Belanjawan Ph Gagal Tunai Janji 30 Pembangunan Rakyat Serawak



Kenyataan Media Mengenai Belanjawan 2020  
Belanjawan2020 gagal menunaikan janji untuk Rakyat Sarawak 
Manifesto PH telah menjanjikan 30 peratus dana pembangunan


1.Belanjawan 2020 sedap didengar dan hanya indah pada bunyinya, namun ia sebenarnya gagal memenuhi janji manifesto Pakatan Harapan (PH), untuk rakyat Sarawak sendiri.2. Dari segi peruntukan pembangunan misalannya, Sarawak menerima hanya RM4.4 bilion berbanding RM5.2 bilion untuk Sabah. Jumlah RM9.6 bilion untuk Sarawak dan Sabah ini hanya 17.1 peratus daripada jumlah dana pembangunan dalam Bajet 2020.3. Manifesto PH telah menjanjikan 30 peratus dana pembangunan akan diagihkan kepada Sarawak dan Sabah, tapi kenapa hanya 17.1 peratus yang diperuntukkan?4. Pada masa sama, mengapa Sarawak terus menerima peruntukan jauh lebih kecil berbanding Sabah, sedangkan Sarawak negeri terbesar, dengan keluasan hampir menyamai seluruh tanah Semenanjung. Apakah rasionalnya memberikan peruntukan lebih kecil kepada Sarawak.5. Jika beginilah caranya Kerajaan Pakatan Harapan mengagihkan peruntukan untuk Sarawak dan Sabah, hasrat untuk merapatkan jurang pembangunan antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung nampaknya tidak akan dapat dicapai dalam masa terdekat terutama dari segi infrastruktur.6. Ini kerana Kerajaan Pakatan Harapan sendiri tidak mampu untuk menunaikan apa yang telah dijanjikan dalam Manifesto kepada rakyat Sarawak sendiri.7. Begitu juga peruntukan bagi sekolah daif, kita mahu mendengar perincian pelaksanaannya untuk Sarawak. Ini kerana Sarawak sudah membayar RM350 juta sebagai bayaran awal untuk sejumlah RM1 bilion sebagai kontra, malangnya ia tidak diperincikan di dalam pembentangan Belanjawan 2020.8. Kita mahu projek menaiktaraf dan membina semula sekolah daif di Sarawak dipercepatkan untuk menjamin kebajikan anak-anak dan guru-guru supaya pada akhirnya pencapaian anak-anak itu sendiri dapat dipertingkatkan.9. Belanjawan 2020 juga tidak menyentuh langsung janji Manifesto PH Sarawak untuk memulangkan kembali 50 peratus cukai yang dikutip di Sarawak. Tiada langsung pengumuman mengenainya. Mana janji manifesto PH Sarawak?10. Secara umum kita juga melihat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak dihormati apabila Menteri Kewangan menyentuh mengenai semakan semula geran untuk Sarawak dan Sabah di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.11. Kita menyambut baik hasrat Kerajaan Persekutuan untuk menaikkan geran kepada Sarawak dan Sabah, namun apakah perkara ini sudah dibincangkan, diperincikan dan diluluskan diperingkat Jawatankuasa Teknikal yang ditubuhkan?12. Saya percaya perkara seperti itu perlu dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Teknikal, diperhalusi, diperincikan dan dipersetujui bersama, barulah boleh diumumkan, bukannya keputusan dibuat secara unilateral.13. Ini kerana kadar pemberian khas amat jauh berbeza yang mana Sabah menerima RM106.8 juta berbanding Sarawak RM64 juta dalam tempoh lima tahun.Sebab itu kita menganggap Semangat MA63 tidak dipenuhi, dihayati dan dihormati oleh Menteri Kewangan sendiri.14. Semua ini juga menunjukkan Sarawak masih dilihat dengan sebelah mata bukan dengan sepenuhnya, sebab itu kita lihat Sarawak menerima peruntukan jauh lebih rendah berbanding Sabah, walaupun luas Sarawak jauh lebih besar.Dato Sri Fadillah Yusof
Ketua Whip GPS
Ahli Parlimen Petra Jaya
11 Oktober 2019

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/10/belanjawan-ph-gagal-tunai-janji-30.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun M Akui Sukar Tunai Janji Manifesto Ph Tun M Menipu Rakyat

Tun M Akui Sukar Tunai Janji Manifesto Ph Tun M Menipu Rakyat

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 352 hits
KL Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kerajaan sukar menunaikan manifestonya termasuk janji untuk memansuhkan beberapa undang undang yang drakonian atau keterlaluan Perdana Menteri berkata perkara itu tidak mudah dilaksana apatah lagi dengan ...
Belanjawan 2020 Pinggirkan Suara Rakyat Serawak Dato Sri Nancy Shukri

Belanjawan 2020 Pinggirkan Suara Rakyat Serawak Dato Sri Nancy Shukri

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 457 hits
Berita Dan Laporan Hal Ehwal Politik Semasa Dalam Malaysia Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter Instagram Telegram UMNO Online
Didakwa Tak Tunai Janji Ketika Kempen Datuk Bandar Diheret Belakang Trak Sepanjang Jalan

Didakwa Tak Tunai Janji Ketika Kempen Datuk Bandar Diheret Belakang Trak Sepanjang Jalan

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 236 hits
Chiapas Mexico Seorang datuk bandar yang didakwa gagal menunaikan janji semasa kempen menghadapi detik cemas apabila dihukum oleh para penduduk yang menunjukkan protes terhadapnya pada Selasa lalu Menurut penduduk yang bersenjatakan kayu me...
Mana Imbohan Rm20 000 Kami Oh Ikut Ph Akui Tak Mahu Tunai Janji

Mana Imbohan Rm20 000 Kami Oh Ikut Ph Akui Tak Mahu Tunai Janji

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 235 hits
SUKANKUALA LUMPUR Bukan setakat skuad yang beraksi di Liga Super Piala Presiden dan Piala Belia saja malah pasukan wanita Melaka United yang berjaya menjulang Piala Tun Sharifah Rodziah Julai lalu turut menjadi mangsa apabila wang imbuhan R...
Belanjawan 2020 Untuk Kapitalis Bukti Ph Tak Mesra Rakyat Ismail Sabri

Belanjawan 2020 Untuk Kapitalis Bukti Ph Tak Mesra Rakyat Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 319 hits
Belanjawan 2020 telah dibentangkan Jumaat lalu oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang merupakan tahun kedua kepada Pakatan Harapan dalam melaksanakan pentadbiran namun malangnya ia tidak memberi kesan apa apa Hal tersebut diakui oleh Ketua...
Belanjawan 2020 Pulih Keyakinan Rakyat Ke Atas Ph

Belanjawan 2020 Pulih Keyakinan Rakyat Ke Atas Ph

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 395 hits
Bernama BACHOK Pakatan Harapan Kelantan menyifatkan Belanjawan 2020 dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam berjaya memulihkan keyakinan rakyat terhadap kemampuan kerajaan dalam mengurus ekonomi negara Pengerusinya Husam Musa ber...
Memantapkan Ekonomi Mempersiapkan Rakyat Agenda Utama Belanjawan 2020

Memantapkan Ekonomi Mempersiapkan Rakyat Agenda Utama Belanjawan 2020

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 414 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Belanjawan 2020 Penggunaan E Dompet One Off Rm30 Buat Rakyat Berumur 18 Tahun Ke Atas

Belanjawan 2020 Penggunaan E Dompet One Off Rm30 Buat Rakyat Berumur 18 Tahun Ke Atas

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 636 hits
Kerajaan menawarkan rangsangan digital secara one off bernilai RM30 kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan kurang daripada RM100 ribu Ia sebagai usaha mempercepat transformasi ke arah peningkatan pen...
Belanjawan 2020 Kerajaan Memperuntukkan Rm50 Juta Untuk Pembangunan Ekosistem 5g

Belanjawan 2020 Kerajaan Memperuntukkan Rm50 Juta Untuk Pembangunan Ekosistem 5g

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 635 hits
Rangkaian 5G dijangka akan digunakan secara meluas dalam beberapa tahun akan datang Selari dengannya hari ini kerajaan mengumumkan peruntukkan sebanyak RM50 juta dalam usaha mengalakkan pembangunan produk dan perkhidmatan berkaitan ekosiste...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025