Bentuk Kerajaan Campuran Selesai Kemelut Politik Aziz Bari



Polemik sama ada Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak tanpa nasihat Perdana Menteri (PM) dalam isu sidang Parlimen masih dibicarakan biar pun kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah bersetuju untuk mengadakan mesyuarat khas Dewan Rakyat sesingkat 5 hari, bermula 26 Julai ini.
Bagi pakar undang-undang Perlembagaan, Dr Aziz Bari, persidangan yang dirancang sesingkat itu sebenarnya menimbulkan lebih banyak kritikan daripada menyelesaikan masalah, sehingga ada cadangan agar Agong menitahkan sidang Dewan mengusulkan Undi Percaya bagi menguji keabsahan kerajaan.
Jelas Dr Aziz, dalam isu memanggil sidang Parlimen, sebenarnya Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak sendirian berdasarkan Perkara 55 Perlembagan Persekutuan.
“Biarpun dikatakan nasihat kerajaan itu perlu di bawah Perkara 40 yang perlu dipatuhi Agong, tetapi kalau kita baca peruntukan Perkara 55 Fasal 1, Perlembagaan: “Yang di-Pertuan Agong hendaklah memanggil Parlimen dari semasa ke semasa dan tidak boleh membiarkan 6 bulan berlalu antara persidangan yang akhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat serta dalam penggal berikutnya”.
“Apabila disebut… “dan tidak boleh membiarkan 6 bulan berlalu”, ini sudah pastilah bukan sesuatu yang bersifat dilakukan ‘dengan nasihat’. Kalau nasihat diperlukan bagi fungsi atau kuasa Agong di bawah Perkara 55 Fasal 1 ini, tidak mungkin (ditulis) ‘tidak boleh membiarkan…”
“Kalau baca secara logik pun, maksudnya suatu perkara yang tidak semestinya ‘dengan nasihat’ (boleh dilakukan).
“Oleh itu Perkara 40 yang mewajibkan Agong mendengar nasihat itu suatu perkara yang boleh dikecualikan dalam keadaan yang disebut atau dibayangkan oleh Perkara 55 Fasal 1.
“Sebenarnya kalau dibaca Perkara 40 sekali pun, menyebutkan ada keadaan di mana Agong boleh bertindak sendiri atau berlawanan (daripada) nasihat.
“Dan Perkara 40 bukanlah sesuatu yang perlu diaplikasikan secara automatik atau mekanikal. Itu hal yang kita belajar (dalam krisis Perlembagaan kali ini),” kata Dr Aziz menerusi ulasan di Facebook bertajuk “Krisis Politik : Apa Jadi Selepas Ini?”, malam tadi.
Mengenai sidang yang dirancang oleh kerajaan PN seolah-olah hanya untuk memenuhi formaliti dan menjawab titah Agong, Ketua Pembangkang DUN Perak itu berkata, hal tersebut tidak sewajarnya berlaku.
Katanya, mengikut Perlembagaan, PM dan kerajaan wajib menjawab kepada Parlimen. Maka sekiranya sidang selalu singkat tentulah fungsi sebenar Parlimen untuk bertanya dan menjawab soalan dinafikan, dan situasi tidak jauh bezanya dengan Parlimen tidak bersidang langsung.
“PM dan kerajaan perlu menjawab kepada Parlimen sebagaimana dituntut Perkara 43 Perlembagaan
“Kalau PM dimestikan bertanggungjawab kepada Parlimen, tentulah PM tidak boleh diberikan kuasa menutup Parlimen.
“Mengapa Perkara 43 (3) wujud, ialah bagi memastikan eksekutif itu sentiasa menjawab, bertanggungjawab kepada Parlimen. Dalam hal ini, betul disebut oleh Ketua Pembangkang (Anwar Ibrahim) bahawa tempoh 5 hari tidak cukup untuk membenarkan Perkara 43 berjalan dengan berkesan,” katanya lagi.
Dalam siaran Facebook itu juga, ADUN Tebing Tinggi berkenaan mengulas mengenai spekulasi andainya Umno menarik diri dari kerajaan PN maka Agong mungkin melantik PM interim sehingga diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.
Menurut Dr Aziz, kerajaan interim tidak wujud dalam Perlembagaan yang tidak memperincikan kuasa dimiliki PM.
Sehubungan itu, katanya, satu formula lain ialah dengan membentuk kerajaan campuran semua parti bagi suatu tempoh sebelum keadaan kondusif untuk diadakan PRU.
“Ada yang menyebut soal PM interim yang sebenarnya tidak perlu atau tidak ada. Interim merujuk kerajaan ditubuhkan selepas revolusi, selepas Perlembagaan dibatalkan. Sekarang hal itu tidak berlaku. Perlembagaan masih ada dan sistem masih ada, hanya kerajaan yang goncang. Jadi tak timbul soal interim.
“Apa yang dicadangkan ialah (bentuk) kerajaan perpaduan kerana masalah untuk mengadakan PRU dan tiada pihak punya majoriti. Jadi kerajaan itu sah.
“Kerajaan campuran ini boleh berfungsi secara pelbagai parti dan boleh mentadbir sehingga PRU diadakan, atau sehingga penggal tamat (2023),” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32508

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Politik Talam Dua Muka Penyumbang Kerajaan Gagal

Politik Talam Dua Muka Penyumbang Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 325 hits
DR KAMARUDIN MUSAIsunya kerajaan gagal atau kegagalan kerajaan Apa pun yang menjadi punca kepada kedua dua situasi ini adalah terjelma daripada Langkah Sheraton langkah yang melahirkan kerajaan berdasarkan pencabulan dan penodaan demokrasi ...
Umno Dilihat Tamak Kuasa Jika Keluar Kerajaan Pn Penganalisis Politik

Umno Dilihat Tamak Kuasa Jika Keluar Kerajaan Pn Penganalisis Politik

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 260 hits
KUALA LUMPUR UMNO akan dilihat rakyat sebagai parti yang tamak kuasa dan tidak boleh bergantung harap jika bertindak keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional
Kerajaan Diminta Selesai Segera Isu Serap Doktor Kontrak

Kerajaan Diminta Selesai Segera Isu Serap Doktor Kontrak

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 188 hits
Sekumpulan pegawai perubatan mahu lancar mogok pada 26 Julai ini BANGI Kerajaan mesti mengemukakan penyelesaian tuntas terhadap isu membabitkan pegawai perubatan kontrak yang mahu melancarkan protes bermula 1 Julai ini tegas Timbalan Presid...
Anwar Patut Diberi Peluang Tunjuk Majoriti Dr Aziz Bari

Anwar Patut Diberi Peluang Tunjuk Majoriti Dr Aziz Bari

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 225 hits
Kerajaan Perikatan Nasional secara teknikal telah tumbang malam tadi apabila Majlis Tertinggi Umno memutuskan untuk menarik kembali sokongan parti itu yang diberikan sejak 1 Mac 2020 lalu Pakar undang undang Perlembagaan Dr Aziz bari berkat...
Umno Hanya Setuju Bentuk Kerajaan Sementara Dengan Bersatu Kata Najib

Umno Hanya Setuju Bentuk Kerajaan Sementara Dengan Bersatu Kata Najib

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 283 hits
July 9 2021 Najib Razak berkata ia adalah kesilapan besar yang menghalang pilihan raya umum diadakan walaupun sudah diberi kuasa penuh darurat selama tujuh bulan PETALING JAYA Najib Razak berkata melihat ketidakstabilan politik yang berlaku...
Umno Turun Darjat Apabila Setuju Bersama Bersatu Bentuk Kerajaan Kata Ku Li

Umno Turun Darjat Apabila Setuju Bersama Bersatu Bentuk Kerajaan Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 212 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Umno yang dianggap sudah bertaraf institusi sepatutnya dari awal tidak perlu menyokong Bersatu membentuk kerajaan Perikatan Nasional kata veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah Malah Ahli Parlimen Gua Musang itu ber...
Sebenarnya Jika Kerajaan Gagal Bermakna Umno Juga Gagal

Sebenarnya Jika Kerajaan Gagal Bermakna Umno Juga Gagal

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 204 hits
Semasa Menteri dan Timbalan Menteri UMNO sedang berjuang menguruskan negara yang sedang berdepan krisis pandemik Covid 19 tiba tiba Presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula mengambil alih tugas Ketua Pembangkang dalam mengkritik ke...
Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Filem Ngesot

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office

Sultan Pahang Mohon Mendoakan Tengku Hassanal Segera Mendirikan Rumah Tangga

Mahalini Dah Peluk Islam

Fiersa Besari April Chord

Ibu Meraung Luluh Hati Lihat Kaki Anak Putus Akibat Kemalangan Motorsikal Depan Sekolah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Anak Bongsu Darjah 1

Bolehkah Berangkat Umrah Tetapi Ke Madinah Terlebih Dahulu

Fuel Your Competitive Spirit Wallet Bet On Esports Games

Saksi Dengar Dentuman Kemudian Pokok Hempap Kenderaan

Mayat Wanita Dalam Tangki Air Kuarters Universiti

Berita Prk Kkb Terkini Pengundi India Menjadi Penentu