Belanjawan 2020 Untuk Perumahan



Inisiatif Belanjawan 2020 untuk perumahan yang boleh anda manfaatkan


Melalui pembentangan Belanjawan 2020 baru-baru ini, pihak kerajaan telah membentangkan beberapa inisiatif untuk membantu merancakkan dan merangsang agenda perumahan negara.

Agenda perumahan negara sering menjadi bualan di kesemua peringkat lapisan masyarakat di Malaysia. Semenjak mencapai kemerdekaan, industri perumahan dan hartanah terus berkembang dan menjadi antara industri utama dalam memacu pembangunan dan peningkatan ekonomi setempat. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cabaran yang wujud pada masa kini yang menjadi faktor utama berlakunya ketidakseimbangan di antara pembeli dan pemaju hartanah.

Sebagai tambahan, hampir 34,532 unit rumah yang bernilai sehingga RM 22.67 bilion tidak terjual setakat suku pertama tahun 2018 dan hanya 20 ribu daripada 140 ribu unit perumahan PR1MA yang mampu dijual. Melalui kaji selidik yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) pada Mei 2019 menunjukkan bahawa kemampuan memiliki rumah di negara ini tidak meningkat secara ketara antara tahun 2002 hingga 2016.

Pihak kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2020 baru-baru ini telah membentangkan beberapa inisiatif untuk membantu merancakkan dan merangsang agenda perumahan negara. Oleh yang demikian, mari kita lihat 4 inisiatif Belanjawan 2020 untuk perumahan dan hartanah yang boleh anda manfaatkan


1. Skim Perumahan Belia (SPB) BSN
Skim ini merupakan inisiatif kerajaan Malaysia dan BSN dengan kerjasama KWSP dan Cagamas  Berhad. Tempoh permohonan bermula dari 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2021. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu belia yang berumur di antara 25 hingga 40 tahun yang sudah berkahwin dan berpendapatan tidak melebihi RM 10,000.00 sebulan untuk memiliki rumah pertama. Skim ini dapat membantu golongan belia untuk memiliki rumah pertama dengan cara mudah dan selamat. Jika anda layak serta memenuhi syarat permohonan, jangan ketinggalan untuk mohon Skim Perumahan Belia (SPB) BSN.

2. Skim “Rent to Own” (sewa untuk dimiliki)
Program ini membantu isi rumah yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah pertama sehingga RM 500,000. Menerusi skim tersebut, pemohon yang tidak mampu membayar deposit 10% hanya perlu membayar sewa bulanan selama lima tahun dan selepas setahun penyewa layak membeli rumah tersebut berdasarkan garis panduan yang ditetapkan. Melalui skim ini, pembiayaan sebanyak RM 10 bilion akan disediakan oleh institusi kewangan dengan sokongan kerajaan melalui penyediaan jaminan sebanyak 30 peratus atau RM 3 bilion. Inisiatif ini bakal mendapat sambutan baik kerana kebanyakan pasangan yang berpendapatan rendah sukar memiliki rumah pertama kerana terbeban dengan deposit yang perlu disediakan.


3. Cukai Keuntungan Harta Tanah
Melalui laman web rasmi LHDN, Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) atau RPGT dapat ditakrifkan sebagai cukai yang dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan harta tanah seperti rumah pangsa, rumah, kondominium, pangsapuri, ladang, tanah kosong dan lain-lain. Melalui Belanjawan 2020 kerajaan akan menambah baik layanan CKHT dengan menetapkan nilai pasaran 1 Januari 2013 sebagai harga pemerolehan harta tanah bagi harta tanah yang dipeolehi sebelum 1 Januari 2013 berbanding 1 Januari 2000 yang ditetapkan sebelum ini. Dengan penambahbaikan tersebut, CKHT yang telah memberi kesan kos ke atas penjualan atau pelupusan hartanah dapat diminimumkan.

4. Baik Pulih Perumahan Awam
Melalui belanjawan yang telah dibentangkan, pihak kerajaan telah  memperuntukkan sebanyak RM 100 juta bagi penyelenggaraan perumahan awam seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Sewa Kerajaan (RSK). Merujuk Dzulkefly Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi & Multimedia Negeri Johor melalui media tempatan,  inisiatif ini amat baik  kerana berdasarkan pengalaman beliau, hanya sekitar 40 peratus hingga 45 peratus sahaja penyewa PPR atau RSK yang mampu membayar sewa bulanan.

Kerajaan Negeri Johor mengeluarkan peruntukan hampir RM 7 juta hingga RM 8 juta setahun bagi menampung kekurangan kos bagi kerja-kerja penyelenggaraan PPR dan RSK ini. Dengan adanya peruntukan khas ini sedikit sebanyak mengurangkan beban kewangan kerajaan negeri. Ia  juga dapat mengindahkan dan mengharmonikan lagi suasana dan infrastruktur PPR dan RSK di seluruh negara.

Belanjawan 2020 kali ini disifatkan cukup inklusif dan berupaya memberi banyak manfaat kepada segenap lapisan rakyat. Dengan adanya pelbagai insentif dan inisiatif yang diperkenalkan sedikit sebanyak dapat merancakkan lagi sektor hartanah dan perumahan negara.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://anime4nz.blogspot.com/2019/11/belanjawan-2020-untuk-perumahan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/iTMCr+(animasi)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sokong Perniagaan Pekerja Keutamaan Belanjawan 2020 Indranee

Sokong Perniagaan Pekerja Keutamaan Belanjawan 2020 Indranee

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 204 hits
KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Menteri Kedua Kewangan Indranee Rajah menggariskan tiga strategi bagi Belanjawan Singapura tahun depan di tengah tengah persekitaran global yang semakin mencabar Tiga strategi itu adalah ubah sokong dan kekalkan
Perbahasan Belanjawan 2020 Dibahaskan Tanpa Kehadiran Menteri Dan Timbalan

Perbahasan Belanjawan 2020 Dibahaskan Tanpa Kehadiran Menteri Dan Timbalan

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 271 hits
Datuk Seri Wee Ka Siong pagi tadi memuat naik catatan di Facebooknya mengenai perbahasan yang sepatutnya di dengar oleh menteri atau timbalannya tetap diteruskan oleh Speaker Berikut adalah catatan beliau Perbahasan Belanjawan 2020 di Perin...
Bajet 2020 Ucapan Penuh Belanjawan 2020 Membina Generasi Terengganu Sejahtera

Bajet 2020 Ucapan Penuh Belanjawan 2020 Membina Generasi Terengganu Sejahtera

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 283 hits
UCAPAN BELANJAWAN 2020Oleh YANG AMAT BERHORMATDATO SERI DR AHMAD SAMSURI BIN MOKHTAR MENTERI BESAR TERENGGANUMUQADDIMAHBismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhPENDAHULUANDato Yang Dipertua dan Ahli Ahli Yang Berhor...
Pks Dan Berkarya Sepakat Kerja Sama Di Pilkada Serentak 2020

Pks Dan Berkarya Sepakat Kerja Sama Di Pilkada Serentak 2020

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 211 hits
Menurut Tommy dukungan pertama dilakukan bekerjasama dengan PKS dalam Pilkada Serentak 2020 mendatang Dia mengatakan kerjasama itu diharapkan agar dapat mengawal kebijakan pemerintahan ke depan supaya lebih baik
Ppatk Pantau Aliran Dana Mencurigakan Jelang Pilkada 2020

Ppatk Pantau Aliran Dana Mencurigakan Jelang Pilkada 2020

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 203 hits
Pusat Pelaporan dan Analisis Transaksi Keuangan akan berkoordinasi dengan Komisi Pemilihan Umum jelang Pilkada 2020 mendatang Koordinasi ini dilakukan untuk memantau aliran dana mencurigakan
Memang Sedap Merokok Lepas Makan Tapi Siapkan Juga Rm10 Ribu Mulai Januari 2020

Memang Sedap Merokok Lepas Makan Tapi Siapkan Juga Rm10 Ribu Mulai Januari 2020

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 305 hits
Jangan ingat kerajaan senyap tu tanda tak jadi buat ok gais Haa buat buat lupa la tu Ohmedia cakap pasal undang undang merokok lah yang sebelum ni kerajaan umumkan Kalau korang nak tahu pihak kerajaan akan tetap meneruskan larangan merokok ...
Suku Bunga Penjaminan Lps Turun Menjadi 6 25 Persen Berlaku Hingga 24 Januari 2020

Suku Bunga Penjaminan Lps Turun Menjadi 6 25 Persen Berlaku Hingga 24 Januari 2020

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 206 hits
Lembaga Penjamin Simpanan menurunkan tingkat bunga penjaminan sebesar 25 basis poin menjadi 6 25 persen untuk simpanan Rupiah di bank umum Sementara untuk simpanan dalam bentuk valuta asing atau valas diturunkan juga 25 bps menjadi 1 75 per...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation