Bina Komuniti China Malaysia Maksud Tersirat Dap


 
Perdana Menteri China, Li Qiang (kiri) beramah mesra bersama Menteri Pengangkutan Anthony Loke selaku Menteri Pengiring sejurus tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sempena lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia bermula hari ini. -BERNAMA
1. Binakomuniti China-Malaysia, ke mana arah?
China sedia kerjasama dengan Malaysia untuk bina komuniti China-Malaysia - Li Qiang. KUALA LUMPUR: China sedia bekerjasama dengan Malaysia, menjadikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik sebagai titik permulaan baharu, untuk menyelaraskan strategi pembangunan, mempereratkan kerjasama yang saling mendatangkan manfaat dan meningkatkan pertukaran serta pembelajaran bersama antara tamadun.
Perdana Menteri China, Li Qiang yang sedang dalam lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia, berkata China juga bersedia mempromosikan pembinaan komuniti China-Malaysia yang berkongsi masa depan dan memberikan sumbangan lebih besar kepada keamanan, kestabilan, pembangunan, dan kemakmuran rantau ini serta dunia secara keseluruhan.
"Pada masa ini, China sedang memajukan pemodenan warga China secara menyeluruh melalui pembangunan berkualiti tinggi. Malaysia, di pihaknya, mempromosikan pembangunan negara di bawah visi Malaysia MADANI. China bersedia bekerjasama dengan Malaysia...," katanya dalam kenyataan ketibaan yang disediakan kepada BERNAMA selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Selasa.
Ini lawatan pertama Li ke negara ini sejak memegang jawatan itu pada Mac tahun lalu.
Lawatannya berbetulan dengan ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik di antara Malaysia dan China, selepas penandatanganan Kenyataan Bersama antara Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan Perdana Menteri China ketika itu Chou En Lai pada 31 Mei 1974.
Menurut Li, sepanjang 50 tahun sejak penubuhan hubungan diplomatik, hubungan China-Malaysia telah mengekalkan momentum pertumbuhan yang baik.
"Kami telah mengukuhkan kepercayaan strategik bersama, memperhebatkan pertukaran antara rakyat, dan mencapai hasil yang memberangsangkan dalam kerjasama Jalur dan Laluan yang berkualiti tinggi.
"Malaysia adalah ekonomi memuncul yang utama di Asia, ahli utama ASEAN, dan mempunyai peranan penting untuk kemakmuran serta kestabilan serantau," kata Li.
Perdana Menteri itu berkata pertumbuhan hubungan China-Malaysia telah membawa manfaat nyata kepada rakyat kedua-dua negara, dan memberikan sumbangan positif kepada keamanan dan pembangunan di rantau ini.
Li berkata, beliau berbesar hati untuk melakukan lawatan rasmi ke Malaysia atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia.
"Bagi pihak kerajaan dan rakyat China, saya ingin menyampaikan salam mesra dan ucap selamat kepada kerajaan dan rakyat Malaysia," katanya.
Beliau berkata, pada tahun lalu, Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Anwar mencapai persefahaman penting mengenai pembinaan komuniti China-Malaysia yang berkongsi masa depan, membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala.
Dalam lawatan rasminya kali ini, beliau "menantikan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan bertemu Perdana Menteri Anwar untuk perbincangan mendalam mengenai pembinaan komuniti berkongsi masa depan China-Malaysia dan mempereratkan kerjasama strategik menyeluruh kami."
"Saya juga akan menghadiri sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia dan Tahun Persahabatan China-Malaysia," katanya.– BERNAMA


2. Kontrak sosial:Apa maksud tersirat Menteri DAP?Datuk Razali IdrusKUALA TERENGGANU: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris mempersoal maksud tersirat kenyataan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berhubung isu kontrak sosial.
Menurut Razali, Steven Sim perlu berhati-hati apabila membicarakan atau menutur kata hal-hal berkaitan kontrak sosial walaupun berucap di pentas dunia kerana boleh mengundang polemik.
Tambah beliau, tanggungjawab dalam menjayakan agenda kontrak sosial perlu dipenuhi oleh semua lapisan rakyat Malaysia.
“Sayugia diingatkan kontrak sosial punya agenda yang jelas dalam membentuk kebersamaan seluruh rakyat Malaysia dengan mengambil kira kepentingan semua.
“Soalnya sekarang adakah pemimpin DAP masih degil untuk memahami atau tidak patuh beberapa peruntukan afirmatif di bawah Perlembagaan Persekutuan yang akibatnya gagal memahami kontrak sosial dan selalu mencari jalan yang menang untuk mereka?,”soalnya menerusi satu hantaran di laman sosial.
Terdahulu, Steven Sim turut memaklumkan bahawa beliau juga telah mempromosikan konsep Malaysia Madani yang mengambil ibrah daripada pembentukan negara Madinah yang mengutamakan keadilan, kemakmuran bersama serta perpaduan.
Steven Sim telah menyinggung kontrak sosial dunia sekarang yang hanya menguntungkan negara-negara kuasa besar dunia dan merugikan negara-negara kecil yang lain.
Menulis dalam akaun X miliknya, beliau berkata, isu mengenai kontrak sosial dunia yang hanya menguntungkan negara-negara kuasa besar dunia itu telah disentuh dalam ucapannya pada sesi plenari Persidangan Buruh Antarabangsa ke-112 yang berlangsung di Geneva, Switzerland pada Rabu lalu.
Razali berkata, pemimpin DAP kena faham adil dan sama rata adalah dua perkara berbeza yang sering kali disalahertikan.
“Lebih menghairan, Menteri DAP ini menjadikan contoh konsep Malaysia Madani daripada pembentukan negara Madinah yang mengutamakan keadilan, kemakmuran serta perpaduan.
“Inilah masalah apabila terkena penyakit berjangkit PMX, Menteri Kabinetnya pun terikut sama apa yang adil dan perpaduan kalau dilihat contoh politik diskriminasi kepada negeri seperti Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak?” katanya.
Beliau turut mengingatkan Steven Sim agar usah menyatakan perkara besar-besar di pentas dunia sedangkan dalam negara sendiri tidak dipraktiskan.
“Sekali lagi diingatkan, negara yang diberkati ini dipasakkan atas semangat muhibah, ditepiskan keegoaan dan penguasaan mutlak kaum majoritinya kerana sifat tolenrasi yang tinggi,” katanya.
“Secara arfiahnya, waima sebuah negara Melayu yang didirikan atas nilai ketatanegaraan Melayu, namun pengoperasiannya dijadikan sebagai negara sepunya untuk semua kaum yang sudi menerima kontrak sosial yang dipersetujui secara konsensus,” katanya. – HARAKAHDAILY 18/6/2024
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hari ini, China dan Malaysia menyambut ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik. 
Sepanjang lima dekad itu, kedua-dua negara bersahabat mengekalkan amalan jujur dan terbuka, saling percaya dan membantu, menunjukkan contoh baik kepada masyarakat antarabangsa dalam mengendalikan hubungan dua hala, pada penghujung musim bunga 1974, di mana bendera China dan Malaysia berkibar di sepanjang jalan utama di Beijing. 
Slogan besar bertulis 'Persahabatan China-Malaysia kekal abadi!' digantung di bangunan tinggi bandar itu. Pemimpin China, Mao Zedong dan Perdana Menterinya, Zhou Enlai bertemu dengan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdul Razak Hussein yang melawat Beijing.
Al-hamdulillah, berlanjutan hingga kini. Tapi perlukah berhati-hati melihat bagaimana perkembangaan selanjutnya?

Sekian.
Lihat juga, Nasyid HAMAS: Takut nak dengar? Ini..





MixNow playingPLAY ALLMix - اجمل انشودة على الاطلاق فرقة الوعدKhaled Alhallak and moreKhaled Alhallak and moreMixNow playingMix - Best Palestine NasheedMuhannad Khalaf, Maher Halabi, Muhammad Al Muqit, and more



FILM INI DIBENCI ISRAEL DAN BARAT !! SILA TONTON SEBELUM DIHAPUS OLEH NETFLIX !!  



Posted by Ibnu Hasyim at Tuesday, June 11, 2024 No comments:   Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

'Nasyid HAMAS: Takut nak dengar? Ini..'


'Nasyid HAMAS

MixNow playingPLAY ALLMix - اجمل انشودة على الاطلاق فرقة الوعدKhaled Alhallak and moreKhaled Alhallak and1:00:52Now playingQunut Nazilah Buat Palestin #freepalestineQalamul Quran







 moreMixNow playingMix - Best Palestine NasheedMuhannad Khalaf, Maher Halabi, Muhammad Al Muqit, and more1:00:52Now playingQunut Nazilah Senjata Terkuat Buat Palestin #freepalestineQalamul Quran










FILM INI DIBENCI ISRAEL DAN BARAT !! SILA TONTON SEBELUM DIHAPUS NETFLIX.. !!  



....

ngimbas kembali peristiwa penting dalam hubungan diplomatik antara kedua-dua negara, iaitu penghujung musim bunga 1974, bendera China dan Malaysia berkibar di sepanjang jalan utama di Beijing.-ADVERTISEMENT-Pertukaran budaya dan tamadun antara China dengan Malaysia terukir dalam lembaran sejarah manusia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/06/bina-komuniti-china-malaysia-maksut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Chinese In Malaysia Proud Of China S Rise Yet Fiercely Malaysian

Chinese In Malaysia Proud Of China S Rise Yet Fiercely Malaysian

papar berkaitan - pada 13/6/2024 - jumlah : 226 hits
Malaysian Chinese have forged a distinct localised cultural identity enriched with unique Malaysian characteristics Peter T C Chang Fulcrum Chinese Malaysians are proud of China s rise as a great power But they have also forged a separate c...
Hubungan Dengan China Jamin Kepentingan Jangka Panjang Malaysia

Hubungan Dengan China Jamin Kepentingan Jangka Panjang Malaysia

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 309 hits
PETALING JAYA Pengukuhan hubungan bilateral dengan China bukan hanya untuk meraih keuntungan jangka pendek sebaliknya bagi menjamin kepentingan jangka panjang kepada negara dan rakyat Malaysia kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim B...
China S Premier Li Qiang Arrives In Malaysia For 3 Day Official Visit

China S Premier Li Qiang Arrives In Malaysia For 3 Day Official Visit

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 228 hits
The Air China aircraft carrying Chinese premier Li Qiang and his delegation touched down at the KLIA Bunga Raya Complex at 8 44pm SEPANG China s premier Li Qiang arrived in Malaysia today to begin his three day official visit marking his fi...
Malaysia China Agree To Resolve South China Sea Disputes Peacefully

Malaysia China Agree To Resolve South China Sea Disputes Peacefully

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 146 hits
Malaysia and China have agreed to resolve disputes in the South China Sea by peaceful means These include friendly consultations and negotiations in accordance with the universally recognised principles of international law including the 19...
Exim Bank Icbc Malaysia Meterai Mou Galak Guna Yuan China

Exim Bank Icbc Malaysia Meterai Mou Galak Guna Yuan China

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 198 hits
MoU dimeterai Exim Bank Malaysia dan ICBC Malaysia perlihat langkah lebih besar dalam meningkatkan kerjasama kewangan antara Malaysia dan China KUALA LUMPUR Export Import Bank of Malaysia Bhd dan Industrial and Commercial Bank of China Bhd ...
Ocs Maksud Serta Jawatan Lain Dalam Polis Diraja Malaysia

Ocs Maksud Serta Jawatan Lain Dalam Polis Diraja Malaysia

papar berkaitan - pada 15/6/2024 - jumlah : 173 hits
Dalam Polis Di Raja Malaysia terdapat pelbagai pangkat atau jawatan yang telah diwujudkan Oleh sebab itu mungkin ada yang tertanya tanya tentang maksud OCS serta jawatan lain dalam PDRM Setiap satu daripadanya pula mempunyai tanggungjawab a...
Cuba Seludup Anak Kucing Warga Malaysia Ditahan Di Singapura

Cuba Seludup Anak Kucing Warga Malaysia Ditahan Di Singapura

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 138 hits
BHarianonlineSINGAPURA Seorang lelaki warganegara Malaysia ditahan setelah pihak berkuasa menemui enam ekor anak kucing disembunyikan di dalam papan pemuka keretanya di Pusat Pemeriksaan Woodlands Law Wei Bin 28 dihadapkan ke mahkamah pada ...
Apple Perkenal Visionos 2 Vision Pro Belum Sedia Ditawar Di Malaysia

Apple Perkenal Visionos 2 Vision Pro Belum Sedia Ditawar Di Malaysia

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 219 hits
Apple di WWDC 2024 hari ini memaklumkan sehingga kini terdapat lebih daripada 2 000 aplikasi yang dibangunkan khas untuk peranti Apple Vision Pro Hari ini Apple mengumumkan sistem operasi baharu yang dinaik taraf untuk peranti itu dengan Vi...
Umat Islam Di Malaysia Sambut Hari Raya Aidiladha 17 Jun

Umat Islam Di Malaysia Sambut Hari Raya Aidiladha 17 Jun

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 252 hits
Oleh Syeikh Baran Mohd Aseral ketika mengumumkan sambutan Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada 17 Jun ini Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha 1445H 2024M pada Isnin iaitu 17 Jun depan Pengumuman itu dibuat oleh Penolong...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias