Benarkahtengku Zafrul Ke Qatar Tengok Piala Dunia
SHAH ALAM - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Zafrul Aziz menafikan dakwaan beliau berangkat ke Qatar bagi menonton perlawanan Piala Dunia 2022.
Tengku Zafrul dalam media sosial TikTok berkata, beliau tidak ke Qatar sebaliknya berada di Abu Dhabi bagi program pemeteraian kerjasama antara Petronas dan Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC).
Menurut beliau, keberangkatannya ke Abu Dhabi telah mendapat kelulusan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kononnya saya ponteng mesyuarat sebab nak tengok Piala Dunia 2022. Perlawanan bola itu bukan di Abu Dhabi, saya ke sana atas urusan rasmi.
"Mesyuarat Parlimen bukan seperti ponteng kelas, rasa tidak mahu pergi tidak payah pergi. Mana-mana menteri yang ke luar negara perlu kelulusan Perdana Menteri," katanya dalam satu video di media sosial.
Tengku Zafrul didakwa tidak hadir Mesyuarat Kabinet Pertama Kerajaan Perpaduan kerana berangkat ke Qatar bagi menonton perlawanan Piala Dunia 2022.
Dalam perkembangan lain, Zafrul memberitahu, perjanjian bersejarah dan terbesar bagi sektor minyak dan gas (O&G) itu melibatkan pelaburan negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Malaysia sehingga tempoh 30 tahun.
"Kerjasama ini bakal menyaksikan dua syarikat meneroka dan menilai Unconventional Onshore Block 1 yang meliputi kawasan konsesi 2,000 kilometer persegi di wilayah Al Dhafra.
"Kita amat bangga dengan percapaian Petronas di peringkat antarabangsa. Perjanjian ini akan mempelbagaikan sumber pendapatan syarikat itu sekali gus memberi kesan positif kepda ekonomi negara," jelasnya.
Ia disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Presiden UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan.
Tengku Zafrul turut menjelaskan taklimat secara terperinci mengenai perjanjian itu yang akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu.
"Sebelum saya pulang, saya sempat melawat Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di sana. Untuk pengetahuan semua, Matrade sedang menyertai expo terbesar bagi sektor perdagangan dan bahan binaan di Dubai.
"Sebanyak 12 syarikat dari Malaysia turut menyertai expo itu dan saya yakin dengan kepakaran yang ada akan membolehkan mereka raih projek dan kontrak di UEA," ujarnya lapor Sinar
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/12/benarkahtengku-zafrul-ke-qatar-tengok.html