Beli Bagasi Baru Lagi
Hai,
Kita baru je beli bagasi baru, memandangkan yang lama dah rosak, tayar sudah tercabut maka saya dengan ini sepantas kilat membuka apps Shopee pada asalnya nak cuci mata je. Eh, banyak pula bagasi yang sesuai untuk buat melancong
Saya lebih suka yang jenis material kain nylon tu berbanding plastik ABS kerana ia lembut dan lambat pecah dan lebih ringan daripada plastik ABS. Incase terjatuh ke apa takde lah sedih sangat kan.. Pemilihan material penting supaya beg kita beli boleh bertahan lama dan berbaloi nak guna
Dari segi roda, saya lebih suka kan yang beroda empat , Kalau dulu punya roda dua statik pulak tu. Takleh pusing-pusing 360 darjah. Tayar empat ni lebih stabil kot nak tampung beban dalam bagasi yang berat tu kan. Jadi, tayar yang bagus adalah jenis lambat rosak dan boleh menampung berat barang anda
Untuk warna, seeloknya beli yang tidak mudah kotor dan boleh ambil yang warna hitam. Kalau warna terang dan ceria saya risau kotor je. Kena habuk2 dan mudah tercalar masa check in manatau kannn. So, pilih warna gelap berbanding warna cerah
Bagasi sekarang ada yang mahal, ada yang murah dengan pelbagai jenama. Biasanya kalau harga beratus ringgit tu untung sebab ada cover warranty, jika rosak boleh hantar untuk baiki. Sesuai lah kalau anda jenis travel setahun banyak kali.
Terima kasih Shopee sebab bagi harga promosi. Untung sesangat! Di luar pun tidak semurah ini untuk sebuah bagasi kecil yang baru!
Sebelum terlupa, bagi yang minat nak memulakan perniagaan kecil-kecilan di Shopee, boleh baca sini , Klik Sini
Anda tiada modal untuk beli & simpan stok produk? Juga jangan risau! Ada 3 kaedah dikongsikan yang mana, ia nya tidak memerlukan anda untuk menyimpan stok untuk mula berniaga di Shopee!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.shafiqraduan.com/2019/03/beli-bagasi-baru-lagi.html