Beli Barang Bayi Dengan Harga Murah Dapat Pula Hadiah Memang Berbaloi
Memandangkan keadaan ekonomi yang tidak menentu selepas negara menghadapi pandemik Covid-19 ini, maka ibu bapa haruslah bijak dalam berbelanja. Bila berlakunya keadaan begini, apa yang paling merisaukan ialah menyediakan keperluan ahli keluarga terutama yang bakal menyambut kelahiran bayi atau yang ada anak kecil.
Bagi ibu bapa baru pastinya berkira-kira untuk berbelanja barangan yang tak penting buat masa ini. Kebanyakannya akan mendahulukan keperluan anak terlebih dahulu. Sekiranya boleh membeli barangan bayi pada kadar murah dan berbaloi itu lagi baik sebenarnya.
Oleh itu, pasar raya Tesco juga antara salah satu lokasi tepat yang menawarkan barangan keperluan bayi dan keperluan lain yang sangat berkualiti pada harga mampu milik. Pastinya tak menyesal!
Dapatkan barangan bayi di Tesco Baby Fair
Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan, Tesco akan mengadakan Tesco Baby Fair pada 16 Julai hingga 29 Julai 2020 meliputi barangan seperti susu, lampin, tisu basah, minyak bayi, keperluan mandian seperti syampu dan sabun daripada jenama Tesco Fred and Flo.
Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan 10 barangan anak terbaik di Tesco Baby Fair pada harga berpatutan dan berkualiti.
Jadi inilah masa terbaik buat papa & mama untuk merancang pembelian yang lebih menjimatkan bagi menyambut ‘orang baru’ atau menambah keperluan anak-anak yang dah habis stok.
Anda tidak perlu pergi ke banyak kedai. Satu tempat meliputi semua barangan jualan. Sebab itulah untuk mendapatkan produk berkualiti dengan harga istimewa, anda harus berbelanja di pasar raya yang diyakini seperti Tesco.
Sertai peraduan Baby Fair & berpeluang menangi baucar Tesco
Menariknya juga, setiap pelanggan yang membeli-belah sempena Tesco Baby Fair ini. Mereka berpeluang menyertai peraduan dan layak memenangi baucar tunai Tesco sekiranya bernasib baik dan terpilih sebagai pemenang. Bestkan!
Bagaimana cara nak menyertai peraduan dan memenangi baucar Tesco ini? Ikuti cara-caranya di bawah:
Langkah 1:
Anda perlu menghantar jawapan secara bertulis, berkongsi mengapa anda harus memenangi Hadiah Utama di ruangan komen (Facebook Tesco).
Langkah 2:
Anda perlu menggunakan hashtag #FindTescoFrednFlo
Langkah 3:
Pemenang dengan jawapan yang betul & komen paling kreatif akan mendapat baucar Tesco e-voucher bernilai RM30 dengan setiap pembelian RM150.
Antara Hadiah Ditawarkan
1x Hadiah Utama: Baucar Tesco RM3000;
1x Hadiah ke-2: Baucar Tesco RM2000;
1x Hadiah ke-3: Baucar Tesco RM1000
800 x RM30 e-baucar Tesco kepada pemenang (sah digunakan di pasar raya sahaja, tidak sah digunakan untuk pembelian dalam talian) untuk setiap jawapan yang unik dan betul dengan pembelian minimum RM150.
Dengan hadiah yang ditawarkan ini memang betul-betul memberi penjimatan pada anda.
Promosi produk barangan bayi ini sempena Tesco Baby Fair yang akan berlangsung selama 2 minggu.
Tesco’s Baby Fair akan bermula pada 16 Julai-29 Julai 2020. Anda boleh berkunjung ke semua stor Tesco di Semenanjung Malaysia untuk merasai sendiri pengalaman berbelanja secara bijak di sana.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Tesco Baby Fair atau peraduan #FindTescoFrednFlo anda boleh klik di pautan Facebook Tesco https://bit.ly/3gZa6wX
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai terma dan syarat boleh layari https://tesco.com.my/Highlights/Contest/FindTescoFrednFlo-Contest/HighlightDetails/
Jika anda ingin membeli barangan bayi di Tesco secara dalam talian boleh klik di https://bit.ly/2VRGdXc
Anda juga boleh mendapatkan kelengkapan bayi Tesco di Lazada. Selain Lazada anda juga boleh mendapatkannya di Shopee.
The post Beli Barang Bayi Dengan Harga Murah, Dapat Pula Hadiah. Memang Berbaloi! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/beli-barang-bayi-dengan-harga-murah-dapat-pula-hadiah-memang-berbaloi/