Benda Paling Saya Takut Sudah Terjadi Bapa Saudara Muaz Meninggal Covid 19
Semalam Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan berita empat lagi kematian di Malaysia akibat virus Covid- 19, menjadikan jumlah kematian setakat ini adalah 8 orang.
Foto: Instagram Muaz Muhamed
Berita tersebut dikongsikan di Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, @KKMPutrajaya.
Semalam agak mengejutkan apabila penyampai radio Muaz Muhamed yang merupakan penyampai radio KoolFm memberitahu bahawa bapa saudaranya meninggal dunia petang tadi akibat Covid1 19.
"Benda yang saya paling takut, terjadi jugak, Pak Uda saya, iaitu Idris b Atan, telah pergi selamanya. Kami sekeluarga masih terkejut dengan apa yang berlaku, begitu cepat virus covid ini merebak. Moga mak uda, kak long, kak ngah @syahirahidris dan lokman kuat dalam menghadapi dugaan yang getir ini.
Foto: Instagram Muaz Muhamed
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman," kongsi Muaz di Instagram miliknya.
Foto: Instagram Muaz Muhamed
Perkara tersebut juga dikongsikan oleh anak perempuan mangsa di twitter:
Perkara yang sama turut dikongsi oleh anak perempuan Allahyarham Idris iaitu Syahira Idris di akaun Twitter miliknya.
"Assalammualaikum semua.
"Dengan berat hati, ayah saya Idris Bin Atan telahpun meninggal dunia. Doakan jenazah ayah dicucuri rahmat. Doktor kata ayah pergi dalam keadaan tenang sangat.
"Terima kasih yang mendoakan ayah selama ni. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa kalian.
"Seperti yang dimaklumkan, kami tidak dapat menguruskan jenazah ayah. Saya dan kakak tidak dibenarkan keluar hospital. Hanya doa di kejauhan. Adik akan berada di Bahagian Forensik Hospital.
"Lega bila tahu ayah pergi dalam keadaan yang tenang sangat. Alhamdulillah Ya Allah," tulis Syahira di akaun Twitternya.
Semoga perkara ini menjadi pengajaran buat seluruh rakyat Malaysia, jangan sesekali mengambil enteng covid-19. Jangan sampai keluarga kita sendiri yang terkena baru mahu sedar dan mengambil serius.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://oiimalaysia.blogspot.com/2020/03/benda-paling-saya-takut-sudah-terjadi.html