Belanjawan 2021 Lulus Tapi Kerajaan Tetap Dilihat Lemah


 
Meski Belanjawan 2021 berjaya diluluskan di Dewan Rakyat hari ini, masih terdapat banyak perkara dan butir-butir di dalam belanjawan yang tidak dihiraukan oleh kerajaan Perikatan Nasional.
Atas sebab ini juga pembangkang sepakat untuk membantah belanjawan tersebut.
Belanjawan itu juga terdapat banyak kelemahan, dan ini telah dibukti dan diperdebatkan secara terperinci di Dewan Rakyat oleh ahli-ahli Parlimen.
Belanjawan 2021 mencerminkan betapa kerajaan PN hanya mengutamakan hayat politik mereka lebih dari kebajikan dan keterdesakan hidup rakyat.
Semasa perbahasan belanjawan di peringkat jawatankuasa, terdapat ramai ahli Parlimen dari pelbagai parti politik yang telah menyuarakan kebimbangan terhadap pelbagai isu mustahak, terutamanya isu pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan kurangnya jala keselamatan melibatkan warga yang tidak punyai simpanan KWSP, peruntukan yang melampau tinggi sebanyak RM40.5 juta kepada Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) dan tujuan dana tersebut diperuntukkan, apakah ia digunakan untuk tujuan politik dan sebagainya, dan juga peruntukan yang tidak mencukupi kepada para peniaga yang kini sedang terhimpit.
Walaubagaimanapun, oleh kerana kerajaan PN telah mengaitkan kononnya gaji dan prestasi penjawat awam akan terkesan sekiranya belanjawan tidak diluluskan, maka terdapat sejumlah ahli Parlimen memilih untuk mendukung belanjawan tersebut dan sebagai solidariti ke atas jutaan penjawat awam yang turut terkesan di era ekonomi pandemik ini, meski belum tentu mereka bersetuju dengan kerajaan PN.
Adalah dikesalkan juga tatkala terdapat beberapa orang ahli Parlimen yang telah menyatakan pandangan keras terhadap beberapa isu sebelum ini telah mengundi untuk menyokong belanjawan tersebut.
Penurunan penarafan Malaysia oleh Fitch Ratings baru-baru ini juga menunjukkan betapa lemahnya prestasi pengurusan ekonomi negara, dan tahap tatakelola yang membimbangkan.
Kita sedang kembali ke era gelap di mana kerajaan akan terus menginjak prinsip ketelusan, tatakelola yang baik dan pengurusan dana yang cekap.
Prestasi dan markah tatakelola Malaysia turut melemah pada tahun ini, seperti yang dilaporkan Bank Dunia, dan dijangka aspek lain seperti indeks rasuah dan kebebasan media akan turut merudum.
Keyakinan daripada para pelabur akan turut terkesan, dan berkemungkinan negara-negara serantau akan meninggalkan kita dalam pelbagai lapangan, terutamanya sektor ekonomi dan pembangunan.
Saat negara sedang memerlukan suatu anjakan baru tentang bagaimana harus kita bangkit dari suasana ekonomi pandemik seperti hari ini, PN telah membuktikan bahawa ia tidak berkeupayaan untuk menjalankan tanggungjawab dengan berkesan.
Kerajaan PN akan terus berdepan dengan masalah keyakinan, dan ini telah dibuktikan hari ini apabila ia hanya berjaya mempunyai tidak lebih dari 112 sokongan.
Kerajaan lemah seperti ini akan terus tunduk kepada watak-watak rakus yang berkepentingan dan kebajikan rakyat akan terus dikorbankan.
ANWAR IBRAHIM, KETUA PEMBANGKANG
15 Disember 2020.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/12/belanjawan-2021-lulus-tapi-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2021 Lulus

Belanjawan 2021 Lulus

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 220 hits
Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Senator Dato Seri Tengku Zafrul telah pada 06 November lepas diluluskan oleh Dewan Rakyat sebentar tadi Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Harun ketika mengumumkan berkata seramai 111 Ah...
Bajet Dah Lulus Tapi Dari Mana Kerajaan Nak Cekau Duit

Bajet Dah Lulus Tapi Dari Mana Kerajaan Nak Cekau Duit

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 224 hits
Keyataan ttg kelulusan sokongan budget kerajaan bg 2021 persoalan nya adalah lebih berunsurkan reality Apakah budget ini di luluskan untuk kepentingan beberapa org dan sesetegah pihak Dimanakah kerajaan akan mendapatkan kewangan bagi mereal...
Belanjawan 2021 Lulus Muhyiddin Bertahan Dengan Majoriti Tiga Sokongan

Belanjawan 2021 Lulus Muhyiddin Bertahan Dengan Majoriti Tiga Sokongan

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 246 hits
December 15 2020 4 22 PMKUALA LUMPUR Laungan takbir dan pengkhianat bergema di Dewan Rakyat apabila Belanjawan 2021 diluluskan dengan majoriti tiga undi sekali gus menamatkan cubaan pembangkang untuk menyingkir Perdana Menteri Muhyiddin Yas...
Sekali Pn Kalah Undi Belanjawan 2021 Kerajaan Goyang Dr Azman

Sekali Pn Kalah Undi Belanjawan 2021 Kerajaan Goyang Dr Azman

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 230 hits
Kerajaan Perikatan Nasional perlu berjaya meluluskan kesemua Rang Undang undang Perbekalan yang dibahaskan pada Peringkat Jawatankuasa sekiranya mahu kekal teguh dan berkuasa Menurut Ahli Parlimen Kuala Kedah Dr Azman Ismail sekali sahaja p...
Proses Pertukaran Kerajaan Berjalan Di Dalam Atau Di Luar Belanjawan 2021

Proses Pertukaran Kerajaan Berjalan Di Dalam Atau Di Luar Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 249 hits
Proses pertukaran kerajaan dari Perikatan Nasional kepada Pakatan Harapan masih berjalan biar pun ramai melihat hal itu seolah olah gagal dilakukan dalam pengundian Belanjawan 2021 peringkat dasar pada 26 November lalu juga beberapa siri un...
Jadual Ujian Psikometrik Kerja Kerajaan Bulan Disember 2020 Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awan Dan Rujukan Mudah Lulus

Jadual Ujian Psikometrik Kerja Kerajaan Bulan Disember 2020 Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awan Dan Rujukan Mudah Lulus

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 432 hits
Ujian Psikometrik untuk beberapa jawatan dalam kerajaan akan diadakan untuk bulan Disember 2020 oleh Suruhanaya Perkhidmatan Awam Malaysia SPA The post first appeared on
Belanjawan 2021 Ph Tolak Akan Gagalkan Melalui Undi Belah Bahagi

Belanjawan 2021 Ph Tolak Akan Gagalkan Melalui Undi Belah Bahagi

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 350 hits
Pakatan Harapan hari ini sepakat menyatakan pendirian menolak Belanjawan 2021 yang tidak menepati matlamat memerangi pandemik Covid 19 sebagaimana diuar uarkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini Menurut kenyataan bersama PH gabung...
Belanjawan 2021 Cara Syarat Memohon I Sinar Kwsp

Belanjawan 2021 Cara Syarat Memohon I Sinar Kwsp

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 1189 hits
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengumumkan kemudahan i Sinar kini dibuka kepada semua ahli KWSP yang terjejas pendapatan akibat Pandemik Covid 19 dengan permohonan dalam talian bermula pada 21 Disember 2020 Untuk makluman dalam pembentangan...
Bufet Ramadan Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Rasa Nusantara Buffet Dinner

Resepi Kek Lapis Batek Pelangi

Travelperk Collects 200m Boosting Its Valuation To 2 7b

Sempena Tahun Baharu Lunar Maafkanlah Razman Pemimpin Pkr Beritahu Hannah

Wanita Yang Kematiannya Disambut Oleh Para Malaikat

Lirik Lagu Cari Kawan Queen Virgo Benzooloo

Govt Merges 3 Cabinet Committees On Health Into One

Beli G Shock Kat Dataran Pahlawan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Uncle Mike And His Boys Ring In The Tung Tung Chiang

What Is There To Do During Chinese New Year In Malaysia

Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2025

Queen Virgo Benzooloo Cari Kawan Chord

Nowseeheart Ku Harap Cinta Chord