Bella Astillah Dahulukan Anak






Penyanyi Bella Astillah mengakui masih belum menemui jalan penyelesaian berhubung kemelut rumah tangganya bersama pelakon Aliff Aziz selepas lelaki itu didapati curang buat kali kedua.

Kata Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, dia belum mempunyai jawapan pasti tentang perasaannya kerana fokusnya kini adalah untuk memberi perhatian terhadap anak selain karier seni.

Terdahulu, pada penghujung Februari lalu dunia hiburan dikejutkan dengan pendedahan oleh Bella bahawa suaminya sekali lagi berlaku curang dengan pelakon Oktovia Manrose.

Sebelum itu pada Julai 2017, Aliff pernah mencetuskan kontroversi selepas curang dengan pelakon Afifah Nasir apabila kedua-duanya keluar ke sebuah pusat karaoke.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia setahun sembilan bulan.

Ujarnya lagi, perceraian hanya akan menjadi pilihan terakhirnya andai berlaku sebarang kejadian tidak diingini dalam hubungan mereka pada masa depan.

Ikuti temu bual bersama penyanyi berusia 25 tahun itu ketika ditemui pada majlis Chari-Tea In Love With Farah Nabilah & Friends di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini.

KOSMO!: Bolehkah Bella kongsikan perkembangan terkini anda?

BELLA ASTILLAH: Insya-Allah dalam masa terdekat saya akan meluncurkan single sulung ciptaan penyanyi Mark Adam. Cuma saya tidak mahu terburu-buru untuk melancarkannya kerana sekarang sedang sibuk menyiapkan tempahan kuih raya yang diusahakan sejak dua tahun lalu. Memandangkan saya hanya dibantu ibu dan adik-adik, jadi masa untuk melakukan kerja lain agak terhad. Insya-Allah dalam bulan Jun single tersebut akan dilancarkan.

Apakah kesudahan terhadap kemelut rumah tangga anda bersama Aliff?

Semua orang mahu tahu perihal ini. Jika saya jawabnya nanti ada yang mengatakan saya masih belum boleh melupakan kisah itu. Cuma bagi saya, perceraian bukan mudah untuk dilakukan. Orang kata, saya sudah ada jalan untuk menamatkan segalanya iaitu dengan perceraian. Tetapi, mana kalian tahu itu adalah perkara terbaik untuk kami terutamanya anak? Saya tidak boleh pentingkan diri sendiri kerana keutamaan saya ialah anak. Saya tidak mahu anak membesar tanpa kasih sayang seorang ayah kandung. Malah, dalam keluarga saya sendiri belum ada yang melalui episod perceraian. Jadi, saya berusaha sebaik mungkin untuk mengekalkan perkara tersebut. Andai berlaku sebarang perkara tidak diingini kemudian hari, perceraian adalah jalan terakhir yang akan saya pilih.

Bagaimanakah hubungan anda dengan Aliff buat masa ini?

Hidup saya berjalan seperti biasa. Sesekali ada juga berhubung dengannya menerusi panggilan video untuk anak. Anak sangat rapat dengannya. Setiap hari dia pasti akan bertanya tentang bapanya.

Apakah komen anda apabila terdapat pihak yang mencadangkan supaya kalian bercerai selepas Aliff didapati curang buat kali kedua?

Sejak dahulu saya pernah berkata, jika berkahwin lelaki itu akan menjadi suami pertama dan terakhir saya. Orang fikir perceraian adalah perkara main-main sedangkan ia sangatlah susah. Saya selalu menjadikan kedua-dua ibu bapa kami sebagai rujukan terbaik tentang bagaimana mereka boleh hidup bersama sehingga berpuluh-puluh tahun. Sebab itu saya cakap, kalau boleh saya mahu berkahwin sekali sahaja.

Bolehkah kongsikan apakah perasaan anda terhadap Aliff ketika ini?

Soalan ini sangat sukar untuk dijawab. Sebab saya sayangkan Ayden. Saya mahu dia membesar dengan bapanya sendiri bukan orang lain. Jujur dikatakan, saya masih mengambil masa untuk tahu apa perasaan sebenar terhadap Aliff. Pucuk pangkalnya, saya sayangkan masjid yang dibina ini sebab kami sudah ada zuriat bersama. Saya tidak benci atau marah kepada dia, tetapi untuk terus mengakui saya sudah kembali bahagia itu agak sukar. Buat masa ini, saya malas untuk fikirkan soal rumah tangga dan hanya menyerahkan kepada takdir. Saya juga sudah beberapa kali buat solat istikharah, tetapi apa yang boleh dikatakan, saya tawakal dengan perkara ini. Orang di luar boleh bercakap apa sahaja, tetapi keputusan terletak di tangan saya untuk menentukan segala-galanya.

Jadi, adakah kalian masih tinggal sebumbung?

Buat masa ini, kami masih belum tinggal sebumbung, namun tetap berhubung dan berjumpa sekali sekala demi anak. Memang ada perancangan untuk kembali tinggal bersama. Bagaimanapun, belum kepastian tentang perkara itu. Saya tiada masalah untuk tinggal bersama seperti biasa tetapi buat masa sekarang kami kerap bertemu di Singapura bersama keluarganya.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/05/bella-astillah-dahulukan-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Isu Cerai Saya Belum Fikir Lagi Tidak Mahu Anak Membesar Tanpa Ayah Bella Astillah

Hiburan Isu Cerai Saya Belum Fikir Lagi Tidak Mahu Anak Membesar Tanpa Ayah Bella Astillah

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 325 hits
Sudah beberap bulan kemelut rumah tangganya bersama penyanyi Aliff Aziz berlarutan namun sehingga kini Bella Astillah masih belum dapat menyelesaikan masalah tersebut Ramai yang tertanya adakah beliau masih lagi boleh bersabar dan menerima ...
Bella Astillah Tak Mahu Cerai

Bella Astillah Tak Mahu Cerai

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 417 hits
Saya tidak fikir perceraian jalan terbaik buat masa ini Selagi ada kesabaran saya akan mempertahankan ikatan ini kerana kami ada anak kata penyanyi Bella Astillah Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah 25 berkata dia ...
Perceraian Adalah Jalan Terakhir Untuk Kami Bella Astillah

Perceraian Adalah Jalan Terakhir Untuk Kami Bella Astillah

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 184 hits
NOR ERYANI YUSUP 28 April 2019 4 55 PM KUALA LUMPUR Penyanyi Bella Astillah berkata kontroversi rumah tangganya bersama pelakon Aliff Aziz yang dilanda isu curang
Dia Kecil Lagi Tapi Dari Kecil Kena Didik Maruah Perempuan Aliff Syukri Rotan Anak Sebab Buka Tudung

Dia Kecil Lagi Tapi Dari Kecil Kena Didik Maruah Perempuan Aliff Syukri Rotan Anak Sebab Buka Tudung

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 547 hits
Dato Seri Aliff Syukri Jutawan kosmetik berkongsi sebuah video di laman instagramnya Video tersebut dengan kepsyen yang panjang menerangkan kenapa dia berbuat demikian kepada anak perempuanya Qadejah atau lebih manja dipanggil Cess Dato Ali...
Kalau Doktor Bagi Pilihan Abang Tolong Jawab Selamatkan Anak Kita Walau Saya Hilang Nyawa

Kalau Doktor Bagi Pilihan Abang Tolong Jawab Selamatkan Anak Kita Walau Saya Hilang Nyawa

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 441 hits
Bersalin adalah saat getir buat ibu antara hidup dan mati Pengalaman seorang suami menghadapi saat kelahiran isterinya ini benar benar mengusik sanubari Pengorbanan ibu bermula daripada mulanya hamil hinggalah ke akhir hayat Saat genting be...
Cara Tekapan Mulut Bayi Salah Hanya Akan Menyakitkan Ibu Anak Pun Tak Kenyang

Cara Tekapan Mulut Bayi Salah Hanya Akan Menyakitkan Ibu Anak Pun Tak Kenyang

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 630 hits
Antara aspek utama penyusuan susu ibu yang berjaya adalah tekapan mulut bayi Sekiranya bayi anda tidak menekap dengan betul ke payudara anda penyusuan mungkin menyakitkan Terdapat teknik khusus yang boleh digunakan untuk membantu bayi menek...
Siri Menghensemkan Anak Dengan Kayu Sugi

Siri Menghensemkan Anak Dengan Kayu Sugi

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 302 hits
Aritu cakap dengan hubby nak belikan Mr Shashal kayu sugi supaya senang beliau pakai 5 kali sehari then lupa kayu kayan mana boleh lepas kat air port Tetiba Alhamdulillah semalam pegi bazaar pre ramadhan kat sini ada pulak jual AUD2 50 Bali...
Anak Saya Trauma Kanak Kanak Tercekik Bulu Ayam Mcdonald S

Anak Saya Trauma Kanak Kanak Tercekik Bulu Ayam Mcdonald S

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 489 hits
Selepas memakan tiga ketul kepak ayam goreng yang masih berbulu seorang wanita baru perasan ada benda pelik pada bahagian kepak ayam yang dipesan di restoran McDonald s BACA Menurut laporan wanita tersebut yang dikenali sebagai Zhou memesan...
Bila Anak Terasa Ibunya Muda Lagi

Bila Anak Terasa Ibunya Muda Lagi

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 349 hits
Ma nanti kalau Mama dah keluar uban Ain dah mula kena serious kena struggle huaaa sedihnyaa Sbb apa Sbb maksudnya dah dekat jawabnya Whattttt Ada2 je anak ai ni Dah byk kali Ain cakap macam ni Malam tadi cakap lagi Kurang uban tak mestinya ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Hidalgo Teruja Selepas Jaringan Hatrik Puas Bantu Sri Pahang Fc Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

Tak Lama Selepas Pemergian Ibu Man Kulim Pening Meninggal Dipercayai Akibat Demam Panas

On The Way Jb Hujan Sepanjang Jalan

Book Haul 2024

Umpan Mercedes

Menderma Tu Tak Salah