Benarkah Google Adsense Boleh Menjana Pendapatan
Benarkah Google Adsense Boleh Menjana Pendapatan? Ya! Masih ada diantara blogger Malaysia khususnya yang aktif menjana pendapatan Google Adsense melalui penulisan blog di dalam versi bahasa melayu mahupun Inggeris. Dan mungkin ada di antara blogger yang baru berjinak dengan dunia blogging masih tidak tahu bahawa Google Adsense juga boleh menjana pendapatan melalui blog. Kali ini MYiDEAKiNi akan kupaskan lebih ringkas, bagaimana anda boleh menjana pendapatan melalui Google Adsense akaun yang didaftarkan. Di dalam artikel Potensi Buat Duit Dari Google Adsense ada menerangkan serba ringkas tentang keperluan asas untuk anda menjana pendapatan Google Adsense.
Memandangkan blog MYiDEAKiNi masih suam-suam suku, jadi setakat ini sahaja hasil yang terkumpul dari akaun Google Adsense. Jika dilihat dengan jumlah yang terkumpul setakat ini, banyak lagi yang perlu di perbaiki dan dipertingkatkan agar amaun yang ada akan bertambah setiap hari dan setiap bulan.
Google Adsense Boleh Menjana Pendapatan
Banyak yang perlu di perbaiki dan di pertingkatkan agar menaikkan lagi trafik blog MYiDEAKiNi dengan menyertai kontest SEO yang dianjurkan oleh mana-mana blogger, syarikat, juga sentiasa post artikel-artikel terkini yang menarik minat pembaca blog dan sebagainya. Selain itu, template yang menarik minat pembaca juga salah satu tarikan kepada pelawat serta pembaca blog. Cara dan susunatur (layout) yang ringkas, tidak serabut dengan gajet yang tidak mendatangkan sumber pendapatan boleh menyebabkan pembaca akan terus menutup laman blog anda. Bagi anda yang masih baru dengan dunia blogging, anda boleh baca artikel Belajar Buat Blog supaya pemahamam yang asas ini boleh membantu serba sedikit anda dalam penulisan blog.
Jika di perhatikan di setiap sudut susunatur (layout) untuk ruangan google Adsense yang ditandakan di sebelah, sekiranya pelawat klik iklan tersebut, maka anda akan dibayar berdasarkan "Pay Per Click" melalui akaun Google Adsense yang telah di daftarkan. Ini bergantung kepada kreativiti anda untuk menyusun iklan-iklan adsense yang akan dipaparkan dalam setiap artikel.
Berikut adalah susunatur iklan atau kategori iklan dalam sesebuah artikel atau blog iaitu:
Header Post AdsLeft & Right Post AdsTop Left AdsInner Post AdsFooter Post AdsJadi setiap ruang akan dipenuhi iklan-iklan dari Google Adsense supaya pembaca akan membantu anda untuk klik iklan yang dipaparkan berdasarkan kepada tajuk post artikel. Tips: Janganlah artikel anda di penuhi dengan iklan-iklan, cukuplah ianya memadai dengan apa yang ada supaya pembaca atau pelawat blog anda akan hilang fokus untuk mencari info yang dicarinya.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komen yang memberansangkan, sila tinggalkan diruangan artikel post ini. In Sha Allah dengan ilmu yang ada ini, MYiDEAKiNi akan cuba membantu menjawab persoalan yang musykil. Terima kasih sudi membaca artikel MYiDEAKiNi.. :)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.myideakini.com/2019/03/benarkah-google-adsense-boleh-menjana-pendapatan.html