Bella Dijaga Dengan Baik Sudah Pulih Pm


hmetro.com.my
Mohd Amin Jalil
[email protected]
ISMAIL Sabri berkata sesuatu kepada Bella (dua dari kiri) ketika menyantuni remaja Sindrom Down itu di Seremban hari ini. FOTO Mohd Amin Jalil
Seremban: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempat meluangkan masa kira-kira 20 minit menyantuni remaja Sindrom Down berusia 13 tahun dikenali Bella di sebuah pusat perlindungan kanak-kanak milik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini, hari ini.

Beliau berkata, keadaan Bella sudah banyak berubah sepanjang ditempatkan di pusat jagaan berkenaan sejak tahun lalu.

"Bella dibawa ke tempat selamat ini sejak Julai 2021 dan daripada pemerhatian saya tadi, Bella dalam keadaan normal dan tiada lagi gangguan emosi seperti mana ketika dia mula-mula masuk.

"Malah kecederaan dan sebagainya sudah pulih. Saya nampak dia sudah mempunyai keyakinan diri yang tinggi, melukis bersama rakan-rakan yang lain.

"Sewaktu melawat tiga asrama di sini, dia yang tunjukkan semua asrama berkenaan dan turut memperkenalkan saya kepada rakan-rakan yang lain," katanya.

Ismail Sabri berkata, terdapat banyak perubahan yang ketara pada diri Bella dan beliau mengucapkan terima kasih kepada JKM dan pihak yang terbabit menjaga remaja berkenaan.

"Bella dijaga dengan baik, malah keadaannya banyak berubah dari segi cara pembawaan, makan dan sebagainya.

"Terdapat 80 kanak-kanak dan remaja yang diletakkan di bawah jagaan pusat perlindungan ini ketika ini dan kesemua mereka dijaga dengan baik," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, masyarakat perlu serahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan terhadap kes membabitkan remaja berkenaan.

Beliau berkata, masyarakat seharusnya tidak memberi banyak komen kerana ia boleh menimbulkan subjudis jika terus dibincangkan secara meluas.

"Perkara ini sudah dibawa ke mahkamah, jadi kalau kita terlalu memberi komen boleh dianggap sebagai mengganggu perjalanan mahkamah, boleh bersifat subjudis terhadap perjalanan perbicaraan.

"Saya nasihatkan kita beri kepercayaan penuh kepada pihak mahkamah dari segi kes.

"Ramai orang kata kenapa kerajaan tak sedia banyak peguam, kerajaan ada pendakwa yang mewakili dan tidak timbul isu kenapa kerajaan tidak hantar peguam ramai.

"Pendakwa Raya atau Jabatan Peguam Negara saja yang mewakili kerajaan," tegasnya mengulas mengenai tindakan netizen di laman sosial terhadap kes berkenaan.
Disiarkan pada: April 23, 2022 @ 5:02pm

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/04/bella-dijaga-dengan-baik-sudah-pulih-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Bella Tambah Baik Undang Undang Audit Pusat Jagaan Tmj

Kes Bella Tambah Baik Undang Undang Audit Pusat Jagaan Tmj

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 219 hits
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan mengemukakan tiga cadangan kepada kerajaan bagi memastikan kes penderaan seperti kes Bella tidak lagi berulang Baginda menerusi pertemuan dengan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga da...
Bella Sudah Pulih Seperti Sedia Kala Pm Video

Bella Sudah Pulih Seperti Sedia Kala Pm Video

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 248 hits
Bella Sudah Pulih Seperti Sedia Kala PM VIDEO Kerajaan memutuskan untuk membentuk Jawatankuasa Kabinet Melindungi Kumpulan Rentan seperti kanak kanak orang kurang upaya warga emas dan wanita bagi memastikan golongan berkenaan terus dilindun...
Warner Bros Discovery Bersedia Untuk Baik Pulih Dc Entertainment

Warner Bros Discovery Bersedia Untuk Baik Pulih Dc Entertainment

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 236 hits
Kurang seminggu sejak Discovery memeterai perjanjian gabungan dengan WarnerMedia dan kini syarikat itu bersedia melihat potensi baik pulih DC Entertainment Menurut laporan terbaru dari Variety Discovery mula bermain dengan idea untuk mengam...
Cuba Rasa Malu Jika Makan Depan Orang Dan Tunjuk Teladan Baik Seperti Latih Anak Anak Berpuasa

Cuba Rasa Malu Jika Makan Depan Orang Dan Tunjuk Teladan Baik Seperti Latih Anak Anak Berpuasa

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 394 hits
Cuba Rasa Malu Jika Makan Depan Orang Dan Tunjuk Teladan Baik Seperti Latih Anak Anak Berpuasa MENDIDIK anak berpuasa adalah suatu perkara yang sangat baik kerana ia menunjukkan bahawa ibu bapa tersebut prihatin dalam memastikan anak anak m...
Anak Berkelakuan Baik Setibanya Di Mekah Puteri Sarah Syukur Syaikhul Sumayyah Behave Tak Banyak S0ngeh

Anak Berkelakuan Baik Setibanya Di Mekah Puteri Sarah Syukur Syaikhul Sumayyah Behave Tak Banyak S0ngeh

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 411 hits
Pelakon Puteri Sarah Liyana memanjat rasa syukur apabila dua orang anaknya Syaikhul Islam dan Sumayyah berkelakuan baik sepanjang berada di tanah suci Mekah bagi menyempurnakan ibadah umrah Puteri Sarah melu4hkan perasaannya itu menerusi en...
Rezeki Suami Tak Putus Putus Dengan Doa Isteri Buat Baik Layanlah Isteri Penuh Kasih Sayang

Rezeki Suami Tak Putus Putus Dengan Doa Isteri Buat Baik Layanlah Isteri Penuh Kasih Sayang

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 203 hits
Isteri sememangnya ladang pahala buat suami Bukan hanya menjalankan tanggungjawab bahkan melayani isteri dengan baik juga terus menerus membuatkan suami makin luas rezekinya tak putus putus Perkongsian ringkas saudara ini sememangnya banyak...
Kita Dah Layan Cukup Baik Apa Lagi Mereka Nak Menteri Kdn Kaji Pemberian Kad Unhcr Kepada Pelarian Rohingya

Kita Dah Layan Cukup Baik Apa Lagi Mereka Nak Menteri Kdn Kaji Pemberian Kad Unhcr Kepada Pelarian Rohingya

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 269 hits
Kementerian Dalam Negeri akan membuat kajian secara terprinci pemberian kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Bagi Pelarian bagi memastikan pelarian Rohingya tidak terus masuk ke negara ini dengan bebas Menteri KDN Datuk S...
Hiburan Dia Punya Akhlak Kurang Baik Bekas Suami Dakwa Tertekan Hidup 3 Bulan Bersama Mak Wan

Hiburan Dia Punya Akhlak Kurang Baik Bekas Suami Dakwa Tertekan Hidup 3 Bulan Bersama Mak Wan

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 240 hits
Semalam berita mengenai penceraian pelakon veteran Mak Wan bersama suami iaitu Husain Dolah setelah mendirikan rumah tangga hanya 3 bulan menjadi salah satu topik utama di setiap platform portal yang ada Untuk mendapat maklumat lanjut berke...
Pelan Cukup Baik Dirosakkan Pelaksanaan Separuh Masak

Pelan Cukup Baik Dirosakkan Pelaksanaan Separuh Masak

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 185 hits
Pelan untuk langkah penstrukturan semula pertama kali dicadangkan pada 2017 ketika SEB mula melaporkan kerugian PETALING JAYA Jika disebut pelan pemulihan yang difikirkan secara mendalam namun tidak dilaksanakan dengan baik ia tentunya meru...
Dapat Beli Adidas Slyn Sandal Pujaan Hatiku

Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen Video

Ucapan Hari Lahir Amira Othman Buat Fattah Amin Sebelum Sah Bergelar Suami

Prof James Chin Checkmate Edward Wong S Detractors With Stats From Higher Edu Ministry S Own Admission

Pas Delegate Govt Should Take Over Rice Cooking Oil Industries Again

Baru Kahwin Belum Ada Gelaran Mesra Fattah Amin Dedah Anak Panggil Isteri Aunty Mira

Cuaca Hujan Tertuda Percutian Hujan Rahmat Tetap Meriah Majlis Perkahwinan

Lee Chong Wei Titip Ucapan Penuh Makna Sempena Hari Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pendakwa Mendapat Pemenjaraan 12 Tahun Untuk Charlie Javice Dalam 175j Penipuan Jpmorgan Financefeeds

Saiful Nizam Ismail Back Up Radin Pesan Terus Perbaiki Diri Kita Tak Mampu Puaskan Hati Semua Suria Fm

Liga Juara Eropah Arsenal Rakam Kemenangan Sulung

Fattah Amin Dedah Fatima Selesa Panggil Amira Othman Aunty Mira

Pm Anwar Umum Peruntukan Rm2 Juta Hidupkan Pendekar Madani Di Sekolah Ipt

Ratusan Monyet Terlepas Serbu Balai Polis