Bersalin Czer Maksud Prosedur Dan Risiko Yang Ibu Perlu Tahu


Adakah anda bakal melahirkan anak tidak lama lagi dan sedang mempertimbangkan sama ada untuk bersalin czer atau secara normal?
Prosedur ini merupakan alternatif yang cukup popular bagi para ibu yang tidak dapat bersalin secara normal.
Sebelum anda membuat keputusan, anda perlulah fahami prosedur, faktor serta risiko bagi pembedahan ini.
Maksud Bersalin Czer Kelahiran secara pembedahan Caesar atau C-section ini merupakan satu prosedur yang memerlukan doktor untuk membuat incision (potongan) bermula bahagian abdomen sehingga ke rahim ibu untuk mengeluarkan kandungan.
Doktor biasanya akan memilih prosedur ini sekiranya ia dilihat lebih selamat untuk bayi dan ibu.
Dalam kebanyakan masa, pembedahan Caesar akan dilakukan secara potongan melintang (horizontal), namun terdapat juga prosedur yang melibatkan pemotongan secara menegak (vertical).
Kenapa Doktor Memilih C-Section Pada Ibu? Ada kalanya, terdapat para ibu yang berharap mereka boleh bersalin normal. Namun, sesetengah keadaan atau komplikasi ketika bersalin mungkin memerlukan doktor untuk menjalankan C-Section.
Antara kondisi yang memerlukan para ibu untuk jalani pembedahan Caesar adalah :
Degupan jantung bayi tidak normal Kedudukan kandungan songsang Saiz bayi yang besar membuatkan sukar untuk bersalin normal Masalah plasenta seperti placenta previa Bayi kembar Ibu mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes, darah tinggi, jangkitan HIV keradangan herpes. Pembedahan Caesar daripada kelahiran sebelum ini. Prosedur C-Section Prosedur mungkin berbeza bergantung kepada keadaan pesakit serta keputusan doktor.
Dalam kebanyakan kes, ibu akan sedar ketika menjalani pembedahan. Hanya sesetengah kes yang memerlukan ibu untuk dibius penuh (general anesthesia).
Kebanyakan prosedur juga dijalankan menerusi bius setempat seperti bius epidural atau tunjang.
Dalam keadaan ini, para ibu tidak akan merasakan apa-apa bermula dari pinggang ke bawah.
Namun, ibu akan berada dalam keadaan sedar dan boleh mendengar tangisan bayi sebaik sahaja ia dilahirkan.  
Sumber : statnews.com Secara ringkasnya, prosedur C-section adalah seperti berikut :
Pakar bius akan memberikan bius sambil memantau tekanan darah, pernafasan dan paras oksigen dalam darah. Setelah kesan bius bermula, doktor akan memotong pada bahagian atas tulang pelvis secara menegak atau melintang. Potongan yang lebih dalam akan dilakukan sehinggalah ke dinding uterus. Doktor seterusnya akan memecahkan kantung ketuban dan akan mengeluarkan bayi menerusi potongan yang telah dilakukan. Ketika ini, anda mungkin akan merasakan sedikit tekanan atau sensasi tarikan. Tali pusat akan dipotong. Kemudian, doktor akan memasukkan ubat ke dalam IV untuk membantu rahim anda mengecut dan mengeluarkan uri. Setelah uri dikeluarkan, doktor akan memeriksa rahim sekiranya terdapat uri yang masih tinggal atau sebarang koyakan pada kawasan rahim. Seterusnya, doktor akan menjahit dinding rahim, otot, lapisan tisu dan kulit yang terbuka tadi. Akhir sekali, doktor akan meletakkan pembalut luka pada kawasan C-section. Risiko Bersalin Czer Bagi para ibu yang bakal hadapi pembedahan Caesar, mereka juga perlu ambil maklum akan risiko yang boleh dihadapi antaranya :
Tindakbalas terhadap ubat yang digunakan ketika pembedahan Pendarahan Pemisahan plasenta yang tidak normal, khususnya bagi wanita yang sudah menjalani pembedahan Caesar sebelum ini. Kecederaan pada pundi kencing Jangkitan pada rahim atau bahagian yang luka Masalah untuk membuang air kencing atau jangkitan salur kencing Gangguan sistem pencernaan Darah beku Bolehkah Ibu Bersalin Czer Bersalin Secara Normal Untuk Kandungan Seterusnya? Perkara ini pasti sering bermain di fikiran para ibu ketika menanti hari kelahiran bayi.
Setelah 1 pembedahan Caesar, 3 daripada 4 wanita didapati boleh bersalin secara normal.
Namun, untuk menentukan perkara ini, ibu perlulah berbincang dengan doktor bagi mengenalpasti cara yang terbaik.
Ini adalah disebabkan kedua-duanya ada kebaikan dan keburukan bergantung kepada keadaan ibu.
Sumber : Medical Mythbusters Malaysia Bagi menentukan pilihan yang paling selamat, doktor memerlukan semua maklumat di bawah :
Kenapa pembedahan Caesar dilakukan sebelum ini? Pernahkah ibu bersalin secara normal selepas melakukan pembedahan Caesar? Adakah ibu alami sebarang komplikasi ketika pembedahan Caesar sebelum ini? Adakah ibu alami sebarang masalah ketika berpantang sebelum ini? Apakah jenis potongan yang dilakukan pada rahim? Adakah kandungan sekarang mengalami sebarang masalah? Apakah pendapat ibu mengenai kelahiran sebelum ini? Berapa banyakkah anak yang ibu mahukan? (Risiko meningkat dengan setiap kali pembedahan. Bagi ibu yang mahukan banyak anak, mereka perlu elakkan pembedahan Caesar sekiranya boleh) Antara faktor yang meninggikan kejayaan bersalin normal untuk para ibu yang pernah melakukan pembedahan Caesar adalah :
Pernah melahirkan secara normal sebelum atau selepas pembedahan (9 daripada 10 orang) Sakit bersalin hadir secara semulajadi BMI ibu adalah kurang daripada 30 Ibu yang bersalin secara normal selepas 1 pembedahan Caesar juga boleh dapatkan kelebihan seperti berikut :
Kemungkinan untuk berlaku komplikasi atau risiko pembedahan lebih rendah Peratusan kejayaan untuk bersalin normal untuk kehamilan seterusnya adalah tinggi Pemulihan luka pembedahan lebih cepat, para ibu boleh kembali ke aktiviti harian lebih mudah Mudah untuk mulakan penyusuan bayi Sementara itu, keburukan bagi ibu bersalin normal selepas melakukan 1 pembedahan Caesar adalah :
Masih terdapat kebarangkalian untuk lakukan emergency Czer ketika cuba bersalin normal (25 dalam 100 wanita). Ini bagi mengurangkan risiko berbanding bersalin normal. Rahim pecah (1 dalam 200 wanita). Risiko meningkat 2 hingga 3 kali ganda sekiranya ibu kena induce. Sekiranya terdapat tanda rahim akan pecah, pembedahan Caesar akan dilakukan segera. Kemungkinan koyakan bersalin yang teruk boleh terjadi. Para ibu tidak dinasihatkan untuk bersalin normal selepas melakukan pembedahan Caesar jika :
Pernah melakukan 2 atau lebih pembedahan Caesaran Rahim pernah pecah untuk kehamilan sebelumnya pembedahan Caesar sebelum ini melibatkan pemotongan di bahagian atas rahim. Kehamilan sekarang mempunyai masalah dan tidak sesuai untuk bersalin secara normal. Risiko untuk bersalin secara Caesar sekali lagi pula adalah :
Sukar untuk dilakukan, mungkin mengambil masa lebih masa berbanding pembedahan Caesar sebelum ini. Jangkitan kuman Mudah kena darah beku di kaki dan pulmonary embolism Mengambil masa yang lebih lama untuk pulih, para ibu mungkin perlukan bantuan tambahan di rumah. Setelah melakukan 2 kali pembedahan Caesar, doktor biasanya akan menasihatkan untuk pembedahan Caesar bagi kehamilan seterusnya.
Namun, lebih banyak pembedahan Caesar dilakukan, lebih tinggi risiko uri melekat masuk dalam rahim (placenta accreta).
Ini boleh mengakibatkan pendarahan yang serius dan terdapat risiko untuk buang rahim.
Sumber : Nabta Health Pembedahan Czer mungkin kedengaran agak menggerunkan, namun ia adalah kemestian terutamanya bagi kes kecemasan.
Para ibu biasanya akan diberikan kaunseling mengenai pembedahan Caesar ketika kandungan berusia 34 hingga 36 minggu.
Ketika itu, ibu boleh berbincang dan buat keputusan terbaik dengan doktor mengikut keadaan bayi serta tahap kesihatan ibu.
Sumber : Facebook Medical Mythbusters Malaysia, Johns Hopkins Medicine
Baca Juga : Bukaan Bersalin : Fasa 3cm, 8cm, 10cm dan Petua Yang Bakal Ibu Wajib Tahu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/bersalin-czer/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bersalin-czer

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tip Berpantang Bersalin Czer Mona Allen Minta Warga Maya Kongsi Pengalaman

Tip Berpantang Bersalin Czer Mona Allen Minta Warga Maya Kongsi Pengalaman

papar berkaitan - pada 12/6/2024 - jumlah : 154 hits
Tip berpantang bersalin czer Mona Allen minta warga maya kongsi pengalaman selamat anak keduanya pada 4 Jun yang lalu Seperti ibu ibu lain yang bersalin sudah tentulah akan melalui tempoh Begitu juga dengan Mona Allen dia juga turut melakuk...
Ibu Pinjaman

Ibu Pinjaman

papar berkaitan - pada 14/6/2024 - jumlah : 186 hits
Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha Dream At Work Sdn Bhd membawakan telefilem khas berjudul Ibu Pinjaman yang ditayangkan pada 17 Jun ini jam 10 pagi di saluran Astro RIA dan Astro Oasis dan ulangan pada jam 11 malam pada hari yang sam...
Hiburan Hati Yang Tenang Itu Sangat Mahal Harganya Ibu Aliff Aziz Buat Kemunculan Semula Di Ig Panjat Rasa Syukur

Hiburan Hati Yang Tenang Itu Sangat Mahal Harganya Ibu Aliff Aziz Buat Kemunculan Semula Di Ig Panjat Rasa Syukur

papar berkaitan - pada 14/6/2024 - jumlah : 240 hits
Ibu kepada pelakon sensasi Aliff Aziz Siti Hafiza Basharahil dilaporkan membuat kemunculan semula apabila dia ada mengemaskini Instagram yang sebelum ini dinyahaktif Ibu Aliff Aziz kemaskini Instagram Dalam hantaran itu dilihat memanjatkan ...
Kasus Ibu Lecehkan Anak Di Tangsel Polisi Tidak Temukan Gangguan Psikologis

Kasus Ibu Lecehkan Anak Di Tangsel Polisi Tidak Temukan Gangguan Psikologis

papar berkaitan - pada 15/6/2024 - jumlah : 201 hits
Penyidik akan segera melakukan tahapan selanjutnya yakni melengkapi berkas perkara
Penyebar Video Ibu Lecehkan Balita Masih Bebas Berkeliaran

Penyebar Video Ibu Lecehkan Balita Masih Bebas Berkeliaran

papar berkaitan - pada 15/6/2024 - jumlah : 108 hits
Polisi menegaskan pengusutan kasus video vulgar yang melibatkan wanita muda bersama anak kandung masih berjalan
Zahirah Macwilson Kongsi Resipi Pantang Air Tangan Ibu Semua Sedap Menu Hotel 5 Star

Zahirah Macwilson Kongsi Resipi Pantang Air Tangan Ibu Semua Sedap Menu Hotel 5 Star

papar berkaitan - pada 14/6/2024 - jumlah : 174 hits
Pelakon Zahirah Macwilson yang kini sedang berpantang selepas melahirkan anak keduanya membuatkan ramai yang teruja bila mana berkongsi menu pantangnya yang cukup menyelerakan Zahirah yang kini berada di Perth Australia dijaga dengan baik o...
Ibu Bapa Zayn Rayyan Didakwa Hari Ini Peguam

Ibu Bapa Zayn Rayyan Didakwa Hari Ini Peguam

papar berkaitan - pada 13/6/2024 - jumlah : 304 hits
PETALING JAYA 13 Jun Ibu dan bapa kepada kanak kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemukan maut akibat dibunuh akan didakwa di Mahkamah Petaling Jaya hari ini Perkara itu disahkan oleh peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili bapa kan...
Ibu Bapa Zayn Rayyan Dituduh Abaikan Anak

Ibu Bapa Zayn Rayyan Dituduh Abaikan Anak

papar berkaitan - pada 13/6/2024 - jumlah : 231 hits
Ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan mengabaikan kanak kanak autisme itu dengan cara yang boleh menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal pada Disember tahun lalu Zaim Ikhwan Zahari dan...
Vitamin Atau Suplemen Ibu Hamil Perlu Ke Ambil

Vitamin Atau Suplemen Ibu Hamil Perlu Ke Ambil

papar berkaitan - pada 13/6/2024 - jumlah : 116 hits
Perlukah ibu hamil mengambil sebarang vitamin ataupun suplemen kesihatan sepanjang kehamilan Adakah bakal ibu masih tercari cari apakah vitamin atau suplemen kesihatan yang sesuai semasa kehamilan Diet yang seimbang adalah cara terbaik bagi...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa