Belanjawan 2023 Kerajaan Pahang Akan Tingkatkan Industri Ternakan Pertanian




KUANTAN - Beberapa langkah dan strategi telah disusun kerajaan Pahang terhadap industri penternakan dan pertanian bagi menyuntik rangsangan kepada industri berkaitan kecukupan bekalan dan agromakanan.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, suntikan rangsangan itu dibuat bagi memastikan hasil pengeluaran makanan tidak terganggu pada masa akan datang.
Menurutnya, bagi industri penternakan, pemerkasaan sokongan terhadap warga penternak serta industri hiliran adalah prasyarat yang mesti dikukuhkan.
"Pahang merupakan negeri pengeluar utama daging lembu di Semenanjung Malaysia. Justeru, kerajaan negeri akan memperuntukkan sebanyak RM2.97 juta kepada industri ini.
"Peruntukan sebanyak itu disalurkan bagi memastikan industri penternakan Pahang terus berkembang dan kekal mampan. Kita juga akan merancakkan penghasilan baka ternakan premium seperti lembu wagyu dengan peruntukan sebanyak RM3.4 juta.
"Pada masa sama, sebanyak RM3 juta lagi akan diperuntukkan kepada 300 induk baka bagi menjayakan inisiatif ini," katanya ketika sesi pembentangan Belanjawan Pahang 2023 di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Sri Pahang di sini pada Jumaat.
Menyentuh mengenai industri pertanian, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri akan membelanjakan RM3.35 juta bagi membantu para petani di seluruh Pahang.
Jelasnya, ia termasuk memastikan para petani yang terlibat dalam pembangunan projek pertanian terancang, didedahkan dengan pelbagai teknologi pertanian terkini.
Katanya, pendekatan pertanian ketepatan iaitu konsep pertanian pintar dan internet perkara (loT) seperti penggunaan dron bukan sahaja mampu menjimatkan kos, malah berupaya meningkatkan kecekapan pengurusan ladang dan meningkatkan pengeluaran hasil.
"Kita galakan juga akan diberikan kepada orang ramai untuk bercucuk tanam secara individu atau berkumpulan.
"Selain itu, penanaman baharu dan pemulihan projek bagi tanaman buah-buahan, sayur-sayuran, tanaman kontan, tanaman kelapa dan komoditi berpotensi akan diberi tumpuan," ujar beliau.
Wan Rosdy berkata, bagi memastikan pengeluaran makanan seperti buah, sayur, dan tanaman kontan menepati piawaian serta selamat dimakan, bilangan Ladang Berstatus Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) dengan amalan pertanian yang baik akan ditingkatkan.
Menurutnya, beberapa inisiatif lain akan turut dilaksanakan antaranya pengeluaran tanaman baharu yang berpotensi seperti sacha inchi, vanila dan buah tin dengan mengaplikasikan teknologi rumah hijau melalui peruntukan RM1 juta.
Selain itu, Wan Rosdy yakin kerajaan negeri melalui Yayasan Pahang akan memperhebatkan Projek Bumi Hijau Tanaman Fertigasi bagi membantu golongan rentan menambah pendapatan.
Tambah beliau, usaha ini telah dimulakan dengan projek rintis tanaman fertigasi cili bara oleh penghuni di Jalan Wong Ah Jang, Kuantan.
Katanya, program Usahawan Tani Fertigasi akan diwujudkan dengan melibatkan 40 kampung di seluruh Pahang.
"Setiap 10 individu yang layak daripada setiap kampung tersebut akan menerima RM10 ribu dan keseluruhan projek ini akan menelan belanja sebanyak RM400 ribu," jelas beliau lagi.
Kerajaan negeri akan membangunkan satu pusat Kajian dan Penyelidikan (R&D) serta kilang bagi menghasilkan dedak ternakan.
Wan Rosdy memaklumkan, sebanyak RM5 juta akan diperuntukkan untuk tujuan ini. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/10/belanjawan-2023-kerajaan-pahang-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2023 Pahang Tetap Akan Di Bentangkan Di Sidang Dun Jumaat Ini

Belanjawan 2023 Pahang Tetap Akan Di Bentangkan Di Sidang Dun Jumaat Ini

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 211 hits
BENTONG Belanjawan 2023 Pahang tetap akan dibentangkan di persidangan dewan undangan negeri pada Jumaat ini kata Menteri Besar Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail Belanjawan akan diteruskan pada 7 Oktober ini belum ada apa apa katanya ringkas sem...
Mb Status Dun Pahang Akan Di Ketahui Selepas Belanjawan 2023 Di Luluskan

Mb Status Dun Pahang Akan Di Ketahui Selepas Belanjawan 2023 Di Luluskan

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 177 hits
KUANTAN Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata status Dewan Undangan Negeri Pahang akan diketahui dalam masa terdekat selepas Belanjawan Pahang 2023 diluluskan Beliau berkata keutamaan buat masa ini adalah untuk melulu...
Hutang Liabiliti Kerajaan Rm1 42 Trilion 2023 Naik Lagi

Hutang Liabiliti Kerajaan Rm1 42 Trilion 2023 Naik Lagi

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 235 hits
satuberita myBy JUMLAH hutang dan liabiliti kerajaan setakat Jun 2022 dianggarkan berjumlah RM1 42 trilion dan akan meningkat lagi tahun depan apabila pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membentangkan Bajet defisit 20...
Intervensi Mikroorganisma Tingkatkan Potensi Komersil Produk Berasaskan Sisa Pertanian

Intervensi Mikroorganisma Tingkatkan Potensi Komersil Produk Berasaskan Sisa Pertanian

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 240 hits
Oleh Dr Abd Rahman Jabir Mohd Din Pegawai Penyelidik di Universiti Teknologi Malaysia Memetik laporan Jabatan Statistik Malaysia tahun 2019 sektor pertanian negara menyumbang lebih sejumlah RM115 5 billion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar...
Bajet 2023 Perlu Dibentang Semula Selepas Kerajaan Baharu Dibentuk

Bajet 2023 Perlu Dibentang Semula Selepas Kerajaan Baharu Dibentuk

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 187 hits
Bajet 2023 Perlu Dibentang Semula Selepas Kerajaan Baharu Dibentuk Tan Sri Azhar Azizan Harun Yang Dipertua Dewan Rakyat Parlimen bubar bagaimana dengan Bajet 2023 Bajet yang bertemakan Keluarga Malaysia Makmur Bersama itu mencetuskan perso...
Belanjawan 2023 Ngo Gesa Tingkat Insentif Harga Padi Kepada 80 Sen

Belanjawan 2023 Ngo Gesa Tingkat Insentif Harga Padi Kepada 80 Sen

papar berkaitan - pada 25/9/2022 - jumlah : 199 hits
Pesawah menaruh harapan kerajaan mengumumkan berita gembira pada Bajet 2023 untuk membantu meningkatkan pendapatan mereka dan pengeluaran padi negara PETALING JAYA Kerajaan digesa menaikkan insentif harga padi kepada 80 sen per kilogram ber...
Hasil Negara Dijangka Jatuh Dari Mana Kerajaan Dapat Wang Untuk Belanjawan Terlalu Besar

Hasil Negara Dijangka Jatuh Dari Mana Kerajaan Dapat Wang Untuk Belanjawan Terlalu Besar

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 193 hits
Belanjawan 2023 diselar sebagai belanjawan paling gagal kerana memperuntukkan perbelanjaan paling tinggi dalam sejarah iaitu sebanyak RM372 3 bilion walaupun hasil kerajaan diunjurkan jatuh tahun hadapan Belanjawan 2023 meningkat RM40 2 bil...
Walau Sudah Dibatalkan Tetapi Ini Menunjukkan Kelemahan Kerajaan Melayu Isle Bajet 2023 Hanya Tumpu 5 Syarikat Besar

Walau Sudah Dibatalkan Tetapi Ini Menunjukkan Kelemahan Kerajaan Melayu Isle Bajet 2023 Hanya Tumpu 5 Syarikat Besar

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 182 hits
Bajet 2023 hanya tumpu 5 syarikat besar Posted By on October 10 2022Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Kerajaan BN dilihat hanya memanfaatkan syarikat besar yang jumlahnya sekitar 5 daripada kelompok perniagaan di negara ini Menurut Set...
Bajet 2023 Gula Gula Pru Seronok Tetapi Kerajaan Berwibawa Diperlukan Menyelamatkan Negara

Bajet 2023 Gula Gula Pru Seronok Tetapi Kerajaan Berwibawa Diperlukan Menyelamatkan Negara

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 208 hits
Rakyat diingatkan agar tidak terpengaruh dengan gula gula pilihan raya yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 yang dibentang oleh kerajaan BN semalam Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin belanjawan yang banyak mengumumkan pemberian d...
Metamask Security Warning

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Overcoming The Funding Challenges

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Kari Ayam Perap Nenek Dulu Tanya Mak Kenapa Kari

Prapesan Siri Realme 14 Bermula Deposit Serendah Rm20

Perlis Pun Kalah Hanya 10 Penduduk Direkodkan Kampung Bandar Terus Bertahan Dengan Warisan Sejarah

Mpob Dan Sumisaujana Bekerjasama Untuk Mengkomersialkan Poliol Berasaskan Sawit Untuk Kegunaan Industri Global

Investigation Reveals Millions Of Ringgit Transferred Into Najib S Account Testifies Former Io

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle