan..
Berani mereka kerana mereka berani menyatakan situasi sebenar kepada Muhyiddin tanpa rasa takut kehilangan jawatan..

Berbeza dengan kebanyakkan orang-orang sekeliling pemimpin Parti Politik yang lain, nak nyatakan kebenaran pun takut hilang jawatan.. jadi yang disampaikannya kepada pihak atasan hanyalah perkara-perkara yang indah saja..
Maka dengan itu hanyutlah Pemimpin mereka itu dialam fantasi.. bila tiba PRU kalah! dipersalahkan pula orang sekeliling ataupun Jentera Pilihanraya..
Sama juga dengan Pemimpin yang ada tu.. bila dinyatakan fakta sebenar yang buruk-buruk tentang dirinya dan juga Parti.. hang tunggulah kena pecat!
Contohnya di dalam KEADILAN..
PETALING JAYA: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin diingatkan ‘orang sekelilingnya’ termasuk beberapa menteri mengenai kemarahan rakyat yang semakin meningkat, dengan harapan kerajaan akan menggunakan strategi komunikasi yang lebih baik untuk meredakan ketegangan, menurut sumber.
Dua orang dalam parti Bersatu itu berkata, kerajaan gagal berkomunikasi secara berkesan dengan rakyat, bergantung hanya pada data dan bukan kisah sebenar mengenai rakyat yang menderita Covid-19.

“Ada beberapa kebenaran yang sukar yang perlu diketahui oleh perdana menteri. Kami telah sampaikan mesej itu. Sekiranya mereka tidak ambil perhatian, kerajaan mungkin tidak dapat melawan kemarahan itu,” kata seorang sumber.
Sumber itu berkata, kebanyakan pemimpin menyedari mereka mungkin sudah terlambat untuk meredakan kemarahan tetapi “masih ada harapan kerana kita (kerajaan) tidak mahu adakan pilihan raya umum pada tahun ini”.
Katanya, beberapa ahli parti tidak senang dengan cara kerajaan mentadbir negara.
Tersekat dalam tekanan
“Kita seperti menyerah kepada semua orang tanpa memikirkan akibatnya. Kami tidak gembira apabila bazar Ramadan dibenarkan dibuka. Kita tersekat dalam tekanan, tidak mahu menyusahkan para peniaga, dengan harapan akan mendapat sokongan,” katanya.

Hasilnya adalah bazar menjadi salah satu sebab utama peningkatan jumlah kes Covid-19, dengan jangkitan harian seluruh negara mencapai 4,000 angka selama beberapa hari.
Beliau berkata, kerajaan tidak boleh terlalu bergantung pada analisis data yang digunakan oleh pakar untuk mengukur sentimen rakyat.
“Ya, kita memerlukan data dan analisis, tetapi kita memerlukan strategi komunikasi yang lebih baik. Kita gagal dengan cara kita berkomunikasi terhadap rakyat,” kata sumber itu.
Sumber itu berkata, tumpuan kerajaan kini berada pada perkembangan positif kerana kerajaan sudah mempunyai vaksin, boleh mengawal Covid-19, mengikut SOP, tetapi mereka tidak menunjukkan gambaran sebenarnya.
Beri gambaran sebenar mengenai penderitaan rakyat
Menurut sumber itu, rakyat harus diberitahu tentang penderitaan mereka yang diberi rawatan intensif, dan mengenai ibu hamil atau bayi yang mati kerana Covid-19.

“Rakyat perlu melihat dan mengetahui perkara ini. Beberapa data sedemikian mesti disediakan setiap hari. Hanya dengan itu rakyat akan mengetahui gambaran sebenar,” menurut sumber.
Tambahnya, berita seperti itu tidak disampaikan, sehingga kerajaan disindir kerana melaksanakan perintah darurat di seluruh negara dan kerajaan hanya memberikan sejumlah angka kematian yang masih belum dapat disedari rakyat yang masih memandang ringan terhadap virus.
Malaysia melaporkan jumlah tertinggi iaitu 44 kematian pada dua hari lalu.
Seorang lagi sumber dalaman parti Bersatu berkata, pegawai sekeliling perdana menteri telah diberitahu terdapat kemarahan yang memuncak mengenai “dwistandard” yang diamalkan oleh kerajaan.
“Lebih daripada PKP yang sedang berjalan, rakyat marah dengan dwistandard. Amalan seperti ini harus dihentikan dan pembangkang akan cenderung menggunakan isu ini ketika pilihan raya,” katanya.
Di media sosial, tanda pagar #KerajaanGagal menjadi trend sejak pertengahan April.
Buat perubahan atau kalah pada pilihan raya
Sumber itu berkata, Muhyiddin telah diberitahu polis mesti menyiasat sesiapa sahaja, termasuk menteri dan timbalan menteri, jika mereka melanggar peraturan.
Kata sumber, ahli parti juga memberitahu perdana menteri untuk tidak mengadakan pilihan raya umum pada tahun ini “kerana kita cenderung untuk kalah”.
Perdana menteri telah dimaklumkan bahawa rakyat mahukan keselamatan pekerjaan dan peningkatan ekonomi, kata sumber itu.
“Kita hanya dapat memenangkan hati dan fikiran rakyat jika perubahan ini dilakukan atau mungkin sudah terlambat untuk kita menang ketika pilihan raya diadakan,” tambahnya ~ FMT

Tak percaya ke apa yang aku kata tu?.. cubalah!
Tapi dengan syarat anda memegang Jawatan dalam Parti.. bukannya yang tak ada jawatan tapisembang saja deraih.. berani dok kutuk pemimpin dari jauh saja tu.. tak payah laa..





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/05/berani-juga-orang-orang-sekeliling.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Kalau Masih Mahu Dihormati Rakyat Perlu Berani Pecat Hamzah

Muhyiddin Kalau Masih Mahu Dihormati Rakyat Perlu Berani Pecat Hamzah

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 307 hits
Yang bercakap dan mendedahkan bukan Ketua Pengarah jabatan orang asli atau lain tetapi bekas Ketua Polis Negara
Lepas Je Muhyiddin Yassin Umumkan Pkp Seluruh Negara Najib Razak Tulis Sesuatu Di Laman Fb Dia Tarik Perhatian Rakyat

Lepas Je Muhyiddin Yassin Umumkan Pkp Seluruh Negara Najib Razak Tulis Sesuatu Di Laman Fb Dia Tarik Perhatian Rakyat

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 597 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sidang khas Majlis keselamatan Negara mengenai pengurusan covid 19 membuat keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara Menurut Perdana Menteri
Pm Muhyiddin Malaysia To Continue Providing Assistance To Palestine

Pm Muhyiddin Malaysia To Continue Providing Assistance To Palestine

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 237 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin 8211 Bernama photo KUALA LUMPUR Malaysia will continue to make bilateral contributions towards Palestine in addition to making contributions to other international bodies to help its people who have been oppressed b...
If Muhyiddin Is Malaysia S First Wartime Prime Minister

If Muhyiddin Is Malaysia S First Wartime Prime Minister

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 299 hits
It has been said that Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin is Malaysia s first wartime prime minister since independence Hafiz Hassan The Malay Mail Online If that is so then he needs a war Cabinet According to a war Cabinet is a committ...
Muhyiddin Minta Umat Islam Doakan Keselamatan Rakyat Palestin

Muhyiddin Minta Umat Islam Doakan Keselamatan Rakyat Palestin

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 287 hits
Oleh PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddi Yassin hari ini meminta umat Islam mendoakan agar Allah memelihara dan melindungi rakyat Paslestin yang berhadapan dengan serangan jet dan roket rejim Israel Katanya sungguh besar ujian ujian yang terpa...
New High Of 39 Deaths Latest Proof Muhyiddin S Emergency Has Failed

New High Of 39 Deaths Latest Proof Muhyiddin S Emergency Has Failed

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 245 hits
MP SPEAKS Yesterday s daily increase of 4 765 new Covid 19 cases and an all time high of 39 deaths is the latest proof that the emergency has failed to bring the nine month long third Covid 19 wave in Malaysia under control and that Malaysi...
Tan Sri Muhyiddin Yassin I Told You So

Tan Sri Muhyiddin Yassin I Told You So

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 283 hits
worldofbuzz com large group seen protesting at batu pahat traffic light with huge kerajaan gagal banner MY COMMENTS I HAVE NO COMMENTS The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT By Syed Akbar A...
Muhyiddin Pdp Norma Baru Konsep Pembelajaran Mesti Relevan

Muhyiddin Pdp Norma Baru Konsep Pembelajaran Mesti Relevan

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 297 hits
Konsep pembelajaran tidak harus terperangkap dalam lingkungan four walls of room sebaliknya mestilah relevan pada setiap masa dan setiap tempat sesuai dengan suasana norma baharu kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Sehubungan itu ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord