Jangan Bagi Duit Belikan Je Barang Untuk Hadiah Isteri Dia Simpan Sampai Bila Bila


Kala di tanya apa yang isteri suka pastinya isteri tidak meminta untuk dibelikan barangan, apatah lagi barang yang mahal seperti beg tangan berjenama, barang kemas atau apa jua dengan nilaian yang tinggi. Terasa berat hati menggunakan duit suami yang sepatutnya dibelanjakan untuk anak-anak. Begitulah seorang isteri.
Jika berniat untuk menghadiahkan isteri barangan, jangan ditanya atau elakkan memberi wang sebaliknya terus sahaja membeli kepada mereka. Pemberian sebegini tidak kira mahal atau murah, isteri akan hargai dan simpan sampai bila-bila.
Perkongsian saudara Muhammad Yusof ini benar belaka. Jika diberikan wang, sudahnya isteri akan membelanjakan pada keperluan hidupnya yang sama-sama boleh digunakan dengan suami, bukan untuk dirinya sendiri. Jom ikuti perkongsiannya.

Saya dan isteri hidup sederhana. Hidup biasa-biasa sahaja. Tapi syukur, cukup makan, cukup pakai. Kami ni kalau pergi shopping complex besar-besar kami tak tahu nak tuju ke mana sebab pakai jenama branded-branded ni bukanlah ‘dunia’ kami. Tapi kalau masuk kedai RM2, Mr Diy, kedai Eco atau pasar malam, tempat tu macam ‘heaven’ bagi kami. Berplastik-plastik kami boleh beli kalau pergi tempat macam ni.
Tapi rezeki PKP ni, saya ada lebihan duit sikit. Time tu dan-dan je lalu pulak handbag jenama Coach kat timeline fb saya. Nampak cantik. Saja saya screenshot bagi kat bini ‘beg sayang lama dah, apa kata darling ganti beg yang ni. Cantik tak?’

Bini saya kata buat apalah beli beg mahal-mahal ni. Pakai je mana yang ada. Selagi boleh pakai. Pakai.
Saya jawab alahai, sekali-sekala je pakai jenama berkualiti, pakai pun sedap dan tahan lama sikit.
Lepas tu bini bagi jawapan, ‘takpe, buat masa ni sayang tak nak lagi beg tapi kalau nak beli jugak bagi je duit tu kat sayang..’

Saya pun bagilah dia sejumlah duit. Dan, saya fikirkan mungkin dia mesti beli beg berjenama yang mungkin lebih murah sikit berbanding jenama Coach atau LV.
Isteri Beli Barang Keperluan
Lain yang kita fikir, lain pula yang dibeli isteri. Itulah yang selalunya terjadi.
Rupa-rupanya sangkaan saya meleset. Bini saya guna duit tu untuk beli mesin scanner yang boleh edit terus document. Saya terfikir kalau dah namanya cikgu, scanner jugak yang dibelinya. Rasa nak marah jugak saya sebab buat apalah beli scanner. Kan saya suruh beli handbag.
Dia kata banyak nak kena edit document masa PKP ni nak bagi kat anak-anak murid dia. Begitulah perempuan. Saya rasa kebanyakkan perempuan pun macam isteri saya.
Lelaki ni kalau beli barang entah apa-apa je. Beli pun untuk kegunaan sendiri. Jam Gshock lah, kasut NMDlah, Adidas Yeezylah, helmetlah, raket badmintonlah, spotrim barulah, basikal MTBlah, baju bandlah dan segala jenis benda tapi untuk guna sendiri.
Tapi tengok kalau perempuan membeli. Dorang akan beli vacuum robot, periuk Noxxa, Iron Phillips, peti sejuk almari, mesin lipat baju, mesin pengering baju, Air fryer, tupperware ikut warna baju, tudung saji moden, mesin scanner, printer Epson atau thermomix dan segala jenis peralatan elektrik dan dapur.

Pendek kata semua yang dorang beli tu bukan untuk kegunaan dorang sahaja tapi untuk kemudahan satu keluarga.
Silap-silap suami yang dok pertikai benda-benda yang isteri beli tu ‘mahallah’, ‘kena simpan duit untuk masa depanlah’, silap-silap dia yang terhegeh-hegeh pakai semua yang isteri beli tu.
Sebab tu suami janganlah halang isteri nak beli apa sebab apa yang dorang beli tu sebenarnya pelaburan yang sangat memudahkan urusan sekeluarga.
Belikan saja, jangan bagi wang
Ya itulah yang sebaiknya. Isteri akan simpan dan menjaga sebaiknya hadiah dan pemberian suami berbanding wang ringgit yang akan digunakan untuk keperluan anak, bukan dirinya sendiri. Tak gitu?
Buat suami, kalau ada rezeki lebih beli lah sesuatu buat isteri kerana isteri ni suka hadiah-hadiah daripada suami ni. (Terutama emas). Pulut dakap la, gelang getah lah. Sebut je nak beli emas bling, bling, semua isteri-isteri 13 minggu senyum sendiri tanpa henti. Tidur malam pun senyum. Suami tak sempat order kopi o terus bini buat kopi dalgona special.
Hehehehe (digelak)

Sekali-sekala bagi ‘something special’ kat isteri sebab nak hargai isteri, apa salahnya kan? Bukan selalu. Betul tak isteri-isteri?
Sharelah bagi suami baca. Bagitau suami sangat tak rugi beli emas sebab sekurangnya ada la jugak ‘getah gelang’ boleh menunjuk sap, sap, angkat lengan baju macam Mami Jarum kan? Hehe Emas, kalau takde duit atau masa susah boleh letak kat Ar-Rahnu.
Mana tau bila share tau-tau nanti suami ter, diulangi ter.. beli pulut dakap ke, pulut durian d88 ke. Tak salah tabur umpan, mana tahu mengena. Tambah-tambah mora ada lagi ni.
The post “Jangan Bagi Duit, Belikan Je Barang Untuk Hadiah Isteri”. Dia Simpan Sampai Bila-Bila! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-bagi-duit-belikan-je-barang-untuk-hadiah-isteri-dia-simpan-sampai-bila-bila/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seeloknya Baik Isteri Ada Duit Sendiri Tak Dapat Simpan Banyak Sikit Pun Jadilah

Seeloknya Baik Isteri Ada Duit Sendiri Tak Dapat Simpan Banyak Sikit Pun Jadilah

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 363 hits
Kebanyakan orang kata eloknya orang perempuan ni ada duit sendiri dalam tangan Tak banyak pun tak apa simpanan tu asalkan boleh digunakan dalam masa terdesak Mungkin bagi yang bekerja makan gaji atau pun buat bisnes kecil kecilan tak ada ma...
Anak Tak Pernah Merasa Gelang Emas Duit Moratorium Dah Niat Nak Belikan Sebak Tengok Anak Isteri Bahagia

Anak Tak Pernah Merasa Gelang Emas Duit Moratorium Dah Niat Nak Belikan Sebak Tengok Anak Isteri Bahagia

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 639 hits
Bukan tak mampu untuk meraikan isteri dan anak anak namun komitmen bulanan kadang kadang membuatkan kita tak sempat untuk membelikan anak dan isteri hadiah Ramai yang menarik nafas lega apabila Perdana Menteri mengumumkan Moratorium sewa be...
Nak Beli 3 Barang Je Alih Alih Penuh Troli Tak Kisah Berhabis Janji Isteri Anak Bahagia

Nak Beli 3 Barang Je Alih Alih Penuh Troli Tak Kisah Berhabis Janji Isteri Anak Bahagia

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 455 hits
Dalam rumah tangga perlulah saling bertolak ansur dan membantu antara suami dan isteri Salah satu cara lain untuk memancing rezeki adalah dengan berbelanja untuk isteri dan anak anak Biasanya isteri yang bahagia bila suaminya tak kedekut Un...
Jangan Tipu Sorok Apa Apa Dari Isteri Instinct Wanita Cukup Kuat Boleh Hidu Semuanya

Jangan Tipu Sorok Apa Apa Dari Isteri Instinct Wanita Cukup Kuat Boleh Hidu Semuanya

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 326 hits
Seorang isteri akan tahu apabila suaminya ditimpa kesusahan Seorang ibu akan tahu apabila anak anak ada masalah Begitulah hebatnya instinct seorang wanita Apabila suami dan anak anak kesayangan ditimpa musibah isteri dan ibulah orang pertam...
Biarlah Isteri Pilih Sendiri Barang Kemas Yang Dia Suka Sanggup Main Kutu Nak Beli Gelang Isteri

Biarlah Isteri Pilih Sendiri Barang Kemas Yang Dia Suka Sanggup Main Kutu Nak Beli Gelang Isteri

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 614 hits
Wanita mana yang tak suka emas kan Emas bukan hanya alat perhiasan untuk wanita malah emas sangat berharga lebih lebih lagi diwaktu kecemasan Sangat sangat berguna Para isteri sanggup menyimpan wang untuk membeli emas asalkan ada satu gelan...
Tahun Ni Bertuah Dapat Hadiah Hari Bapa Special Isteri Dr Say Hamil Lagi

Tahun Ni Bertuah Dapat Hadiah Hari Bapa Special Isteri Dr Say Hamil Lagi

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 465 hits
Setelah memiliki seorang anak lelaki yang berusia setahun nampaknya Dr Say dan isteri bakal menimang cahaya mata lagi sekali apabila Dr Azura Abas hamil buat kali kedua Walaupun jarak kandungan kedua dengan usia anak sulungnya itu tidaklah ...
Video Dulu Emas Isteri Gadai Beli Pampers Ebit Lew Beli Barang Mewah Rai Pengorbanan Anak Amp Isteri

Video Dulu Emas Isteri Gadai Beli Pampers Ebit Lew Beli Barang Mewah Rai Pengorbanan Anak Amp Isteri

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 520 hits
Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew bukan lagi nama asing rakyat Malaysia Beliau yang suka berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan menjadi inspirasi orang ramai Malah beliau juga sering berkongsi kehidupannya di media sosial Peranan beliau s...
Ayah Terlalu Berkira Dengan Mak Duit Banyak Tapi Tak Cukup Sebab Isteri Tak Reda

Ayah Terlalu Berkira Dengan Mak Duit Banyak Tapi Tak Cukup Sebab Isteri Tak Reda

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 502 hits
Orang kata kalau nak murah rezeki sentiasa dahulukan ibu isteri dan anak Sedekah pada ahli keluarga lain dan juga orang yang memerlukan Dalam bahagian duit gaji kita adanya hak orang lain Lagi banyak kita memberi lagi banyak yang kita dapat...
Suami Bagi Duit Poket Masuk Dalam Tabung Suamiku Kaya Masin Mulut Isteri Jadi Murah Rezeki

Suami Bagi Duit Poket Masuk Dalam Tabung Suamiku Kaya Masin Mulut Isteri Jadi Murah Rezeki

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 559 hits
Macam macam cara orang buat simpanan wang Ada yang suka mengadakan pelbagai jenis tabungan khas untuk kegunaan masa hadapan Cara simpanan pun ada banyak Simpan hari hari Simpan pada hujung minggu saja Ikut warna duit pun ada Seperti yang di...
Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Kkv Alamanda

Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Projek Terakhir Sebelum Meninggal Dunia Kim Saeron Tampil Dalam Mv A World Without Pain

Ramai Yang Skeptikal

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like

Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 Cara Elak Mengantuk Selepas Makan

Tambah Mesin Pengimbas Kargo Diperlukan

Jangan Masuk Campur Sampai Kita Pula Zulin Aziz Tuju Pada Siapa

Ugutan Guna Senjata Polis Rampas Mohon Batal Permit Adun Hulu Kinta

Sprm Mahu Kepercayaan Rakyat Dalam Banteras Rasuah Bebas Sahaja Tak Mencukupi

Kebakaran Asrama Fadhlina Sidek Segerakan Bantuan Buat Smk Tinggi Setapak