Akhirnya Mendapat Juga Longan Brazil Yang Unik Mempunyai 3 Rasa Buah


Orang kata kalau dah rezeki kita, tetaplah rezeki kita. Cuma cepat atau lambat je. Akhirnya mendapat juga longan brazil yang diidamkan sangat selama ni. Nak kata mengidam macam bumil (baca : ibu hamil), tidaklah pula. 

Dia macam selagi belum dapat. Selagi itulah dok rasa teringin. Berkat doa Kak Amie juga selalu mendoakan saya dapat merasa buah longan brazil. Terima kasih kak Amie!
Nak dijadikan cerita, terperasan satu post di facebook jualan buah longan brazil. Teruslah contact no whatsapp yang diberikan.  Pertanyaan saya dibalas dengan rasa kecewa. Katanya stok dah habis!

Dalam hati, takpelah belum sampai rezeki saya lagi nak merasa. Belum sempat saya hadam rasa kecewa tu, dia sambung lagi mesej. Katanya stok baru akan sampai hari Khamis atau Jumaat. Masa saya tanya tu hari Selasa. Okay, saya terus booking. Tunggu pun tunggulah, janji dapat.
Hari Jumaat, baru dapat stok buah longan brazilnya pun. Encik suami self pick up je di lokasi yang diberikan. Senang balik kerja terus ke sana. 

Sampai rumah, kita potretkan dia dulu. Sayang kalau tak dipotretkan. Kann...Buah bukan biasa kita jumpa. Walaupun waktu malam cuaca tak berapa nak on point sangat. Tetaplah kita gigih nak motret. Dengan bertemankan lampu kalimantang, makan terhasil lah potret yang tak seberapa. 


Buahnya berbentuk lonjong sepeti telur berwarna hijau dan kecoklatan. Biasa buah hijau ni muda kan. Tapi buah longan brazil ni, rupa begini masak dah rupanya. Buah longan brazil yang saya dapat ni bukanlah segar dari ladang. Tak pasti dah berapa hari.

Masa saya dapat tu, plastik agak berair macam baru keluarkan dari peti ais. Mungkin seller simpan stok dalam peti ais bagi tahan lama. Oleh kerana tak sabar nak makan, terus je keluarkan dari dalam plastik masuk bekas dan basuh

Saya gigit sikit kulitnya bagi mudah buka. Muda je pun nak kupasnya. Saya ingatkan kulitkan keras dan susah buka. Kalau tekan guna jari pun mudah nak buka. 

Nampak buahnya masih segar lagi. Saya cuba rasa sikit, ummm...lama juga saya fikir nak terjemahkan rasa tu dalam perkataan. Berbiji biji juga masuk mulut sebab nak tahu apakah rasa dia sebenarnya. Unik betul rasa buah longan ni

Rupa isi dia memang macam buah longan lah, warna putih seakan-akan kristal lutsinar macam tu. Yang membezakan dia dari bentuknya tu, lonjong tak macam buah longan dan mata kucing yang berbentuk bulat seperti bola


Isinya juga tak putih sangat tapi macam ada putih susu dan kuning-kuning. Isinya juga tebal. Tidak terlalu berair. Teksturnya ada kalanya macam tekstur cempedak, agak melekit. Rasa dia manis tak manis sangat lah. Makan banyak pun tak rasa bersalah. 
Ikut selera saya, boleh dikatakan buah longan brazil ni dalam kategori buah yang sedap lah. Mungkin rasanya lebih sedap jika saya dapat makan yang segar. 

Rupa bijinya macam kacang chestnut. Jangan pula dimakan! 


Buah longan brazil ni kategori kayangan, susah nak dapat sebab bukan ditanam di semua tempat. Buah pun jenis bermusim. Jadi, memang buah premium lah. Saya beli 1 kg RM30. Untung beli tanpa tangkai sebab bila timbang dapat buah lebih bukan tangkai lebih. 

Tapi kalau dijual bertangkai, bolehlah ambil gambar cantik sikit. Tambah lagi kalau ada daun. Untuk ulang membeli, mungkin akan beli kalau nampak orang jual elok. Yang saya beli ni ada jugalah beberapa biji  yang dah pecah busuk dan berair. Mana yang elok dapat makan, itu lah rezeki kita.

Sedikit info tentang buah longan brazil atau dikenali dengan nama Matoa. Ada banyak nama buah longa ni. Lain tempat, lain namanya

Matoa/ Longan Brazil, buah 3 rasaBuahnya Mempunyai 3 rasa dalam 1 iaitu gabungan rasa buah durian, laici dan rambutan. Bentuk buah seakan-akan buah ambra. Isinya seakan buah laici dan bijinya seakan-akan biji buah durian. Rasanya yang sangat sedap kerana tiga rasa dalam 1

Pokok Matoa ini adalah tanaman buah-buahan asli khas dari Papua New Guenei.Pokok Matoa ini sebenarnya tergolong dari keluarga (family) rambutan (Sapindaceae). Matoa tumbuh liar di hutan-hutan Papua, sejenis tumbuhan yang pohon besar, tinggi pohon rata-rata 16 meter dengan diameternya rata-rata maksimum 90 cm. 
Matoa berbuah sekali dalam setahun, berbunga pada bulan July hingga Oktober. Matoa merupakan buah bermusim yang berbuah pada bulan September-November. Distribusinya di Papua terdapat di seluruh wilayah dataran rendah hingga ketinggian ± 1200 m dpl. 
Tumbuh baik pada daerah yang kondisi tanahnya kering (tidak tergenang) dengan lapisan tanah yang tebal. Iklim yang sesuai untuk pertumbuhan yang baik adalah iklim dengan curahan hujan tinggi sekitar(>1200 mm/tahun). 
Matoa terdapat juga di beberapa daerah di Maluku, Sulawesi, dan riau serta di daerah tropis Australia.
Di Papua terdapat 2 jenis matoa, iaitu matoa kelapa dan matoa papeda. Matoa Kelapa tekstur isi buahnya agak kenyal seperti rambutan aceh, diameter buah 2,2-2,8 cm dan diameter biji 1,25-1,40 cm. 
Sedangkan Matoa Papeda tekstur isi buahnya agak lembek dan lengket dengan diamater buah 1,4-2,0 cm. Tanaman ini mudah beraptasi dengan kondisi panas maupun dingin. Pohon ini juga tahan terhadap serangga, yang pada umumnya merusak buah

Buah matoa memiliki rasa manis (manis legit) beraroma campuran antara rambutan, durian, dan laici. Bentuk buahnya lonjong, seukuran buah pinang (keluarga Palem), ketika muda berwarna hijau dan setelah matang berwarna hijau kekuningan atau coklat kemerahan atau kehitaman

sumber : Matoa Malaysia



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2023/08/akhirnya-mendapat-juga-longan-brazil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buah Jabuticaba A K A Anggur Brazil

Buah Jabuticaba A K A Anggur Brazil

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 332 hits
Jabuticaba kedengaran asing bunyinya kan Tapi kalau sebut Anggur Brazil mungkin ada yang pernah dengar nama tersebut Saya sendiri tak pernah tahu kedua dua nama tersebut apa lagi melihat buahnya secara depan mata Sehinggalah baru baru ini E...
Ramai Kenal Walaupun Son Sukku Akui Rasa Diri Makin Popular Sebab Situasi Ini

Ramai Kenal Walaupun Son Sukku Akui Rasa Diri Makin Popular Sebab Situasi Ini

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 374 hits
Selepas My Liberation Notes Son Suk ku tidak dinafikan semakin dikenali ramai kini kan ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini Son Suk ku telah terlibat dengan satu temu bual susulan tayangan D P musim kedua Ketika sesi temu bual pelakon itu ditany...
Guna Ayat Keramat Ini Pada Anak Sulung Supaya Dia Tak Rasa Adiknya Pencabar

Guna Ayat Keramat Ini Pada Anak Sulung Supaya Dia Tak Rasa Adiknya Pencabar

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 158 hits
Anak pertama adalah zuriat yang dinanti nantikan setiap pasangan yang berkahwin Namun apabila hadirnya anak kedua dan seterusnya pasti banyak perbezaan dalam cara mendidik anak Sebagai ketua di antara adik beradik yang lain pastinya sifat a...
Rasa Risau

Rasa Risau

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 167 hits
RASA RISAU Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Assalammualaikum semua Hihi TIDAK SELALU LAPANG DADA DAN FIKIRAN Mungkin ada lah orang yang sentiasa gembira tak kira masa dan tak kira situasi Ada kot cuma PC yang tak tahu...
Tanpa Rasa Takut Lelaki Ini Tikam 4 Orang Awam Tanpa Motif Di Kota Sillim

Tanpa Rasa Takut Lelaki Ini Tikam 4 Orang Awam Tanpa Motif Di Kota Sillim

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 277 hits
Kes jenayah ini disifat sebagai perbuatan tidak berhati perut dan kejam ARTIKEL BERKAITAN Apa sebenarnya yang sedang berlaku di Korea ketika ini Kronologi Seorang lelaki telah ditikam sebanyak 13 kali oleh orang tidak dikenali di stesen ker...
Lima Buah Kampung Di Landa Banjir Kilat Di Maran 278 Orang Mangsa Dipindahkan

Lima Buah Kampung Di Landa Banjir Kilat Di Maran 278 Orang Mangsa Dipindahkan

papar berkaitan - pada 27/8/2023 - jumlah : 161 hits
MARAN Seramai 278 penduduk daripada 60 keluarga terpaksa dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara ekoran kejadian banjir yang melanda beberapa kawasan di sini pada Jumaat malam Berdasarkan info portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Mas...
Rasa Menyesal Sejak Guna Simkad Tonewow

Rasa Menyesal Sejak Guna Simkad Tonewow

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 293 hits
Rasa Menyesal sejak guna simkad tonewowSejak guna simkad tonewow ni guna hp dah tak macam dulu dulu Dulu nak pakai henfon punyalah hati hati sebab takut terlebih limit Kejap kejap topup kejap kejap topup Tapi bila dah guna simkad tonewow se...
Kanak Kanak Perempuan Sembilan Tahun Maut Tercekik Buah Rambutan Di Maran

Kanak Kanak Perempuan Sembilan Tahun Maut Tercekik Buah Rambutan Di Maran

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 345 hits
MARAN Seorang kanak kanak perempuan berusia sembilan tahun maut dipercayai akibat tercekik buah rambutan pada Isnin Ketua Polis Daerah Maran DSP Norzamri Abd Rahman berkata mangsa Nur Iman Fitriah Muhamad Nizam disahkan meninggal dunia oleh...
Rasa Kebahagiaan Olok Olok Bekas Mak Nyah Dedah Tak Dapat Layanan Sebagai Suami Isteri Yang Minta Cerai

Rasa Kebahagiaan Olok Olok Bekas Mak Nyah Dedah Tak Dapat Layanan Sebagai Suami Isteri Yang Minta Cerai

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 473 hits
Perkahwinan mereka hanya bertahan selama 15 hari rumah tangga pasangan viral bekas mak nyah dan bekas pengkid sudah tidak dapat diselamatkan
Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Speed Read A Sparkling Yamaha Xs650 Chopper And Three Harleys

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Perkara Yang Membatalkan Puasa

The Future Of Enterprise Networking In Dubai With Cisco Switches

16 Individu Ditahan Cuba Sogok Penguatkuasa Sprm

Individu Gagal Hadir Ke Mahkamah Kes Muat Naik Kandungan Palsu Majlis Raja Raja Ditangkap

Himpunan Solidariti Sultan Pahang 27 Februari Ini

Bekas Pegawai Ismail Sabri Ditahan Apa Kes