Belum Pun Menang Rafizi Sudah Berjaya Lonjakkan Nama Anwar


 
Debat antara Anwar Ibrahim dengan Najib Razak akhirnya ditetapkan pada 12 Mei depan.

Ia akan dilangsungkan pada jam 9.00 malam di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya.

Debat itu nanti akan merangkumi tiga segmen – isu Sapura Energy, hala tuju negara dan sesi soal dan jawab.

Apa yang diharapkan kini ialah program debat itu nanti benar-benar akan menjadi kenyataan dan tidak muncul alasan tertentu seperti keselamatan misalnya di saat-saat akhir bagi tujuan membatalkannya.

Juga diharapkan tidak berlaku tiba-tiba sakit atau masuk hospital menjelang sehari dua sebelum tarikh debat yang telah ditetapkan.

Bagi yang biasa, berdebat tentulah tidak menjadi masalah, tetapi bagi mereka yang pertama kali mencubanya, jangankan berpeluh dingin, silap-silap boleh basah seluar dibuatnya.

Walaupun isu debat ini bermula daripada mulut calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli ketika beliau ditanya mengenai kesediannya jika dianjurkan berdebat dengan Najib, tidak menjadi masalah pun sebenarnya yang menjadi kenyataan akhirnya ialah Anwar yang berdebat dengan bekas Perdana Menteri itu.

Hakikat yang nyata, ini secara tidak langsung memperlihatkan bagaimana Rafizi sebenarnya adalah gandingan yang paling sesuai dengan Anwar.

Belum pun menang dengan jawatan yang ditandinginya, Rafizi telah pun berjaya melonjakkan nama Anwar dengan sewajarnya dan meletakkan Presiden PKR itu kekal relevan untuk mendepani cabaran masa depan bagi kepentingan rakyat dan negara.

Bayangkan jika Rafizi tidak menyebut mengenai kesediaannya berdebat dengan Najib sebelum ini?

Bayangkan juga bagaimana gandingan Anwar - Rafizi dalam PKR selepas ini?

Dalam hal ini, Rafizi telah berjaya menghantar bola kepada Najib yang kemudian Anwar berperanan melibasnya.

Begitu pun, debat ini juga pasti memperlihatkan berterusannya lagi kerjasama Rafizi dengan Anwar.

Dengan latar belakang dunia korporat yang dimilikinya, selain beberapa tulisannya mengenai Sapura Energy dalam berbalas kenyataan dengan Najib sebelum ini, mahu tidak mahu, Anwar amat memerlukan Rafizi untuk membekalkan maklumat, fakta dan angka kepadanya dalam debat itu nanti.

Di sebalik hanya berperanan di belakang tabir dalam debat Anwar dengan Najib itu, penglibatan Rafizi adalah penting dan tidak boleh diabaikan, khususnya dalam segmen berkaitan Sapura Energy.

Dalam dua segmen lain iaitu tentang hala tuju negara dan soal jawab, rasanya Anwar tidak ada masalah untuk mematahkan lidah Najib. – ShahbudinHusin 17/04/2022.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/belum-pun-menang-rafizi-sudah-berjaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafizi Ajak Berdebat Sekali Najib Petik Nama Anwar Ini Reaksi Berani Anwar

Rafizi Ajak Berdebat Sekali Najib Petik Nama Anwar Ini Reaksi Berani Anwar

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 264 hits
SHAH ALAM Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyahut cabaran debat bekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli tetapi perlu disertai Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim
Lupakan Khemah Besar Manfaatkan Kelebihan Rafizi Untuk Menang Pru15

Lupakan Khemah Besar Manfaatkan Kelebihan Rafizi Untuk Menang Pru15

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 184 hits
Secara prinsipnya tujuan khemah besar ialah supaya blok pembangkang dapat bertanding satu lawan satu menentang BN dalam PRU15 akan datang Berdasarkan keputusan PRN Melaka dan Johor pertandingan tiga penjuru BN PH dan PN hanya akan menguntun...
Jangan Mimpi Ph Atau Pkr Menang Mudah Di Selangor Kata Rafizi

Jangan Mimpi Ph Atau Pkr Menang Mudah Di Selangor Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 264 hits
April 17 2022 Rafizi Ramli berkata sekiranya PKR dan PH hilang kerusi di Selangor gabungan itu akan menempuh jalan berliku pada PRU16 PETALING JAYA Selepas empat siri kekalahan dalam pilihan raya negeri sebelum ini calon timbalan presiden P...
Anwar Najib Tun M Bukan Pilihan Jadi Pm Rafizi

Anwar Najib Tun M Bukan Pilihan Jadi Pm Rafizi

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 262 hits
KUALA LUMPUR Lima daripada enam calon Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum ke 15 jelas ditolak bulat bulat oleh pengundi Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata berdasarkan kepada satu kajian terhadap 2 500 responden yang dikendalikannya 6...
Rafizi Menang Kes

Rafizi Menang Kes

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 417 hits
Mahkamah Persekutuan pagi ini memutuskan bahawa saya menang dalam kes saman yang dibawa NFC terhadap saya yang dibawa oleh NFC Saya mula mendedahkan skandal NFC dalam tahun 2011 Ada tiga kes yang dibawa terhadap saya dua kes saman masing ma...
Rafizi Berjanji Pulangkan Wang Menang Kes Saman Nfc Terhadanya Kepada Orang Awam

Rafizi Berjanji Pulangkan Wang Menang Kes Saman Nfc Terhadanya Kepada Orang Awam

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 202 hits
KUALA LUMPUR Bekas ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli berikrar untuk mengembalikan wang wang yang diperolehinya susulan menang kes saman National Feedlot Corporation Sdn Bhd kepada orang awam Mengumumkan hal itu melalui media sosial Rafizi b...
Duit Rakyat Lagi Pendedahan Oleh Rafizi Ramli Felda Beli Hotel Rm1 Billion Di London Tetapi Atas Nama Orang Lain

Duit Rakyat Lagi Pendedahan Oleh Rafizi Ramli Felda Beli Hotel Rm1 Billion Di London Tetapi Atas Nama Orang Lain

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 229 hits
Sila baca komen saya pada penghujung ini FIC LONDON HOTEL PTE LIMITED OWNER OF FELDA GRAND PLAZA KENSINGTON HOTEL CLOSEDWHO OWNS THIS HOTEL NOW OLEH RAFIZI RAMLII have shown over the past week how the issue of Felda s investment in London w...
Rafizi Dato Seri Najib Guna Wang 1mdb Bayar Peguam Ketepi Sapina Anwar Ibrahim

Rafizi Dato Seri Najib Guna Wang 1mdb Bayar Peguam Ketepi Sapina Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 186 hits
DATO SERI NAJIB GUNA WANG 1MDB BAYAR PEGUAM KETEPI SAPINA ANWAR IBRAHIM Sejak lebih sebulan yang lalu saya telah mendedahkan pelbagai maklumat mengenai aliran wang dari dana awam yang dipinjamkan kepada SRC International Sdn Bhd yang kemudi...
Best Healthy Breakfast Recipe With Eggs

Terengganu Lelaki 79 Tahun Direman Disyaki Bakar Rumah Isteri Kedua

Bila Beruk Pun Rajin Menyapa

Masak Kicap Sotong Dan Kes Jenayah

Jay Idzes Pilih Sassuolo Babak Baru Karier Sang Kapten Venezia

Jpj Kelantan Sita 13 Kereta Mewah Bernilai Hampir Rm5 Juta

Bursa Efek Indonesia Kalbar Bidik 100 Galeri Investasi Sekolah Pada 2025

Mayat Remaja Ditemui Terapung Dalam Tasik Putrajaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengalaman Guna Autowasap Aplikasi Automasi Whatsapp Marketing Untuk Peniaga Kecil

Ibu Sempat Berhubung Dengan Anak 30 Minit Sebelum Nahas Maut Di Gua Musang

Jom Terus Amalkan

Kucing Bernama Dak Jasmine

13 Golongan Yang Kencingnya Menyebabkan Solat Tidak Sah

7 Produk Xdr Yang Popular Dan Dipercayai Tahun 2025