Belum Masanya Sertai Kerajaan Perlis Kata Pas


News | Diterbitkan 19 Sep 2019, 11:33 malam


Di sebalik semangat berkobar-kobar dan rasa teruja penyokong pembangkang ekoran termeterainya piagam Muafakat Nasional, PAS Perlis berkata, belum ada keperluan untuk mereka menyertai kerajaan negeri buat masa ini.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli, berkata ketika ini kerajaan negeri yang diketuai Umno dianggap dalam keadaan baik.

Justeru, katanya, tiada keperluan buat parti itu menjadi sebahagian daripada kerajaan Perlis.

Mohd Shukri yang juga Adun Sanglang berkata lebih baik jika keadaan yang ada sekarang diteruskan seperti biasa.

“Kecuali ada keputusan baru di peringkat pimpinan tertinggi kedua-dua parti, maka kita akan akur," katanya seperti dipetik harakahdaily hari ini.

PAS dan Umno melupakan sengketa berdekad-dekad mereka selepas menandatangani piagam bersama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 14 Sept lalu.

Piagam itu menjadi detik termeterainya kerjasama politik kedua-dua parti bagi menghadapi kerajaan PH. Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Abdul Hadi Awang masing-masing menurunkan tandatangan bagi pihak Umno dan PAS.

Kerjasama erat itu juga membuka ruang untuk kedua-dua parti membentuk kerajaan di negeri yang gagal ditawan PH, iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Perlis.

Untuk rekod, Kelantan dan Terengganu ditadbir oleh PAS, manakala selebihnya Umno/BN.

Baca Tragedi Memali jadi 'kecil' dengan penyatuan ummah PAS-Umno

DUN Perlis mempunyai 15 kerusi dengan sembilan dikuasai BN (lapan Umno dan satu MCA), PAS dua, Bersatu satu dan PKR tiga.

Pada 15 Sept lalu Malaysiakini melaporkan Menteri Besar Perlis, Azlan Man, sebagai berkata pihaknya terbuka untuk menerima PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan campuran di negeri tersebut.

Namun katanya, keputusan secara dasar oleh kedua-dua parti di peringkat tertinggi perlu dibuat bagi tujuan tersebut.

"Sebelum ini lagi saya sudah sebut mengenai perkara ini, di Perlis saya kata kita tak ada masalah untuk menjemput PAS menganggotai kerajaan negeri.

"Bagaimanapun buat masa ini kerjasama dengan PAS ini berbentuk taawun (siyasi), jadi kita perlukan satu keputusan di peringkat tertinggi parti," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/09/belum-masanya-sertai-kerajaan-perlis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Campuran Bn Pas Di Perlis Perlu Keputusan Pimpinan Tertinggi Kata Mb

Kerajaan Campuran Bn Pas Di Perlis Perlu Keputusan Pimpinan Tertinggi Kata Mb

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 358 hits
Menteri Besar Perlis Azlan Man KANGAR Menteri Besar Perlis Azlan Man berkata kerajaan negeri yang diterajui Barisan Nasional menyambut baik sebarang cadangan mewujudkan kerajaan campuran dengan PAS tetapi ia perlu diputuskan kepimpinan tert...
Jika Umno Tidak Hilang Kuasa Belum Tentu Umno Pas Akan Bersatu Kata Anthony Loke

Jika Umno Tidak Hilang Kuasa Belum Tentu Umno Pas Akan Bersatu Kata Anthony Loke

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 351 hits
Jika UMNO tidak hilang kuasa belum tentu PAS dan UMNO akan bersatu dan penyatuan kerjasama politik antara parti ini juga hanya untuk memastikan kedua dua parti politik itu kekal releven kata Pengerusi DAP Negeri Sembilan Anthony Loke Siew F...
Isu Memali Timbul Untuk Pecahkan Pas Umno Kata Anak Mangsa

Isu Memali Timbul Untuk Pecahkan Pas Umno Kata Anak Mangsa

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 248 hits
Tiga puluh empat tahun sudah berlalu namun peristiwa hitam yang dilalui penduduk Kampung Memali di Baling Kedah masih segar dalam ingatan Rata rata penduduk berpendapat insiden yang berlaku pada tanggal 19 Nov 1985 itu bukan isu kecil dan t...
Hijrah Dan Hijab Nantilah Belum Tiba Masanya Sampai Seru

Hijrah Dan Hijab Nantilah Belum Tiba Masanya Sampai Seru

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 346 hits
Nur Fatin Halil Enggan ikut landasan betul Allah hukum penguasaan syaitan dalam diriSEGALA puji bagi Allah SWT yang mempertemukan kita dengan tahun baru Hijrah 1441H Di kesempatan dan nyawa yang masih ada proses pembaikan diri perlu diterus...
Sokongan Melayu Islam Tidak Cukup Jayakan Kerjasama Umno Pas Kata Khaled

Sokongan Melayu Islam Tidak Cukup Jayakan Kerjasama Umno Pas Kata Khaled

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 425 hits
OLEH ALIFF FIKRI AZIZDatuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sesiapa yang mendakwa kerjasama tersebut hanya tentang Melayu dan Islam jelas tersasar Foto oleh Hari AnggaraKUALA LUMPUR 15 Sept Gabungan Umno PAS memerlukan sokongan seluruh ra...
Apa Yang Dijangkakan Dari Sebuah Kerajaan Ph Dan Piagam Umno Pas

Apa Yang Dijangkakan Dari Sebuah Kerajaan Ph Dan Piagam Umno Pas

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 441 hits
Sebuah kerajaan lama dan sebuah kerajaan baru akan masuk ke era perbandingan Perubahan pendekatan dan perlaksanaan berbias kepada kroni masing Semua itu menjadi penilaian kepada rakyat dan menjadi bebanan dan tekanan kepada kerajaan terutam...
Ph Jangan Cuba Jadi Lebih Melayu Daripada Umno Lebih Islam Daripada Pas Kata Kit Siang

Ph Jangan Cuba Jadi Lebih Melayu Daripada Umno Lebih Islam Daripada Pas Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 427 hits
Lim Kit Siang hari ini mengingatkan pakatan kerajaan supaya tidak cuba menjadi lebih Melayu daripada Umno dan lebih Islam daripada PAS bagi menghadapi kerjasama rasmi 2 parti terbesar orang Melayu itu yang ditandatangani semalam Pemimpin ve...
Pas Tetap Tolak Anwar Jadi Pm Kata Hadi

Pas Tetap Tolak Anwar Jadi Pm Kata Hadi

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 448 hits
Persiden PAS Abdul Hadi Awang menolak konsensus Pakatan Harapan yang mencadangkan Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri seterusnya menggantikan Dr Mahathir Mohamad Sebaliknya katanya Dr Mahathir harus terus kekal sehingga habis...
Feeding Pigeons Could Cost You Rm250 Penang City Council Warns

Rafizi Nak Tunggu Jatuh Sendiri Atau Nak Turun Dengan Hormat

Tak Perlu Besarkan Isu Cuti Panjang Rafizi Kata Nik Nazmi

Timely Cpr Intervention By Woman At Kuching Airport Saves Man S Life

Bersatu Atau Pas Tinggalkan Pn Dulu

Laman Sendayan 2 Kehidupan Ideal Dengan Nilai Terbaik

Kedah Tiga Penjenayah Mati Ditembak Polis Di Sik

Saya Cuba Jadi Morning Person Tapi Terjaga Pukul 3 Petang Kisah Sedih Seorang Pejuang Snooze


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jeruk Madu Pak Ali Seberang Jaya

Drama Dia Bukan Syurga

Petua Isi Ayam Kembali Segar Selepas Disimpan Lama Dalam Freezer

Drama Permatang Pauh Nepotisme Directed By Pkr

Qalam Band Hakikat Seorang Pencinta Chord

9 Bilion Untuk Skechers Indeks Jatuh Dan Lonjakan Saham Asia