Beli Apa I Sinar


Dah dapat i-Sinar?
Mama Yan tak memohon sebab duit dalam EPF pun dah tinggal tak seberapa... maklumla dah lama tak mencarum. Berhenti kerja sekitar 2013, lepas tu dah takde caruman lagi. Akaun 2 pun dah ditarah buat bayar ansuran rumah zaman gerhana dulu. 
"Padan muka MY takde duit EPF nak keluar" kata Elya


Selain daripada digunakan untuk menampung kehidupan seharian,  kalau ada lebihan bolehlah dilaburkan untuk membeli barangan yang berguna. Kalau tak, sebenarnya tak nampak pun duit tu pergi mana...


Apa barangan keperluan masa kini yang boleh dibeli dengan i-Sinar? Bagi MY ada la beberapa barangan yang penting untuk isteri miliki. Kenapa isteri-isteri? Rasanya yang banyak mohon i-Sinar ni kaum isteri yang kena berhenti kerja sebab menumpukan perhatian kepada urusan rumahtangga. Duit EPF yang dikeluarkan pun duit EPF masa kerja zaman-zaman bujang dulu. Beras takyah beli ye...ingat! beras memang untuk dibeli oleh suami dan kaum suami sangat bangga membeli beras untuk keluarga. Jadi biarkan suami membeli beras. Duit EPF kita zaman belum kenal suami, untuk kita... 
 
 1. Dryer machine atau mesin pengering pakaianKat rumah MY dah dekat seminggu dah hujan on off. Matahari masih malu malu di sebalik gumpalan awan. Tak terbayang macam mana penuh ampai pakaian untuk 9 orang kalau masih menyidai kain di ampai. Silap silap langsir rumah pun berganti dengan tshirt, kain pelekat dan kain batik. 
Jangan tak tahu ye...Sidai baju lembab dalam rumah adalah bahaya ye. Udara lembab dalam rumah adalah tak sihat dan boleh menyebabkan pertumbuhan fungus. Mungkin boleh hantar dobi untuk keringkan pakaian, tapi musim musim COVID ni ada nafsu lagi ke nak beratur kat dobi layan diri?
Lagipun, memang jimat masa dan tenaga kerja kita. Takyah sidai selai selai baju. dah sidai nak sepit pulak, kalau tak terbang pulak ke rumah sebelah. Sampai berpeluh peluh menyidai baju, tangan pun naik longlai. Pakai mesin pengering, pindahkan aje pakaian yang dah siap spin dari mesin basuh ke mesing pengering. Set masa, lepas tu, boleh siram pokok lidah mentua sementara tu.
Dah siap...keluarkan dari mesin...terus lipat atau hang dalam almari. Nak basuh pagi boleh, petang boleh, tengah malam boleh... 
Hari hujan pun takpe...takyah jerit suruh anak tarik masuk beranda ampaian roller kita tu. 



2. Air FryerSejak hampir setahun menggunakan air fryer, terpaksa la mengakui.... yang air fryer ni memang banyak memudahkan urusan masak memasak dan memanaskan makanan. 
Tak reti guna? kat dalam Facebook ada group Air Fryer. macam macam resipi dan troubleshoot ada. takde masalah.. Cuma kalau boleh belilah yang jenama standard standard kat Malaysia ni.  Janganla beli jenama yang pelik pelik sangat sampai takde tulis bahasa Melayu dan Inggeris. Jenama Chi-Kai la..jenama Low Ya la... tu semua jangan beli. 
Selain daripada memudahkan kerja, menjimatkan masa...Boleh la kaum kaum isteri ni jaga level kolestrol sebab dah kurang pakai minyak. Nak sihat kaaann... Lepas ni boleh goreng kentang, goreng ayam, goreng ikan, goreng karipap segera dalam air fryer. Takyah buang banyak banyak minyak lepas goreng ayam kat dapur tu. Tapi goreng kopok leko dan jemput MY still guna deep fry ok.
Air fryer ni juga boleh bakar kek comel comel tau. MY dah cuba... memang jadi.., sebab konsep air fryer ni memanaskan menggunakan udara panas. Kek naik gebu woii. tapi tak sempat snap gambar, biasalah...anak ramai dah serbu dulu. Bila teringat dah tinggal bekas. 



+
3. Pressure CookerOkay...Yang ni pun MY memang selalu guna kat rumah. Senang sangat nak masak dan juga cepat. Hari tu kat rumah mentua MY masak nasi ayam 5 pot selama 7 minit je. Beras kembang masak sempurna. Pak mentua dah lama tak selera makan nasi, makan banyak pulak hari tu. 
Rebus ketupat segera yang mini tu untuk anak sarapan lontong 20 minit je...lepas tu sejukkan dalam peti ais. Masak rendang daging 20 minit empuk sangat sangat dah. Belum lagi masak sup tulang ke....Takyah rebus berjam-jam atas dapur gas, rugi gas je. Dah la tak reti tukar gas kalau habis. Jimat gas woi.
So..kalau ada duit lebih belilah pressure cooker. Tak kisah la jenama apa. Macam MY beli yang Noxxa punya. 


4. Laptop/ Desktop & PrinterBenda ni sepatutnya setiap rumah kena la ada satu. Dalam keadaaan anak kita banyak belajar dari rumah, lebih elok ada komputer dan alat pencetak. Lagi lah sekolah menengah sekarang dah ada kerja yang kena buat pakai komputer. Kesian diorang terpaksa bergilir gilir guna komputer kat sekolah.
Anak MY tahun lepas darjah 6 dah ada assignment yang kalau guna komputer lebih elok hasilnya. Bukan anak je boleh pakai, mak mak yang business online pun boleh tumpang sekaki tangan guna komputer.
MY pun tengah plan nak beli sebiji laptop untuk kegunaan anak anak buat kerja sekolah dan kelas online. Tapi sekarang tengah PKP pula...tangguh dulu la nak ke kedai komputernya. 



5. Alat penimbang jangan kedekut untuk invest untuk barangan kesihatan. Belilah alat penimbang yang berkualiti untuk monitor berat badan. Bukan nak suruh diet jadi slim macam datin paduka Eina Azman... Tapi untuk kawal obesiti. 
Tapi...MY dah lama ada weighing scale kat rumah pun gemuk juga..macam mana tu??







Ini sekadar idea aje la... sebenarnya kalau banyak duit... macam macam nak beli. Tapi tu la... hutang lagi banyak dari duit...acaner?
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziankhalil.com/2021/01/beli-apa-i-sinar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Duit I Sinar Kami Dahulukan Untuk Mak Enam Beradik Buat Surprise Beli Gelang Emas Besar Untuk Ibu

Duit I Sinar Kami Dahulukan Untuk Mak Enam Beradik Buat Surprise Beli Gelang Emas Besar Untuk Ibu

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 375 hits
Seperti yang diketahui kebanyakan rakyat Malaysia pada ketika ini sudah boleh mengeluarkan wang dari i Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Masing masing pasti mempunyai perancangan yang tersendiri untuk membelanjakan wang tersebut Namun be...
Dapat Duit I Sinar 6 Beradik Sepakat Beli Gelang Emas Hadiah Buat Ibu Tercinta

Dapat Duit I Sinar 6 Beradik Sepakat Beli Gelang Emas Hadiah Buat Ibu Tercinta

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 315 hits
Umum sedia maklum bahawa kumpulan pertama pemohon I Sinar telah diterima oleh rakyat Malaysia Pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ini merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat membangun kembali ekonomi susulan kegawatan yang...
Di Ambang Darurat Umno Desak Selesai Isu I Sinar Moratorium

Di Ambang Darurat Umno Desak Selesai Isu I Sinar Moratorium

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 174 hits
January 12 2021 Zahid Hamidi PETALING JAYA Di ambang darurat yang akan berlarutan sehingga 1 Ogos Umno hari ini mendesak kerajaan selesaikan isu sekitar pengeluaran wang caruman KWSP dan lanjutan moratorium ke atas pembayaran pinjaman bank ...
Cara Upload Dokumen Sokongan I Sinar Kategori 2 Kwsp

Cara Upload Dokumen Sokongan I Sinar Kategori 2 Kwsp

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 618 hits
Alhamdulillah bersinar sinar wajah suri rumah dan pencarum lain yang telah pun menerima kredit wang pengeluaran i Sinar KWSP kategori 1 dalam minggu ini Semoga dimanfaatkan sebaik yang mungkin untuk kegunaan dalam jangka masa panjang In Sha...
Permohonan Baharu I Sinar Cara Masukan Dokumen Sokongan I Sinar

Permohonan Baharu I Sinar Cara Masukan Dokumen Sokongan I Sinar

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 719 hits
PERMOHONAN BAHARU i SINAR CARA MASUKAN DOKUMEN SOKONGAN i SINAR Kepada yang telah dan masih belum membuat permohonan i Sinar anda boleh membuat permohonan baharu i Sinar Anda juga boleh belajar cara masukan dokumen sokongan bagi memastikan ...
Cara Memohon I Sinar Kategori 2 Panduan Menghantar Dokumen Sokongan

Cara Memohon I Sinar Kategori 2 Panduan Menghantar Dokumen Sokongan

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 991 hits
Cara Memohon I sinar Kategori 2 Panduan Menghantar Dokumen Sokongan Seperti yang dimaklumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Permohonan i Sinar kategori 2 akan mula dibuka pada 11 Januari 2021 Baca Juga Cara Untuk Memohon i Sinar Katego...
Berang Tak Dapat Keluarkan Wang I Sinar Penganggur Pecahkan Mesin Atm

Berang Tak Dapat Keluarkan Wang I Sinar Penganggur Pecahkan Mesin Atm

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 349 hits
SIBU Berang kerana tidak dapat mengeluarkan wang seorang penganggur memecahkan mesin pengeluaran wang automatik di sebuah pasar raya di Jalan Salim di sini semalam Dalam kejadian jam 5 55 petang lelaki berusia 35 tahun itu ke ATM berkenaan ...
Tak Merasa I Sinar 2 Pengawal Keselamatan Ditahan Berkomplot Dengan Member Curi Kabel Tnb

Tak Merasa I Sinar 2 Pengawal Keselamatan Ditahan Berkomplot Dengan Member Curi Kabel Tnb

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 264 hits
Enam individu termasuk dua pengawal keselamatan ditahan kerana berkomplot dengan empat yang lain mencuri tembaga serta kabel milik Tenaga Nasional Berhad nbsp Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superitendan Hussin Zamora berkata salah seorang p...
Kemaskini Amaun I Sinar Cara Tukar Amaun I Sinar

Kemaskini Amaun I Sinar Cara Tukar Amaun I Sinar

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 894 hits
KEMASKINI AMAUN i SINAR CARA TUKAR AMAUN i SINAR Berdasarkan respon pemohon i Sinar KWSP ramai yang telah membuat kesilapan semasa mengisi permohonan i Sinar secara online bagi kategori 1 Contoh kesilapan yang dibuat adalah tersilap meletak...
Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Jadilah Wanita Yang Mahal Thalia Baiduri Harap Wanita Jaga Darjat Jangan Bergaduh Kerana Buaya

Jpsm Mengesahkan Kegiatan Pembalakan Di Bukit Beserah Berlaku Dalam Kawasan Tanah Persendirian

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Baby Car Seat Malaysia Safety Standards What Parents Need To Know

Antara Momen Yang Umi Akan Rindu

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Leave Pang Alone Skjcs Aren T Illegal Umno Man Tells Fadhli

Titah Hasrat Dan Pandangan Tuanku