Benarkah Wanita Tua Tidak Diwajibkan Memakai Tudung



Salah Faham

Terdapat sesetengah pihak yang mendakwa bahawa perempuan yang sudah tua tidak perlu memakai tudung yang menutupi rambut dan kepalanya. Adakah benar dakwaan ini?

Pencerahan

Aurat adalah angggota badan yang tidak boleh dinampakkan dan diperlihatkan oleh lelaki atau perempuan kepada orang lain. [Rujuk al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (31/44)]

Wanita Muslimah diwajibkan untuk menutup aurat mereka sepertimana yang telah disepakati oleh para ulama’ berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan as-Sunnah, di antaranya ialah:

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ
“Dan hendaklah mereka menutupkan kain yang dipakai untuk menutup kepala (tudung) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak suruhan yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.” [Surah an-Nur: 31]

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ
“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman bahawa hendaklah mereka melabuhkan jilbab (pakaian yang dipakai di atas baju dan tudung) mereka ke seluruh tubuh mereka, Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, maka mereka tidak akan diganggu.” [Surah al-Ahzab: 59]

Nabi SAW telah bersabda:

المرأةُ عورةٌ وإنَّها إذا خرَجتْ استشرَفها الشَّيطانُ
“Wanita itu adalah aurat, jika ia keluar rumah, maka syaitan akan menghiasinya.” [Riwayat ibn Hibban (5598), Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan perawi-perawi hadith ini thiqah (dipercayai)]

Sebelum menjawab persoalan ini, kita harus meneliti beberapa istilah pakaian wanita dari segi bahasa dan syarak agar kita lebih memahami maksud sebenar disebalik ayat al-Quran yang diturunkan mengenai masalah ini.

1. Al-Khimar (الخِمَار)

Imam Ibnu Kathir Rahimahullah mengatakan bahawa al-khimar bermaksud apa-apa yang dipakai untuk menutup kepala. Ia membawa makna yang sama sepertimana takrifan al-khimar dari sudut bahasa, iaitu kain yang dipakai oleh wanita untuk menutupi kepalanya. [Rujuk Tafsir al-Qur’an al-‘Azim (6/46), Lisan al-‘Arab (4/254)]

Dalam masyarakat kita, al-Khimar dikenali sebagai tudung yang mana dipakai oleh para wanita untuk menutup rambut dan kepala mereka tanpa mengira apa jua jenisnya.

2. Al-Jilbab (الجِلْبَاب )

Al-Jilbab dari segi bahasa bermaksud baju dan pakaian lebar yang dipakai oleh wanita yang terdapat di bawahnya kain atau apa-apa yang dipakai untuk menutupi pakaiannya dari atas. [Rujuk al-Qamus al-Muhit (hlm.68)]

Imam Ibnu Kathir Rahimahullah telah berkata, “Al-Jilbab adalah ar-rida’ (kain atau pakaian lebar) yang dipakai di atas al-khimar (tudung). Inilah yang dikatakan oleh Ibnu Mas’ud RA, ‘Ubaidah, Qatadah, al-Hasan al-Basri, Said bin Jubair, Ibrahim an-Nakha’i, Atha’ al-Khurasani dan selain daripada mereka”. [Rujuk Tafsir al-Qur’an al-‘Azim (6/481)]

Asas kepada perbincangan dalam masalah ini adalah berdasarkan firman Allah SWT:

وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَاءِ اللَّاتِي لَا يَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَنْ يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ ۖ وَأَنْ يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَهُنَّ ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
“Dan mana-mana wanita tua yang duduk (terhenti dari datangnya haid dan tidak lagi mengandung), yang tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin (lagi), maka tidak ada dosa bagi mereka untuk menanggalkan pakaian mereka, dengan tidak bertujuan untuk mendedahkan perhiasan mereka; dan perbuatan mereka dengan menjaga kehormatan (dengan tidak menanggalkan pakaian luar mereka) adalah lebih baik bagi mereka; dan Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” [Surah an-Nur: 60]

Makna al-Qawa’id (الْقَوَاعِد)

Al-Qawa’id (الْقَوَاعِد) berasal daripada perkataan al-qa’id (القاعد) yang membawa maksud orang yang duduk. Ibn Qutaibah Rahimahullah telah berkata: “Dinamakan wanita yang sudah tua sebagai orang yang duduk adalah kerana mereka banyak duduk di rumah pada usia tersebut”. [Rujuk Tafsir al-Baghawi (3/429)]

Para ulama berbeza pendapat mengenai makna sebenar al-Qawa’id (الْقَوَاعِد) dalam ayat ke-60 surah an-Nur kepada tiga pendapat:

• Wanita tua yang sudah tidak mampu melakukan banyak perkara kerana umurnya yang telah lanjut serta sudah terhenti haid dan tidak mampu untuk mengandung lagi. Ini adalah pendapat sebahagian besar ahli ilmu termasuklah Sa’id bin Jubair, Qatadah dan ad-Dhahhak

• Wanita tua yang tidak menyebabkan orang berminat kepadanya jika melihatnya disebabkan umurnya yang telah berusia. Jika wanita tersebut masih mempunyai kecantikan yang boleh menaikkan syahwat bagi sesiapa yan melihatnya, maka dia tidak termasuk dalam makna ayat ini.

• Wanita tua yang sudah tidak mampu untuk mengandung lagi.

Imam al-Qurtubi Rahimahullah telah melemahkan pendapat yang ketiga kerana wanita yang sudah tidak mampu mengandung masih lagi berkemungkinan bagi lelaki untuk bersenang-senang dengannya, berbeza dengan wanita tua yang sudah tidak mampu melakukan banyak perkara dan tidak ada keinginan terhadapnya jika melihatnya. [Rujuk al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an (12/309), Ma’alim al-Tanzil fi Tafsir al-Qur’an (3/429), Tafsir al-Qur’an al-‘Azim (6/83)]

Oleh itu, wanita tua yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah merujuk kepada wanita yang sudah tidak mampu melakukan banyak perkara kerana umurnya yang telah lanjut, sudah terhenti haid dan tidak mampu untuk mengandung lagi, serta tiada lagi keinginan terhadapnya jika melihatnya.

Makna Thiyab (ثِيَاب)

Ulama’ berbeza pendapat mengenai makna sebenar perkataan thiyab (ثِيَاب) dalam ayat ke-60 surah an-Nur:

فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَنْ يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ
“Maka tidak ada dosa bagi mereka untuk menanggalkan pakaian mereka.”

Pendapat Pertama: Perkataan thiyab dalam ayat ini membawa maksud al-jilbab (pakaian luar yang dipakai oleh wanita di atas tudung dan pakaian lain). Maka tidak berdosa bagi wanita tua untuk menanggalkan jilbab yang dipakainya. Ini adalah pendapat majoriti ahli tafsir di kalangan para Sahabat dan generasi awal di kalangan ahli tafsir seperti ibn ‘Abbas RA, ibn Mas’ud RA, ibn Umar RA, Mujahid, Sa’id bin Jubair, Muqatil bin Hayyan, Ibrahim an-Nakha’ie, al-Hasan al-Basri, Qatadah, az-Zuhri, al-Auza’ie Rahimahumullah dan selain daripada mereka. Pendapat ini juga dipegang oleh majoriti ahli tafsir yang datang selepasnya seperti Imam ibn Jarir at-Tobari, Imam ibn Kathir, Imam al-Qartubi, Imam al-Baghawi Rahimahumullah. [Rujuk Tafsir al-Qur’an al-‘Azim (6/84), al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an (12/309), Ma’alim al-Tanzil fi Tafsir al-Qur’an (3/429), Jami’ al-Bayan fi Ta’wil al-Qur’an (19/216)]

Pendapat kedua: Perkataan thiyab dalam ayat ini membawa maksud al-khimar (yang dikenali sebagai tudung oleh masyarakat zaman ini) dan al-jilbab (pakaian luar yang dipakai oleh wanita di atas tudung dan pakaian lain). Maka tidak berdosa bagi wanita tua untuk menanggalkan jilbab dan khimar (tudung) yang dipakainya. Ini adalah pendapat ibn Umar RA, ‘Ikrimah, Sulaiman bin Yasar dan Abdurrahman bin Zaid bin Aslam Rahimahumullah. [Rujuk Tafsir al-Qur’an al-‘Azim li ibn Abi Hatim (8/2641), Jami’ al-Bayan fi Ta’wil al-Qur’an (19/217)]




Kesimpulan

Kami berpandangan bahawa pendapat yang kuat dan tepat dalam masalah ini adalah wajib ke atas wanita yang sudah berusia untuk memakai tudung yang menutupi rambut dan kepalanya seperti wanita-wanita lain berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadith Nabi SAW.

Imam an-Nawawi Rahimahullah telah berkata: “Adapun aurat perempuan tua, Imam al-Ghazali menyamakan hukumnya dengan perempuan muda. Ini kerana nafsu syahwat adalah suatu perkara yang tidak dapat ditentukan dan perempuan tua masih lagi boleh dijadikan tempat untuk bersenang-senang dengannya.” Telah berkata al-Qadi ar-Rauyani: “Jika mencapai usia yang selamat daripada fitnah dengan melihat kepadanya, harus untuk melihat wajahnya dan dua tapak tangannya berdasarkan firman Allah dalam surah an-Nur ayat yang ke-60.” [Rujuk Raudhah at-Tolibin (7/24)]

Mengenai ayat ke-60 dalam surah an-Nur, tafsiran yang tepat mengikut pendapat majoriti ulama’ adalah ia ditujukan kepada wanita tua yang sudah tidak mampu melakukan banyak perkara kerana umurnya yang telah lanjut, sudah terhenti haid dan tidak mampu untuk mengandung lagi, serta tiada lagi keinginan terhadapnya jika melihatnya.

Adapun pakaian yang dibenarkan untuk ditanggalkan oleh wanita tua yang memenuhi kriteria-kriteria di atas adalah al-jilbab (pakaian luar yang dipakai oleh wanita di atas tudung dan pakaian lain), bukannya al-khimar (tudung yang dipakai untuk menutup rambut dan kepala) seperti dakwaan sesetengah pihak.

Pendapat yang mengatakan bahawa perempuan tua tidak perlu memakai tudung tertolak berdasarkan beberapa perkara:

• Bercanggah dengan tafsiran majoriti para Sahabat, Tabi’in dan ahli tafsir.

• Bercanggah dengan amalan Sahabiyyat dan wanita-wanita salafussoleh.

• Terdapat riwayat lain daripada ibn ‘Umar RA dan Sulaiman bin Yasar Rahimahullah yang mengatakan bahawa perempuan tua hanya dibenarkan untuk menanggalkan jilbab mereka sahaja seperti yang dinukilkan dalam Tafsir ibn Abi Hatim. Ini bertentangan dengan riwayat mereka berdua yang membenarkan perempuan tua untuk membuka jilbab.

• Keadaan zaman ini yang mana perempuan yang sudah berumur namun masih lagi mampu mengekalkan kecantikan dan nampak seperti lebih muda daripada usianya yang sebenar kerana kecanggihan teknologi dan barangan kosmetik yang digunakan, serta cara pemakaian mereka. Faktor-faktor ini boleh menyebabkan mereka masih mampu menarik perhatian lelaki walaupun sudah berusia.

Kami ingin menasihati kepada semua agar tidak menafsirkan mana-mana ayat al-Quran, hadith Nabi SAW, kata-kata para Sahabat, para ulama’ dan sebagainya dengan sewenang-wenangnya tanpa merujuk kepada ahli yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tersebut. Allah SWT telah berfirman:

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan (tentang sesuatu perkara) jika kamu tidak mengetahui.” [Surah an-Nahl: 43]

Marilah kita mencontohi akhlak para muslimah yang hidup di zaman salaf. Mereka sangat menjaga kehormatan diri walaupun mereka sangat memahami apa yang dimaksudkan di dalam al-Qur’an. Mereka memilih untuk menjaga kesucian mereka dengan cara yang terbaik di saat mereka mempunyai pilihan lain untuk berbuat demikian. Ini sebagaimana kisah Hafsah binti Sirin Rahimahallah yang direkodkan oleh Imam al-Baihaqi Rahimahullah di dalam kitabnya, al-Sunan al-Kubra:

‘Asim al-Ahwal telah berkata: “Kami pernah masuk ke rumah Hafsah binti Sirin (yang telah berusia pada ketika itu), lalu dia segera menutupi dirinya dengan jilbab. Kami pun berkata kepadanya: “Semoga Allah merahmatimu, bukankah Allah SWT telah berfirman (surah an-Nur: 60) “Dan mana-mana wanita tua yang duduk (terhenti dari datangnya haid dan tidak lagi mengandung), yang tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin (lagi), maka tidak ada dosa bagi mereka untuk menanggalkan pakaian (jilbab) mereka, dengan tidak bertujuan untuk mendedahkan perhiasan mereka.” Maka Hafsah pun berkata kepada kami: “Apakah sambungan daripada ayat tersebut?” Lalu kami membaca: “Dan menjaga kesucian diri mereka (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka.” Hafsah pun berkata: “Ia bermakna tetaplah dengan pemakaian jilbab (kerana itu lebih baik).” [al-Sunan al-Kubra (13534)]

Semoga Allah SWT memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya seterusnya memberikan kekuatan kepada kita untuk mengamalkannya. Amiin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/benarkah-wanita-tua-tidak-diwajibkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anina Saadudin Anda Tak Layak Memakai Tudung

Anina Saadudin Anda Tak Layak Memakai Tudung

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 895 hits
Memusnahkan keharmonian agama adalah apa yang dilakukan oleh ekstrim ini AninaSaddudinMaaf Dgn Izin Sya Seorang Beragama Islam Dan Sya Sentiasa Menghormati Walau Apa Sekali Pun Agama Di Dunia Kerna Sesungguhnya Allah Tuhan Yg Satu Amat Meng...
Benarkah Wanita Mempunyai 9 Nafsu Dan Satu Akal

Benarkah Wanita Mempunyai 9 Nafsu Dan Satu Akal

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 515 hits
Benarkah terdapat hadith yang menyatakan wanita mempunyai 9 nafsu dan hanya satu akal Alhamdulillah pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua Selawat dan salam ke atas Nabi SAW...
Hiburan Banyak Mencarut Dan Buka Tudung Netizen Tidak Faham Kenapa Ada Wanita Agungkan Zarina Anjoulie

Hiburan Banyak Mencarut Dan Buka Tudung Netizen Tidak Faham Kenapa Ada Wanita Agungkan Zarina Anjoulie

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 517 hits
Bila sebut sahaja nama pelakon Zarina Anjoulie beliau memang dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara Tidak kisahlah mengenai isu apa sekalipun pelbagai komen yang akan diberikan Sejak kebelakangan ini Zarina rajin juga Live di Instag...
Forum Wanita Buka Tudung K Jaan Diam Seolah Remeh K Wanita Umno

Forum Wanita Buka Tudung K Jaan Diam Seolah Remeh K Wanita Umno

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 572 hits
Ketua Wanita UMNO Datuk Dr Noraini AhmadApa keputusan penganjuran forum wanita buka tudung KUALA LUMPUR 19 April Keputusan kerajaan yang masih berdiam diri berhubung penganjuran forum dan pelancaran buku mengenai Wanita Melayu dan Membuka T...
Ayah Mak Pengsan Sempat Rakam Kelibat Wanita Tua Misteri Sebelum Pengsan

Ayah Mak Pengsan Sempat Rakam Kelibat Wanita Tua Misteri Sebelum Pengsan

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 1397 hits
Ayah Mak pengsan Sempat rakam kelibat wanita tua misteri sebelum pengsanViral di media sosial video yang dirakam seorang wanita yang mendakwa ternampak kelibat wanita tua bertongkat ketika mereka sekeluarga sedang beriadah di sebatang sunga...
Wanita Tua Ini Kelihatan Remaja

Wanita Tua Ini Kelihatan Remaja

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 349 hits
Para wanita Asia memang terkenal dengan kecantikannya Tetapi tahukah anda ada beberapa wanita Asia yang bahkan tetap kelihatan seperti remaja walaupun secara usia telah tergolong tua kerana sudah 60 tahun Di antara wanita yang tetap berwaja...
Forum Bincang Pengalaman Wanita Buka Tudung Disiasat Jais Mujahid

Forum Bincang Pengalaman Wanita Buka Tudung Disiasat Jais Mujahid

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 386 hits
MUJAHID Menteri yakin dan percaya pihak JAIS akan menjalankan siasatan terhadap perkara ini dengan adil dan sebaiknya Gambar failKUALA LUMPUR Program pelancaran buku dan forum mengenai Wanita Muslim dan Tudung yang diadakan di Petaling Jaya...
Ibu 3 Anak Scam Wanita Tua Didakwa Di Mahkamah

Ibu 3 Anak Scam Wanita Tua Didakwa Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 335 hits
Seorang peniaga online didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini kerana memperdaya wanita dengan menyamar sebagai pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Mac lalu nbsp Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Mohd Izzudin Mohd Shu...
Untuk Pertama Kali Tatap Wajah Anak Wanita Koma 4 Bulan Selepas Bersalin Buat Netizen Sebak

Untuk Pertama Kali Tatap Wajah Anak Wanita Koma 4 Bulan Selepas Bersalin Buat Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 459 hits
Untuk Pertama Kali Tatap Wajah Anak Wanita Koma 4 Bulan Selepas Bersalin Buat Netizen Sebak Akibat komplikasi ketika melahirkan anak November lalu Nor Fadilla dilaporkan koma tanpa sempat menyentuh dan mencium bayi lelakinya yang diberi nam...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash