Bendera Sabah Maksud Warna Simbol


Bendera Sabah seperti yang diketahui mempunyai lima warna dan satu objek di dalamnya iaitu Gunung Kinabalu.
Namun, sebelum itu terdapat bendera lain yang digunakan di Negeri Sabah sebelum bendera yang digunakan pada hari ini.
Sejarah Negeri Sabah Negeri Sabah terdiri daripada 33 kumpulan pribumi yang berkomunikasi dalam lebih 50 bahasa dan 80 dialek etnik.
Etnik yang terbesar adalah etnik Kadazan-Dusun yang membentuk hampir 30% daripada keseluruhan jumlah penduduk.
Perayaan utama mereka adalah Pesta Menuai yang disambut pada 30 dan 31 Mei setiap tahun yang diraikan oleh etnik Kadazan-Dusun bagi menghormati Roh Beras dan untuk bersyukur di atas tuaian yang banyak.
Selain itu, satu lagi etnik lain yang ada di Sabah ialah Bajau, atau juga dikenali sebagai ‘Koboi Timur’, dan Murut, iaitu orang-orang bukit dan pemburu kepala pada masa lalu, adalah kumpulan etnik kedua dan ketiga terbesar di Sabah.
Suku kaum lain-lain adalah termasuk suku kaum bumiputera seperti Bisaya, Melayu Brunei, Bugis, Kedayan, Lotud, Ludayeh, Rungus, Suluk, Minokok, Bonggi, Ida’an, dan banyak lagi.
Di samping itu, orang Cina juga termasuk dalam kumpulan utama bagi penduduk bukan pribumi.
Untuk sejarah Negeri Sabah pula, ia boleh dikesan kembali kepada kira-kira 20,000 – 30, 000 tahun yang lalu dengan bukti-bukti yang mencadangkan bahawa manusia awal telah wujud.
Syarikat Berpiagam Borneo Utara berfungsi memerintah Sabah (kemudian dikenali sebagai Borneo Utara) dari tahun 1881 sehingga 1942, apabila tentera Jepun menyerang Borneo Utara semasa Perang Dunia II.
Akibat peperangan yang menghancurkan itu, Syarikat Berpiagam Borneo Utara tidak mempunyai sumber kewangan untuk membina semula negeri Sabah.
Oleh sebab demikian, wilayah itu telah diletakkan di bawah kawalan pejabat kolonial dan menjadi tanah jajahan British pada 15 Julai 1946.
Beberapa tahun selepas itu, Sabah mencapai pemerintahan sendiri dari British, dan telah bersatu dengan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.
Sejarah Bendera Sabah Untuk pengetahuan, selepas Sabah bersama-sama membentuk Malaysia pada 16 September 1963, terdapat 3 bendera Sabah pernah digunakan sehinggalah hari ini.
i) Bendera Negeri Sabah Pertama (1963-1982)
Sabah menerima pakai bendera empat jalur (warna merah atas putih atas kuning atas biru), dengan kanton berwarna hijau dan gunung berwarna perang – melambangkan Gunung Kinabalu pada 31 Ogos 1963.
Bendera ini telah direka oleh Encik Idris Echin, iaitu seorang pelukis pelan di Jabatan Tanah dan Ukur dari Jesselton (kini Kota Kinabalu).
Beliau memenangi pertandingan mereka bentuk bendera Negeri Sabah yang telah diadakan pada 16 Mei 1963.
Kanton berwarna hijau mewakili tanah muda dan hutan negeri, manakala Gunung Kinabalu yang berwarna perang mewakili perpaduan rakyat.
Jalur Merah mewakili keberanian dan kesanggupan untuk berkorban demi negara, Jalur Putih mewakili kesucian, Jalur kuning mewakili kekayaan negeri dan Jalur Biru mewakili keamanan dan kebahagiaan.
ii) Bendera Negeri Sabah Kedua (1982–1988)
Bendera kedua pernah dicipta pada tahun 1981 oleh Kerajaan Negeri Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) dan digunakan sehingga 1988.
Bendera ini diterima pakai secara rasmi pada 1 Januari 1982 yang mempunyai rekaan yang berbeza sepenuhnya daripada yang sebelumnya, iaitu jalur biru atas jalur putih dengan segi tiga merah di bahagian kiri bendera.
Merah mewakili keberanian dan cita-cita, biru mewakili keamanan dan kemajuan dan putih mewakili kejujuran dan kebenaran.
iii) Bendera Negeri Sabah Ketiga (1988 sehingga kini)
Bendera negeri Sabah versi terkini telah digunakan sejak 16 September 1988.
Bendera ini berwarna biru cerah di sebelah atas yang menjadi latar belakang lukisan grafik bayangan Gunung Kinabalu berwarna biru tua meliputi suku bahagian bendera ini.
Maksud Warna Bendera Sabah Warna di bendera ini melambangkan perkara-perkara berikut:
Biru muda: Keamanan dan ketenteraman, Merah: Keberanian dan keyakinan. Putih: Kemurnian dan keadilan. Biru Cerah: Perpaduan dan kemakmuran. Biru Tua: Kekuatan dan semangat kerjasama. Kelima-lima warna (biru mmuda, merah, putih, biru cerah dan biru tua): Mewakili lima buah bahagian pentadbiran negeri Sabah. Maksud Simbol Bendera Sabah Terdapat satu simbol bendera ini iaitu Gunung Kinabalu yang melambangkan Kerajaan Negeri Sabah.
Sumber: https://sabah.gov.my
Baca juga:
Hari Kemerdekaan Sabah 2024 Cuti Umum Sabah 2024: Hari Kelepasan Am & Cuti Sekolah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/bendera-sabah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bendera-sabah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Negara Komanwel Maksud Dan Senarai Negara Anggota

Negara Komanwel Maksud Dan Senarai Negara Anggota

papar berkaitan - pada 23/6/2024 - jumlah : 136 hits
Kita tahu Malaysia merupakan sebuah negara Komanwel dan negara kita juga pernah mencatat sejarah menjadi tuan rumah penganjuran Sukan Komanwel 1998 Persoalannya apakah itu negara Komanwel dan berapa banyakkan negara yang tergolong dalam kum...
Bersalin Czer Maksud Prosedur Dan Risiko Yang Ibu Perlu Tahu

Bersalin Czer Maksud Prosedur Dan Risiko Yang Ibu Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 116 hits
Adakah anda bakal melahirkan anak tidak lama lagi dan sedang mempertimbangkan sama ada untuk bersalin czer atau secara normal Prosedur ini merupakan alternatif yang cukup popular bagi para ibu yang tidak dapat bersalin secara normal Sebelum...
Bina Komuniti China Malaysia Maksud Tersirat Dap

Bina Komuniti China Malaysia Maksud Tersirat Dap

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 307 hits
Perdana Menteri China Li Qiang beramah mesra bersama Menteri Pengangkutan Anthony Loke selaku Menteri Pengiring sejurus tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sempena lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia bermu...
Kesan Rumah Hijau Maksud Punca Impak Dan Usaha Menanganinya

Kesan Rumah Hijau Maksud Punca Impak Dan Usaha Menanganinya

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 160 hits
Kesan rumah hijau merupakan antara isu alam sekitar yang sering menjadi tumpuan Ia juga merupakan salah satu punca utama bagi pemanasan global Namun apakah maksud kesan rumah hijau dan bagaimana ia boleh memberi impak kepada Bumi Maksud Kes...
Numerologi Maksud Nombor Dalam Kepercayaan Kaum Cina

Numerologi Maksud Nombor Dalam Kepercayaan Kaum Cina

papar berkaitan - pada 23/6/2024 - jumlah : 203 hits
Kaum Cina mempunyai kepercayaan yang kuat terdapat sesuatu nombor ilmu yang dikenali sebagai numerologi Maka tidak hairanlah kita banyak melihat di tempat awam lif misalnya nombor 4 ditulis sebgai 3A kerana menur mereka nombor 4 membawa mak...
Pakaian Formal Contoh Dan Maksud Pakaian Lelaki Perempuan

Pakaian Formal Contoh Dan Maksud Pakaian Lelaki Perempuan

papar berkaitan - pada 24/6/2024 - jumlah : 226 hits
Apabila menghadiri sesuatu majlis rasmi dan tidak rasmi kebiasaannya pihak penganjur akan menyatakan kod etika pakaian yang perlu dipakai oleh para hadirin sama ada pakaian formal casual dan sebagainya Apabila muncul sahaja perkataan pakaia...
Sabah To Boost Power Reserve Margin Address Electricity Shortage

Sabah To Boost Power Reserve Margin Address Electricity Shortage

papar berkaitan - pada 7/6/2024 - jumlah : 146 hits
Extending the viability of existing power plants is one of the proposals by the Energy Commission of Sabah to address the power shortage in the state KOTA KINABALU The Sabah Energy Council has approved a series of initiatives aimed at addre...
Sabah Hopes To Regain Control Of Oil Resources 48 Years After Double Six Air Crash

Sabah Hopes To Regain Control Of Oil Resources 48 Years After Double Six Air Crash

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 278 hits
State lost half of its cabinet and oil rights in one day says Jeffrey Kitingan SABAH marked the 48th anniversary of the Double Six air tragedy with hopes that the state will one day regain control over its oil and gas resources State Deputy...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip