Muhyiddin Pdp Norma Baru Konsep Pembelajaran Mesti Relevan


Bernama
Konsep pembelajaran tidak harus terperangkap dalam lingkungan 'four walls of room', sebaliknya mestilah relevan pada setiap masa dan setiap tempat sesuai dengan suasana norma baharu, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan perlu terus mendengar cadangan dan input warga pendidik, ibu bapa dan anak-anak demi menambah baik pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi memastikan murid tidak ketinggalan dalam proses pembelajaran, katanya.
Perdana Menteri berkata sejak pandemik COVID-19 menular ke negara ini setahun yang lalu, proses PdP banyak bergantung pada pembelajaran secara dalam talian dan menyaksikan guru mula menguasai pelbagai aplikasi digital pendidikan yang membolehkan murid-murid mengikuti kaedah pembelajaran normal baharu.
"Perubahan yang berlaku jelas membuktikan konsep pembelajaran tidak harus terperangkap di antara 'four walls of room'… dalam suasana norma baharu, penyampaian perkhidmatan secara maya sudah mula meluas.
"Walaupun guru berhadapan dengan cabaran melaksanakan PdP secara dalam talian, terutama apabila PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah) dilaksanakan, saya melihat ramai dalam kalangan guru yang berjaya menghasilkan pelbagai bentuk bahan PdP bagi memastikan murid tidak ketinggalan dalam proses pembelajaran. Saya ucapkan syabas atas ikhtiar dan inovasi saudara dan saudari sekalian," katanya.
Beliau berkata demikian dalam perutusan bersempena Hari Guru ke-50 bertemakan 'Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu' yang disiarkan menerusi Facebook Live Kementerian Pendidikan (KPM), saluran TV1 RTM, DidikTV KPM dan stesen penyiaran lain hari ini.
Muhyiddin berkata arus globalisasi telah membentuk hala tuju baharu dalam pendidikan dan dalam aspek itu warga pendidik berperanan penting dalam mengadaptasi kandungan pedagogi berteras teknologi dalam PdP.
Menurutnya pelaksanaan pendidikan digital sebagai elemen dalam pembelajaran abad ke-21 adalah sejajar dengan anjakan ketujuh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dalam melaksanakan e-pembelajaran iaitu pengajaran berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
 "Untuk itu, guru hendaklah menyediakan mindset bahawa alam sejagat ini merupakan kelas pembelajaran sepanjang hayat bagi anak-anak kita. Ini menuntut guru untuk berusaha melahirkan murid yang beradab, cemerlang dan mempunyai sifat ingin tahu.
"Anak-anak yang ingin kita lahirkan haruslah mampu berdepan bukan sahaja dengan keperluan pasaran kerja semasa, tetapi bersedia menjadi anggota masyarakat yang berakhlak mulia dan bertamadun serta mampu berdaya saing pada peringkat global," katanya.
Dalam mencapai hasrat itu, Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan memastikan tiada murid yang dinafikan daripada mendapat pendidikan sewajarnya, termasuklah murid Orang Asli dan pribumi, Murid Berkeperluan Khas (MBK) dan kanak-kanak tanpa dokumen.
Beliau berkata kerajaan akan memberi tumpuan untuk mengurangkan kadar keciciran murid sekali gus memastikan golongan itu turut menerima pendidikan seperti murid yang lain.
Dalam perutusan itu, Muhyiddin turut mengumumkan penerima anugerah Tokoh Guru Kebangsaan Noorizan Mohamed dan dua penerima anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan Tahun 2021 iaitu Datuk Dr Amin Senin dan Datuk Dr Habibah Abdul Rahim.
"Semoga anugerah ini menjadi penyuntik semangat kepada semua warga pendidik untuk terus berusaha dan memberikan sumbangan yang terbaik dalam melonjakkan pendidikan negara dan memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang jauh lebih baik," katanya.- Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/muhyiddin-pdp-norma-baru-konsep.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Muhyiddin Pkp 3 0 Bukan Tindakan Zalim Keputusan Cukup Sukar Tetapi Mesti Di Buat

Pm Muhyiddin Pkp 3 0 Bukan Tindakan Zalim Keputusan Cukup Sukar Tetapi Mesti Di Buat

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 221 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri menyifatkan keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan kali ini bukanlah perkara main main sebaliknya ia adalah satu keputusan yang sukar tetapi mesti dibuat Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau sedar ke...
Sambut Raya Pkp 3 0 Norma Baru 2021

Sambut Raya Pkp 3 0 Norma Baru 2021

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 524 hits
Sambut Raya PKP 3 0 Norma Baru 2021 Tahun kedua beraya di rumah sendiri dan tak dapat cium tangan mak di pagi Raya Sedih tu memang sedih tapi bila fikir kita ada potensi jadi penyebar Covid19 jadi kita redha beraya di rumah sendiri Alhamdul...
Baru Digelar 2 Hari Pembelajaran Tatap Muka Di Kupang Kembali Ditutup

Baru Digelar 2 Hari Pembelajaran Tatap Muka Di Kupang Kembali Ditutup

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 242 hits
Baru dua hari digelar oleh sejumlah Sekolah Menengah Atas dan Kejuruan pembelajaran tatap muka di Kota Kupang kembali ditutup karena dikeluarkannya surat edaran pemberlakuan pembatasan kegiatan masyarakat
Hiburan Konsep Minimalis Jadi Pilihan Hati Naim Daniel Untuk Rumah Baru

Hiburan Konsep Minimalis Jadi Pilihan Hati Naim Daniel Untuk Rumah Baru

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 479 hits
Baru baru ini pelakon dan penyanyi popular Naim Daniel telah memberitahu orang ramai bahawa dirinya sudah pun membeli sebuah rumah di Semenyih Selangor Rumah yang dibeli oleh hasil titik peluh Naim sendiri dalam bidang seni ini membuat diri...
Baru Umur 21 Tahun Scha Elinnea Bangga Boleh Beli Mercedes Bernilai Rm200 Ribu

Baru Umur 21 Tahun Scha Elinnea Bangga Boleh Beli Mercedes Bernilai Rm200 Ribu

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 361 hits
Pelakon jelita Scha Elinnea meluahkan rasa syukur atas berkat doa keluarga dan usahanya sendiri apabila dia kini berjaya memiliki sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz A180 AMG yang dianggarkan bernilai lebih RM 200 000 pada usia 21 tahun...
Buat Pkp Seperti Fasa Pertama Tutup Semua Sektor Baru Kes Turun

Buat Pkp Seperti Fasa Pertama Tutup Semua Sektor Baru Kes Turun

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 258 hits
BANGI 26 Ramadan 1442H Sabtu Sudah tiba masanya kerajaan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan seperti fasa pertama ekoran peningkatan kes harian COVID 19 yang kini mencecah angka lebih 4 000 Selain itu PKP menyeluruh perlu dibuat...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin