Belanjawan 2021 Rancakkan Ekonomi Pulihkan Keyakinan Tengku Zafrul


Belanjawan 2021 yang dijadual dibentangkan di Parlimen pada 6 November ini bertujuan untuk merancakkan semula ekonomi selain memulihkan keyakinan pelabur dan pengguna untuk memacu ekonomi, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
“Fokus utama adalah untuk memacu sumber pertumbuhan baharu dan masa depan Malaysia, berikutan 2021 akan menjadi tahun untuk kita mempertahankan pertumbuhan yang kita harapkan dapat dicapai pada suku ketiga dan keempat tahun ini.
“Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), agensi-agensi penarafan dan penganalisis mengunjurkan Malaysia untuk mencatat pertumbuhan kukuh pada 2021. Jadi, belanjawan negara perlu dirangka untuk memenuhi dan melancarkan pertumbuhan ini, ” katanya dalam program ‘Money Matters’ terbitan TV3 pada Sabtu.
Mengenai projek-projek Mega seperti Transit Aliran Ringan Laluan 3, Transit Aliran Massa 2, Laluan Rel Pantai Timur dan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP), beliau berkata kerajaan bercadang meneruskan projek-projek itu berikutan potensi sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Tengku Zafrul berkata negara perlu berbelanja dan melabur untuk merangsang ekonomi dan projek-projek mega ini akan menambah satu peratus kepada KDNK negara, seperti Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang menokok sekurang-kurangnya tiga peratus kepada KDNK.
Beliau berkata defisit belanjawan akan meningkat kepada antara 5.8 peratus dan 6.0 peratus tahun ini berikutan langkah rangsangan yang diperkenalkan untuk memerangi cabaran akibat pandemik COVID-19.
“Sesuatu yang baik mengenai PRIHATIN dan PENJANA ini adalah langkah-langkahnya yang sementara dan hanya sekali beri. Suntikan fiskal kira-kira RM45 bilion tidak akan muncul kembali pada belanjawan tahun depan.
“Jadi, secara matematik, pinjaman kita akan berkurangan dan KDNK akan meningkat tahun depan. Apabila syarikat semakin baik, perolehan cukai kerajaan akan menjadi lebih baik dan diharap membantu kita untuk kembali kepada defisit belanjawan di bawah empat peratus.
Mengenai masa depan, Tengku Zafrul berkata beliau optimis bahawa Malaysia berada di landasan untuk mencapai pemulihan berbentuk V dengan pembukaan ekonomi secara berperingkat susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat sebelum PKP Pemulihan .
“Bank Dunia, IMF dan agensi-agensi penarafan turut memberikan isyarat Malaysia untuk melalui pemulihan berbentuk V. Bank Negara Malaysia menjangkakan pertumbuhan KDNK negara untuk tumbuh antara -2.0 hingga 0.5 peratus tahun ini.
“Tahun depan, konsensus adalah pada lima peratus pertumbuhan KDNK bagi Malaysia. Bagi saya, ia adalah isyarat positif bahawa ekonomi kita akan bertambah baik,” katanya.
— BERNAMA
The post Belanjawan 2021 rancakkan ekonomi, pulihkan keyakinan – Tengku Zafrul appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/05/belanjawan-2021-rancakkan-ekonomi-pulihkan-keyakinan-tengku-zafrul/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=belanjawan-2021-rancakkan-ekonomi-pulihkan-keyakinan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tengku Zafrul Sees Malaysia S Gdp Growing 6 3 7 5pc In 2021

Tengku Zafrul Sees Malaysia S Gdp Growing 6 3 7 5pc In 2021

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 266 hits
International agencies have forecast that Malaysia s gross domestic product in 2021 will be in the range of 6 3 per cent to 7 5 per cent says Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz The Finance Minister said the projections are subject to Malay...
Dasar Fiskal Kerajaan Susulan Covid 19 Satu Respons Yang Tepat Tengku Zafrul

Dasar Fiskal Kerajaan Susulan Covid 19 Satu Respons Yang Tepat Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 381 hits
KUALA LUMPUR 26 Jun Kerajaan percaya dasar fiskal yang dilaksanakan susulan krisis akibat pandemik COVID 19 merupakan satu respons yang tepat walaupun S P Global Ratings mengekalkan penarafan Malaysia pada tahap A dengan semakan semula pros...
Rakyat Perlu Berbelanja Dan Sokong Pelancongan Domestik Bagi Rancakkan Ekonomi Negara

Rakyat Perlu Berbelanja Dan Sokong Pelancongan Domestik Bagi Rancakkan Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 260 hits
Rakyat negara ini yang masih mempunyai pekerjaan dan kemampuan disaran keluar berbelanja menyokong perniagaan dan syarikat tempatan serta melancong dalam negeri Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata aktiviti it...
Industri Mice Penting Rancakkan Ekonomi Tarik Pelabur

Industri Mice Penting Rancakkan Ekonomi Tarik Pelabur

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 309 hits
KUALA LUMPUR 4 JULAI Industri mesyuarat insentif persidangan dan pameran berperanan penting dalam menarik tumpuan pelabur sekali gus membawa pelaburan langsung asing ke dalam negara Bagaimanapun sejak pandemik Covid 19 melanda dunia industr...
Next 3 To 6 Months Crucial For Economic Recovery Says Tengku Zafrul

Next 3 To 6 Months Crucial For Economic Recovery Says Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 304 hits
Finance Minister Tengku Zafrul Aziz says Malaysia s move to lower the overnight policy rate is driven by global economic conditions KUALA LUMPUR The coming three to six months will be crucial for the successful implementation of the Nationa...
Tengku Zafrul Rebecca Bincang Cabaran Anjur Apec Susulan Covid 19

Tengku Zafrul Rebecca Bincang Cabaran Anjur Apec Susulan Covid 19

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 409 hits
KUALA LUMPUR 24 Jun Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Pengarah Eksekutif Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik Tan Sri Dr Rebecca Sta Maria hari ini membincangkan cabaran menganjurkan sidang kemuncak APEC tahun ini dengan pe...
Bayaran Kepada 181 000 Permohonan Rayuan Bpn Akan Dibuat Mulai Esok Tengku Zafrul

Bayaran Kepada 181 000 Permohonan Rayuan Bpn Akan Dibuat Mulai Esok Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 317 hits
Menerusi siaran langsung Laporan Laksana Ke 10 Pelaksanaan PRIHATIN dan PENJANA hari ini Menteri Kewangan Tengku Dato Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan bahawa bayaran bagi permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional akan dibuat mulai...
Masuk Zona Hijau Sukabumi Mulai Longgarkan Aktivitas Ekonomi

Masuk Zona Hijau Sukabumi Mulai Longgarkan Aktivitas Ekonomi

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 210 hits
Menurutnya aktivitas perekonomian merupakan tulang punggung warga Kota Sukabumi Mengingat mayoritas masyarakat di Kota Mochi ini usahanya bergerak di bidang jasa dan perdagangan
Gerakan Pakai Masker Bank Bri Dukung Aktivitas Ekonomi Pasar Tradisional

Gerakan Pakai Masker Bank Bri Dukung Aktivitas Ekonomi Pasar Tradisional

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 293 hits
Dukungan diwujudkan dengan ikut aktif dalam Gerakan Pakai Masker yang dibentuk untuk menyalurkan bantuan masker gratis kepada pedagang pasar tradisional dan masyarakat yang berbelanja di pasar tradisional
Menginap Di Bilik King Premier Sea View Balcony Doubletree By Hilton Hotel

How To Stay Safe While Enjoying The Backcountry This Summer

Zafrul Lompat Zahid Marah Anwar Happy

Makan Malam Di Bilik Hotel Je

Sabah Pkr To Begin Talks With Harapan Partners Ahead Of Election

Redhouse Lane Unearthing The Hidden Cathedral Caves Beneath The Forest Of Dean

Dapurhack Trik Mudah Kurangkan Masin Ikan Kering Confirm Mak Mertua Puji

Tengku Ampuan Pahang Mencemar Duli Menziarahi Pusara Akiko Okumura Di Tanah Perkuburan Usj 22 Subang Jaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mb Selangor Amirudin Goyang Mungkin Mangsa Seterusnya Yang Bakal Kena Kerat

Aku Koyakkan Baju Dia Posting Bos Susu Raih Perhatian Ramai Promote Ais Krim Guna Double Meaning

Kerjaya Sebagai Usahawan Sambilan Kopersi Digital

Why Is A Non Muslim Dap Rep Be Allowed To Poke His Nose In The Running Of Islamic Affairs

Breakfast Di Ruang Makan Kitchen Double Tree By Hilton Hotel

Cara Simpan Daun Bawang Dan Ketumbar Sebulan Pun Segar Lagi