Benarkah Islam Melayu Hanya Mainan Bibir Pas Sahaja



'Sesungguhnya umat Islam itu bersaudara'. Itu lah asas konsep Islam universal yang menyatukan kita baik di waktu aman atau darurat.

Semalam Ketua Perhubungan Umno Terengganu, Dato Seri Ahmad Said, menyatakan Umno serta rakan BN lain tidak menerima apa-apa bantuan langsung dari kerajaan PAS Terengganu dari peruntukan RM10 juta bantuan krisis Covid-19 dari kerajaan Pusat

Perlu diingat Umno-BN bersama PPBM merupakan rakan PAS dalam Perikatan Nasional. Mereka merupakan gabungan yang dikatakan kerajaan Melayu-Islam yang didominasi oleh tiga parti Melayu-Islam itu

Kalau rakan satu angkatan Muafakat Nasional pun tidak dihulurkan bantuan Covid-19, apa pula nasib rakyat biasa yang lain yang di biarkan terpinggir di waktu mereka memerlukan bantuan serta pembelaan menjelang bulan ramadhan ini

Minggu lepas saya telah menyuarakan keluhan rakyat biasa Terengganu yang bukan dari kalangan penyokong PAS yang tidak menerima apa-apa bantuan langsung. 
Kerajaan PAS Terengganu menjawab bahawa mereka telah selesai fasa ketiga pembahagian bantuan. Yang nyata ramai rakyat bukan penyokong PAS belum menerima apa-apa bantuan

Semalam sahihlah dengan pendedahan Ketua Perhubungan Umno Terengganu bahawa bantuan Covid-19 hanya diberi kepada penyokong PAS sahaja

Amatlah mendukacitakan kerajaan Terengganu, yang diterajui parti yang mengakui sebuah parti Islam, mengamalkan diskriminasi pembahagian bantuan rakyat susah dalam negeri yang 97 peratus rakyatnya Islam- Melayu

Sangat memalukan dibandingkan di Pantai Barat beberapa NGO swasta kecil membahagikan bantuan makanan percuma tidak mengira agama dan kaum sementara negeri digelar Kuwait Malaysia, bukan sahaja tidak mengeluarkan wang negeri untuk membantu rakyat umum, tetapi menafikan peruntukan kerajaan pusat yang diperuntukkan khas untuk bantuan Covid-19


Enggan berkongsi kuasa
Pendedahan YB Dato Ahmad Said menunjukkan sikap disriminasi PAS walaupun di kalangan rakan satu angkatan, satu agama dan bangsa dalam PN. 
Tuduhan ini juga disokong oleh seorang lagi mantan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Razif

Ini juga mendedahkan PAS bukan sahaja enggan untuk berkongsi peruntukan bantuan untuk rakyat tetapi juga berkongsi kuasa di peringkat negeri

Walaupun di peringkat pusat PAS memiliki 8 perlantikan menteri dan timbalan menteri, di negeri milik PAS tiada langsung lantikan dari Umno atau PN di dalam exco negeri. 
Sebagai mantan menteri besar negeri, sekurang kurangnya Datuk Ahmad Said dan Datuk Razif tidak ingin berkongsi kuasa. Mereka hanya ingin menerima tetapi enggan memberi atau berkongsi

Semasa kerajaan PH memerintah, kami bukan sahaja memberikan royalti terus kepada Terengganu, tetapi berbagai kementerian kerajaan PH juga menurunkan peruntukan masing-masing kepada negeri

Hari ini, kerajaan PAS negeri tidak memberi langsung bantuan kepada rakyat biasa, selain dari penyokong parti sendiri, dan membiarkan rakyat lain dalam kesusahan di ambang menyambut bulan Ramadan yang mulia ini

Di manakah semangat Islam yang bersaudara, baik di kalangan rakan mereka sendiri dari Perikatan Nasional, atau di kalangan rakyat Islam- Melayu Terengganu lain yang menghadapi kesusahan di negeri Darul Iman ini


Amanat Hadi
Apapun slogan PAS menyatakan di bibir hari ini, sebenarnya pegangan perjuangan PAS masih berada pada amanat tahun 1981 di Banggol Peradong

Amanat YB Haji Hadi Awang di Banggol Peradong masih mencorakkan politik mereka yang hanya percaya yang hanya diri mereka yang betul dan tiada akan boleh wujud kerjasama berkekalan yang bermakna dengan mana mana pihak lain. Inilah yang di alami oleh PN bersama Umno dan PPBM hari ini

Peristiwa bersejarah Banggol Peradong amat mendalam kesannya di mana dalam suatu masyarakat tempatan keluarga diasingkan, suami isteri bertelagah dan komuniti berpecah belah

Walaupun ini kurang di perkatakan hari ini, malangnya budayanya masih wujud di lubuk hati masyarakat tempatan PAS Terengganu terutamanya terhadap Umno

Malangnya semasa masyarakat seluruh dunia hari ini boleh melupakan persengketaan dan perbezaan semasa menghadapi wabak Covid, seperti masyarakat Sunni dan Syiah serta rakyat Islam dan Yahudi yang boleh berdamai, tetapi kerajaan PAS Terengganu sangat menebal sikap pemusuhan mereka

Hanya beberapa hari lagi tinggal sebelum bulan ramadan yang mulia tiba di mana yang susah amat mengharapkan bantuan. Malangnya sikap kerajaan PAS negeri Terengganu Darul Iman, masih meminggirkan sesama Islam dan Melayu sendiri di bulan yang mulia dalam menghadapi krisis global Covid-19

Perlu kita renung makna apa yang ada pada nama 'kerajaan Islam Melayu' yang dilaungkan oleh PAS. Tidak ada taburan rakyat yang lebih ramainya Islam dan Melayu di Malaysia selain dari Terengganu

Di antara empat negeri termiskin, tidak ada taburan rakyat termiskin nelayan serta petani yang lebih ramai di Malaysia selain dari Terengganu

Inikah caranya sebuah kerajaan Islam memimpin negeri begelar Darul Iman di bawah kerajaan Islam Melayu

Di dalam situasi hari ini nampaknya, "Islam-Melayu hanya di bibir, PAS sebenarnya bersendiri di hati"

RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH RAJA AHMAD Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/04/benarkah-islam-melayu-hanya-mainan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warkah Presiden Pas Kpd Gerakan2 Islam Spt Tulisan Blogger2 Umno Sahaja

Warkah Presiden Pas Kpd Gerakan2 Islam Spt Tulisan Blogger2 Umno Sahaja

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 187 hits
Warkah Presiden PAS kpd Gerakan2 Islam Spt Tulisan Blogger2 UMNO Sahaja Tulang Besi membaca warkah Haji Hadi serta terjemahannya dengan teliti Sesiapa yang mahu membacanya boleh merujuk kepada posting original dari FB Friends of Harapan Jor...
Benarkah Kerajaan Ph Hancur Pas Hanya Isi Kekosongan

Benarkah Kerajaan Ph Hancur Pas Hanya Isi Kekosongan

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 297 hits
Selepas surat Presiden Pas Hj Hadi Awang memburuk burukkan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang digambarkan mahu merampas kuasa Tun Mahathir sehingga tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan terbaru timbul pula hujah penyokong Pas yang mewajarkan tin...
Jenazah Islam Pesakit Covid 19 Hanya Dibenar Tayamum Atas Permukaan Beg Jenazah Sahaja

Jenazah Islam Pesakit Covid 19 Hanya Dibenar Tayamum Atas Permukaan Beg Jenazah Sahaja

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 310 hits
Sebarang upacara keagamaan dan pengurusan jenazah hanya dilakukan di atas beg mayat pesakit COVID 19 Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hanya tayammum dibenarkan di atas permukaan beg jenazah pesakit beragama Isl...
Ikan Aneh Hanya Makan Kekacang Sahaja

Ikan Aneh Hanya Makan Kekacang Sahaja

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 238 hits
Seekor ikan aneh bergigi seperti manusia baru baru ini ditemui di sebuah tasik yang terletak di negara bahagian Michigan Ikan yang bernama latin Piaractus brachypomus ini memang jenis Piranha Ikan ini biasanya dikenal dengan nama Pacu Selai...
Dia Beli Lapan Buku Roti Mengapa Dia Hanya Ambil Empat Buku Roti Sahaja 10119

Dia Beli Lapan Buku Roti Mengapa Dia Hanya Ambil Empat Buku Roti Sahaja 10119

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 295 hits
Peringatan Bila dapat jawatan pelaung pelaung ini akan senyap Maka tertinggallah kebanyakan mereka yang jadi penyokong sebelum diguna pakai semula bila tiba waktunya seperti waktu yang sudah sudah Berdamailah dengan takdir Allah dengan meng...
Web Mobile Application Pelantar Pemasaran Digital Kontent Dari Nusantara Melayu Islam

Web Mobile Application Pelantar Pemasaran Digital Kontent Dari Nusantara Melayu Islam

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 221 hits
Alhamdulillah sudah mula boleh digunakan oleh para pencipta pemilik kontent samada muzik audio dan video Saya boleh kata secara unofficial bahawa inilah pentas pemasaran digital kontent pertama di Malaysia dibuat oleh syarikat tempatan iait...
Kerajaan Mungkin Akan Hanya Benarkan Penghantaran E Bazar Melalui E Hailing Sahaja

Kerajaan Mungkin Akan Hanya Benarkan Penghantaran E Bazar Melalui E Hailing Sahaja

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 184 hits
Nampaknya sambutan Ramadhan dan Hari Raya pada tahun 2020 ini akan banyak berbeza dari tahun kebiasaan kita meraikannya Sekarang juga banyak pihak yang masih belum jelas dengan apa yang akan berlaku selepas ini Walaupun pihak kerajaan selar...
Jurujual Jam Pelajar Kolej Ditahan Hina Islam Niat Hanya Untuk Bergurau

Jurujual Jam Pelajar Kolej Ditahan Hina Islam Niat Hanya Untuk Bergurau

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 921 hits
IPOH Polis menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai jurujual jam dan seorang pelajar kolej wanita kerana disyaki terbabit dalam kes mempersendakan agama Islam melalui rakaman video yang tular di media sosial baru baru ini Ketua Polis Dae...
Masa Untuk Pas Perjuangkan Negara Islam

Masa Untuk Pas Perjuangkan Negara Islam

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 197 hits
Oleh Tamrin Tun Ghafar 1 Apabila dikatakan istilah PAS sudah berubah daripada Parti Islam Se Malaysia kepada Parti Amalan Sesat ramai ahli mereka berasa marah 2 Apabila dikatakan mereka ini tak ubah seperti SEEKOR SESUMPAH yang boleh bertuk...
Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating By Malaysia Tourism Quality Assurance

Samsung Knox Vault Ciri Keselamatan Wajib Untuk Semua Pemilik Telefon Pintar

Menjelajah Kediaman Tepi Tasik Bayu Sutera Bercirikan Smart Home Di Seremban

Shell Bakal Jual Stesen Minyak Malaysia Kepada Saudi Aramco Kata Laporan

Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Lelaki Cina Pun Boleh Terpikat Iklan Perfume Dikecam Guna Model Wanita Jadi Umpan Tarik Perhatian Bukan Mahram

Filem Ngesot

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Ciri Rumah Moden Dengan Tema Reka Bentuk Menawan Di Lumira Eka Heights

Disappointed

Bertanya Soalan Yang Betul Sangat Membantu Untuk Anda Berjaya Dalam Perniagaan

Serangan Seksuel Tentera Israel Komen Pas

Ambil Ubat Di Hospital Lagi Mudah Dengan Aplikasi Myubat

Memahami Perbedaan Antara Jam Kerja Bobot Kerja Dan Beban Kerja